Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, July 22, 2013

:: Ammar rizqy 《7 months》::

Assalamualaikum.....

Hye sugars..!!! Hari ni my lil caliph dah masuk 7 bulan 2 hari & dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Alhamdulillah masih dapat supply susu tuk my lil caliph walaupon puasa. Dulu memang sangat risau kalau tak dapat supply susu.

8.2kg

Big Boy dah anak bonda nie. Masa nie ada majlis iftar bersama opismate kat Suriacity Hotel JB. Makin cerik bukan main lagi. Bila kita sibuk buka dia pon sibuk gak. Nak minum dalam gelas yang kita minum tu. Terpaksa la sediakan gelas khas untuk sikecik ni tapi isi air masak saja. Tak boleh minum manis-manis yer kamu belum cukup umur lagi.


Setiap hari ada j nak buat oarng geram ngan dia ni. Bising rumah dek suara dia saja. Alahai rindunya la kat my lil caliph ni. Sekarang da pandai dah kalau nampak bonda pakai tudung j dia sibuk la nak ikut. Lambat ambik j mula la keluar lagu merdu dia tu. Kalau nampak kereta pon sama gak, sibuk nak masuk. Bijak betul anak bonda ni. Bila pergi berjalan tahan j mata tu tak tido. 


Nie la gaya budaknak susu tapi bonda lambat bagi.hahaha.. Mesti tangan dulu jadi pengganti. Sorie yer gambar tak berapap nak terang coz amik gambar dalam gelap. Entah kenapa saya tak suka sangat ambik gambar guna flash. Rasa macam sakit mata j.


Peberet cartoon my lil caliph Upin & Ipin. Kalau ada kartun ni memang tak berganjak la. Senang sikit nak buat kerja. Saya tapis juga apa yang boleh dia tengok. Tak semua karton saya bagi dia tengok. Yela kalau ada karton yang tak elok better tak yah la kan. Dalam umur dia sekarang ni mudah serap apa yang dia nampak depan mata. So kena pandai pilih.


Ok sekarang dah pandai tido lambat. Ni dah pukul 12.00am pon masih tak nak tido. Bonda dah nak jadi zombie dah. Esok nak bangun sahur & pergi kerja lagi. Asyik la nak main. Dah tak tahan saya masukkan jugak dalam buai coz nak bagi cepat sikit tido.hehehe.. Sorie sayang bonda tak larat dah. Kalau korang nak tengok gelagat my lil calpih nie boleh follow KeeK saya yerk. Sehingga berjumpa lagi di next entry. Adios.

Saturday, July 20, 2013

:: wordless saturday →feeling well← ::

Hye..!!
Im feeling well now ;p

Thursday, July 18, 2013

:: Rindu Senyumanya ::

Assalamualaikum....

Hye dears..!! Dalam tak sedar dah seminggu kita puasa. Tahun ni puasa pertama kami bertiga. Alhamdulillah.. Walaupon kami banyak diuji tapi kami redha dan bersyukur. My lil caliph got fever for the firstime. Memang sangat cuak & susah hati. Ok saya share kronologinye ye..


Sabtu (13.07.2013)

Malam ni kita orang baru sampai dari Kuala Selangor coz sambut awal puasa dengan mertua. So gerak balik Muar lepas buka & sampai 12.30am. My lil caliph still lg ok. Dalam kereta tak reti diam. Aktif main sana sini. Sampai kat Ayer Keroh baru la nak tido. Pagi tu Ammar agak meragam tapi still ok lagi. Suhu pon normal. Bila masuk petang Inchik Hubby perasaan yang badan Ammar da mula panas. Sayangnya saya tak bawa thermometer masa tu. Yela tak jangka pon  yang Ammar nak demam kan. Sebelum nie mana la pernah Ammar demam.

Ammar masih lagi aktif macam biasa. main tak ingat dunia. Tapi bila masuk petang tu ammar da mula nk meragam. Badan da makin panas. Saya ambik tuala basah & tuam kepala ammar. Abah pulak g beli cool fever tuk ammar. Tapi ammar tak berapa suka pakai. Habis di bukaknye.Bila malam lagi la merengek & suhu pon makin panas. Saya sangat menyesal tak bawa thermometer. Malam tu saya tido ayam j coz takut ammar panas sangat. Saya keep tuam kepala ammar.


