Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, September 28, 2012

:: Checkup 29 Weeks ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam Jumaat readers~~ Sekejap j dah masuk hari Jumaat. Masa berlalu dengan pantas. Semalam CikPuanisteri g checkup dekat Klinik Ibu & Anak kat Klinik Desa Kempas. Perasaan yang sama setipa klai kene pergi checkup [M.A.L.A.S].. Tak larat nak tunggu lama-lama kat klinik tu.CikPuanIsteri sampai dalam pukul 2.30pm & balik pukul 5.00pm. Berjanggut tunggu dik non oiiii...!!! Dah la padat klinik tu pastu panas pulak tu. Balik j dari chekcup terus cakap ngan Inchik Hubby kalau nak pregnant lagi tuk anak kedua tunggu kami dapat pindah Muar.hahaha..Tak sanggup nak tunggu lelame camtu oii..!!!

Ok hasil dari chekcup tu HB turun 10.6/gm%, sebelum ni 12.2/gm% . So banyak la jugak turun. Macam-macam la die tanya kenapa turun. Mana lah CikPuanIsteri tau kan. Dah nak turun nak buat macam mana.hehehe. Yang paling mengejutkan berat CikPuanIsteri naik mendadak. Sebelum ni berat just 78kg tapi kali ni 83.5kg. Ha korang kire j la berape kilo berat CikPuanIsteri naik????? Almost 5.5kg..!!!! Bila dah naik mendadak camtu memang la kene bebel sikit dengan nurse. Tak boleh makan roti, kurangkan makan nasi & kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Kena makan lebih protien. Kalau lapar makan biskut j. Tapi memang selera tengah membuak-buak nak makan. Lepas ni tak de la lagi Big Apple setiap bulan kalau korang nak tahu boleh dikatakan setiap bulan Inchik Hubby akan belikan Big Apple donut tuk CikPuanIsteri, no more ice cream, no more bread~~~~MyEm0.Com 

Mulai hari ni dah kene kira pergerakan Ltlle B. Dalam masa 12 jam kene gerak lebih dari 10 kali. Kalau kurang kena cepat-cepat g hospital. Takut baby lemas dalam perut. Takut jugak tu. Harap-harap la selamat j sampai bersalin. Amin~ Lepas nurse tu ajar camne kira pergerakanbaby kene g cucuk kancing gigi pulak. Memang dah agak dah kene cucuk punya. Boleh tahan jugak sakit woOoOo~~ Lenguh j tangan lepas die cucuk. Sampai hari ni pon tak hilang lagi lenguh tu. Lepas nie start checkup 2 minggu sekali. 11hb ni g checkup lagi. Lagilah azab nak duk kat klinik tu. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi betol. Jenuh Inchik Hubby nak hantar setiap kali chekcup. Kalau dah nak dekat bersalin pulak seminggu sekali.MyEm0.Com 

Nurse pon dah suruh buat persiapan sikit-sikit coz dah nak tiba masanya. CikPuanIsteri ade jugak buat persiapan. Tapi tak complete lagi la kan. Sikit-sikit tu dah ada la. Ada lagi tempoh dua bulan tuk cari barang-barang yang lom beli tu. 


Bonda VS Little B

Thursday, September 20, 2012

:: Checkup 27 weeks ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

HalloOoOo Dears..(^ , ~ )Kali ni CikPuanIsteri nak cerita pasal checkup untuk minggu ke 27. Kali ni CikPuanIsteri buat dekat Klinik Min, Batu Pahat. Sesape yang duduk Batu Pahat  mesti tahu pasal klinik ni. Klinik Min memang dah jadi klinik favourite CikPuanIsteri sejak dari zaman bujang lagi sampailah sekarang sebab doktor yang check tu sangat la best terutamanya doktor Noor Azah. Doktor ni sangat friendly & tenang j setiap kali jawap soalan-soalan dari CikPuanIsteri. Setaip kali check memang CikPuanIsteri akan buat dengan Dktr. Noor sahaja. Mestila lebih selesa kalau kita check dengan doktor yang sama jenis ngan kita kan. Kalau dengan doktor lelaki susah la sikit coz kita nak jaga aurat kita kan. Lagi pun nanti mesti malu-malu kalau ada soalan yang berbaur sensetif..ekekekeke


