:: Bye-Bye Second Trimester ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Alahamdulillah syukur sekarang dah masuk trimester ketiga kehamilan. Rasa baru j buat entry pasal trimester pertama hari tu. Pengalaman sepanjang trimester kedua nie sangat lah senang kalau nak dibandingkan dengan trimester pertama. Cuma masa awal-awal j rasa susah sikit.


  1. Minggu ke 13 hingga minggu ke 20 CikPuanIsteri rasa mudah pitam bila diri lama-lama sangat. Pernah seklai masa kitaorang g jalan-jalan dekat Jusco Bukit Indah tetiba j CikPuanIsteri rasa nak pitam, nasib baik lah masa tu kebetulan lalau dekat bahagian kasut so terus j duduk dekat kerusi tempat orang cuba-cuba kasut tu. Badan rasa sejuk & mula keluarkan peluh. Nafas pulak makin susah. So kene relax sekejap. Kesian Inchik Hubby sebab terpaksa tunggu. 
  2. Selera makan pon dah kembali seperti sediakala. Semua benda dah boleh masuk. Nasib baik lah masa nie tengah Bulan Ramadhan. So tak adalah nak melantak sangat. Alahamdulillah CikPuanIsteri dapat puasa walaupon tak penuh tapi tak dela banyak tinggal macam perempuan normal. Sepanjang puasa sekali j masak selebihnya beli kat bazar. Mood nak masak tak ada.hahaha malas benornye..
  3. Yang paling seronok bila CikPuanIsteri dah mula rasa pergerakan baby dalam perut. Rasa macam ada angin j dalam parut. Mula-mula kompius jugak sama ada perut masuk angin or memang baby punya movement. Bila tanya kat kenagkawan yang pernah pregnant so memang betul la baby punya movement. Awal-awal tu rasa sekali sehari tapi lama-lama semakin kerap. Bila dah masuk pertengahan trimester kedua baby dah pandai mengeras pulak. Masa die mengeras memang lah seksa sangat. Rasa macam nak tercabut pusat.
  4. Sakit pinggang makin menjadi-jadi. Kalau dulu sakit manja-manja sekarang sakit sangat sampai boleh terasa kat ari-ari. Macam nak tercabut tulang belakang ni. Doktor kata itu normal coz baby dah makin besar & makin berat.
  5. Demam seminggu lepas raya. Ni akibat makan tak pantang masa g beraya. Raya sakan katenye..
  6. Suhu badan semakin naik tapi tak demam. Memang preggy women akan alami benda ni. Asyik nak berkipas j 24 jam. Kesian Inchik Hubby coz die tak suka sangat sejuk-sejuk ni.

Itu j lah yang CikPuanIsteri lalui sepanjang trimester kedua ni. Perut pon comel lagi macam biasa. Siap ada makcik tu kate doktor salah kira tarikh due date.hahaha. Macam die pulak doktor. Tak kisah la perut comel pon yang penting Little B sihat kat dalam tu. Ni adh masuk trimester ketiga. Lagi lah rasa excited nak jumpa Litlle B. Tapi takut pon ada jugak. Mudah-mudahan segalanya selamat.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::