Thursday, August 16, 2012

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Tinggal dua hari lagi nak raya. Mood kerja dah tak ada yang ada sekarang ni mood nak raya.Korang cuti raya lama tak? CikPuanIsteri ambik seminggu je cuti, cukup  lah tu kan. Tahun ni giliran yara rumah mertua dekat Sentul. Tahun lepas dah beraya dekat kampung. Dah ada suami ni kene la raya bergilir-gilir la kan? Tak kisah raya mana pon sama j, yang penting raya.hehehe

Syukur tahun ni raya pertama kami bertiga walaupon My Little B masih dalam perut lagi. Tak dapat la kutip duit raya. Nanti Bonda tolong kutip untuk baby yerk. Tak adalah lagi CikPuanIsteri dengar soalan cepu cemas yang berbunyi "bila nak dapat anak ni?". Kalau tak jenuh nak jawab soalan yang diluar bidang kuasa kita ni. Raya kali ni serba sederhana, tak banyak pon yang di shoping. Lagi pun kami sibuk sikit dengan bisnes kuih Tart Nanas. Ye tahun ni tahun pertama kami buat bisnes kuih Tart Nanas. Alhamdulillah sambutan menggalakkan jugak. Rezeki anak kami mukin.kekekeke

Habis dah sebulan berpuasa. Rasa macam sekejap je kan. Puasa kali ini CikPuanIsteri tak masak.Setiap kali nak buka Inchik Hubby akan beli kat bazar j. Bukan malas tapi tak ada mood.hahaha. Alasan semata-mata okkeyy..!! nasib la Inchik Hubby tak kisah. Cayang Inchik Hubby ketat-ketat..!! Pengalaman puasa sepanjang pregnant pon setakat ni ok. Walau pon tak cukup sebulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan tapi tak la banyak macam wanita biasa. My Little B pon dah semakin aktif kat dalam ni. Asyik nak main j. Bila ayah datang nak main dengan B die senyap pulak. Kesian Inchik Hubby coz tak dapat rasa lagi B bergerak. Setiap kali ayah letak tangan kat perut bonda B mesti berhenti main.hehehe. Pandai B sakat ayah yerk. Berat masih belum naik lagi. Aduh risau betol. Sepatutnya waktu macam ni dah naik berat. Raya nanti nak makan banyak-banyak haraplah berat boleh naik.

Hari ni mood nak buat kerja pon dah tak ada. Mood raya dah sampai.kihkihkih. Esok kerja halfday coz nak balik kampung awal kalau tak nanti jalan sesak. Balik Sentul hari Sabtu. Best nak balik kampung..!! Mak masak buka apalah agaknya. Tak sabo nak makan ketupat dengan sambal @ kuah kacang. Waaahhh sedapnya..!!




Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI CIKPUANISTERI & INCHIK HUBBY



~SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA BLOGGERS & READERS ~

2 comments: