Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, May 21, 2013

:: Ammar Rizqy 《5 Months 》::

☆★ Assalamualaikum... ☆★

Hye sugar..!! Hari nie 21.05 so my lil caliph dah 5 bulan 1 hari. Sekejap j kan? Dah boleh tambah lagi nie..ooppss..!!ekekeke. Masih lagi minum susu ibu. Lagi sebulan nak cukup 6 bulan. Tak sabar nak buat solid food die.

Saya kini bebas menjelajah dunie..!!!

Mari kita mengemas baju..yahooo.!!!

My lil southern tiger player..hehehe
I'm 7kg already :)


Semalam kena cucuk lagi. Kesian dia..hehehe. Alhamdulillah tak demam. Selama ni pon kalau inject memang tak demam. Ok ni hapdet sepantas kilat j. Sebenarnya cikpuanisteri ngah kursus ni. Nextime update lagi yerk..!! Adios~





Thursday, May 16, 2013

::My Breastfeeding journy #4 Nursing Strike / EP Mom::

Assalamualaikum...

Ok hari tu CikPuanisteri ada cerita pasal Ammar tengah nursing strike kan? Kejam celik kejam celik dah nak masuk sebulan Ammar camtu. Tak pe la selagi ammar nak minum susu bonda pon bonda dah cukup syukur. So nampaknya bonda kena la usaha lebih sikit dari biasa. Kena pam setiap 3 jam tanpa gagal.Termasuk la tengah malam. Ok biasanya CikPuanIsteri akan pam mula dari pukul 12.00am - 3.00am - 6.00am - 9.00am - 12.00pm - 3.00pm - 6.00pm pastu sambung balik 12.00am. Setiap hari cam tu la CikPuanIsteri buat. Mula - mula memang terasa susah coz sebelum ni senang j kan direct feeding. Nie terpaksa korbankan waktu tidur tuk bangun pam. Minggu pertama memang mencabar sampai CikPuanIsteri kena migrain. Baru nak sesuaikan diri la ktekan.Sekarang memang kena jaga kesihatan tuk pastikan susu tak drop. Sebulan lebih lagi nak cukup 6 bulan. Kalau boleh iar lah sampai 2 tahun. Semoga Allah permudahkan urusan menyusuku..amin...

Apa tu nursing strike???


Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2.Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit?Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Penolakan penyusuan langusng oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan.Ianya dipanggil NURSING STRIKE(sy beri singkatan NS) . Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur2 dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda2 penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12 ke atas(umur di mana, bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu2.Agak sukar menemtukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu - ibu yang mengalah ketika nursing strike dan akan menyapih/menceraikan anak dari susu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas. Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan . Bayi yang mengalami NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding(df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa.

NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dll. Nursing strikes are frustrating and upsetting for everyone involved – mother, baby, dad, and siblings are all affected.Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu.

Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS.Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kpd bayi.Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dlm kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat(plugged ducts dan mastitis.
Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol.EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu suapa bayi mudah kembali df.

Punca - punca nursing stikes(NS):
  • Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
  • Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbub gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
  • Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush)sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkita telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football.Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush,  dptkan rwtn dari klinik.Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebioh mudah berbanding puting ibu.Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.
  • Reaction to stress. Punca reaksi terhadap stress antaranya:
  1.  Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
  2. berpindah tempat baru
  3. terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
  4. stress ibu( masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau) 
  5. ibu telah lama berjauhan dari bayi(atas urusan kerja dll)
  • Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
  • Slow milk let down reflect( menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
  • A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah.Penmakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Banyak info lagi yang korang boleh belajar dari fb KIM (Kumpulan Ibu-ibu Menyusu). Ni closed group yerk. Kalau korang nak join kena tunggu admin approved dulu. Banyak sangat informasi kat dalam ni. Bermula la cerita CikPuanIsteri menjadi EP Mom (exclusive Pump). Mula-mula memang raas down sangat. Rupa-rupanya ramai juga yang senasib dengan CikPuanIsteri kat alam group KIM. So tak adalah rasa lonely. Tak da lagi stress. Tak mo la stress kan nanti susu tak nak keluar pulak. So anggap j la ni salah satu dugaan yang ALLAH nak bagi. Sabar la yang utama. Tpi CikPuanIsteri masih berusaha gak tuk DF ammar. Mudah-mudahan 1 hari nanti ammar nak Df balik kan. Doakan kami yerk.



