Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 28, 2012

:: Apelah Nasib Anak Sulong ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tengah dok sibuk-sibuk berfacebook tadi ada plak terbaca artikael pasal anak sulong. Apa yang die tulis adalah ama apa yan CikPuanIsteri lalui. So CikPuanIsteri konsi dekat sini yerk.

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung!!-copied from SAH & X SAH

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

"Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?

Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.

Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.

Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.

Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.

Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!

Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.

Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetapi tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..

Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?

Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?

Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?

Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.

Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,

Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!


Huwaaaa....tetibe emo lak bile baca....Tuk anak bonda yang sulong nie sabar yerk sayang. Bonda akan cuba bagi sama rata tuk semua anak-anak bonda amboi cam ramai sangat j bunyi anak-anak tu..!!


p/s -

Baju putih 2 abah ok..ukan adik..hahaha =)
  • CikPaunIsteri adalah kakak sulong kepada 3 orang adik dan semuanya adalah LELAKI..!!

Tuesday, June 26, 2012

:: Bye-Bye Trimester Pertama ::



Fuhh~!!!Lega sudah CikPuanIsteri bila dah lepas Trimester Pertama. Kejam celik kejam celik da nak masuk 4 bulan pregnant. Besar dah anak bonda..hehehe..kalau da keluar da boleh menyiarap kot..hehehe. Punye la rase takut mase Trimester Pertama coz pada masa tu baby dalam kandungan kita belum kuat lagi. So kene la banyak berhati-hati coz segala kemungkinan boleh berlaku.

Tak banyak sangat yang berbeza sepanjang Trimester Pertama nie coz CikPuanIsteri tak de alahan sangat. ALHAMDULILLAH . So kat sini CikPuanIsteri nak kongsi sikit apa yang CikPuanIsteri lalui sepanjang Trimester Pertama nie.




