Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, March 29, 2013

:: Ammar Rizqy belah mulut ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye dears..!! Da dekat seminggu tak hapdet... Sekaramg nie tengah bz yang amat, so tak banyak masa nak hapdet. Hari Selasa & Rabu CikPuanIsteri terlibat dengan kursus Fitrah Insaniah kat Kompleks KDN. Ala sama j ngan tempat CikPuanIsteri kerja cuma beza blok j. Kursus ni anjuran KDN. Kira menarik gak kursus ni, tak rugi la join. Kursus ni dikendalikan oleh pakar motivasi Tn. Hj. Samsudin bin Mohamed ( Pak Din ). Pak Din ni kire famous la jugak coz sellau masuk tv tapi tv 1 la. Bagi cikpuanisteri lak ni la firstime kenal Pak Din ni.



Orangnya sangat friendly tapi kadang-kadang agak garang. Sebenarnya bukan garang mana pon lebih kepada tegas j. Banyak input yang cikpuanisteri dapat dari kursus nie. InsyaALLAH nanti cikpuanisteri kongsikan dengan korang yerk. 


CikPuanIsteri sangat kagum dengan Pak Din nie coz beliau berjaya didik anak-anak beliau menjadi orang yang berjaya. Kalau tak silap Pak Din ada 7 orang anak & semuanya kerja sebagai doktor & Jurutera. Hebatkan?? Pak Din asal dari Peserai, Batu Pahat j pon. Sapa kata orang kampung tak boleh berjaya?? Tapi sekarang beliau dah tinggal kat Putrajaya.

Hari pertama dah rasa kagum dengan Pak Din. Balik j rumah excited cerita ngan Inchik Hubby. Apa yang teringat masa tu semua CikPuanIsteri cerita kat Inchik Hubby. Nasib baik tak cair taik telinga Inchik Hubby.ekekeke


Eh kenapa ada terselit budak debot ni lak???? Apa kena mengena dengan Pak Din???



Nak dijadikan cerita masa hari kedua tu pagi-pagi lagi Inchik Hubby dah text CikPuanIsteri tanya kursus habis pukul berapa. Ingatkan nak ajak CikPuanIsteri g jalan or g mana. Rupanya Inchik Hubby ada hajat nak bawa Ammar jumpa dengan Pak Din. Nak ambil berkat katanya. So dalam berani campur takut CikPuanIsteri tanya la Pak Din masa break minum pagi. Saja j mencuba nasib. Alhamdulillah Pak Din nak. Pak Din siap pesan bawak kurma tuk belah mulut Ammar. Terima kasih Pak Din..!! Mudah-mudahan tempias la kejayaan Pak Din kat Ammar nie..amin.. Masa pak din belah mulut ammar tak sempat lak snap pict. Muka ammar selamba badak j macam tak ada perasaan. Lepas tu puas la 1 dewan dukung dia gilir-gilir. Ammar suka latu kena dukung..hehehe


Ha!! tengok budak bijak nie. Suka sangat hisap jari. Geram j tengok. Lepas menyusu pon still hisap jari gak. Raya nak gigit-gigit j jari comel die tu. Kalau tak ada orang layan nie la kerja budak bijak ni. Mula-mula dia akan mengiring dulu pastu baru masuk jari kat mulut. So untuk membenteras gejala hisap jari ni CikPuanIsteri pakaikan balik mitten. Tapi dia hisap pulak mitten tu. Lagi la kotor kan. Sabar j la~


Ntah apa la yang di pikirkan sampai khusyuk sangat tak endah orang sekeliling. Ada orang kata baby memang macam tu coz dia nak explore jari die. Sat g die g masukkan jari kaki lak. Ada makna tu.ekekeke.. Tapi memang dari dalam perut Ammr suka hisap jari. Ingat lagi masa dah dekat due g scan die duk hisap jari. Doktor pon cakap khusyuk betul anak awk hisap jari ^___^.

Thursday, March 21, 2013

Ammar Rizqy《update 3 month》

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning uolls..!! Pagi Khamis yang ceria..ekekeke. Sekajap j masa berlalu dah masuk 3 bulan dah may lil caliph nie. Rasa macam baru lepas bersalin lak..ekekeke

Layan Ammar kat klinik.