Si jantung hati..hehehe

Ammar ikut bonda g kerja. Sangatlah behave mukin dia tahu yang bonda busy kot.hehehe

Ok la sampai sini j dulu. Ni pon hapdet sambil pam susu untuk little caliph. Sejak jadi ep lom ni kena la disiplin bab pam. Kalau x macamana nak maintain susu. Ke hulu ke hilr angkut pam susu ni. Tengah pikir nak upgrade pam sebenarnya. Spectra 3 ni  agak berat & besar kalau nak diangkut. Tu belom masuk cooler bag lagi. Boleh dikatakan setiap hari cikpuanisteri akan bawa 3kg dari rumah ke opis. Lagi pon kena ada port baru boleh guna. Cikpuanisteri pikir masa raya nanti. Orang sibuk nak berjalan kita sibuk nak mengepam. Kalau ada pam yang boleh guna battery so boleh pam dalam kereta. Tak kisah la susah sikit demi anak. Hanya yang terbaik untuk ammar. Semoga berjaya susukan ammar sampai 2 tahun. Amin...

P/s :
-Al-fatihah untuk adik aqil hamzah. Seorang lagi ahli syurga meninggalkan kita. Tersentuh perasaan keibuan cikpuanisteri masa baca kisah adik aqil. Ya Allah begotu tabah hati seorang ibu menghadapi dugaan ini.

Saturday, May 11, 2013

Ammar rizqy《4 months》

☆★ Assalamualaikum...☆★

Halloooo...lama rasanya tak dating ngan korang. Malas nak buat mukadimah panjang so juz straight to the point j. Ammar dah masuk 4 bulan. Sekejap j kan??? Sekarang ammar dah pandai meniarap tapi lom pandai maju lagi. Juz golek-golek j. Makin manja pon ada jugak.hehehe.

6.6kg
Tinggi tak tahu berapa coz nurse tak ukur lak.

Ammar da makin berat. Kalau dulu rak ada stroller pon ayah sanggup dukung tapi sekarang stroller wajib bawa kalau nak g jenjalan. Ayah pon da surrender nak dukung ammar. Fuhhh mahu hilang deria rasa kalau kena dukung ammar pusing gaint.ekekeke.

Kepanasan..!!!

Sekarang ni cuaca tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Nie la keadaan ammar setiap kali balik rumah mak tok. Nak pakaikan baju panas so kesian. Ru yang bukak baju die. Kita yang dah besar ni pon tak boleh tahan apa lagi si comel nie kan. Nie ammar baru j sembuh dari selesema. Kesian dia asyik meragam j. Cikpuanisteri pakaikan die garlic sock & sapu kan kunyit kat batang hidung. Guna kunyit hidup tau bukan kunyit serbuk. Alhamdulillah 3 hari j terus kering hingus. Masa tengah seleswma ammar refiuse direct feeding. Langsung tak nak menyusu direct. Kalau masuk botol laju j dia minum. Mukin hidung dia tersumbat tu yang tak selesa nak menyusu kot. Ataupon dia tak dapat bau ketiak masam bonda dia nie tu yang tak feel nak menyusu..ekekekeke... Selesema dah ok nie die nak jugak menyusu. Alhamdulullah..... takut jugak kalau dia refuse terus. Jauh lagi perjalanan kami ni. Doakan perjalanan kami dipermudahkan yerk...amin.... Kang cikpuanisteri buat entry khas untuk post nursing strike. Tunggu ada kelapangan lah yerk.


Ammar fun time..!!!

Nie la waktu pebret ammar ngan ayah. Jangan tengok lama sangat malu ammar nanti.hehehehe. Memang kalau Inchik Hubby ada cikpuanisteri tak mandikan. Sekarang ammar dah pandai pegang tab mandi die tu. Bukanain bising lagi setiap kali mandi. Syok sangat la tu. Kalau boleh tak nak naik langsung. Memanh betul-betul la suka budak kecik ni.


Masa ni ammar baru j kena selesema.
 Musim kot coz tengok ramai sangat orang selesema.

Ok la sampai sini jerk. Kang len kali tulis lagi.tak tahu la bila dapat update lagi Doakan ammar nak direct feeding balik yerk..amin... Adios~~~






Wednesday, April 24, 2013

::jenjalan hujung benua asia::

☆★ Assalamualaikum... ☆★

Wah lama giloss tak hapdet entry. Alahai kemalasan melanda la pula sejak akhir-akhir ni. Lagi pon blogspot dah kena block la kat opis. Tu yang leceh nal hapdet guna henpon. Lappy lak dah nazak. Urmmm~ ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Dah sebulan tulis entry nie. Tulis brenti tulis brenti tulis lagi brenti lagi tulis 5 minit brenti 5 hari..ekekeke. Bila zaman nak siap kalo camtu.




Korang rindu tak kat budak debot nie??hehehe Ni gambar masa kitaorang pergi pontian coz Inchik Hunbby ada game silat kat sana. Duk umah boring so ikut la Inchik Hubby bejalan. Bukan selalu pon kan dapat peluang g jenjalan. Sejak ada ammar nie nak g jenjalan pon pikir banyak kali. Yela kalau dulu penat pon boleh merayap lagi. Tapi kalau sikecik nie kesian la kalau penat nanti kan.




