Monday, August 27, 2012

:: Checklist Keperluan Baby & Bonda ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Diam tak diam dah seminggu raya. Semua orang dah update entry pasal raya. CikPuanIsteri baru j nak update.hahaha. Raya tahun nie tak ada snap gambar langsung. Ntah kenapa tak ada mood sangat. So tak adalah yang nak dikongsi. Semalam CikPuanIsteri balik JB awal coz nak elakkan jam. Biasa la bila dah ramai yang cuti nie mesti jalan nk balik Jb jam. Sedangkan hujung minggu biasa pon boleh jam jugak apatah lagi musim perayaan camni.Sampai j rumah Inchik Hubby pon mula la mengemas balang-balang kuih raya. CikPuanIsteri pulak sibuk kemas baju. Waaaa...!!! sangat letih.!!! MyEm0.Com. Keadaan CikPuanIsteri pon tak berapa nak sihat. Boleh pulak kene flu & batuk. Ni angkara minum ais yang berlebihan masa g beraya la. Sekarang terimalah padahnya.

Lepas maghrib j semua terbongkang depan tv kepenatan. Sambil-sambil tengok tv tiba-tiba terfikir pulak kalau My Little B dah keluar nanti boleh lagi tak manja-manja dengan Inchik Hubby??? Nanti mesti Inchik Hubby dah sibuk layan Litlle B. Mood jeles dengan anak sendiri muncul tetibe. Boleh gitu??? Sengal sekejap.hahahaha...

My Litlle B dah masuk 6 bulan. Sekejap j masa berlalu. Jap lagi dah nak bersalin pula. 9 bulan bukan lama sangat pon. Barang kelengkapan baby satu apa pon belum beli lagi. Ingat lepas raya nie baru nak g beli. Takut jugak kalau beli last minit nanti ada j yang tertinggal. Perkara pertama kena buat dulu Checklist Tul Little B. Yela barang die la yang paling banyak kena beli nanti. Barang Bonda sikit j & barang Ayah lagi sikit.hehehe

Barang-barang Litlle B :

  1. Pampaers Newborn
  2. Baju siang/malam (ingat nak beli 0-3 months terus coz baby kan cepat besar)
  3. Seluar siang/malam
  4. Booties & Mitten
  5. Barut
  6. Bedung
  7. Lampin
  8. Cloth Diapers (cadangan dari Inchik Hubby)
  9. Selimut
  10. Tilam & bantal
  11. Bedak , lotion & mandian (set product jhonsons baby)
  12. Minyak YuYi (wajib kot ni)
  13. Botol susu (walaupon nak breastfeed tp saje j nk standbay awal tuk naik kerja nanti)
  14. Tisu Basah
  15. Sapu tangan
  16. Tuala mandi
  17. Breastpump 

Barang-barang Bonda :

  1. Set bersalin (bonda dah pilih Nona Roguy)
  2. Bengkung (mak punya ada lagi so jimat tak payah beli)
  3. Kain batik
  4. Breast Pad 
  5. Tuala kecik
  6. Seluar dalam
  7. Maternity pad
  8. Mak bidan

Barang-barang Ayah :

  1. Servis kereta
  2. Duit secukupnya (paling penting)
  3. Tenaga tuk jaga Bonda & Little B
Setakat ni j la yang terlintas dekat kepala otak CikPuanIsteri. Tapi tak tahu la kalau ada yang tercicir. Kalau ada yang terkurang nanti tolong bagtahu lah yerk.

p/s :-
-Doakan CikPuanIsteri, Inchik Hubby & Little B sihat selalu.. amin....

0 comments:

Post a Comment