Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label kaki bengkak. Show all posts
Showing posts with label kaki bengkak. Show all posts

Friday, December 7, 2012

:: Seminggu Je Lagi ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi..!!!! Hari nie masih diberi kesempatan lagi nak update entry. Little B masih lagi selesa kat dalam nie. Hari nie dah masuk 39 Weeks CikPuanIsteri preggy. Rasa macam baru semalam j dapat tahu pregnant. Masih ada masa lagi seminggu j tuk sampai due date. Tak sabar sangat nak jumpa my Little B nie. Nak kiss & huge sepuas-puasnya. Tapi kadanag-kadanag rasa macam tak percaya dah nak jadi EMAK ORANG. Mak pon selalu cakap rasa macam baru j mak lahirkan awak nie dah nak jadi mak orang pulak. Tapi tu la lumrah kehidupan yang kita kena lalui. Semua orang akan merasai juga. 


Perancangan nk cuti awal tu ada tapi tak tahu la jadi or tak. Kononya nak bed rest j la sampai bersalin. Simpan tenaga masa nak push nanti katenye. Mula-mula ingat nak cuti start 10.12.12 tapi takut bersalin lambat lak so boring duk umah sorang. Nak balik kampung tak sampai hati nak tinggal Inchik Hubby kat sini. Hati berbelah bahagi nie. Pikir punya pikir dah buat keputusan kalau minggu depan tak bersalin jugak nak ambik cuti start dari 17.12.12 sampai la 90 hari. Setakat nie larat lagi nk berjalan g kerja & shoping. Tapi tak lah sekuat dulu. Sekarang jalan sikit j rasa nak terkencing. So agak susah la jugak nk g jalan-jalan kat pasar malam. Yela kat situ mana la ada toilet, buatnya nak terkencing time tu camne??? So setiap kali nak berjalan mesti make sure tempat yang nak pergi tu ada toilet. Kaki pon senang bengkak bila banyak berjalan. Tu yang tak best.


Hari tu g klinik doktor cakap baby masih lagi lom engage. Lebih kurang dalam minggu depan kot baru bersalin. Alahai bila dengar lama lagi la nak bersalin nampak gayanya. Jeles j bila tengok kawan-kawan yang seangkatan dah selamat bersalin. Takut la pulak kalau over due nanti kena bersalin paksa (induce). Orang kata induce nie lagi sakit dari bersalin biasa. Yela baby kena paksa keluar kan. Pastu kena masuk ubat lak. Kalau boleh CikPuanIsteri nak natural birth. Baby lahir tanpa paksaan. Tapi kita hanya mampu merancang selebihnya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Apa yang mampu CikPuanIsteri & Inchik Hubby buat sekarang adalah doa supaya dipermudahkan segalanya. Korang pon tolong la doakan kami jugak ye.. Terima kasih..MyEm0.Com




Tuesday, October 30, 2012

:: Lenggang Perut ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Hari ni baru ada masa nak hapdet blog. Nie semua sebab komputer CikPuanIsteri yang kat opis nie tak boleh nak access internet. Ntah kat mana yang rosak or silap tak tahu la. Tunggu technician datang lambat la plak. Nak hapdet kat umah malas lak.hehehe.. Hari khamis hari tu CikPuanIsteri ada checkup kat KKIA Kempas. Macam biasa la datang pukul 7.45 balik pukul 11.30. Berjanggut tunggu kat dalam klinik tu. Yang buat CikPuanisteri bertambah bengang bila ada suami-suami yang teman isteri buat checkup duduk sekali dalam klinik. Dah la klinik tu kecik j, kalau suami-suami yang sihat walafiat tu dah duduk dalam klinik tu kitaorg yang bawak perut ni nak duduk mana???? Tak payah la nak berkepit sangat dengan isteri tu cik abang oiii...!! Tak ada sapa pon nak ngurat. Kesian la sikit kat kami yang terboyot-boyot nie nak duduk pon tak ada tempat. Dah la masa tu CikPuanIsteri tak makan lagi, yela kan kena minum air gula mana boleh makan & minum dari 10pm sampai 10am nak duduk lak tak ada tempat. Sangat bengang...!!!!!

 
Kesan ambik darah coz kena minum air gula.

Hari tu CikPuanIsteri dah janji nak hapdet pasal Lenggang Perut. Ada yang tak tahu ke pa tu Lenggang Perut?? Ok Lenggang Perut tu satu ritual tradisi yang selalunya dilakukan oleh bakal ibu yang mengandung sulung. Anak nombor 2 tak yah dah. Biasanya majlis ni akan dibuat masa kandungan masuk 7 bulan. Orang dulu percaya bila kandungan dah masuk 7 bulan so baby dah de roh a.k.a nyawa, so kena la raikan & dijaga dengan elok bagi mengelak sebarang musibah. Tapi CikPuanIsteri buat masa dah masuk 8 bulan. Tak ada masa la nak buat masa 7 bulan tu.hehehe ^_____^

Sempat lagi buat cake sponge 4 biji tuk kenduri.

Mula-mula sekali CikPuanIsteri akan dimandikan dengan air bunga oleh mak bidan. Semuanya ada 7 jenis bunga yang berbeza & mesti ada 1 bunga yang wangi. Sambil die mandikan tu dia baca selawat & doa supaya dipermudahkan segalanya. Tak ada pulak dengar die baca jampi serapah yang bukan-bukan. Lepas die dah mandikan tu kena salin baju dalam bilik air jugak, keluar bilik air tak boleh buka aurat walupon sikit. So dengan rambut yang basah tu CikPuanIsteri kena pakai tudung & baju yang lengkap sebagai seorang muslimah. Mak bidan kata mudah-mudahan anak yang bakal lahir nanti jadi orang yang soleh & solehah. Amin..!! Bunga yang berterabur kat dalam bilik air tu hanya Inchik Hubby a.k.a suami yang boleh bersihkan. Bunga-bunga tu kena pungut & buang or tabur kat bawah pokok or kat tanah lapang. Tak boleh masuk plastik okey.
Lebih kurang camni la rojak tu. Gambar dari En.Google.

Lepastu tu CikPuanIsteri diurut pulak. Juz urut biasa-biasa j. Mak bidan tu ada betulkan kedudukan baby dalam perut. Masa die urut tu die ada kate yang CIkPuanIsteri lama lagi nak bersalin coz baby masih lagi kat atas. Pastu die tak ada la komen pape. Kiranya semua ok la kot. So abis dah upacara lenggang perut CikPuanIsteri. Sebenarnya kalau ikut adat orang dulu-dulu memang banyak lagi. Tapi semua tu tak penting pon. Kalau orang dulu-dulu dorang ada yang pakai kelapa, telur, keledek, ubi, ketupat. lepat & macam-macam lagi. Tapi CikPuanIsteri tak ada la buat semua tu. Mak bidan tu pon cakap tak perlu sebenarnya upacara lenggang perut ni. Cukup la sekadar buat kenduri minta doa supaya selamat. Tu yang kitaorg pon buat simple j. Apa yang wajib masa lenggang perut ni adalah rojak buah. Dalam rojak tu ada buah epal, pear, nanas, timun, sengkuang, jambu air, limau bali, lada cili & ada jugak yang bagi belacan. Ramai yang suka mankan coz rojak nie juz boleh dapat kalau ada upacara lenggang perut j. Nie semua adat orang jawa la kot.

Kaki dah macam kaki gajah.

Boleh tahan la jugak penat nak buat kenduri ni. Start dari hari khamis sampai la ahad non stop kemas rumah. Tido malam pon lewat gak. Akibat dari banyak sangat jalan kaki CikPuanIsterti pon mula bengkak. Tengok lah dah macm ank meletop dah. CikPuanisteri sendiri pon terkejut jugak. Masa bangun pagi tak perasan sangat, tapi bila dah lama buat kerja kat opis baru perasan kaki dah mula bengkak. Tangan pon sanagt lenguh coz masa checkup hari tu kena inject kancing gigi dos yang kedua. Kalau korang nak tahu dos yang kedua nie sangat sakit kalau nak bandingkan dengan yang pertama. Siapa kata mengandung senang?? @_____@


p/s :-
- Terima kasih pada mereka yang sudi datang kenduri & datang rewang.
-  Terima kasih jugak kat Mila Ahmad sudi datang kenduri umah kite =)
- 47 hari lagi..ntah cepat or lambat..huhuhu