Checkup kali ni doktor kata perkembangan Litlle B semua ok j. Alhamdulillah~~~ Lega hati bila dengar doktor cakap macam tu. Air ketuban (amniotic water) banyak tapi setakat ni tak adalah bahay tuk CikPuanIsteri or Litlle B. Kedudukan Litlle B pon masih tak tetap lagi. Masa doktor tengah scan sekejap kepala dia dekat atas, sekejap die dah melintang, macam-macam aksi dia buat.hahaha


Doktor Noor ni sangat teliti. Dia akan ukur setiap bahagian Litlle B macm kaki, tangan, & kepala. Lepas tu dia tunjuk hidung, mata, mulut, jari & semua organ. Kalau ada yang kita tak paham juz tanya j insyaALLAH doktor akan jawap. kita bayar die memang la die akan jawap..hehehehe


Yang sebelah kanan boleh nampak kepala ngan tulang belakang Litlle B. Yang sebelah kiri lak nampak kaki dia. Masa ni dia tengah berselunjur. Elok j dia duk kat dalam. Keadaan plasenta masih lagi kat bahagian bawah tapi tak menutup jalan tuk Litlle B keluar. Doktor kata masih ada masa lagi tuk plasenta naik keatas. Mudah-mudahan plasenta tu naik. Amin~~


Details ni memang dia akan bagi setiap kali kita check. Tapi tak tahu la doktor tu bagi kat semua orang or tak. Tapi CikPuanIsteri memang akan dapat details macam ni. Inchik Hubby la yang paling teruja setiap kali 
nak scan. Dia excited nak tengok Litlle B kat dalam. Setiap kali nak scan mesti dia akan kepoh-kepoh diri kat sebelah katil.hahaha

Dalam banyak kelebihan yang dah diceritakan pasal klinik ni ada juga kelemahanya. Klinik ni akan buka & tutup tak tentu masa. Macam masa raya hari tu klinik ni boleh pulak tutup seminggu. Alahai lamanya la. Kadang-kadang public holiday pon tutup, tp kadang-kadang buka pulak. Tu yang pening sikit. Better call dulu klinik ni tanya buka or x & tanya sekali doktor sapa yang bertugas. So sesape yang nak check kat sini boleh jugak. Ni alamat klinik tu :


27, Jalan Maju, Taman Maju, Batu Pahat, 83000, Batu Pahat, Johor
  • Tel & Fax07-432 2044
  • HP012-703 2044



p/s:-
- Tinggal 87 hari lagiMyEm0.Comdoakan segalanya selamat okeyy~

:: Rahsia ::

Tuesday, September 18, 2012

:: Besday Inchik Hubby ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hye readers..!! Jarang CikPuanIsteri nak update entry malam-malam buta macam ni. Biasa update masa dekat opis j coz line internet laju. Al-maklumlah kat umah juz guna berokband j. Line pon macam siput. kesian siput dipersalahkan padahal siput ut tak tahu pape pon. 

Ok hari tu CikPuanIateri ada buat entry pasal besday Inchik Hubby. Dah janji nak update gambar gift yang CikPuanIsteri bagi tapi baru hari ni berkesempatan. Ni pon sebab kena paksa tidur awal. Bila Inchik Hubby tido j terus CikPuanIsteri membebel kat blog ni. Awal lagi nak tido. Lagi pon Litlle B masih aktif main kat dalam ni. Macam mana la nak tido kalau die tak sudah-sudah nak bersilat kat dalam.hehehehe