Opsss..!!! Bonda pon nak interprame jugak.hahaha. Nasib baik ammar ok j masa g jenjalan. Baju yang cikpuanisteri pakai tu koleksi nursing blouse pertama. So senang la nak susukan ammar kat public. Dah la ammar tak nak duduk dalam nursing cover/puncho. Kang susah nak selak-selak baju terdedah lak sana sini. Baju tu cikpuanisteri beli kat anakmommy.com. Sampai juga dekat penghujung benua asia. Masa sampai tu dah petang pastu gerimis lak. So tak leh la nak lelama sangat kang demam lak sikecik nie. Juz ambik gambar dari luar j la. Teringin jugak kot asyik tengok orang snap gambar kat sini.hehehe


Ni masa kat Tanjung Piai Resort. Tapi ktorg tak stay kat situ. Pergi situ juz nak begambo j.hehehe. Ammar tak sudah-sudah kerut kening. Agaknya dalam hati kate kat mana aja la bonda ngan ayah nak bawa ammar nie. Cikpuanusteri kelihatan demoksss la pulok.hehehe. Kalau g jalan tak bawak stroller memang kena gilir-gilir la dukung. Mana larat sorang j dukung budak debot nie. Lenguh tangan. Malam tu JDT ada game tak ingat la lawan mana, tu yang ammar excited pakai baju JDT nie.


Ok ktorang stay kat hotel nie la. Garden hotel dekat ngan pantai. Pantai k??? Nak kata pantai macam bukan. Pape j la yang pasti kat situ ada air banyak.ekekeke. Ni masa nak balik. Gambar dalam hotel tu ada snap pastu transfer kat komputer opis kononya nak hapdet guna komputer la kan. So terus la delete yang kat dalam fon. Sekali opis block blogspot, huh malas terus nak teansfer balik kat henpon. So halal j la gambo tu yerk. Kira murah la jugak hotel nie Rm120/night. Bilik pon cantik & selesa. Ada wifi & sarapan disediakan. Tapi kecik j la coffee house die. Bukan macam hotel 5 bintang. Tak ada lif hokeyy. So kalo korang sakit kaki cikpuanisteri tak galakkan la sewa kat sini. Lagipon juz 4 tingkat j kan. Bawah tu ada merrybroqn. Pelanggan hotel nie dapat 10% discount kalo makan kat merrybrown. Ok la tu kan. Kalau malam lak jangan risau kalau korang lapar. Banyak stall akan bukak kat tepi hotel ni. Boleh pilih nak makan kat tepi pantai sambil hirup angin malan pon boleh.



Ok ammar da ready nak balik. Bukan main lagi suka budak debot ni berjalan. Nasib la tak merengek. Kira ok la kalau nak jalan  lagi.hehehe. Akhirnya dapat jugak habiskan entry nie. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi terpaksa di pendekkan j. Ambik yang penting j la cukup. Ni pon bekejar masa. Sebagai isteri kepada inchik hubby, bonda kepada ammar rizqy, anak kepada mak / abah & juga pekerja kepada bos masa sangat la padat. Dah tak macam dulu banyak masa terluang. Tapi cikpuanisteri tetap syukur dengan apa yang cikpuanisteri ada sekarang. Ok la kang ada masa cikpuanisteri hapdet ammar 4 bulan lak k. Adios..!!

Friday, March 29, 2013

:: Ammar Rizqy belah mulut ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye dears..!! Da dekat seminggu tak hapdet... Sekaramg nie tengah bz yang amat, so tak banyak masa nak hapdet. Hari Selasa & Rabu CikPuanIsteri terlibat dengan kursus Fitrah Insaniah kat Kompleks KDN. Ala sama j ngan tempat CikPuanIsteri kerja cuma beza blok j. Kursus ni anjuran KDN. Kira menarik gak kursus ni, tak rugi la join. Kursus ni dikendalikan oleh pakar motivasi Tn. Hj. Samsudin bin Mohamed ( Pak Din ). Pak Din ni kire famous la jugak coz sellau masuk tv tapi tv 1 la. Bagi cikpuanisteri lak ni la firstime kenal Pak Din ni.



Orangnya sangat friendly tapi kadang-kadang agak garang. Sebenarnya bukan garang mana pon lebih kepada tegas j. Banyak input yang cikpuanisteri dapat dari kursus nie. InsyaALLAH nanti cikpuanisteri kongsikan dengan korang yerk. 


CikPuanIsteri sangat kagum dengan Pak Din nie coz beliau berjaya didik anak-anak beliau menjadi orang yang berjaya. Kalau tak silap Pak Din ada 7 orang anak & semuanya kerja sebagai doktor & Jurutera. Hebatkan?? Pak Din asal dari Peserai, Batu Pahat j pon. Sapa kata orang kampung tak boleh berjaya?? Tapi sekarang beliau dah tinggal kat Putrajaya.