Ahad (14.07.2013)

Pagi lagi kita orang da gerak balik JB coz nak bawa ammar g klinik. Sampai JB terus g Poliklinik Dahlia tapi tutup pulak. Yela hari Ahad kan masa tu. Kebetulan dekat ngan Poliklinik Dahlia tu ada Poliklinik Penawar. So kita orang g je la klinik tu. Masa doktor cek suhu ammar baru 37'C. Tak ada la panas sangat kan. Lega gak masa tu. Doktor tu banyak bagi advise kat kita orang camne nak jaga baby yang demam. Macam tahu-tahu j yang kita orang ni first parents. Dapat ubat demam j coz doktor tak nak bagi uabat antibiotik coz ammar baby lagi. So biar ammar manage sendiri sistem imunisasi dia.

Balik tu terus bagi makan tapi ammar tak berapa nak. Dapat makan separuh dari biasa j. Lepas tu terus bagi ubat demam. Ammar minum dengan behave sangat. Sikit pon tak ada yang keluar balik dari mulut ammar & ammar tak nangis pon. Nampaknya memang tak ada masalah nak bagi ubat pada ammar. Lepastu ammar terus tido. Saya still lagi tuam kepala dengan kain basah & monitor suhu ammar. Doktor pon suruh monitor suhu ammar coz takut kena sawan tarik bila panas sangat. Petang tu ammar bangun cek suhu dah normal 38.6'C. Alahamdulillah... Lega sangat hati masa tu.

Lepas buka tu kita orang nak bawa ammar g berurut. Yela kan kita orang jalan jauh. Kot-kot la ammar penat & salah urat. Bila rasa badan amaar panas sangat. Cek suhu dia 38'C. Saya terus insert paracetamol melalui punggung ammar dengan harapan suhu dia akan turun. Menangis sakan bila ammar kena urut. Alahai kesianye. Balik malam tu saya keep monitor suhu ammar setiap 1 jam. Tapi saya tengok suhu tak turun pon, makin naik adalah. Saya dah mula cuak. Pukol 1.30am saya cek suhu ammar 39.8'C. Ya ALLAH panas sangat badan ammar ni. Saya terus mandikan dia.


15.04.2013 (Isnin)

Lepas mandikan ammar saya terus decided nak bawa ammar g hospital. Terus g kat emergency. Bila doc cek suhu ammar 39'c lagi doc terus bagi sebesen air & suruh mandikan ammar. Menangis sakan & menggigil ammar kena mandikan. Ya ALLAH hati ibu mana yang sanggup tengok. Tapi saya tetap tahan gak. Malu la nak nangis depan orang ramai. kat rumah memnag dah puas saya nangis. Bila dah siap saya terus pakaikan ammar baju & peluk ammar kuat-kuat. Nurse bagi lagi ubat bontot tu tapi panas ammar still tak turun. Doc arahkan amek darah tuk ce sama ada denggi or ada masalah lain. lagi sekali hati saya macam di siat-siat. Sangat kesian ammar masa tu.

Result darah keluar and everything ok. Tak ada masalah ngan darah ammar. Kita orang kena tunggu doktor decide. Tetiba ammar poo poo banyak pulak tu sampai tembus kat seluar. Masa ni baru la teringat yang saya tak bawa pampers & baju spare. Saya just bawa tuala j. Tak pe la saya basuh poo poo ammar & pastu saya just bolot ngan tuala j. Ammar sangat lemah masa ni. Lama tunggu doktor pon panggil kita orang. Doktor suruh refer ngan paed lak esok. Pukul 5:00am baru kita orang dapat balik. Masa ni semua orang baru bangun tuk bersahur & kami baru balik dari hospital. Sahur ala kadar j. Just biskut & air kosong.


Macam ni la keadaan ammar. Sangat tak bermaya. Air mata saya tak berhenti meleleh. Ya ALLAH saya redha dengan ujian ni. Kalau difikirkan banyak lagi yang lebih teruk dari ini. Kat rumah saya keep sponging ammar. Saya baringkan ammar kat atas lampin basah. Buka baju & just pakaikan pampers. Jerlum air asam jawa kat kepala & badan. Mandikan jugak. Walaupon suhu still tak turun tapi saya tetap buat. Alhamdulillah petang tu da nampak ok sikit. Ubat saya bagi just tengahari j. Saya tak berapa suka bagi makan ubat ni. Kalau boleh biar la natural remedy.


