Posts

Showing posts from December, 2012

:: First day as a fulltime housewife ::

Image
♡♥ Assalamualaikum.... ♡♥
Hari pertama jadi suri rumah sepenuh masa sangat la boring. Tak tahu nak buat apa. pagi bangun tido basuh baju pastu kemas rumah sikit dah siap. masak lak buat dlm pukul 11am coz juz masak tuk diri sendiri j kan. hari nie masak sambal sardin & telur goreng j. cukup la tu tuk makan sorang. nak masak banyak pon bukan ada orang nak makan. mula terfikir nak buat brownies tuk minum petang, tapi bila selak barang kat dapur susu cair da expired la pulak. so cancel la nak buat brownies. dah lama tak membaking so bila jadi fulltime house wife nie ada la masa. 
esok petang ada checkup last sebelum admit hospital. so boleh keluar cari bahan nak buat pavlova. dah lama teringin nak buat sebenarnya tapi malas menguasai diri. esok beli bahan ari rabu boleh buat. boleh bawak balik kampung. tak sure lagi balik kampung ari rabu or ari khamis. semua terpulang pada driver..ekeke. ari khamis nie cuti bagi rakyat negeri johor sempena kemangkatan almarhum sultan ismail. harap-…

:: Bila Nak Keluar Nie?? ::

Image
☆★Salam...☆★

Hari ni dah masuk minggu ke 40 CikPuanIsteri pregnant. Maknanya dah 10 bulan???? Tu jangkaan j la. Semalam ada checkup, so macam biasala rutin setiap kali checkup. Ntah camne semalam hampir nak kantoi ngan nurse coz tak pegi buat urine test.hahaha.. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Sebabnya Ibu yang datang cek perut banyak tapi bekas urine sikit j. So mesti ada yang tak buat urine test.hehehehe. Ala lagi pon minggu lepas kan dah buat, so kira ok la kan minggu nie tak buat. Leceh la nak buat urine test nie.

Ok first nak mntak ampun kalo de salah ejaan coz kali nie hapdet guna henpon lg. Maybe lepas nie banyak hapdet guna henpon j. Hari nie hari last kerja, minggu depan da start cuti 3 bulan. Memandangkan due pon da sampai tapi tak bersalin lagi adalah lebih baik merehatkan diri kat umah. Dah tak larat nak bawak perut lg.ekekeke. Tahun depan 18.03.13 baru masuk kerja lagi. Lama giloss cuti. →sbnarnye nak taip prenggan yg nie kat atas tu tapi da…

:: Sakit wei T____T ::

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Halllooo..!! Hari nie tak berapa ada mood sangat. Tak banyak pon nak tulis. Juz nak share tadi CikPuanIsteri ada g Hospital Sultan Ismail coz sakit perut & sakit pinggang da 3 hari. Ingat dah boleh bersalin tapi rupa-rupanya belom lagi. Sampai j hospital terus g bilik saringan tuk ibu mengandung. Pastu daftar nama & tunggu die panggil tuk cek. Bila nama dah panggil die pon cek macam biasa & part yang paling takut masa die nak cek bukaan pintu rahim. Doktor yang buat tu comel j. Syukur dapat doktor pompuan. So tak adalah malu sangat walaupon hakikatnya malu jugak. Bila die da ready nak seluk die suro CikPuanIsteri tarik nafas. Bersungguh-sungguh la tarik nafas. dalam hati baca doa Nabi Yunos masa kat dalam peurt ikan yu. Itu pon tonggang tebalik baca akibat dari nebes nak kena seluk. Muka buat selamba j & tenangkn fikiran.

Tetiba ada rasa benda masuk kat tuttt.... Masa mula-mula tak lah sakit sangat tapi die godek …

:: Follow Sampai Lebam ::

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Okey nie kalipertama CikPuanIsteri nak join segmen yang blogger lain buat. Selama nie berblogger pon syok sendiri jerk.hahaha.. Lebih kurang cam kera sumbang la jugak. Jom join segmen nie. Boleh tambah kawan ^_____^
Kalo korang nak tahu lebih lanjut boleh klik j kat gambo atas nie.
Syarat senang j :
1. Buat entri pasal Segmen Jom Follow Sampai Lebam,jangan lupe tempekkan banner yang tak seberape tu kat entri korang ye hehe ,then paste kan link kat comment
2.Wajib follow blog Ira dan twitter Ira--> Ierah
3.Ikot korang lah nak tag sesiape atau tidak
4.Dan paling penting wajib follow semua blog dan twitter orang yang join segmen ni :)
Tarikh tamat : 16 December nie 

Okey copy j dr blog owner yang buat segmen nie coz malas nak taip sendiri.hahaha
Ok la selamat bersegman..Bye..!!