Hari pertama dah rasa kagum dengan Pak Din. Balik j rumah excited cerita ngan Inchik Hubby. Apa yang teringat masa tu semua CikPuanIsteri cerita kat Inchik Hubby. Nasib baik tak cair taik telinga Inchik Hubby.ekekeke


Eh kenapa ada terselit budak debot ni lak???? Apa kena mengena dengan Pak Din???



Nak dijadikan cerita masa hari kedua tu pagi-pagi lagi Inchik Hubby dah text CikPuanIsteri tanya kursus habis pukul berapa. Ingatkan nak ajak CikPuanIsteri g jalan or g mana. Rupanya Inchik Hubby ada hajat nak bawa Ammar jumpa dengan Pak Din. Nak ambil berkat katanya. So dalam berani campur takut CikPuanIsteri tanya la Pak Din masa break minum pagi. Saja j mencuba nasib. Alhamdulillah Pak Din nak. Pak Din siap pesan bawak kurma tuk belah mulut Ammar. Terima kasih Pak Din..!! Mudah-mudahan tempias la kejayaan Pak Din kat Ammar nie..amin.. Masa pak din belah mulut ammar tak sempat lak snap pict. Muka ammar selamba badak j macam tak ada perasaan. Lepas tu puas la 1 dewan dukung dia gilir-gilir. Ammar suka latu kena dukung..hehehe


Ha!! tengok budak bijak nie. Suka sangat hisap jari. Geram j tengok. Lepas menyusu pon still hisap jari gak. Raya nak gigit-gigit j jari comel die tu. Kalau tak ada orang layan nie la kerja budak bijak ni. Mula-mula dia akan mengiring dulu pastu baru masuk jari kat mulut. So untuk membenteras gejala hisap jari ni CikPuanIsteri pakaikan balik mitten. Tapi dia hisap pulak mitten tu. Lagi la kotor kan. Sabar j la~


Ntah apa la yang di pikirkan sampai khusyuk sangat tak endah orang sekeliling. Ada orang kata baby memang macam tu coz dia nak explore jari die. Sat g die g masukkan jari kaki lak. Ada makna tu.ekekeke.. Tapi memang dari dalam perut Ammr suka hisap jari. Ingat lagi masa dah dekat due g scan die duk hisap jari. Doktor pon cakap khusyuk betul anak awk hisap jari ^___^.

Thursday, March 21, 2013

Ammar Rizqy《update 3 month》

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning uolls..!! Pagi Khamis yang ceria..ekekeke. Sekajap j masa berlalu dah masuk 3 bulan dah may lil caliph nie. Rasa macam baru lepas bersalin lak..ekekeke

Layan Ammar kat klinik.

Berat : 6.2kg
Tinggi : 42cm

Pandai tak ayah bedung Ammar??? -__-'

Wakeup early in the morning =)

Makin lama makin debot anak Bonda ni. Setakat ni Ammar tak pernah demam lagi. Kena cucuk pon tak demam. Masa nurse cucuk die ada bekalkan ubat demam & suro bagi kat Ammar bila balik nanti supaya Ammar tak demam. Tapi CikPuanIsteri tak bagi pon kat Ammar. Baby bawah 2 tahun tak boleh makan ubat hokey..!! Tak paham kanapa nurse tu suro bagi..aisy~~~ CikPuanIsteri percaya yang susu ibu dah cukup untuk buat antibodi Ammar kuat. Dalam masa 3 bulan j dah 2 kali ganda berat masa lahir. Berkat susu ibu agaknye. Alhamdulillah setakat ni Ammar masih lagi menyusu dengan susu ibu. Mudah-mudahan dapat susukan Ammar sampai umur Ammar 2 tahun setengah. Jauh lagi perjalanan tu. Ya Allah permudahkan segala usaha kami di dunai & di akhirat.. Amin..

P/s:-
-sesape yang nak kurus dengan cepat, jimat, sihat & dapat pahal caranya mudah j.--->> Susukan anak anda secara exclusive <<--- InsyaALLAH berat badan anda akan kurus dengan sihat. (untuk wanita sahaja. Lelaki dilarang mencuba)MyEm0.Com 

Tuesday, March 19, 2013

:: My Breastfeeding Journy #3 Cara Bawa Stok EBM Sejuk Beku Berjalan Jauh ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hye readers....hari tu masa CikPuanIsteri on9 Facebook ada terbaca sorang mommie nie tanya kat Kelab Penysuan Si Manja macam mana nak bawa stok EBM yang beku tu balik ke kampung. Perjalanan pulak makan masa 3-4 jam. So teringat la masa CikPuanIsteri bawak balik stok EBM masa nak balik JB dari berpantang kat kampung. Meh CikPuanIsteri share yerk.