16.07.2013 (Selasa)

Ammar bangun lambat hari ni. Kami kena pergi hopital lagi coz ada appoiment ngan paed. Bila ammar bangun saya terus mandikan & gerak ke hospital. Karang kalau lambat ramai orang pula. Dalam hati asyik doa j supaya ammar akan ok. Lama gak tunggu biasa la kan gomen.hehehe.. Ok ammar timbang berat naik 8.2kg so naik 500gm la. Nampak j kurus tpi berat tetap naik. Bila jumpa paed  ada cakap yang ammar ada tonsilitis sebab tu demam dia tinggi & susah turun. Lepas ni mukin dia akan kerap demam. Ok saya kena kerja lebih sikit untuk make sure ammar tak demam. Darah ammar pon tak berapa cun just 9.2 so kira Anemia. tapi paed kata tu normal coz ammar baru makan solid food. Biasanya baby perkara ni jadi bila baby tukar diet harian. Paed nasihatkan banyak bagi makan lagi. Untuk kali kedua ammar kena cucuk lagi untuk kesan sebab apa Anemia. Aduiiii sadisnye... Lagi dua bulan datang checkup. Hopefully result darah ammar ok. Paed bekalkan ubat tambah drah & ubat demam. Tapi macam biasa saya tak bagi sangat pon.

Terima kasih sangat pada mereka yang banyak bagi nasihat & guide saya. Pada kawan-kawan saya Sue & Mira yang sentiasa ada kat sisi saya saat saya down. Love u guys. Baru demam j saya dah gelabah. Kalau boleh saya nak ganti tempat ammar. Biar la saya yang rasa semua tu. Ammar terlalu kecil nak rasa sakit.







RINDU NAK DENGAR ANAK BONDA KETAWA :'(


P/s:
-dari sini saya belajar betapa pentingnya thermometer kat rumah.
-dari sini juga saya mula faham kenapa mak akan menangis setiap kali anaknya sakit.
-dokan kesihatan ammar ye..TYIA

Sunday, July 14, 2013

:: Get well soon sayang ::

Assalamualaikum....

Hari ni hari yang paling buruk pada saya. Ni semua sebab my lil caliph demam. Suhu naik turun. Start dari semalam petang da perasan suhu naik. Tapi semalam kat kampung so tak bawa theomeyer. Tak dapat la nak tengok suhu sebenar my lil caliph. Menyesal betul tak bawa thermometer. Ni firstime my lil caliph demam panas sepanjang 6 bulan lahir. Memang agak cuak juga ciz tak ada pengalaman lagi nak jaga baby demam.

Suhu malam nie 38.4ºc. Kire tinggi jugak tu. Tido pon just pakai pampers j. Tangan ngan kaki sejuk tapi badan ngan kepala panas. Saya risau kalau kena sawan tarik j. Doakan ammar rizqy cepat sbuh ye... :'(


P/s :
-rasa down sangat..

Saturday, July 6, 2013

:: wordless saturday ♡ lambaian ramadhan ♡ ::

Assalualaikum.....





Salam Ramadhan Almubarak
Semoga segala amal ibadat kita diterima
Amin Ya Rabbal Al-amin..






P/s:
-ari ni kita nak g beli baju raya my lil caliph. Saja beli awal coz malas nak bersesak puasa nanti..hehehe

Monday, July 1, 2013

:: my breastfeeding journy #6 first stage done..!! ::

Assalamaualaikum....


Hye readers..! Diam-diam da masuk 6 bulan dah my lil caliph. Ni maknanya dia menyusu pon da 6 bulan. Alhamdulillah saya dapat susukan ammar sepenuhnya masa 6 bulan pertama. Tapi bukan mudah seperti yang di sangka. Banyak cabaran yang kami lalui demi melaksanakan syariat Allah ni.

Mukin saya tak ada masalah dalam mengumpul stok ebm sebab susu cikpuanisteri boleh dikategorikan meriah jugak. So memang tak ada tekanan bab kumpul stok. Tapi hidup tak kan terlepas dari dugaan. Bila ammar masuk 4 bulan maknanya selepas sebulan saya kerja Allah uji saya. Ammar refused direct feeding. Mula-mula ingat sebab dia selesema coz masa tu memang dia tengah selesema. So bagi peluang tuk selesema baik. Tapi sayangnya ammar tetap jugak tak nak direcy feeding.