Ni la gift yang CikPuanIsteri bagi kat Inchik Hubby. Yang kotak merah tu coklat, boleh tempah dekat sini. Kami suami isteri memang gila dengan coklat. Setiap kali ada event yang kami akan sambut mesti ada coklat punya. Dah macam satu perkara wajib. Yang kotak hitam tu cube korang teka apa?? Nak tahu k??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

R.A.H.S.I.A

Biarlah menjadi rahsia kami berdua.ekekekeke Ok lah setakat ni j dulu entry kali ni. Sakit dah pinggang & punggung duduk kat ats kerusi ni. Biasa la pakai kerusi murah j, bukan macam kerusi kat opis yang lembut lagi sedap tu. Adioss..~~

p/s :
-abaikan j la gambar yang tsk rotate tu. kes malas tahap gaban
-buat-buat tak nampak j cadar warna pink tu tau..kihkihkih

:: My Qute Little B ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Nanti bila Lilttle B dah keluar mesti Bonda rindu dengan semua aktiviti ni.

p/s:
- tak ada idea nak tulis apa hari ni.
- otak tengah ting tong @__@'

Friday, September 14, 2012

:: Fenomena Gangnam Style ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



HalllOoOoOoo..!!!! Semenjak dua menjak ni moOd nak hapdet blog tak berapa nak ada. Tetiba plak idea kering kontang. Tapi hari ni tetiba dapat satu ilham nak hapdet blog pasal Gangnam Style. Korang mesti tahu kan??? Dha lama benda nie jadi trend baru hari ni CikPuanIsteri tergerak nak tengok video penuh. Biasanya CikPuanIsteri ignore j.


Almaklumlah tengahari Jumaat rehat kan panjang. So tak ada nak buat apa tergeraklah nak tengok video ni. Pertama kali tengok perasaan geli pulak yang timbul. Ntah kenapa geli betul tengok die berjoget camtu. Cam orang tak berapa nak betol j.hahaha Mesti korang nak kate CikPuanIsteri nie ketinggalan zaman kan??? Ada aku kesah????wakakaka... Ntah apa yang dorang  minat sangat ngan video nie agaknya. Masih lagi mencari jawapan~~~.... Setiap orang de citarasa tersendiri kan. So terpulang la nak minat or tak.
Dah la tak tahu nak tulis apa lagi. Nak sambung minum cendol pulak. Sedap minum cendol tengahri terik ni oiii~..(walaupon sekarang duk dalam office yg sejuk gilosss)hahaha

Friday, September 7, 2012

:: Honeymoon Again..!! ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hye redears..!! Kejam celik kejam celik dah nak masuk 2 tahun CikPuanIsteri bergelar isteri orang. Macam-macam dah dilalui bersama. Tapi orang kate 2 tahun ni baru lagi, banyak lagi dugaan yang perlu dihadapai. Mudah-mudahan CikPuanIsteri & Incik Hubby tabah & sabar hadapi segala dugaan yang mendatang. Sedangkan lidah lagi tergigit ni pulak dalam rumahtangga kan. Macam ustazah la plak..!!ekekeke...

Sebenarnya tahun ni kami dah merancang nak pergi Honeymonn untuk kali yang keberapa tak tahu la.hehehe..Hajat dihati memang nak pergi Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah ). Nak dijadikan cerita, masa bulan Februari hari tu tergerak pula nak survey tiket Air Asia. Kebetulan Air Asia ada buat promo, cepat-cepat CikPuanIsteri call Inchik Hubby bagitahu pasal promo ni. Kami rancang nak pergi honeymoon untuk celebrate our second anniversary & birthday CikPuanIsteri sekali. Inchik Hubby pon kate book terus. Nanti die transfer duit dalam akaun..yahooo...!!!hehehe... Takut tiket tu habis CikPuanIsteri pon book la.