First korang kene la beli kotak plestrin ni. CikPuanIsteri tak tau la korang panggil pe.
Pastu bubuh ais macam dalam gambar tu.

Second masukkan stok EBM korang. Tak yah susun pom tak apa coz masa nak masuk peti bau susun.
Kalo korang susun dalam kotak nie nanti lagi senang nak susun dalam peti. Ni kes malas..ekeke

Third korang timbus EBM tu ngan ais. Mak sure tutup semua EBM tu ye. 
Lepastu korang tutup la penutup kotak tue dengan ketat.

Lastly dah sampai rumah susun dalam peti.

Masa mula-mula tu cuak jugak kalau EBM tu cair. Kalau dah cair kite kena habiskan dalam masa 24 jam. Sayang gila..!! Penat kumpul banyak macam ni tak kan la nak buang kan. Ingat boleh beli kat pasaraya ke susu ibu nie?? Perjalanan dari kampung sampai JB lebih kurang 2 jam setengah gak. Masa tu jalan jam gila. Yela kan baru lepas cuti Chineese New Year. Sampai rumah terus kejar kotak ni nak tenguk susu cair tak. Nasib baik susu tak cair. Asinye pon tak sempat nak cair. Fuhh~~ lega rasa hati.

So korang kalau nak jalan jauh boleh buat camni. Ada sesetengah mommies cadangkan beli coolbox brand coleman. Memang tak dinafikan coolbox tu bagus. Bagi yang nak jimat boleh pakai kotak polestrin ni j. Ok dah cukup sampai sini j. Kang ada masa CikPuanIsteri hapdet baby ammar 3 bulan pulak yer..

Monday, March 18, 2013

:: firstday ammar kat rumah baby sitter ::

☆★ Assalmualaikum... ☆★


Hye sugar..!! Korang mesti da tahu cikpuanisteri nak cerita apa kan. Sejak ada anak ni sibuk la nak cerita pasal anak j manjang. Sila jangan bosan yerk. Hari ni cikpuanisteri da start masuk kerja. So minggu lepas cari baby sitter & try antar ammar kat umah BS. Saja j hantar ammar awal kat rumah BS coz nak nengok die serasi tak. Kang da naik kerja baru nak hantar kalau tak serasi kan ke haru.mana nak cari baby sitter dalam masa 24 jam???

Mula hantar hari Khamis. Masa nak hantar tu rasa berat hati j. Yela tak pernah pisah ngan ammar kot. Inchik Hubby relax j. Pagi hantar dalam pukul 8.30am. Balik dari hantar ammar siap g sarapan. masa tu tak rasa sedih lagi. Bila dah sampai rumah dah rasa sebak. Bila Inchik Hubby g kerja terus tak leh tahan lagi. Apa lagi melalak sakan la kat rumah sorang. Yang paling sedih bila pam susu. Kalau ammar ada tak yah pam susu coz ammar dah pam kan. Menangis sambil pam susu.HuwaaaaMyEm0.Com

Lama-lama rasa macam nak gila duk rumah sorang-sorang. Siap pesan dengan Inchik Hubby jangan balik lambat petang nie. Tengahri die da balik dah. Terus ajak ambik ammar tapi inchik Hubby tak nak. Dia buat tak tahu j. Adoiiii~~~ Rasa nak meroyan lagi..!!! Alasan Inchik Hubby sekejap lagi pukul 5 so ambik pukul 5 j.

Tak sudah-sudah tengok jam da pukol berapa. Masuk pukol 4 hati dah bunga-bunga.hehehe.MyEm0.Com4.30pm dah siap sedia dah nak ambik ammar. Inchik Hubby kat awal lagi kang ammar lom siap lak. Dia ajak g kedai dulu. Alahai sabar j la. Memang sengaja j Inchik Hubby nie. Lain perasaan seorang ibu ngan perasaan seorang ayah ni. Sampai j umah pemgasuh tengok ammar tengah menyusu. Bila ambik ammar terus melekat macam lama sangat tak jumpa bonda dia ni. Masuk kereta terus menyusu. Kesian anak bonda nie. Hari jumaat terus tak hantar coz lepas Sembahyang Jumaat nak terus balik kampung. Yeay dapat kelek ammar..!!!

Tadi malam ammar meraam j. Macam tahu lak esok bonda die nak masuk kerja. Tak nak lepas asyik nak melekat ngan bonda j. Sedih lak rasa. Kalau lah boleh jadi suri rumah. Tadi pagi hantar ammar ok j dia. Tapi tak tahu lah sekarang camne. Petang ni nak bawak ammar g klinik cucuk 3 bulan. Tak sabar nak tahu timbang ammar berapa sekarang nie. Dah makin debot dah anak bonda nie.

budak debot baring atas meja main ngan pak cu

Harimau Selatan..Luaskan Kuasamu..!!

