Bahagia Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rizqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Aiman Rifqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: Doakan Kami..!! ::

Thursday, November 8, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye sugar ♥ ~_____~ Hari tu kan CikPuanIsteri ada bagitahu yang CikPuanIsteri g checkup kan?? Dan hasil dari checkup tu sangat tak puas hati. Korang tahu kenapa??? Sebab doktor yang check tu tak best..!!!!! Dah la doktor lelaki pastu muka ketat j. Orang tanya die jawab nak tak nak j. Bengang betol.!!


Part yang lain-lain semua macam biasa la. Alhamdulillah semua okey. Tapi bila part doktor check j terus rasa down sebab doktor tu cakap CikPuanIsteri ni mukin kena duduk wad sampai bersalin nanti. Doktor tu syak CikPuanIsteri punya uri kat bawah ( Placenta Previa). CikPuanIsteri cuba terangkan balik yang masa g scan dekat Klinik Min tu plasenta tu tak tutup jalan pon & Dr. azah kata tu normal. Tapi die tak nak dengar & die cakap "minggu ni pergi balik klinik tu buat scan & minggu depan tunjuk report tu kat sini. Kalau betul previa kena admit hospital sampai bersalin & mukin kena operete". Kalau korang kat tempat CikPuanIsteri apa perasaan korang????


Masa tu rasa down sangat. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat coz nak g klinik Min. Rasa cam nak g malam tu jugak. Tapi Inchik Hubby tenangkan CikPuanIsteri everything will be okey.Harap-harap la plasenta tu naik. Tu la yang susahnya bila kita checkup kat klinik kerajaan nie. Lagilah Klinik Desa coz diorg tak ada kelengkapan yang cukup. Mesin scan pon tak ada. =_____='


Uri Bawah (Placenta Previa)



Anda seorang wanita yang hamil 7 bulan, kemudian ketika ultrasound scan dijalankan, doktor memberitahu anda bahawa kedudukan uri anda berada dibawah. Apakah anda terkejut dan mengerti makna uri dibawah? Atau anda membiarkan sahaja maklumat itu menjadi sebahagian daripada misteriiiii? Atau anda membiarkan sahaja ia menjadi penyebab kematian bagi ibu mengandung?? Pada pendapat saya, amat wajar wanita yang mengandung mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini.


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya )
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya ).


Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.

Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.
Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.

Masa scan 26 weeks tu kedudukan plasenta CikPuanIsteri Marginal/Low Lying. So harap-harap la plasenta tu naik minggu ni. Tak nak la kena duduk hospital & kena operete. Jumaat nie balik kerja terus pecut balik Batu Pahat nak g scan tengok keadaan plasenta macam mana. Harap sangat dah naik. Ok la tak de mood nak tulis lagi. Tengah sibuk mengGOOGLE cara-cara nak naikkan plasenta ni. Doakan CikPuanIsteri yerk. Adios..!!

P/s :-
- Tengah pujuk Litlle B tuk tolong tolak plasenta tu naik atas.
- Terima kasih pada mereka yang mendoakan kami.


2 TQ for the kisses:

aku Ikin said... [REPLY]

insyallah everything will b ok..bnyakkn berehat n berdoa.. k :)

CikPuanIsteri said... [REPLY]

@aku Ikin tq dear... =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets

CikPuanNuffnang