Berat : 6.2kg
Tinggi : 42cm

Pandai tak ayah bedung Ammar??? -__-'

Wakeup early in the morning =)

Makin lama makin debot anak Bonda ni. Setakat ni Ammar tak pernah demam lagi. Kena cucuk pon tak demam. Masa nurse cucuk die ada bekalkan ubat demam & suro bagi kat Ammar bila balik nanti supaya Ammar tak demam. Tapi CikPuanIsteri tak bagi pon kat Ammar. Baby bawah 2 tahun tak boleh makan ubat hokey..!! Tak paham kanapa nurse tu suro bagi..aisy~~~ CikPuanIsteri percaya yang susu ibu dah cukup untuk buat antibodi Ammar kuat. Dalam masa 3 bulan j dah 2 kali ganda berat masa lahir. Berkat susu ibu agaknye. Alhamdulillah setakat ni Ammar masih lagi menyusu dengan susu ibu. Mudah-mudahan dapat susukan Ammar sampai umur Ammar 2 tahun setengah. Jauh lagi perjalanan tu. Ya Allah permudahkan segala usaha kami di dunai & di akhirat.. Amin..

P/s:-
-sesape yang nak kurus dengan cepat, jimat, sihat & dapat pahal caranya mudah j.--->> Susukan anak anda secara exclusive <<--- InsyaALLAH berat badan anda akan kurus dengan sihat. (untuk wanita sahaja. Lelaki dilarang mencuba)MyEm0.Com 

Tuesday, March 19, 2013

:: My Breastfeeding Journy #3 Cara Bawa Stok EBM Sejuk Beku Berjalan Jauh ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hye readers....hari tu masa CikPuanIsteri on9 Facebook ada terbaca sorang mommie nie tanya kat Kelab Penysuan Si Manja macam mana nak bawa stok EBM yang beku tu balik ke kampung. Perjalanan pulak makan masa 3-4 jam. So teringat la masa CikPuanIsteri bawak balik stok EBM masa nak balik JB dari berpantang kat kampung. Meh CikPuanIsteri share yerk.

First korang kene la beli kotak plestrin ni. CikPuanIsteri tak tau la korang panggil pe.
Pastu bubuh ais macam dalam gambar tu.

Second masukkan stok EBM korang. Tak yah susun pom tak apa coz masa nak masuk peti bau susun.
Kalo korang susun dalam kotak nie nanti lagi senang nak susun dalam peti. Ni kes malas..ekeke

Third korang timbus EBM tu ngan ais. Mak sure tutup semua EBM tu ye. 
Lepastu korang tutup la penutup kotak tue dengan ketat.

Lastly dah sampai rumah susun dalam peti.

Masa mula-mula tu cuak jugak kalau EBM tu cair. Kalau dah cair kite kena habiskan dalam masa 24 jam. Sayang gila..!! Penat kumpul banyak macam ni tak kan la nak buang kan. Ingat boleh beli kat pasaraya ke susu ibu nie?? Perjalanan dari kampung sampai JB lebih kurang 2 jam setengah gak. Masa tu jalan jam gila. Yela kan baru lepas cuti Chineese New Year. Sampai rumah terus kejar kotak ni nak tenguk susu cair tak. Nasib baik susu tak cair. Asinye pon tak sempat nak cair. Fuhh~~ lega rasa hati.

So korang kalau nak jalan jauh boleh buat camni. Ada sesetengah mommies cadangkan beli coolbox brand coleman. Memang tak dinafikan coolbox tu bagus. Bagi yang nak jimat boleh pakai kotak polestrin ni j. Ok dah cukup sampai sini j. Kang ada masa CikPuanIsteri hapdet baby ammar 3 bulan pulak yer..

Monday, March 18, 2013

:: firstday ammar kat rumah baby sitter ::

☆★ Assalmualaikum... ☆★


Hye sugar..!! Korang mesti da tahu cikpuanisteri nak cerita apa kan. Sejak ada anak ni sibuk la nak cerita pasal anak j manjang. Sila jangan bosan yerk. Hari ni cikpuanisteri da start masuk kerja. So minggu lepas cari baby sitter & try antar ammar kat umah BS. Saja j hantar ammar awal kat rumah BS coz nak nengok die serasi tak. Kang da naik kerja baru nak hantar kalau tak serasi kan ke haru.mana nak cari baby sitter dalam masa 24 jam???