Debot bonda. Buah hati pengarang jantung.

Wednesday, March 6, 2013

:: Review 《spectra 3 & stok ebm》 ::

☆★ Assalamualaikum... ☆★

Hye readers..!! Entry sebelum nie cikpuanisteri ada janji nak update pasal breastpump yang cikpuanisteri pakai. So hari nie nak tunaikan janji tu. To mommy to be entry nie mukin dapat membantu. Pada yang bujang lak korang boleh baca tuk pengetahuan am. At least bila da kawen nanti tahu dah camne nak simpan susu & nak beli pam susu. Untuk mommy yang da ada anak mommy boleh la guna tuk anak seterusnya.

Cikpuanisteri guna breastpump jenama spectra 3. Tu la pam yang mampu milik selain dari tu pam nie hardcore. Kalau ikut hati memang la nak pakai medela free style tapi poket tak cukup tebal. So ukur baju kat badan sendiri jangan lak ukur baju kat badan orang, memangla lari aligmentnye.hehehe.. Mula jatuh cinta kat spectra 3 ni bila nampak member guna ok j & selesa. Masa tu jakun la jugak. Yela sebelum ni nampak yang manual j. Jarang nampak yang elektrik ni. Pastu mula search pasal electric breastpump. Mula-mula berangan nak guna Medela tapi harga dia ya ampunnn...!!! So cancel pakai medela. Beli yang mampu milik j la. Setakat ni pakai memang sangat memuaskan. Cuma kalo nak bawa g mana-mana berat la sikit.

Beli kat fablous mom coz ada outlet kat JB.

Hasil pam tadi pagi & sterilize plastic bag tuk simpan stok ebm.

Alhamdulillah setakat nie susu tu cukup tuk wat stok & tuk knyangkn baby ammar setiap hari. Total tadi pagi dapat lah lebih kurang 8oz. Setaip kali menyusu baby ammar akan minum 3oz, so cikpuanisteri packing ebm tu 3oz setiap paket. Nanti senang bila nak bagi kat pengasuh. Sebelum nie cikpuanisteri bubuh 5oz setiap paket. Masa tu tak tahu lagi baby ammar minum barapa banyak. Susu yang dah sejuk & dipanaskan semula tahan 1 jam sahaja. So lebih baik bagi susu ngam-ngam baby minum supaya tak ada susu yang dibuang. Sayang kalau buang susu ibu, mana korang boleh beli kat kedai. 

Janagn lupa tagging setiap susu tu nanti senang nak guna.
Kena guna ikut turutan yer... first in first out k..

Susu lebih tak cukup 3oz simpan dulu coz nanti nak campur dengan susu yang pam tengahari.
Susu perahan boleh dicampur dengan syarat dalam masa 24 jam.

Korang boleh pilih nak simpan susu kat dalam botol or simpan kat dalam plastik cam kat atas tu. Kalau peti sejuk korang besar gedabak so boleh la pakai botol. Oleh kerana peti sejuk cikpuanisteri ciput j so kena simpan kat dalam plastik coz nak jimat ruang. Ebm yang di simpan kat tempat beku peti 2 pintu boleh tahan sehingga 3 bulan, kalau kat chiller pulak tahan seminggu j. Kalau ada peti cam orang kual ais krim tu memang khas tuk frozen sahaja boleh tahan sampai 6 bulan.

Nak juga selit gambar dak nomey nie. ♥___♥


Sekian tuk hari ini. Nextime jumpa lagi. K wassalam..hehehe

Monday, March 4, 2013

:: Pavlova Coklat dengan Cream Cheese ::

☆★ Assalamualaikum.. ☆★

Halloooo..!! Da lama sangat rasanya tak update blog pasal resepi. So kali ni cikpuanisteri nao bagi resepi pavlova. Mesti ramai yang minat dengan pavlova ni kan? Tak susah pon nak buat. Oleh kerana semalam hari ahad so inchik hubby tak kerja & boleh tolong jagakam baby ammar. Tu yang ada masa nak membaking. Dapat la lepaskan gian sekian lama tak sentuh oven & mixer. Sebenarnya da lama nak buat pavlova ni. Tapi asyik tertangguh j.