:: Shoping Lagi..!! ::

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hye readers..!! Hari ni dah masuk 39 weeks 3 days CikPuanIsteri preggy. So ada lagi 4 hari lbh kurangye.  Ntah bile la nak kuar nie. Semua orang dah sibuk tanya "lom bersalin lagi k??". Tak kurang jugak yang suroh ambik cuti awal. Bukan tak nak cuti tapi macam rugi lak kalau cuti awal sangat duk umah tak buat pape. Sepanjang preggy nie CikPuanIsteri MC juz 2 hari j. Bukan nak tunjuk baik tapi tu la hakikatnya. Tak berapa suka nak ambik cuti kalau tak ada apa yang penting. Selagi boleh kerja memang CikPuanIsteri akan kerja. Dah bincang dengan Inchik Hubby kalau sampai hujung minggu nie tak bersalin jugak minggu depan baru start cuti 3 bulan tu. 
Oleh kerana Little B lambat keluar so hari Sabtu hari tu CikPuanIsteri & Inchik Hubby sempat lagi g jalan shoping apa yang patut. Dah lama dah intai benda nie akhirnya dapat jugak. Memang dari awal kawen lagi dah berniat kalau dikurniakan rezeki anak CikPuanIsteri nak breastf…

:: Yasmin J Hunwick ::

Image
Assalam....

Hye dears..!! Mesti korang rasa pelik tetibe ari nie CikPuanIsteri update sampai 2 entry. Kali nie tak nak cerita pasal my pregnancy. Sebenarnya tadi masa ngah blogwalking tetibe j terbaca pasal arwah Yasmin nie. Seyeslie CikPuanIsteri tak pernah tahu pon pasal kes die nie.

Yasmin J Hunwick atau nama sebenar Yasmin Johan Eusoffe seorang blogger yang masih muda.Kalau die panjang umur sekarang die baru j abis SPM. Tapi Tuhan lebih sayang die. Yasmin terlibat dalam 1 kemalangan ngeri kat Langkawi. Masa tu die naik motor ngan 2 orang lagi kawan die & semuanya meninggal. Arwah meninggal pada 3 Jun 2012. Lambat bebenor la baru CikPuanIsteri tau. Nampak sangat ketinggalan zaman..hahaha

Ok la xnk tulis panjang lagi coz susah update entry guna henpon nie. Macam nak tercabut tangan asyik typing eror memanjang. Nak tahu lagi pasal arwah boleh g kat blog die. Sekarang nie mak arwah da take over blog tu. So kalo korang rajin baca la. Nat tahu camne die ley xcident korang google j …

:: Seminggu Je Lagi ::

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Selamat pagi..!!!! Hari nie masih diberi kesempatan lagi nak update entry. Little B masih lagi selesa kat dalam nie. Hari nie dah masuk 39 Weeks CikPuanIsteri preggy. Rasa macam baru semalam j dapat tahu pregnant. Masih ada masa lagi seminggu j tuk sampai due date. Tak sabar sangat nak jumpa my Little B nie. Nak kiss & huge sepuas-puasnya. Tapi kadanag-kadanag rasa macam tak percaya dah nak jadi EMAK ORANG. Mak pon selalu cakap rasa macam baru j mak lahirkan awak nie dah nak jadi mak orang pulak. Tapi tu la lumrah kehidupan yang kita kena lalui. Semua orang akan merasai juga. 

Perancangan nk cuti awal tu ada tapi tak tahu la jadi or tak. Kononya nak bed rest j la sampai bersalin. Simpan tenaga masa nak push nanti katenye. Mula-mula ingat nak cuti start 10.12.12 tapi takut bersalin lambat lak so boring duk umah sorang. Nak balik kampung tak sampai hati nak tinggal Inchik Hubby kat sini. Hati berbelah bahagi nie. Pikir punya pi…

:: Update 38 Weeks ::

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hallooo...~~~~ Agak lama tak update. Mesti korang ingat CikPuanIsteri dah bersalin kan? Belum lagi la..huhuhu.. Minggu nie dah masuk 38 weeks tapi masih lagi tak ada tanda-tanda Little B nak keluar. Apa yang seronok sangat duk dalam perut ni gaknye.
Hari Jumaat hari tu gabra sekejap bila tetiba rasa cam sakit perut + keluar lendir masa buang air kecik. Ingat dah nak bersalin. Sibuk tanya senior-senior yang dah ada pengalaman. Ada yang kata dah masanya, ada juga yang kata lom lagi. Sakit tu tak berpanjangan. Juz rasa sakit dalam 10 minit pastu hilang. Cepat-cepat call mak tanya pendapat die. Mak kate kalau nak pergi hospital boleh jugak. Tapi CikPuanIsteri decide tunggu dulu sampai malam kalau sakit lagi maknanya dah nak bersalin lah tu. Tapi sampai ke malam tak ada dah sakit perut tu. Maybe tu cuma Braxton Hicks j. Punya la gabra tak hengat.hahahaha.. Almaklumlah tak pernah ada  pengalaman lagi kan. Inchik Hubby lagi la gabra. Se…