Mula hantar hari Khamis. Masa nak hantar tu rasa berat hati j. Yela tak pernah pisah ngan ammar kot. Inchik Hubby relax j. Pagi hantar dalam pukul 8.30am. Balik dari hantar ammar siap g sarapan. masa tu tak rasa sedih lagi. Bila dah sampai rumah dah rasa sebak. Bila Inchik Hubby g kerja terus tak leh tahan lagi. Apa lagi melalak sakan la kat rumah sorang. Yang paling sedih bila pam susu. Kalau ammar ada tak yah pam susu coz ammar dah pam kan. Menangis sambil pam susu.HuwaaaaMyEm0.Com

Lama-lama rasa macam nak gila duk rumah sorang-sorang. Siap pesan dengan Inchik Hubby jangan balik lambat petang nie. Tengahri die da balik dah. Terus ajak ambik ammar tapi inchik Hubby tak nak. Dia buat tak tahu j. Adoiiii~~~ Rasa nak meroyan lagi..!!! Alasan Inchik Hubby sekejap lagi pukul 5 so ambik pukul 5 j.

Tak sudah-sudah tengok jam da pukol berapa. Masuk pukol 4 hati dah bunga-bunga.hehehe.MyEm0.Com4.30pm dah siap sedia dah nak ambik ammar. Inchik Hubby kat awal lagi kang ammar lom siap lak. Dia ajak g kedai dulu. Alahai sabar j la. Memang sengaja j Inchik Hubby nie. Lain perasaan seorang ibu ngan perasaan seorang ayah ni. Sampai j umah pemgasuh tengok ammar tengah menyusu. Bila ambik ammar terus melekat macam lama sangat tak jumpa bonda dia ni. Masuk kereta terus menyusu. Kesian anak bonda nie. Hari jumaat terus tak hantar coz lepas Sembahyang Jumaat nak terus balik kampung. Yeay dapat kelek ammar..!!!

Tadi malam ammar meraam j. Macam tahu lak esok bonda die nak masuk kerja. Tak nak lepas asyik nak melekat ngan bonda j. Sedih lak rasa. Kalau lah boleh jadi suri rumah. Tadi pagi hantar ammar ok j dia. Tapi tak tahu lah sekarang camne. Petang ni nak bawak ammar g klinik cucuk 3 bulan. Tak sabar nak tahu timbang ammar berapa sekarang nie. Dah makin debot dah anak bonda nie.

budak debot baring atas meja main ngan pak cu

Harimau Selatan..Luaskan Kuasamu..!!

Debot bonda. Buah hati pengarang jantung.

Wednesday, March 6, 2013

:: Review 《spectra 3 & stok ebm》 ::

☆★ Assalamualaikum... ☆★

Hye readers..!! Entry sebelum nie cikpuanisteri ada janji nak update pasal breastpump yang cikpuanisteri pakai. So hari nie nak tunaikan janji tu. To mommy to be entry nie mukin dapat membantu. Pada yang bujang lak korang boleh baca tuk pengetahuan am. At least bila da kawen nanti tahu dah camne nak simpan susu & nak beli pam susu. Untuk mommy yang da ada anak mommy boleh la guna tuk anak seterusnya.

Cikpuanisteri guna breastpump jenama spectra 3. Tu la pam yang mampu milik selain dari tu pam nie hardcore. Kalau ikut hati memang la nak pakai medela free style tapi poket tak cukup tebal. So ukur baju kat badan sendiri jangan lak ukur baju kat badan orang, memangla lari aligmentnye.hehehe.. Mula jatuh cinta kat spectra 3 ni bila nampak member guna ok j & selesa. Masa tu jakun la jugak. Yela sebelum ni nampak yang manual j. Jarang nampak yang elektrik ni. Pastu mula search pasal electric breastpump. Mula-mula berangan nak guna Medela tapi harga dia ya ampunnn...!!! So cancel pakai medela. Beli yang mampu milik j la. Setakat ni pakai memang sangat memuaskan. Cuma kalo nak bawa g mana-mana berat la sikit.

Beli kat fablous mom coz ada outlet kat JB.

Hasil pam tadi pagi & sterilize plastic bag tuk simpan stok ebm.

