Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label checklist. Show all posts
Showing posts with label checklist. Show all posts

Monday, October 22, 2012

:: Persiapan Sambut Orang Baru ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Lama tak hapdet entry..hehehe... Lepas breakfast mata ngantok lak. Tambahan pulak hari nie sistem kat opis tak leh pakai so CikPuanIsteri boleh la hapdet enty baru tuk hilangkan ngantuk. Kejam celik kejam celik dah masuk 8 bulan dah si kecik bonda nie. Lebih kurang sebulan lebih j lagi nak menjengah dunia. Kalau ikut bulan memang lagi sebulan tapi kalau ikut minggu lagi 7 minggu. CikPuanIsteri pon tak paham kenapa nurse kira 40 minggu sedangkan sepatutnya kita mengandung juz 9 bulan 10 hari. Tak kisah la tu kan yang penting semua selamat.

Bila dah makin dekat ni persiapan kene la buat. Boleh dikatankan hampir 90% dan settle. Tinggal lagi 10% j yang lom settle. Itu pun juz nak beli stroller & car seat tuk baby j. Ada ke aunty2 or uncle2 yang nak sponsor???hahaha... Kiranya checklist yang dah dibuat hari tu hampir settle la.


Dah masuk dalam kotak siap-siap nak bawa balik kampung. Mak Tok nak tengok apa yang bonda dah beli. Apalah maktok ni tak percaya dengan bonda. Macam la bonda tak tahu nak beli barang-barang baby. Tapi memnag tak tahu pon..hehehehe... 


Banyak giloss stokin Litlle B yang bonda & ayahh dah beli. Ni semua gara-gara rambang mata. Nmapak semua nak beli. Nasib la Inchik Hubby ada nak kawal CikPuanIsteri yang rambang mata ni. Kalau tak lagi banyak rasanya.hehehe...Tak dapat beli depan mata Inchik Hubby g beli online lak. Tahu-tahu j dah sampai kat rumah. Inchik Hubby geleng kepala j la.hehehe....


Kebetulan hari tu ade ekspo Mom & Baby Expo 2012 dekat Danga Citymall. So kita orang pon ambik peluang tuk beli barang-barang kat situ. Lampin CikPuanIsteri tak beli banyak. Juz beli 1 dozen j. Cukup la tukan. Bukanya pakai banyak sangat pon. Baby balnket lak beli 2 j. Tapi macam nak tambah lagi la.hehehe


Mitten & baby hat CikPuanIsteri beli sekali ngan baju. Mesti la kena sepasang ngan baju & booties kan. Tak kanlah  baju warna merah mittens warna hijau, booties warna biru & baby hat warna kuning lak. Nanti dah jadi cam badut pulak.


Hasil dari memborong dekat ekspo hari tu. Ok CikPuanisteri tak ada la nak tetapkan Brand pape tuk little B. Semua brand baby pon boleh. Cuma mandian & bedak j CikPuanIsteri suka pakai Johnsons Baby. Memang dah jadi pebret dari dulu lagi. So kalau nak bagi hamper mandian better bagi Johnsons Baby okey..hahaha.. Demand la pulak... ^_____^


Barang yang dalam bag plastik tu barang-barang yang kene bawak g hospital. Tinngal nak transfer dalam bag j. Mak dah tolong pilihkan. Ni la akibat anak yang terlebih manja dengan mak. Semua nak mak buat. Baju sendiri pon mak yang pilih.hehehe.. Kain batik dah siap dah. CikPuanIsteri beli 10 helai terus. Semau barang-barang dah siap basuh da. Kena ingat yerk semua barang yang kita baru beli WAJIB basuh dulu. Yela kita tak tahu baju tu bersih or tak. Ntah ada hama or toksik ke kan. Nanti tak pasal-psal kulit kita rashes lak.