Mesti korang pelik kenapa waktu pergi kami tak sama kan??? Kisahnya mcam ni.... CikPuanIsteri memang nak book terus untuk 2 orang tapi masalahnya tiket yang pergi tuk tak dapat lak harga promosi. Dapat harga biasa, so try la book sorang dulu pastu dapat pulak harga promosi. CikPuanIsteri pon book la dulu untuk diri sendiri. Bila sampai turn Inchik Hubby tiket promo tu dah abis pulak. Baru CikPuanIsteri paham kenapa. Rupa-rupanya tiket promo tu tinggal satu j. Sebab tu la masa CikPaunIsteri nak book untuk 2 orang tak boleh. Nasib baik malam tu ada tiket promo tu lagi. So Inchik Hubby akan pergi lambat sikit dari CikPuanIsteri. Kami dah bincang tak pela CikPuanIsteri pergi dulu coz CikPuanIsteri dah pernah pergi Kota Kinablu ni. So boleh la CikPuanIsteri cari hotel & settlekan kereta sewa dulu kan. Kalau Inchik Hubby yang pergi dulu kesian pulak dekat dia nanti terpinga-pinga kat sana.

Ok korang tengok kat tanda warna biru ni. Ni CikPuanIsteri buat untuk 1 person.

Ha sekarang bila CikPuanIsteri tukar ke 2 person dah tak boleh book lagi dah. Sekarang korang paham tak apa yang CikPuanIsteri cuba sampaikan?? Buat-buat paham j la yerk..hehehe

Tiket dah settle, hotel & kereta sewa dah cari (tapi belum book coz ingat nak book lagi sebulan nk pergi) & itinerary pon dah buat. Sepatutnya bulan ni lah CikPuanIsteri settlekan lagi yang tertinggal tu. TAPI...~~~
!
!
!
!
!
!
!
!
SEMUANYA BATAL..!!!!
MyEm0.Com

Inchik Hubby : kite tak yah la pergi Sabah. Kan tengah pregnant.
Me : Ala boleh la selagi belum 7 bulan...
Inchik Hubby : Cube kire masa tu dah berapa bulan.
Me : 26,27,28,29,30,31....baru j masuk 31 weeks.
Inchik Hubby : 31 weeks bersamaan berapa bulan?
Me : 7 bulan 3 minggu...
Inchik Hubby : cuba ulang balik berapa bulan??
Me : @%#$&^%*^ MyEm0.Com
So semua yang telah dirancang batal okeyy..!!! Frust betol..... Huwargghh..!!!!MyEm0.Com Masa book tu mana la tahu kan nak melekat pulak Little B ni. Hati pon dah bunga-bunga j nak pergi.

Inchik Hubbay buat semua tu pon ada alasan tersendiri. Daripada duit membazir g jalan-jalan lebih baik buat persiapan tuk sambut Little B kan. Lagi pun CikPuanIsteri tak yakin yang doktor nak sign surat pelepasan naik flight nanti. So redha j la kan, Allah dah bagi kami rezeki yang sangat besar, so apalah sangat setakat burn duit tiket yanng dah bayar tu (ayat nak belagak..wakakaka). Tahun depan boleh pergi jugak. Litlle B tinggal ngan nenek Bonda & Ayah nak pergi honeymoon..hehehe

p/s:-
- kita hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan.
- ALLAH knwos the best.
- lagi 100 hari Little B nak keluar..nebes woOoO..!!

Monday, September 3, 2012

:: Konpius ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning Dears..!! Salam Merdeka. Berkat doa semua kesihatan CikPuanIsteri dah bertambah baik. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan CikPuanIsteri. Bestnye cuti, rasa malas nak naik kerja tadi pagi. Mata pun kelat j nak bangun pagi. 3 hari cuti penuh dengan aktiviti. Hari Jumaat pergi Jelai 3, N.9 beraya rumah pakcik. Sabtu pulak penuh dengan kenduri kawen rumah kawan-kawan. Ahad pergi window shoping barang-barang Little B dekat batu Pahat pastu terus balik JB.

