:: Inchik Hubby Jadi Doktor Gigi ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Mesti korang pelik j baca tajuk entry CikPuanIsteri kali ni.hahaha. Semalam tanpa dijangka Inchik Hubby telah brjaya menjadi seorang doktor gigi walaupun sekejap j. Kisahnya camnie, semalam petang balik j kerj terus la masak. Rutin harian la tu kan. Hari tu Inchik Hubby ada beli ikan apa ntah. Nak kata ikan siakap macam bukan. Ikan jenis ada sisik & kulit hitam. CikPuanIsteri ni bukan kenal pon jenis-jenis ikan yang ada sisik ni.hahaha. Ikan tu boleh dikatakan besar la jugak, tapi Inchi Hubby beli yang dah siap potong. So die beli 4 potong. Cengkononya nak masak 3 rasa ngan sayur campur.



Lepas berjemaah Maghrib kitaorg pon makan la. Tengah syok makan tetiba CikPuanIsteri tergigit tulang ikan. Padahal tulang ikan tu punya la besar. Rasanya sebelum masuk mulut dah cek tak ada tulang tapi ntah camne boleh muncul lak tetibe. Tulang tu plak tercucuk kat gusi & celah gigi. Besar kot tulang tu..!!! Mula-mula ingat ok j la. Try la cabut guna tangan tapi tak boleh. Inchi Hubby ingat CikPuanIsteri main - main j masa mintak tolong dia cabut. Dia siap gelak-gelak. Tapi bila lama-lama dia tengok memang tak boleh cabut baru dia bagi idea cabut guna PLAYAR. Bila Inchik Hubby nak cabut tak habis-habis kita orang gelak. Lama gak gelak baru boleh berhenti.hahaha.. Masa dia cabut tu memang betul-betul terasa macam gigi yang tercabut. Korang bayangkan j la tulang ikan yang besar tu boleh terselit kat celah gigi korang. Inchik Hubbya kte lepas ni kalau nak cabut gigi dah tak payah jumap doktor ghigi lagi. Lepas dah cabut sambung lagi makan sambil gelak.


Sampai sekarang pon kalau ingat mesti tergelak lagi..hahaha.. Nasib tercucuk kat gusi & gigi, kalau kat tekak boleh sampai kes hospital dibuatnya.huhuhuhu


Comments

  1. HAHAHA..mak ai ganas sangat ni...

    ReplyDelete
  2. @Mila Ahmad tau xpe..hehehe..xde pilihan lain dah trpksa gak guna playar..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::