Ok korang dah tenagok yang best-best j kan, sekarang nak cerita yag tak best pulak. Sticker kat Buku Merah CikPuanIsteri dah bertukar warna. Kalau dulu warna putih sekarang dah warna hijau. Korang sendiri namapak apa yang nurse tu tulis kat buku tu. Risiko pertama berat badan CikPuanisteri lebih 80 kg & risiko kedua pulak HB turun. Minggu ni kena minum air gula lagi, alasan nurse tu kata bila perut dah besar placenta (uri) dah keluarkan hormon & kita senang kena kencing manis. Dah dekat-dekat nak meletop ni macam-macam la pulak kesnya. Nurse pon dah remind tuk packing barang yang nak bawak g hospital & simpan kat dalam kereta sepanjang masa. In case kalau nak terberanak masa tengah jalan-jalan or tengah kerja senang lah kan. Nurse pon dah terangkan tanda-tanda nak deliver. Wah perasaan makin takut lak.hahaha.. Mak pon pesan kat Inchik Hubby jangan tinggal CikPuanIsteri sorang selalu sangat. Henpon kena sentiasa ada kat tangan. Jangan jalan jauh-jauh sangat. Macam-macamlah pesan mak & abah pada Inchik Hubby.

Perasaan tak sabar pon ade jugak.hehehe.. Lagi-lagi bila Liltlle B suka sangat buat perut CikPuanIsteri senget benget. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Terbonjol-bonjol j perut ni. Inchik Hubby pon suka sakat, bila baby dah diam dia panggil nanti mula la Little B respon. Suka la Inchik Hubby dapat tengok perut CikPuanIsteri bergerak-gerak. Rasa geram j bila tengok dia main ngan ayah die. Bila lah nak keluar nie..hehehe..Perut pon dah makin memboyot, kaki lak dah mula bengkak. Nak angkat kaki sendiri pon dah tak larat. Lagi-lagi la kalau duduk bersila Ya Ampunnn seksa nak bangun oiiii...!!! Sakit belakang jangan cakap lah. Baring salah, duduk salah, mengiring salah. Sampai dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Masa nie selalu doa supaya baby keluar cepat. Ngam-ngam sebulan dari sekarang keluar. Boleh gitu???hahahaha.. Mak selalu ingatkan CikPuanIsteri orang mengandung memang la macam tu. Dulu mak pon sama jugak. Wah masa ni insaf sekejap.huhuhu.. Kaki pon dah makin kerap kejang. Pernah sekali tu kaki kejang Inchik Hubby buat tak tahu j..
Me : Aduh sakit, sakitnya....aduh....
Inchik Hubby : Emmmm?? (dalam keadaan mamai )
Me : Sakit la...Aduh....
Inchik Hubby : Kenapa??(suara orang baru bangun tido)
Me : Kejang kaki...aduhhh..
Inchik Hubby : Emmmm...MyEm0.Com( sambung tido )
Me : Ggggrrrrr..!!!!!MyEm0.Com (berasap sambil tahan sakit)

Kalau korang hangin x?? Orang punya la skit dia boleh sambung tido. Hangin j masa tu. Inchik Hubby ni kalau dah tido tak hengat dunia. Kalau nak beranak tengah malam nanti kena jerit sepenuh hati kat telinga Inchik Hubby baru dia bangun. Hari Sabtu ni nak buat Majlis Lenggang Perut. Korang pernah dengar x?? Nanti CikPuanIsteri hapdet yerk apa yang kita buat masa Lenggang Perut tu. K bye..!!

P/s :-
- bukan senang nak jadi seorang IBU. 
- hargai ibu anda selagi hayat dikandung badan.

Monday, September 3, 2012

:: Konpius ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning Dears..!! Salam Merdeka. Berkat doa semua kesihatan CikPuanIsteri dah bertambah baik. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan CikPuanIsteri. Bestnye cuti, rasa malas nak naik kerja tadi pagi. Mata pun kelat j nak bangun pagi. 3 hari cuti penuh dengan aktiviti. Hari Jumaat pergi Jelai 3, N.9 beraya rumah pakcik. Sabtu pulak penuh dengan kenduri kawen rumah kawan-kawan. Ahad pergi window shoping barang-barang Little B dekat batu Pahat pastu terus balik JB.

