Friday, September 28, 2012

:: Checkup 29 Weeks ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam Jumaat readers~~ Sekejap j dah masuk hari Jumaat. Masa berlalu dengan pantas. Semalam CikPuanisteri g checkup dekat Klinik Ibu & Anak kat Klinik Desa Kempas. Perasaan yang sama setipa klai kene pergi checkup [M.A.L.A.S].. Tak larat nak tunggu lama-lama kat klinik tu.CikPuanIsteri sampai dalam pukul 2.30pm & balik pukul 5.00pm. Berjanggut tunggu dik non oiiii...!!! Dah la padat klinik tu pastu panas pulak tu. Balik j dari chekcup terus cakap ngan Inchik Hubby kalau nak pregnant lagi tuk anak kedua tunggu kami dapat pindah Muar.hahaha..Tak sanggup nak tunggu lelame camtu oii..!!!

Ok hasil dari chekcup tu HB turun 10.6/gm%, sebelum ni 12.2/gm% . So banyak la jugak turun. Macam-macam la die tanya kenapa turun. Mana lah CikPuanIsteri tau kan. Dah nak turun nak buat macam mana.hehehe. Yang paling mengejutkan berat CikPuanIsteri naik mendadak. Sebelum ni berat just 78kg tapi kali ni 83.5kg. Ha korang kire j la berape kilo berat CikPuanIsteri naik????? Almost 5.5kg..!!!! Bila dah naik mendadak camtu memang la kene bebel sikit dengan nurse. Tak boleh makan roti, kurangkan makan nasi & kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Kena makan lebih protien. Kalau lapar makan biskut j. Tapi memang selera tengah membuak-buak nak makan. Lepas ni tak de la lagi Big Apple setiap bulan kalau korang nak tahu boleh dikatakan setiap bulan Inchik Hubby akan belikan Big Apple donut tuk CikPuanIsteri, no more ice cream, no more bread~~~~MyEm0.Com 

Mulai hari ni dah kene kira pergerakan Ltlle B. Dalam masa 12 jam kene gerak lebih dari 10 kali. Kalau kurang kena cepat-cepat g hospital. Takut baby lemas dalam perut. Takut jugak tu. Harap-harap la selamat j sampai bersalin. Amin~ Lepas nurse tu ajar camne kira pergerakanbaby kene g cucuk kancing gigi pulak. Memang dah agak dah kene cucuk punya. Boleh tahan jugak sakit woOoOo~~ Lenguh j tangan lepas die cucuk. Sampai hari ni pon tak hilang lagi lenguh tu. Lepas nie start checkup 2 minggu sekali. 11hb ni g checkup lagi. Lagilah azab nak duk kat klinik tu. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi betol. Jenuh Inchik Hubby nak hantar setiap kali chekcup. Kalau dah nak dekat bersalin pulak seminggu sekali.MyEm0.Com 

Nurse pon dah suruh buat persiapan sikit-sikit coz dah nak tiba masanya. CikPuanIsteri ade jugak buat persiapan. Tapi tak complete lagi la kan. Sikit-sikit tu dah ada la. Ada lagi tempoh dua bulan tuk cari barang-barang yang lom beli tu. 


Bonda VS Little B

0 comments:

Post a Comment