Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

:: My Breastfeeding Journy # 7 Ramadhan ::

Assalamualaikum....

Alhamdulillah da nak sebulan kita berpuasa. Tinggal sehari j lagi Ramadhan nak berlalu. Ramadhan kali ni lebih bermakna kerana Ramadhan pertama kami bertiga & Ramadhan pertama bergelar Bonda pada Ammar Rizqy.

Struggle betol saya sepanjang Ramadhan ni nak menyusukan my lil cliph tu. Sekarang dah makin banyak mnyusu. Sekelip mata j boleh habis 8oz. Lepas 1 jam nanti mintak susu lagi. Ya ampun.... Dah la kurang minum air masak so susu pon tak berapa nak meriah sangat. Kalau hari biasa saya boleh dapat 10oz setiap kali pam tapi sekarang cuma 8oz tu dah paling maksima. Pernah gak just dapat 3oz. Memang kena banyak bersabar. Kadang-kadang saya jadi kedekut dengan my lil caliph. Setiap kali nak susu saya akan bagi air masak dulu. Kalau dah betul-batul melalak baru la saya bagi susu. Jahat tak saya?hehehe. Terpaksa buat camtu coz nak simpan stock untuk antar kat rumah BS esok hari. Malam pulak saya pakai stock frozen. Kalau siang hari bagi frozen ebm memang dia akan refuse. Demand sungguh dak tecit ni.


Sekarang dah pandai berjaga malam pulak. Sampai pukul 3.30am baru la nak tido. Waktu orang sibuk nak berbuka dia akan tido. Bila kita tahan mengamuk sakan. Sabar j la bonda. Kang lepas kita siap buka dia pon bangun la sampai pagi. Fuh da macam zombie dah bonda g opis.


Ok ni baru ja capture tadi malam. Ntah apa angin si kecik nie boleh tido kat rocker lak. Biasa kalau saya masukkan dia akan meronta nak lepaskan diri. Kali ni dia senyap j. Bila saya hayunkan tengok-tengok dia da tido. Malam tadi tido pukul 1.30am. Fuh bonda ngan ayah pon sepantas kilat tido gak.hehehe.. Bayar utang tido malam semalam.



Oleh kerana tak nak tido kami bawa ammar g jalan-jalan kat pasar borong Pandan. Masa ni dah pukul 12.30am. Dia masih segar bugar lagi. Kalau nampak bonda pakai tudung ammar dah tak senang duduk. Seboleh-boleh nak ikut jugak. Kalau nampak ayah pon sama gak. Ayah nak pergi kerja dia yang menangis. Makin bijak dah anak bonda ni.


Kami sampai dekat pukul 1 juga. Orang tetap ramai macam biasa. Dapat la beli baju my lil caliph lagi.hehehe. Ops lari tajuk lak..ekekeke ^___^ Sepanjang Ramadhan nie saya memang elakkan ais. Semua orang tahu yang ais adalah pembunuh tegar susu ibu. Setiap kali berbuka saya akan minum air panas. Tak kisah la air apa yang penting panas. Selain tu kurma pon tak tinggal. Nasi adalah menu wajib coz nak cover balik penghasilan susu. Saya pon banyak minum & makan makanan yang berasaskan soya. Inchik Hubby tak sudah-sudah beli sya panas tuk saya. Saya tak ambik apa-apa supplement pon sepanjang Ramadhan ni. Juz amalkan makanan seimbang j. Banyak makan benda-benda yang menyumbang kepada milkbooster. Air memnag kena banyak minum. Tapi kalo da kenyang masa berbuka mana la larat nak minum air sangat kan.


Jadual mengepam pulak asyik lari j. Yela siang kita puasa so agak letih. Tu yang bercinta j nak bangun pam susu waktu malam. Ammar pulak makin lasak. Sekarang tengah nak manage semula jadual mengepam saya. Harap-harap la saya dapat disiplin balik masa mengepam. Tengok la tangan comel dia kacau bonda buat kueh. Geram j tengok tangan dia tu macam nak gigit-gigit. Tahun ni tak banyak buat kueh. Buat ala kadar j la. Saya sehabis boleh tak nak memenatkan badan coz saya tak nak stress. Bila stress kang susu pon drop. Inchik Hubby banyak tolong saya. Thank you dearMyEm0.Com. Part kemas rumah memang Inchik Hubby 100%. Sya tolong jaga ammar j.hehehe


Nie sebelum dan selepas. Gambar saya pakai tudung putih tu masa saya preggy & tudung biru hari ni masa sibuk buat ucapan raya. Buruknye la masa zaman DEMOK tu. Seriau saya tengok.MyEm0.Comhahaha.. Kelebihan brestfeeding. Alhamdulillah.. Tak yah la susah-susah nak diet or nak amek apa-apa supplement untuk kurus. juah beza sangat kan.