Mase tengah tengk-tengok barang Little B sempat juga compare harga dengan beli on9. Ada yang lebih murah beli on9 walaupun dah termasuk postage. Yela on9 tak payah nak bayar sewa kedai yang mahal beribu-riban so dorang boleh la jual murah j. Kalau bukak kedai kena la pikir sewa kedai kan. Inchik Hubby kate kalau ada yang berbaloi beli on9 lebih baik beli on9 j. Lagipun senang tak payah nak menempuh jalan jam tuk beli barang. Order pastu transfer duit & tunggu j barang sampai depan mata. pergi kedai babay pon juz nak tengok barang depan mata, pegang-pegang & tanya psal user guide. Pastu order on9. Yang paling best ayat Inchik Hubby "Berapa nak pakai duit?nanti abang tarnsfer kat dalam akaun"MyEm0.Com Ni yang sayang Inchik Hubby ketat-ketat. Tapi CikPuanIsteri tengah pening tak tahu nak pilih yang mana satu set brestpumps ni. Barang-barang yang lain dah ada pilihan hati tapi set breastpumups ni pening sikit. Bila tanya Inchik Hubby jawapan dia "suka hati la nak yang mana. Abang tahu bayar j"  Dua-dua pon macam ok j.

CikPuanIsteri dah decide nak guna breastpump Spectra 3 coz tengok opismate pakai macam seronok j. Memang dah niat kalau ada anak nanti nak breastfeed selagi mampu. So sekarang tengah ushar breastpump ni. Alahai tinggal pilih pon susah. Pening la pulak. Harga pon agak berbaloi jugak.

Spectra 3 Breastpump *Back To Work Package D* RM 499.00:
  1. 1 unit spectra 3 breastpump (RM 388.00)
  2. 1 Autumz Backpak (RM 99.00)
  3. 1 unit spectra shield for double pumping (RM 70.00)
  4. 1 autumz cooler tote bag (RM 46.90)
  5. 3 packs autumz reuseable ice pack (RM 23.00)
  6. 4 bottle of autumz pp milk storage bottles (RM 16.90)
  7. 1 unit BPA free deluxe bottle drying (RM 39.90)
  8. 1 unit receiving blanket (RM 15.90)
  9. 4 pcs washable breastpad (RM 12.90)
  10. RM 10.00 voucher.
Dengan pakej ni boleh jimat RM 224.00. Sapa yang tak nak jimat banyak macam ni kan?? Free shiping lagi. Bag pulak boleh pilih nak warna camne. Comel j warna bag die.

Spectra 3 Breastpump *Back To Work Package H* RM 390.00 :
  1. 1 unit spectra 3 breaspump (RM 388.00)
  2. 1 unit spectra sheild for double pumping (RM 70.00)
  3. 8 bottle of Autumz pp milk storage bottles with free 2 bottle & 5 pcs autumz doble ziplock storage bag (RM 38.90)
  4. 1 unit BPA free deluxe bottle drying (RM 39.90)
  5. 1 unit receiving blanket (RM 15.90)
  6. 4 pcs washable breastpad (RM 12.90)
  7. RM 10.00 voucher.
Pakej nie pulak boleh jimat RM 185.60. Cuma yang bezanya pakej ni tak ada backpack (bag yang buat isi pum) tak ada cooler bag (bag tuk simpan susu) tak ada ice pack (pack ais yang boleh guna semula). Tapi CikPuanIsteri dah tengok dekat Baby Bliss barang-barang tu harga pon ok juga. 
Cooler Bag ni harga die Rm 17.00 lom termasuk postage la. Warna pon cantik juga.

Reusable Icepack pulak Rm 20.00 lom termasuk postage juga. Bagpack tak payah la kot. Masuk j breastpump kat dalam bag biasa. Tengok opismate boleh j buat macam tu. So total pakej H + cooler bag + icepack = RM 427.00 belum termasuk kos pos tuk 2 barang yang beli dekat Baby Bliss. 

