Bahagia Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rizqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Aiman Rifqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: Update 38 Weeks ::

Saturday, December 1, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hallooo...~~~~ Agak lama tak update. Mesti korang ingat CikPuanIsteri dah bersalin kan? Belum lagi la..huhuhu.. Minggu nie dah masuk 38 weeks tapi masih lagi tak ada tanda-tanda Little B nak keluar. Apa yang seronok sangat duk dalam perut ni gaknye.

Hari Jumaat hari tu gabra sekejap bila tetiba rasa cam sakit perut + keluar lendir masa buang air kecik. Ingat dah nak bersalin. Sibuk tanya senior-senior yang dah ada pengalaman. Ada yang kata dah masanya, ada juga yang kata lom lagi. Sakit tu tak berpanjangan. Juz rasa sakit dalam 10 minit pastu hilang. Cepat-cepat call mak tanya pendapat die. Mak kate kalau nak pergi hospital boleh jugak. Tapi CikPuanIsteri decide tunggu dulu sampai malam kalau sakit lagi maknanya dah nak bersalin lah tu. Tapi sampai ke malam tak ada dah sakit perut tu. Maybe tu cuma Braxton Hicks j. Punya la gabra tak hengat.hahahaha.. Almaklumlah tak pernah ada  pengalaman lagi kan. Inchik Hubby lagi la gabra. Setiap satu jam tanya ada sakit or tak.huhuhu

38 weeks

Banyak juga perubahan yang CikPuanIsteri alami bila dah masuk 38 weeks nie. Pertamanya berat makin naik. Tu perkara biasa la kan. Asyik nak makan j mulut ni. Pagi wajib breakfast pastu lunch, balik kerja pulak terus masak & makan, malam nanti sambil tengok Adam & Hawa request burger dengan Inchik Hubby.hehehe..Inchik Hubby pon dah paham setiap malam die akan buat burger tuk bini die nie..ekekeke.. Yang keduanya makin kerap kencing. Rasanya Little B dah menurun so menekan pundi kencing. Tu yang buat CikPuanIsteri asyik kuar masuk toilet j. Paling kurang 2 jam sekali. Sehari tak tahu la berapa kali. Selain tu CikPuanIsteri punya sistem kumbahan pon makin lancar. Setiap kali makan mesti nak melabur terus. Kalo makan pagi tengahri dah melabur. CikPuanIsteri bukan jenis yang senang nak melabur. Normal 2 @ 3 hari sekali melabur. Sekarang kalau makan 3 kali so melabur 3 kali jugak. Bila fikir-fikir bagus jugak camtu. Tak adalah risau kalau sembelit bila dalam pantang nanti. Seksa WoOoO kalau sembelit masa dalam pantang. Dah la korang tengah sakit kat tempat tutttt pastu sembelit pulak...fuuhhh..!!! Double sakit. Korang bayangkan la sendiri.

Ok dah la update entry nie. Tak larat nak duduk lama. Perut lak sekejap-sekejap mengeras. Rasa sangat tak selesa. Esok nk g chechup kat klinik. Sebenarnya banyak benda nak upadate tapi tak larat nak duduk lama sangat. Nextime update lagi yerk. Doakan baby kuar minggu nie & dipermudahlan segalanya...amin...

P/s:-
- Inchik Hubby ngah sibuk tengok bola Malaysia Vs Indonesia macam nak tercabut anak tekak die terjerit-jeirt.
-abaikan gambar yg blur tu..hehehe

4 TQ for the kisses:

Anonymous said... [REPLY]

sy doakan semoga ibu dan baby selamat..
dah tau jantina baby ker??
cam baby boy je tgk perut..hehe..

CikPuanIsteri said... [REPLY]

@Anonymous TQ...xtau la jantina pe..skjp dktr kate boy..skjap kate gurl lak..xkisah la yg pnting selamat & smpurna sudah...hehehe

Aine Ainun said... [REPLY]

huhu...
kan...makin mencabar rasanya...
suspend pulak tu da akhir2 ni...

besar perut..=)
semoga selamat semuanya..=)

CikPuanIsteri said... [REPLY]

@Aine Ainun amin...nanti kalau da deliver jgn lpe bgtau yerk..hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets

CikPuanNuffnang