  1. Kelewatan datang period
  2. . Ok yang nie CikPuanIsteri da cerita dekat sini. Boleh baca yerk
  3. Rasa tak bermaya & rasa nak pitam.
  4.  Kebiasaaan orang yang pregnant akan rasa loya & sakit kepala pada sebelah pagi, tapi tidak bagi CikPuanIsteri. CikPuanIsteri rasa loya pada sebelah malam terutama lepas waktu Maghrib. Pada sebelah pagi lak bila bangun j tido rasa nak pitam. Tak boleh nak diri lama sangat. So nak mandi pon susah. Tapi kene la pandai-pandai cari idea macam mana nak mandi kan. Tak kan nak g kerja tak mandi.hehehe..Rasa cepat mengah, baru j buat kerja sikit da terasa penat & mengah.
  5. Sembelit.
  6.  Rasanya yang nie pon normal bagi orang yang pregnant. Dah dekat nak akhir Trimester Pertama boleh pulak sembelit nie menyerang. Sangat seksa okeyy..!! Nak kata kurang minum air masak tak jugak. Oleh kerana pregnant & doktor nasihatkan tak makan ubat sembarangan, CikPuanIsteri pon ambik inisiatif dengan minum Yakult & Vitagen banyak-banyak pada waktu pagi sebelum sarapan. Alhamdulillah selesai gak masalah nie.
  7. Perut rasa kejang @ krem.
  8.  Kadanag-kadang rase tak selesa dekat bahagian ari-ari. Rasa macam sengal-sengal sikit. Perasaan waktu nie takut sangat coz CikPuanIsteri tak tahu sama ada perkara nie normal or tak. Bila tanya officemate yang da pernah mengandung dia orang kate tak de pulak rasa macam ni. Sesekali ada jugak terfikir tanda-tanda keguguran k? Apa yang boleh CikPuanIsteri & Inchik Hubby buat doa semoga semuanya selamat & kurangkan buat kerja.
  9. Mulut rasa payau @ pahit & kurang selera makan.
  10.  Sebelum tahu pregnant CikPuanIsteri suka angat minum jus buah bila sarapan. Ada jugak officemate tegur tanya sama ada CikPuanIsteri pregnant or x? Tapi masa tu belum buat UPT lagi so kate lah tak..heuheuheu..Bila pagi mulut akan rasa lain macam sikit. Nak rasa benda masam-masam tapi bukan asam or jeruk. CikPuanIsteri tak suka sangat makan asam or jeruk. Yang paling teruk CikPuanIsteri tak boleh tengaok ikan,ayam & daging. Boleh muntah kalo tengok. Mesti korang pelik apa yang CikPuanIsteri makan kalo semua tu tak boleh makan? CikPuanIsteri cuma makan nasi & sayur j. Sangat berkhasiat bukan??hahaha..
  11. Kerap buang air kecil.
  12. Ha yang nie wajib dilalui bagi ibu-ibu mengandung. Anda akan membuang air kecil dengan kerap walaupom anda rasa baru j lepas buang air kecil. Time puasa pon CikPuanIsteri boleh berulang-alik ke bilik air apatah lagi kalau tak puasa. Kadang-kadanag bila tengah syok tido malam-malam tiba-tiba j rasa nak terkucil, terpaksa la bangun jugak.
  13. Perubahan pada payudara.
  14. Time tu breast CikPuanIster sangat la sakit macam kita nak datang bulan tapi kali nie lebih lama. Bayangkan lah selama 3 bulan menahan sakit. Tuhan j la yang tahu. Selain tu areola akan bertukar sedikit kehitaman. Yang paling ketara adalah sizenye pon bertambah..!! (Inchik Hubby pon akui..hahaha)
  15. Rasa panas & tak boleh tidur malam.
  16.  Bila malam j mesti rasa panas. CikPuanIsteri mesti kuatkan kipas, tapi Inchik Hubby pulak kesejukan. Kesian Inchik Hubby. Start j pukul 3:00am mule la rasa gelisah tak boleh tidur. Yang nie sampai sekarang pon masih CikPuanIsteri alami.
  17. Sakit pinggang.
  18.  Sakit yang bukan sikit tapi banyak. Cepat sangat lenguh kat bahagian pinggang. Tidur pon terganggu. Asyik terjaga j.Bila duduk lama pon tak selesa. Sakit pinggang pon CikPuanIsteri alami sampai sekarang.

Nie j  la yang CikPuanIsteri alami selama 3 bulan terawal nie. Harap-harap la lepas nie xde dah. Baru lah boleh lena tidur..hehehe,,okeyy nak balik dulu coz petang nie ade checkup kat klinik desa..adiosss..!!

Tuesday, June 19, 2012

:: Buku Merah ::



Selepasa disahkan mengandung CikPuanIsteri meneruskan langkah seterusnya.(cewah ayat nak poyo..ahakz) Macam yang setiap perempuan hamil buat, kene la pergi klinik untuk buat Buku Merah @ Pink. Hari Sabtu dapat tahu mengandung hari Isnin da pergi buat Buku Merah @ Pink. Mesti ada orang kata "kenapa awal sabgat buat? tunggu la dah 3 bulan nanti" Alasan kenapa CikPuanIsteri buat awal adalah :-
  1. Ini adalah anak pertama kami dan kami tidak mahu mengambil apa-apa risiko sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. mintak dijauhkan
  2. Kurang pengetahuan mengenai perempuan hamil, baca buku or artikel dekat internet tak akan sama dengan apa yang kita alami sendiri.anak sulong lakatekan
  3.  Tak nak kene bebel dengan nurse dekat Klinik. CikPuanIsteri buat masa 7 weeks pon dorg da bising..haiiiyya..!!
Kalau dulu CikPuanIsteri selalu berangan nak ada Buku Merah @ Pink ni. Alhamdulillah sekarang CikPuanIsteri dah ada sendiri.

contoh buku merah

Bila dah ada buku merah ni asyik nak belek j..hahaha..hari - hari balik rumah belek buku nie..jakun la katekan.

p/s :-
  • doakan CikPuanIsteri selamat & dipermudahkan segalanya sampai bersalin nanti. Amin..
  • Bonda sayang Baby & Ayah...