Alhamdulillah setakat nie susu tu cukup tuk wat stok & tuk knyangkn baby ammar setiap hari. Total tadi pagi dapat lah lebih kurang 8oz. Setaip kali menyusu baby ammar akan minum 3oz, so cikpuanisteri packing ebm tu 3oz setiap paket. Nanti senang bila nak bagi kat pengasuh. Sebelum nie cikpuanisteri bubuh 5oz setiap paket. Masa tu tak tahu lagi baby ammar minum barapa banyak. Susu yang dah sejuk & dipanaskan semula tahan 1 jam sahaja. So lebih baik bagi susu ngam-ngam baby minum supaya tak ada susu yang dibuang. Sayang kalau buang susu ibu, mana korang boleh beli kat kedai. 

Janagn lupa tagging setiap susu tu nanti senang nak guna.
Kena guna ikut turutan yer... first in first out k..

Susu lebih tak cukup 3oz simpan dulu coz nanti nak campur dengan susu yang pam tengahari.
Susu perahan boleh dicampur dengan syarat dalam masa 24 jam.

Korang boleh pilih nak simpan susu kat dalam botol or simpan kat dalam plastik cam kat atas tu. Kalau peti sejuk korang besar gedabak so boleh la pakai botol. Oleh kerana peti sejuk cikpuanisteri ciput j so kena simpan kat dalam plastik coz nak jimat ruang. Ebm yang di simpan kat tempat beku peti 2 pintu boleh tahan sehingga 3 bulan, kalau kat chiller pulak tahan seminggu j. Kalau ada peti cam orang kual ais krim tu memang khas tuk frozen sahaja boleh tahan sampai 6 bulan.

Nak juga selit gambar dak nomey nie. ♥___♥


Sekian tuk hari ini. Nextime jumpa lagi. K wassalam..hehehe

Monday, March 4, 2013

:: Pavlova Coklat dengan Cream Cheese ::

☆★ Assalamualaikum.. ☆★

Halloooo..!! Da lama sangat rasanya tak update blog pasal resepi. So kali ni cikpuanisteri nao bagi resepi pavlova. Mesti ramai yang minat dengan pavlova ni kan? Tak susah pon nak buat. Oleh kerana semalam hari ahad so inchik hubby tak kerja & boleh tolong jagakam baby ammar. Tu yang ada masa nak membaking. Dapat la lepaskan gian sekian lama tak sentuh oven & mixer. Sebenarnya da lama nak buat pavlova ni. Tapi asyik tertangguh j.

Sehari sebelum warded tu cikpuanisteri & inchik hubby pergi jusco so beli la barang-barang tuk buat pavlova. Kononya esoknya nak buat la. Sekali tak jadi pula coz da kene warded sebab nak bersalin.hehehe ^___^



Bahan-bahan untu meringue


  • 3biji telur
  • 100 gm gula ising / kastor / halus
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu cuka
Bahan-bahan untuk cream cheese

  • 100 gm cream cheese
  • 50 gm whiping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit perahan lamon (kalu xde pon xpa)
cara-caranya

  1. Asingkan putih telur & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan high speed sehingga berbuih.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Jangan berhenti pukul.
  4. Pukul lagi sehingga bertanduk.Kalau korang terbalikkan bekas tu putih telur tak tumpah kira jadi la tu.
  5. Ayakkan tepung & serbuk koko kedalam meringue tadi. Kaup balik guna spatula hingga sebati.
  6. Ambil baking paper & buat bulatan ikut suka korang nk besar mana. Tuang meringue atas baking paper tadi ikut bulatan yang korang da lukis tu.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 150ºc selama1jam hingga 1jam 15 minit. Ikut oven masing-masing.Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Untuk cream pula campurkan vream cheese & whiping cream pukul hingga kembang.
  9. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
  10. Masukkan perahan lamon.
  11. Paipkan atas pavlova tadi & hias guna buah yang korang suka.
  12. Sedia untuk dimakan. Jangan lupa baca Bismillah.

Ok siap dah pavlova. Sekelip mata habis. Inchik hubby pon suka. Tapi tak boleh makan selalu coz benda nie manis. Bahaya untuk kesihatan. Sesekali boleh la.


Dak nomey yang baik. Tak meragam pun tengok tv ngan ayah msa bonda membaking.

Jalan-jalan g mydin :)

Nak jugak selit gambar baby ammar walaupon tak ada kena mengna ngan pavlova nie..ekekeke.. Next entry nak rivew pasal breastpump & set bersalin lak. Tunggu na~~