Bahagia Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rizqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Aiman Rifqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: Counting The Precious Day ::

Tuesday, November 20, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye sweety..!!! Dah lama tak update. Sebenarnya dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh j. Buat sikit j terbehentii pastu buat lagi tinggal lagi.hahaha. Hari tu CikPuanIsteri & Inchik Hubby ada pergi kelas keibubapaan @ atenatal class kat Klinik Kesihatan Kempas. Pagi bersiap macam biasa nak g kerja tu. Sampai klinik tu lebih kurang 8.05am, tapi kat dalam buku merah tu nurse tulis pukul 8.00am. Tapi biasa la janji orang melayu kan. Mana la ada yang tepat. nasib baik CikPuanIsteri jawa..ekekekeke .... Terus daftar nama dapat la fail yang ada isi nota & air mineral 2 botol. Masa duduk dalam bilik ceramah sambil tunggu penceramah sister ada bagi 1 paket Drypers, tapi bukan la yang banyak tu, tapi yang 2 pcs j isinya. Rasanya sample j tu . Dalam kelas ni ada lebih kurang 7 modul yang membincangkan dari awal mengandung sampai la lepas bersalin. Siap tunjuk vedeo orang tengah bersalin lagi.huhuhu

Bukan main khusyuk lagi Inchik Hubby...Siap ada buku nota lagi..hehe

Setiap modul lak dorang akan buat kuiz. So sapa yang dapat jawab dapat lah hadiah. Imchik Hubby orang pertama yang jawab soalan kuiz tu.huhuhu... So dapat la hadiah tapi tak sempat nak snap picture coz masa tu pon jawab suka-suka j, tak sangka lak betol jawapanya. Lepas dah dapat hadiah tu makin la Inchik Hubby galak nak menyalin nota. Kononya nak jawab semua soalan, tapi sape yang dah jawab tak boleh jawab lagi.ekekeke

Modul yang paling best masa nurse buat demo mandikan baby & cara breasfeed baby. Ada baby yang real tau. Sangat la qute baby tu. Sibuk la Inchik Hubby amek gambar baby tu. Baby pon sporting gilosss. Diam j masa nurse mandikan die. Alangkah bagusnya nanti kalau Little B camtu.hehehe..

comey kan???? baru j 5 hari lahir

Klinik tu pinjam baby nie dengan mak die sekali coz nanti mak baby akan ajar ktorg cara nak breastfeed dengan cra yang betul. Masa nie kaum-kaum bapa kena keluar. Mana boleh nengok kan. Mak baby nie pon comel j, tak la besar mana. Lepas belajar breastfeed kiotrang dapat makan. Menu hari tu nasi lemak, sandwich telur & kuih kasturi. Ok la jugak kan. Bila dah kenyang makan mula la mata pon kuyu j.

Tadi bersungguh salin nota, sekarang???? ZzZzZzZ

Antara ibu & ayah yang datang

Yang dalam sampul tu hadiah yang ktorg dapat

Masa 16.11 kitaorang ada juga g Ceramah Rakan suami kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Ktorg standby j kalau la CikPuanIsteri tebersalin kat Muar so Inchik Hubby boleh la teman kat dalam dewan bersalin annti. Tu salah satu syarat yang wajib tuk para suami yang nak teman isteri masa bersalin. Tapi tuk Hospital Muar j la. Nurse da bawak ktorg pergi melawat dewan bersalin. Fuyoooo..!! cantik giler dewan bersalin die. Terus rasa semangat nak bersalin kat HPSF.hahaha..Inchik Hubby pon kata cantik & selesa. Siap da plan kalo da rasa sakit sikit terus balik Muar.ekekeke

Dah ada benda ni baru boleh Inchik Hubby teman nanti

Hari Ahad balik JB terus g Aeon Bukit Indah jalan-jalan cari Big Apple Donuts & Coffee. Nak melantak puas-puas sebelum berpantang. Petang nie nak g beli durian creepe pulak. Tadi pon kek cheese meleleh baru sampai. Melantak j la kerjanya..hehehe

Big Apple Donuts & Coffee

Durian Creepe..Nyum3..!!Nak order klik sini.

Cheese Cake meleleh..super delicous..!!!Nak order klik sini.

Ok nak blik dah. Hari nie halfday lagi petang kene g checkup. Dah dekat nie lagila kene seminggu sekali. Alhamdulillah uri dah naik. So tak jadi la duk hospital. Nasib baik baby dengar kata bonda. Hari-hari pujuk baby untuk naikan uri. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Tinggal tunggu masa yang sesuai j nak keluar ni. Inchik Hubby dah pesan kalau terasa sakit masa dia tidur kejut dengan penuh perasaan. Almaklumlah kalau dah tido tak hengat dunia. Bom meletup kat sebelah pon tak sedar. Doakan kami yerk..!!! Adios..

P/s :-
- dah update gambar Little B yang baru. Boleh tgk kat side bar tu. ^____^

4 TQ for the kisses:

Mila Ahmad said... [REPLY]

haaa..tunggu hari ye nani... hope semua berjalan dengan lancar....:)

Aine Ainun said... [REPLY]

Bestnya...saya xkesempatan nk g class antenatal ni....

CikPuanIsteri said... [REPLY]

@Mila Ahmad doakan kite yerk...nebes nie..hehehe

CikPuanIsteri said... [REPLY]

@Aine Ainun awak dah bersalin k???

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets

CikPuanNuffnang