Masa mula-mula memang saya tak dapat terima hakikat yang ammar tak nak menyusu dengan saya sampaikan saya tak nak langsung tido dengan ammar. Kesian ayah terpaksa layan ammar. Saya menangis sepanjang malam. Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu. Saya tahu ammar kena nursing strike. Boleh tengok entry saya yang lepas.  Cara nak agihkan masa mengepam pon lari. Macam-macam cara saya buat tuk bagi ammar direct feeding semula tapi semuanya tak menjadi.

Ya saya hampir putus asa waktu tu. Saya dah sibuk search mengenai susu formula. Boleh dikatakan saya search semua jenis susu. Tapi nasib ammar selamat dari menjadi anak lembu. Saya ada cuba bagi ammar anmum & ammar refused. Mukin rasa yang tawar kot. Anmum kan tanpa gula tambahan susu bonda lak lemak berkrim. Jadi saya da risau. Kang kalo tak nak susu camne lah ammar nak membesar. Saya buka balik KIM (kumpulan ibu menyusukan) kat pesbuk. Rupanya ramai yang senasib dengan saya. Anak mereka juga nursing strike & mereka jadi ep mom (exclusive pump mommie).

Dari situ semangat mula kembali. Kenapa saya give up awal sangat sedangkan ada orang yang langsung tak pernah dapat susukan anaknya. Saya kira bersyukur dapat susukan ammar direct walaupon hanya 4 bulan. Malah ada yang jadi ep mom dah hampir dua tahun. Kagum saya dengan semangat mereka. Dari situ saya banyak belajar & Alhamdulillah ammar dapat menyusu susu bonda.



Stage pertama lepas. Sekarang masanya untuk berjuang ke stage seterusnya. Kami perlukan doa dari korang. Doakan kami berjaya untuk stage seterusnya. Terus terang saya katakan kadang-kadang saya tak kuat. Sekarang my lil caliph dah makin aktif. Penat jangan cakap la. Bercinta j nak bangun malam pam susu. Tu yang kadang skip bangun malam. Bila susu drop mula la risau coz takut susu tak cukup tuk ammar. Ya Allah kuatkanlah semangat kami...


Oleh sebab saya berjaya susukan ammar sampai 6 bulan so saya bagi reward untuk diri sendiri. Saya beli bag pam coz sebelum nie saya pakai j tote bag fablousmom tu. Bag tu pon dari putih da jadi kelabu asap.hehehe..So cun la sikit kan tak adala orang pelik tengok saya angkut bag fablousmom tu. Kebetulan fablousmom ada buat clearence sale tu yg cepat j grab.

Kelmarin saya ada bagitahu yang ammar da mula makan solid food. Sebelum nie ok j tapi minggu lepas macam lain macam sikit. Saya tengok ammar susah nak poo poo. Kalau poo poo pon sikit sangat. Saya syak yang ammar sembelit. Rupanya betul. Sian anak bonda susah nak poo poo. Sampai la hari khamis malam ammar poo poo keras. Berpeluh-peluh meneran pastu menangis. Ya Allah hati ibu mana yang tak tersentuh. Perasaan saya masa tu sedih sangat. Rasa sangat bersalah coz tak jaga ammar dengan baik. Maafkan bonda sayang. Hari jumaat tu saya ambil cuti semata-mata nak jaga ammar. Saya buatkan puree betik tapi ammar tak nak pulak. Saya cuba bg ammar gigit sendiri betik & dia nak. Oh bijak anak bonda nie berdikari. Semua nak buat sendiri. Saya lecekkan pisang pon dia tak nak. Tapi bila dia gigit sendiri laju j dia makan. So saya biar j dia gigit sendiri tapi saya ada kat sebelah la. Takut lak dia gigit terbesar karang tercekik. Saya pon ada juga bagi ammar VCO campur ngan susu. Saya usaha j apa yang mampu. Alhamdulillah lepas tu ammar poo poo macam biasa.


Bonda akan cuba bagi ammar yang terbaik selagi bonda mampu. Maafkan bonda kalau apa yang bonda buat tak cukup sempurna untuk kamu sayang. Da tiga hari duk kelek ammar hari ni cepat rasa rindu kat ammar. Bila la nak pukul 5 ni. Tak sabar nak layan kerenah sayang bonda ni walaupon penat yang amat.


P/s:
-doakan saya terus kuat untuk berjuang dalam penyusuan susu ibu ye..