Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, October 5, 2011

:: Blueberry Cheese Tart ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Pertama sekali CikPuanIsteri nak minta maap la kalo cik puan isteri lambat nak update...heheheh...nie pon ambik kesempatan coz InchikHubby outstation so de la masa CikPuanIsteri nak mengadap laptop lama sikit...hehehe

Ok entri kali nie CikPuanIsteri nak kongsi resepi Blueberry Cheese Tart yang CikPuanIsteri da buat...kononya nak buat banyak coz nak bawak g opis..tapi hajat tak kesampaian pulak...badan mula rasa letih lepas membaking 3 buku Cheese Cake...huhuhu

Nie CikPuanIsteri punye gambo


Resepi nie CikPuanIsteri ambik dari Blog Masam Manis.CikPuanIsteri suke sangat g jalan2 kat blog die coz suke tengok gambo yang cantik2...Resepi2 die pon senang j nk buat...Kalau uoll de masa g la jalan2 kat blog die...


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Kalao uoll nak tengok step by step ley la jenguk blog tue yerk...CikPuanIsteri x berapa rajin lak nak snap gambar banyak2...lepas nie ley la wat sendiri, x yah nak g beli membazir j..buat sendiri lagi puas ati ley buat banyak2..makan sampai lebam...haahaha...InchikHubby sangat giloss dengan Cheese Tart nie...Buat malam tengahari da abes...kalo camnie tauke balak pon bunkrup...hehehehe..tapi untuk InchikHubby terchenta 10 kali seminggu pon sanggup buat...

p/s :  
  • Ok la CikPuanIsteri da tunaikan janji kepada sesape yang nak resepi nie kan...
  • Ignore j la gambo kat atas 2....burok sikit la....tangan kayu la katekan...
  • Lebih baik buat sendiri daripada beli coz bile kite buat kite tahu bahan2nya dan yang penting dijamin kebersihannya...

Selamat Mencuba =)