Wednesday, June 6, 2012

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

 
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

~Miss "P" lambat turun~
Macam wanita lain juga, mesti pelik kenapa Miss "P" lambat turun. Tapi bagi CikPuanIsteri itu adalah perkara biasa sebab Miss "P" CikPuanIsteri memang ada masalah. "Dia" akan datang bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu, tempat & situasi. Jadi bila lewat CikPuanIsteri pon buat tak tahu saja la. Lagipun dah selalu sangat berangan mengandung tapi bila buat UPT masih lagi -Ve.

~Happy Holiday~
Kebetulan pula Inchik Hubby ajak pergi bercuti ke Genting Highland. CikPuanIsteri pon on aja la. Awal-awal booking hotel guan Agoda.com takut kalau walk in nanti penuh pulak. Harga dekat Agoda.com ni memang sangat berbaloi. So memang tak rugi kalau book awal. Seperti dalam jangkaan bila kami sampai di First World Hotel untuk checkin orang sangat la ramai. Kami menunggu hampir satu jam baru lah boleh dapat bilik yang dah di tempah & dibayar sepenuhnya.

Hari pertama sampai kami tak bermain diluar coz hujan turun dengan lebat. Nasib baik kami da sampai. Kalau tak jenuh juga kami nak naik Genting sambil meredah hujan lebat & kabus tebal. So kami decide nak jalan-jalan kat dalam je. Tan nak main apa-apa lagi & yang paling penting nak cari Foodcourt untuk melantak.





                                                            
sangat sejuk
kabus so tak boleh main kat luar ok!
                                                                                 



argh..!!



      
Pada keesokan harinya baru la kami boleh main kat luar.

Mownink..!!

yang cerah & berkaler 2 semestinya tangan CikPuanIsteri yang demok




Incik Hubby : tak mo pusing laju-laju..pening la =(

Sangat takut naik bende nie. Nasib baik my little B ok.



~L.O.V.E~


sama tak??

Masa kami dekat genting ada pekerja kat sana tegur:
Pekerja : akk ngan abg dtg honeymoon k?
Kami : ...... =D (senyum j la)

abaikan gambar yang senget ni. Malas pulak nak rotate =p

Ini semua sebab tangan CikPuanIsteri berhenna. Sebelum naik genting sempat lagi CikPuanIsteri pergi mengecat tangan. Balik dari genting kami sempat lagi singgah di Nilai 3, Negeri Sembilan shoping barang-barang rumah sikit.




~Sixth Sense~
Balik dari genting Miss "P" masih lagi tak nak turun. Hati mula terdetik "pregnant k aku ni?" . Masih lagi lakukan aktiviti harian seperti biasa. Sedikit perubahan mula terasa bila lepas Maghrib j CikPuanIsteri akan rasa pening & loya. Badan pun terasa panas sampai Inchik Hubby kate CikPuanIsteri demam. Dah mula tergerak nak beli Pregnancy Test tapi asyik tertangguh je. Selera makan seperti biasa, tak ada yang beza.

Sampai la satu hari kami nak balik Muar & mase tu dah ckp dekat Inchik Hubby Singgah dekat Farmasi tuk beli Pregnancy Test. Malam tu sempat lagi kami makan Dominos Pizza. CikPuanIsteri agak cuak juga nak makan coz dekat pizza tu ada nanas & airnya pulak air bergas.

Nak dijadikan cerita pagi-pagi bangun tidur da excited nak check. Masuk bilik air dengan perasaan yang berdebar. Tengah sibuk menunggu keputusan mak boleh pulak mak matikan lampu bilik air. Dah la terpaksa tengok dalam kesamaran. Mula-mula 1 line j so ok la tapi selang beberape minit nak lagi 1 line. Macam tak percaya lak. Cepat - ceoat lari naik bilik jumpa dengan Inchik Hubby coz nak tunjuk dekat dia. Bila dia tengok dia jadi blur sekejap.