So korang rasa yang mana lagi ok??Tak tahu la yang mana nak pilih. Rasa cam dua-dua pon ok. Pening la.MyEm0.Com Apa kata korang tolong pilih tuk CikPuanIsteri.hehehehe~~

Monday, August 27, 2012

:: Checklist Keperluan Baby & Bonda ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Diam tak diam dah seminggu raya. Semua orang dah update entry pasal raya. CikPuanIsteri baru j nak update.hahaha. Raya tahun nie tak ada snap gambar langsung. Ntah kenapa tak ada mood sangat. So tak adalah yang nak dikongsi. Semalam CikPuanIsteri balik JB awal coz nak elakkan jam. Biasa la bila dah ramai yang cuti nie mesti jalan nk balik Jb jam. Sedangkan hujung minggu biasa pon boleh jam jugak apatah lagi musim perayaan camni.Sampai j rumah Inchik Hubby pon mula la mengemas balang-balang kuih raya. CikPuanIsteri pulak sibuk kemas baju. Waaaa...!!! sangat letih.!!! MyEm0.Com. Keadaan CikPuanIsteri pon tak berapa nak sihat. Boleh pulak kene flu & batuk. Ni angkara minum ais yang berlebihan masa g beraya la. Sekarang terimalah padahnya.

Lepas maghrib j semua terbongkang depan tv kepenatan. Sambil-sambil tengok tv tiba-tiba terfikir pulak kalau My Little B dah keluar nanti boleh lagi tak manja-manja dengan Inchik Hubby??? Nanti mesti Inchik Hubby dah sibuk layan Litlle B. Mood jeles dengan anak sendiri muncul tetibe. Boleh gitu??? Sengal sekejap.hahahaha...

My Litlle B dah masuk 6 bulan. Sekejap j masa berlalu. Jap lagi dah nak bersalin pula. 9 bulan bukan lama sangat pon. Barang kelengkapan baby satu apa pon belum beli lagi. Ingat lepas raya nie baru nak g beli. Takut jugak kalau beli last minit nanti ada j yang tertinggal. Perkara pertama kena buat dulu Checklist Tul Little B. Yela barang die la yang paling banyak kena beli nanti. Barang Bonda sikit j & barang Ayah lagi sikit.hehehe

Barang-barang Litlle B :

  1. Pampaers Newborn
  2. Baju siang/malam (ingat nak beli 0-3 months terus coz baby kan cepat besar)
  3. Seluar siang/malam
  4. Booties & Mitten
  5. Barut
  6. Bedung
  7. Lampin
  8. Cloth Diapers (cadangan dari Inchik Hubby)
  9. Selimut
  10. Tilam & bantal
  11. Bedak , lotion & mandian (set product jhonsons baby)
  12. Minyak YuYi (wajib kot ni)
  13. Botol susu (walaupon nak breastfeed tp saje j nk standbay awal tuk naik kerja nanti)
  14. Tisu Basah
  15. Sapu tangan
  16. Tuala mandi
  17. Breastpump 

Barang-barang Bonda :

  1. Set bersalin (bonda dah pilih Nona Roguy)
  2. Bengkung (mak punya ada lagi so jimat tak payah beli)
  3. Kain batik
  4. Breast Pad 
  5. Tuala kecik
  6. Seluar dalam
  7. Maternity pad
  8. Mak bidan

Barang-barang Ayah :

  1. Servis kereta
  2. Duit secukupnya (paling penting)
  3. Tenaga tuk jaga Bonda & Little B
Setakat ni j la yang terlintas dekat kepala otak CikPuanIsteri. Tapi tak tahu la kalau ada yang tercicir. Kalau ada yang terkurang nanti tolong bagtahu lah yerk.

p/s :-
-Doakan CikPuanIsteri, Inchik Hubby & Little B sihat selalu.. amin....