Mase tengah tengk-tengok barang Little B sempat juga compare harga dengan beli on9. Ada yang lebih murah beli on9 walaupun dah termasuk postage. Yela on9 tak payah nak bayar sewa kedai yang mahal beribu-riban so dorang boleh la jual murah j. Kalau bukak kedai kena la pikir sewa kedai kan. Inchik Hubby kate kalau ada yang berbaloi beli on9 lebih baik beli on9 j. Lagipun senang tak payah nak menempuh jalan jam tuk beli barang. Order pastu transfer duit & tunggu j barang sampai depan mata. pergi kedai babay pon juz nak tengok barang depan mata, pegang-pegang & tanya psal user guide. Pastu order on9. Yang paling best ayat Inchik Hubby "Berapa nak pakai duit?nanti abang tarnsfer kat dalam akaun"MyEm0.Com Ni yang sayang Inchik Hubby ketat-ketat. Tapi CikPuanIsteri tengah pening tak tahu nak pilih yang mana satu set brestpumps ni. Barang-barang yang lain dah ada pilihan hati tapi set breastpumups ni pening sikit. Bila tanya Inchik Hubby jawapan dia "suka hati la nak yang mana. Abang tahu bayar j"  Dua-dua pon macam ok j.

CikPuanIsteri dah decide nak guna breastpump Spectra 3 coz tengok opismate pakai macam seronok j. Memang dah niat kalau ada anak nanti nak breastfeed selagi mampu. So sekarang tengah ushar breastpump ni. Alahai tinggal pilih pon susah. Pening la pulak. Harga pon agak berbaloi jugak.

Spectra 3 Breastpump *Back To Work Package D* RM 499.00:
  1. 1 unit spectra 3 breastpump (RM 388.00)
  2. 1 Autumz Backpak (RM 99.00)
  3. 1 unit spectra shield for double pumping (RM 70.00)
  4. 1 autumz cooler tote bag (RM 46.90)
  5. 3 packs autumz reuseable ice pack (RM 23.00)
  6. 4 bottle of autumz pp milk storage bottles (RM 16.90)
  7. 1 unit BPA free deluxe bottle drying (RM 39.90)
  8. 1 unit receiving blanket (RM 15.90)
  9. 4 pcs washable breastpad (RM 12.90)
  10. RM 10.00 voucher.
Dengan pakej ni boleh jimat RM 224.00. Sapa yang tak nak jimat banyak macam ni kan?? Free shiping lagi. Bag pulak boleh pilih nak warna camne. Comel j warna bag die.

Spectra 3 Breastpump *Back To Work Package H* RM 390.00 :
  1. 1 unit spectra 3 breaspump (RM 388.00)
  2. 1 unit spectra sheild for double pumping (RM 70.00)
  3. 8 bottle of Autumz pp milk storage bottles with free 2 bottle & 5 pcs autumz doble ziplock storage bag (RM 38.90)
  4. 1 unit BPA free deluxe bottle drying (RM 39.90)
  5. 1 unit receiving blanket (RM 15.90)
  6. 4 pcs washable breastpad (RM 12.90)
  7. RM 10.00 voucher.
Pakej nie pulak boleh jimat RM 185.60. Cuma yang bezanya pakej ni tak ada backpack (bag yang buat isi pum) tak ada cooler bag (bag tuk simpan susu) tak ada ice pack (pack ais yang boleh guna semula). Tapi CikPuanIsteri dah tengok dekat Baby Bliss barang-barang tu harga pon ok juga. 
Cooler Bag ni harga die Rm 17.00 lom termasuk postage la. Warna pon cantik juga.

Reusable Icepack pulak Rm 20.00 lom termasuk postage juga. Bagpack tak payah la kot. Masuk j breastpump kat dalam bag biasa. Tengok opismate boleh j buat macam tu. So total pakej H + cooler bag + icepack = RM 427.00 belum termasuk kos pos tuk 2 barang yang beli dekat Baby Bliss

So korang rasa yang mana lagi ok??Tak tahu la yang mana nak pilih. Rasa cam dua-dua pon ok. Pening la.MyEm0.Com Apa kata korang tolong pilih tuk CikPuanIsteri.hehehehe~~