Baju semua dah kemas & packing. Petang ni nak balik kampung dah. Malas nak balik esok coz mesti jalan sesak. So hari ni ambik halfday & balik tengahri. Minta-minta la jalan tak sesak sangat.  Sebenarnya tak ada idea sangat nak update. Tu yang ayat merapu meraban. Asal boleh j. HahahahaMyEm0.Com 


SALAM AIDILFITRI
DARI 
KAMI SEKELUARGA





Tuesday, March 19, 2013

:: My Breastfeeding Journy #3 Cara Bawa Stok EBM Sejuk Beku Berjalan Jauh ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hye readers....hari tu masa CikPuanIsteri on9 Facebook ada terbaca sorang mommie nie tanya kat Kelab Penysuan Si Manja macam mana nak bawa stok EBM yang beku tu balik ke kampung. Perjalanan pulak makan masa 3-4 jam. So teringat la masa CikPuanIsteri bawak balik stok EBM masa nak balik JB dari berpantang kat kampung. Meh CikPuanIsteri share yerk.

First korang kene la beli kotak plestrin ni. CikPuanIsteri tak tau la korang panggil pe.
Pastu bubuh ais macam dalam gambar tu.

Second masukkan stok EBM korang. Tak yah susun pom tak apa coz masa nak masuk peti bau susun.
Kalo korang susun dalam kotak nie nanti lagi senang nak susun dalam peti. Ni kes malas..ekeke

Third korang timbus EBM tu ngan ais. Mak sure tutup semua EBM tu ye. 
Lepastu korang tutup la penutup kotak tue dengan ketat.

Lastly dah sampai rumah susun dalam peti.

Masa mula-mula tu cuak jugak kalau EBM tu cair. Kalau dah cair kite kena habiskan dalam masa 24 jam. Sayang gila..!! Penat kumpul banyak macam ni tak kan la nak buang kan. Ingat boleh beli kat pasaraya ke susu ibu nie?? Perjalanan dari kampung sampai JB lebih kurang 2 jam setengah gak. Masa tu jalan jam gila. Yela kan baru lepas cuti Chineese New Year. Sampai rumah terus kejar kotak ni nak tenguk susu cair tak. Nasib baik susu tak cair. Asinye pon tak sempat nak cair. Fuhh~~ lega rasa hati.

So korang kalau nak jalan jauh boleh buat camni. Ada sesetengah mommies cadangkan beli coolbox brand coleman. Memang tak dinafikan coolbox tu bagus. Bagi yang nak jimat boleh pakai kotak polestrin ni j. Ok dah cukup sampai sini j. Kang ada masa CikPuanIsteri hapdet baby ammar 3 bulan pulak yer..

Friday, February 22, 2013

:: my breastfeeding journy # 2 cabaran ::

☆★Assalamaualaikum...☆★

Hye peeps..!! Hari nie nak cerita lagi pasal breastfeeding. Harap korang tak boring lah yerk. Rupanya masih ramai lagi orang kat luar tu yang tak faham pasal exclusive breastfeeding nie. Terutama yang duduk kat kampung. Bukan nak salahkan mereka mungkin pendedahan mengenai exclusive bf nie tak sampai pada mereka. So tugas kita la nak terangkan & tagakkan kebenaran. Banyak juga cabaran yang kena lalui. Bukan senang rupanya. Ingat dah cukup ilmu coz da banyak baca & search pasal bf nie.

1. Susu keluar sikit cukup-cukup tuk baby. Memandangkan ni la firstime bersalin so cikpuanisteri tak tahu sangat nak susukan baby. Bila baby nangis j terus bagi breast & baby ammar hisap. Cara baby hisap macam ada susu tapi bila cikpuanisteri picit nipple coz nak tengok ada susu tak ade pon susu yang keluar. Masa tu da terfikir yang kita tak ada susu. Kesian dekat baby lapar. Sedih sangat masa tu. Terdengar pulak baby ammar punya perut berkeroncong. Lagi la bertambah sedih.

2. Campur dengan susu formula (fm). Bila dengar perut baby ammar berkeroncong sangat lah kesian. So terpaksa buat keputusan yang sangat berat, bagi baby ammar susu formula.Tak sanggup tengok baby ammar kelaparan. Inchik hubby g beli fm jenama Dutch Lady. Sebelum nie ingat Dutch Lady just produce susu untuk bayi setahun keatas. Tak tahu pula ada susu untuk newborn. Inchik Hubby kata dah susu tu yang dia nampak dulu so dia rembat aja la. Lelaki bukan faham sangat part susu nie. Bagi juga kat baby ammar guna botol susu & ada juga yang bagi guna sudu. Nasib baik esoknya susu dah keluar so sekejap j bg baby ammar fm.