Masa tengah breakfast pulak mak ada tanya CikPuanIsteri :
Mak : awak mengandung k?
Me : ntah la.....
Mak : mak mimipi awak mengandung, betol k?
Me : tak tahu la, tak kompom lagi la.
Mak : pegila buat conformation dekat klinik.
Me : kejap lagi la lepas breakfast.
So, lpeas breakfast je CikPuanIsteri & Inchik Hubby pun g la klinik untuk buat conformation. Doktor suruh buat UPT lagi. Walaupun dekat rumah tadi da buat tapi masih juga berdebar. Mana la tahu yang buat tadi salah. Dan Hasilnya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

P.O.S.I.T.I.V.E
ALHAMDULILLAH

Berkat kesabaran kami menunggu akhirnya ALLAH makbulkan doa kami. Rasa syukur yang tak terhingga. Nasib baik CikPuanIsteri tak banyak alahan melainkan tak boleh makan ikan, ayam & daging. So just makan nasi & sayur j. Tapi yang kesianya Inchik Hubby yang teruk alahan.hehehehe. Mak pun meninggalkan macam-macam nasihat dan pesanan. Mana yang ingat j la yang CikPuanIsteri amalkan.


p/s :-
-akan cuba menulis sebanyak mukin pengalaman sepanjang mengandung untuk tatapan anak bonda nanti.

:: Cuti - Cuti Bengkalis Last Edition ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ok kali nie CikPuanIsteri nak menyambung semula cerita pasal Bengkalis. Part 1 & Part 2 da lepas so yang ni last edition punye. Sebenarnya banyak lagi yang CikPuanIsteri nk update lagi lepas ni.
Jus Avokado (pokat dlm bahasa indon)


Lempok Durian sedap giloss

Hidangan yang cukup menyelerakan walaupun simple

alamak terbenam la pulak

123 TOLAK!!

Cuba dari depan pulak

Sikit lagi nak masuk parit

Gotong royong

tak berputus asa


~Kenangan~

~kenangan 2~

~kenangan 3~

borak puas-puas sebelum bertolak balik

~posing~

Melanggar arahan betol.hahaha

Pusat Kesihatan Masyarakat Keliling (klinik bergerak)

tapak pasar malam

arrived @ malaysia

arrived @ malaysia

ontheway balik
K.A.M.I


Maka dengan ini berakhir sudah perjalan kami. Setakat ini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi nextime yerk. Walaupun pengalaman yang agak ngeri tapi CikPuanIsteri & Inchin Hubby tetap akan kesana semula =)

:: Cuti - Cuti Bengkalis Part II ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Hari ini CikPuanIsteri nak sambung cerita pasal percutian kita orang dekat Bengkalis dulu.Boleh tengok dekat sini untuk Part I.Malas nak cerita panjang jom kita layan gambar =)

kuih ketayap untuk minum malam


Hujan di pagi hari

banjir la pulak


Libur-libur...
(cuti-cuti)

masa untuk main air...yeah..!!


ada ikan la~

wah2... tidak ketinggalan gak nak main air...

parabola besar punyerrrr

basuh kaki dulu yerk Inchin Hubby sebelum naik rumah
Kalau ada yang perasan baju yang kami pakai dari semalam sampai hari ini masih sama...so motifnya???? tak mandi pagi coz air die sejok gilossss..hahaha 
Sangat selekeh kan???? 






mari kta bertukar-tukar resepi =)



basuh motor sebelum pulang pada tuanya




nyum3... =p


oh comelnye beliau ini..ahakzzz


banjir =_='
 Bagi kita dekat Malaysia kalau banjir macam ini sudah dikira banjir teruk. Tapi bagi mereka di sana ia adalah perkara biasa setiap kali hujan lebat. Malah sedikit pun tidak mendatangkan masalah. Betapa jauhnya perbezaan antara kita dan mereka. 2 hari di sana cukup membuatkan CikPuanIsteri tersentuh. Mengapa kita di sini tidak menghargai apa yang telah kita ada sekarang??