Sehari sebelum warded tu cikpuanisteri & inchik hubby pergi jusco so beli la barang-barang tuk buat pavlova. Kononya esoknya nak buat la. Sekali tak jadi pula coz da kene warded sebab nak bersalin.hehehe ^___^



Bahan-bahan untu meringue


  • 3biji telur
  • 100 gm gula ising / kastor / halus
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu cuka
Bahan-bahan untuk cream cheese

  • 100 gm cream cheese
  • 50 gm whiping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit perahan lamon (kalu xde pon xpa)
cara-caranya

  1. Asingkan putih telur & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan high speed sehingga berbuih.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Jangan berhenti pukul.
  4. Pukul lagi sehingga bertanduk.Kalau korang terbalikkan bekas tu putih telur tak tumpah kira jadi la tu.
  5. Ayakkan tepung & serbuk koko kedalam meringue tadi. Kaup balik guna spatula hingga sebati.
  6. Ambil baking paper & buat bulatan ikut suka korang nk besar mana. Tuang meringue atas baking paper tadi ikut bulatan yang korang da lukis tu.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 150ºc selama1jam hingga 1jam 15 minit. Ikut oven masing-masing.Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Untuk cream pula campurkan vream cheese & whiping cream pukul hingga kembang.
  9. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
  10. Masukkan perahan lamon.
  11. Paipkan atas pavlova tadi & hias guna buah yang korang suka.
  12. Sedia untuk dimakan. Jangan lupa baca Bismillah.

Ok siap dah pavlova. Sekelip mata habis. Inchik hubby pon suka. Tapi tak boleh makan selalu coz benda nie manis. Bahaya untuk kesihatan. Sesekali boleh la.


Dak nomey yang baik. Tak meragam pun tengok tv ngan ayah msa bonda membaking.

Jalan-jalan g mydin :)

Nak jugak selit gambar baby ammar walaupon tak ada kena mengna ngan pavlova nie..ekekeke.. Next entry nak rivew pasal breastpump & set bersalin lak. Tunggu na~~


Monday, February 25, 2013

:: Ammar Rizqy 《update 2 month》 ::

☆★ Assalamualaikum.... ☆★

Hye sugar..!! Ari nie update pasal baby ammar masa checkup 2 month.

Ayah tolong dukung coz tempat duduk penuh. So kene berdiri.

Bonda & baby ammar. Kesian baby ammar da ngantuk tunggu lama.

I'am 2 month already..!!
5.4kg
57cm

Hobi baru sya..yeay..!!










Friday, February 22, 2013

:: my breastfeeding journy # 2 cabaran ::

☆★Assalamaualaikum...☆★

Hye peeps..!! Hari nie nak cerita lagi pasal breastfeeding. Harap korang tak boring lah yerk. Rupanya masih ramai lagi orang kat luar tu yang tak faham pasal exclusive breastfeeding nie. Terutama yang duduk kat kampung. Bukan nak salahkan mereka mungkin pendedahan mengenai exclusive bf nie tak sampai pada mereka. So tugas kita la nak terangkan & tagakkan kebenaran. Banyak juga cabaran yang kena lalui. Bukan senang rupanya. Ingat dah cukup ilmu coz da banyak baca & search pasal bf nie.

1. Susu keluar sikit cukup-cukup tuk baby. Memandangkan ni la firstime bersalin so cikpuanisteri tak tahu sangat nak susukan baby. Bila baby nangis j terus bagi breast & baby ammar hisap. Cara baby hisap macam ada susu tapi bila cikpuanisteri picit nipple coz nak tengok ada susu tak ade pon susu yang keluar. Masa tu da terfikir yang kita tak ada susu. Kesian dekat baby lapar. Sedih sangat masa tu. Terdengar pulak baby ammar punya perut berkeroncong. Lagi la bertambah sedih.

2. Campur dengan susu formula (fm). Bila dengar perut baby ammar berkeroncong sangat lah kesian. So terpaksa buat keputusan yang sangat berat, bagi baby ammar susu formula.Tak sanggup tengok baby ammar kelaparan. Inchik hubby g beli fm jenama Dutch Lady. Sebelum nie ingat Dutch Lady just produce susu untuk bayi setahun keatas. Tak tahu pula ada susu untuk newborn. Inchik Hubby kata dah susu tu yang dia nampak dulu so dia rembat aja la. Lelaki bukan faham sangat part susu nie. Bagi juga kat baby ammar guna botol susu & ada juga yang bagi guna sudu. Nasib baik esoknya susu dah keluar so sekejap j bg baby ammar fm.

3. Bila susu dah keluar banyak, masalah puting melecet pula timbul. Memang sakit gilosss. Sampai berdarah. Yang paling sadis bila tgk mulut baby ammar penuh darah akibat puting cikpuanisteri yang luka. Terus stop bagi sebelah kiri coz tu la yang paling teruk melecet. Masa cikpusnisteri pregnant aerola sebelah kanan ada alahan gatal. So kulit pada aerola tu akan kering & terkopek. Nak bagi baby ammar macam tak sampai hati tapi terpaksa gak bagi coz yang sebelah kiri tu da melecet teruk. So kulit yang terkopek tu melekat pula pada mulut baby ammar. Ya Allah dugaan lagi. Tapi tetap juga bagi coz tak kan nak biar baby ammar lapar. Lama-lama alahan tu hilang. Alhamdulillah.