3. Bila susu dah keluar banyak, masalah puting melecet pula timbul. Memang sakit gilosss. Sampai berdarah. Yang paling sadis bila tgk mulut baby ammar penuh darah akibat puting cikpuanisteri yang luka. Terus stop bagi sebelah kiri coz tu la yang paling teruk melecet. Masa cikpusnisteri pregnant aerola sebelah kanan ada alahan gatal. So kulit pada aerola tu akan kering & terkopek. Nak bagi baby ammar macam tak sampai hati tapi terpaksa gak bagi coz yang sebelah kiri tu da melecet teruk. So kulit yang terkopek tu melekat pula pada mulut baby ammar. Ya Allah dugaan lagi. Tapi tetap juga bagi coz tak kan nak biar baby ammar lapar. Lama-lama alahan tu hilang. Alhamdulillah.

4. Balik rumah pula mak & abah sibuk suruh bagi makan. Dorang kata baby ammar asyik menangis coz lapar. Tapi cikpuanisteri tetap pertahankan yang susu ibu dah cukup tuk baby ammar sampai umur 6 bulan nanti. Mak asyik cakap "kesian mak tengok ammar asyik nangis lapar. Bagi la nestum sikit campur ngan susu tu". Cikpuanisteri tak salahkan mak coz orang dulu ngan orang sekarang lain. Lagipon duduk kampung mana la dorang tahu pasal bahaya solid food tuk baby bawah 6 bulan. Dorang masih lagi terbawa budaya lama. Tak pe la cuba terangkan & yakinkan mak yang susu ibu tu cukup. Lama-lama mak faham jugak.

5. Keliru puting. Yang nie cikpuanisteri dah buat entry khas. Korang boleh tengok kat entry sebelum ni.

6. Bila ada baby mesti la ada jiran & sedara mara datang nak tengok baby kan. Mesti ada yang tanya " ada bagi air suam x? Baby kena bagi air suam tuk cuci usus dia." . Cikpuanisteri cuma angguk j. Taknak la kecikan hati mereka tu kan. Dorang tak tahu k yang kandungan air dalam susu ibu dah cukup & bahaya air masak tuk baby bawah 6 bulan. Melainkan baby yang minum susu fm memang perlu air masak tuk elak sembelit. Baby yang minum susu ibu nie sangat lawas. Baby ammar akan poo-poo lebih kurang 5 kali sehari. Mula-mula risau ingat baby ammar cirit birit tapi bila tanya doktor kata itu normal bagi baby yang fully bf. So mommy kat luar sana jangan risau k kalo baby anda poo-poo slalu.

7. Orang tua dulu-dulu kalau pantang tak boleh minum air banyak coz takut luka lambat baik. But not for me. Ibu menyusu perlukan 3 liter air sehari untuk hasilkan susu. Mula-mula mak agak keberatan juga nak bagi air kat cikpuanisteri tapi cikpuanisteri tetap degil nak air banyak. So inchik hubby ambilkan air 1 botol besar letak kat sebelah. Mak just boleh diam j. Mana boleh tahan haus. Dala kite menyusukan baby. Tu tak termasuk air yang jadi air kencing & peluh. Bahaya kurang air nie takut dehidrated. Boleh kena kencing kotor & sembelit. Alhamdulillah jahitan cikpuanisteri kering dalam masa seminggu j.

8. Hari ke 18 berpantang cikpuanisteri demam. Sakit semua badan. Demam urat kot kalo tak salah. So g klinik doktor bagi ubat demam. Dalam 2 hari gak la tak larat nak bangun. Dalam masa tu jugak cikpuanisteri tak pam susu. Memang la sakit bila tak pam tapi nak buat macam mana memang tak larat. Bila demam da ok sambung la balik sesi mengepam.Yang sedihnya setiap kali pam dapat sikit j dah tak macam selalu. Biasanya setiap kali pam boleh dapat 10oz & kadang-kadang lebih tapi kali nie juz dapat 5 oz. Cik B pon jadi kecik & mudah kosong. Mula la rasa down. Rupa-rupanya ubat demam boleh lurangkan susu. Kalau lah tahu dari awal memang cikpuanisteri tak hingin makan ubat tu. Selain tu selama 2 hari tak pam tu otak kita menghantar isyarat ada kilang susu yang kita tak perlukan susu. So kilang susu akan berhenti menghasilkan susu. Kan biasa dengar demand & suply. Sebab tu la kita kena pam susu 3 jam sekali tuk hasil yang memuaskan. Tak apa cikpuanisteri mula balik dari awal. Pam setiap kali sampai masa. Alhamdulillah susu dah kembali meriah walaupon tak sebanyak dulu tapi tetap cukup tuk baby ammar & tuk buat stok.

Nie baru setakat 2 bulan j. Belum lagi 2 tahun. Mesti banyak lagi cabaran yang akan melanda. Moga diberi kesabaran dalam menghadapinya. Cukup la sampai sini dulu. Nak tulis entry nie pon berminggu-minggu. Sejak ada baby ammar nie sangat la bz. Masih belajar lagi nak biasakan diri jadi seorang ibu. Lagi-lagi dah balik jb. Semua kena buat sendiri. Kena la pandai bahagikan masa. Nie pon baby ammar tengah tido so sempat la jugak nak hapdet. K la assalam.. ♥___♥

Alhamdulillah rezeki baby ammar