4. Balik rumah pula mak & abah sibuk suruh bagi makan. Dorang kata baby ammar asyik menangis coz lapar. Tapi cikpuanisteri tetap pertahankan yang susu ibu dah cukup tuk baby ammar sampai umur 6 bulan nanti. Mak asyik cakap "kesian mak tengok ammar asyik nangis lapar. Bagi la nestum sikit campur ngan susu tu". Cikpuanisteri tak salahkan mak coz orang dulu ngan orang sekarang lain. Lagipon duduk kampung mana la dorang tahu pasal bahaya solid food tuk baby bawah 6 bulan. Dorang masih lagi terbawa budaya lama. Tak pe la cuba terangkan & yakinkan mak yang susu ibu tu cukup. Lama-lama mak faham jugak.

5. Keliru puting. Yang nie cikpuanisteri dah buat entry khas. Korang boleh tengok kat entry sebelum ni.

6. Bila ada baby mesti la ada jiran & sedara mara datang nak tengok baby kan. Mesti ada yang tanya " ada bagi air suam x? Baby kena bagi air suam tuk cuci usus dia." . Cikpuanisteri cuma angguk j. Taknak la kecikan hati mereka tu kan. Dorang tak tahu k yang kandungan air dalam susu ibu dah cukup & bahaya air masak tuk baby bawah 6 bulan. Melainkan baby yang minum susu fm memang perlu air masak tuk elak sembelit. Baby yang minum susu ibu nie sangat lawas. Baby ammar akan poo-poo lebih kurang 5 kali sehari. Mula-mula risau ingat baby ammar cirit birit tapi bila tanya doktor kata itu normal bagi baby yang fully bf. So mommy kat luar sana jangan risau k kalo baby anda poo-poo slalu.

7. Orang tua dulu-dulu kalau pantang tak boleh minum air banyak coz takut luka lambat baik. But not for me. Ibu menyusu perlukan 3 liter air sehari untuk hasilkan susu. Mula-mula mak agak keberatan juga nak bagi air kat cikpuanisteri tapi cikpuanisteri tetap degil nak air banyak. So inchik hubby ambilkan air 1 botol besar letak kat sebelah. Mak just boleh diam j. Mana boleh tahan haus. Dala kite menyusukan baby. Tu tak termasuk air yang jadi air kencing & peluh. Bahaya kurang air nie takut dehidrated. Boleh kena kencing kotor & sembelit. Alhamdulillah jahitan cikpuanisteri kering dalam masa seminggu j.

8. Hari ke 18 berpantang cikpuanisteri demam. Sakit semua badan. Demam urat kot kalo tak salah. So g klinik doktor bagi ubat demam. Dalam 2 hari gak la tak larat nak bangun. Dalam masa tu jugak cikpuanisteri tak pam susu. Memang la sakit bila tak pam tapi nak buat macam mana memang tak larat. Bila demam da ok sambung la balik sesi mengepam.Yang sedihnya setiap kali pam dapat sikit j dah tak macam selalu. Biasanya setiap kali pam boleh dapat 10oz & kadang-kadang lebih tapi kali nie juz dapat 5 oz. Cik B pon jadi kecik & mudah kosong. Mula la rasa down. Rupa-rupanya ubat demam boleh lurangkan susu. Kalau lah tahu dari awal memang cikpuanisteri tak hingin makan ubat tu. Selain tu selama 2 hari tak pam tu otak kita menghantar isyarat ada kilang susu yang kita tak perlukan susu. So kilang susu akan berhenti menghasilkan susu. Kan biasa dengar demand & suply. Sebab tu la kita kena pam susu 3 jam sekali tuk hasil yang memuaskan. Tak apa cikpuanisteri mula balik dari awal. Pam setiap kali sampai masa. Alhamdulillah susu dah kembali meriah walaupon tak sebanyak dulu tapi tetap cukup tuk baby ammar & tuk buat stok.

Nie baru setakat 2 bulan j. Belum lagi 2 tahun. Mesti banyak lagi cabaran yang akan melanda. Moga diberi kesabaran dalam menghadapinya. Cukup la sampai sini dulu. Nak tulis entry nie pon berminggu-minggu. Sejak ada baby ammar nie sangat la bz. Masih belajar lagi nak biasakan diri jadi seorang ibu. Lagi-lagi dah balik jb. Semua kena buat sendiri. Kena la pandai bahagikan masa. Nie pon baby ammar tengah tido so sempat la jugak nak hapdet. K la assalam.. ♥___♥

Alhamdulillah rezeki baby ammar