:: Raya Oh Raya ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Kejam celik kejam celik dah masuk minggu ke dua kita puasa. Tinggal lagi 2 minggu nak raya. Korang da buat persiapan lom? Tahun ni CikPuanIsteri macam tak excited sangat nak raya maybe dalam keadaan CikPuanIsteri macam ni so malas nak g merayap cari barang-barang untuk persipan raya.

Minggu lepas Ichik Hubby da cakap awal-awal yang minggu ni nak kemas rumah tuk raya. Mesti ramai yang kata awal lagi kan coz ada lagi 2 minggu. Sebenarnya minggu depan nak balik rumah mak coz mak nak munjung .So kene la tolong mak kan. Ade yang tak tahu ke munjungtu ape? Munjung adalah salah satu adat orang jawa setiap kali nak raya. Kita akan masak & hantar ke rumah-rumah jiran & saudara mara. Nanti diorang pun akan balas jugak. Biasanya kalau dekat kampung atau kawasan yang ramai jawa mesti ada buat. terpulang pada kita nak masak apa. Tahun ni mukin mak masak nasi ayam j kot. Sebab nak senang.hahaha

Sambung balik pasal Inchik Hubby kemas rumah. CikPuanIsteri memang tak tolong.hehehe.. Bukan sebab malas tapi citarasa kami berbeza. CikPuanIsteri nak buat A nanti Inchik Hubby kate B pulak. So kitorang decide Inchik Hubby j yang kemas rumah. CikPuanIsteri pulak duk goyang kaki j. Dan yang paling penting tak kacau Inchik Hubby kemas. CikPuanIsteri memang suka nak menyakat Inchik Hubby.

Pagi-pagi lepas subuh Inchik Hubby da mulakan operasi dia. CikPaunIsteri lak sambung membuta.hahaha.. Bangun j tido tengok Inchik Hubby da sipa kemas dapur. Habis semua pinggan mangkuk dia keluarkan. Dah macam orang buat kerja kawen. Tapi tak kiasah la nanti Inchik Hubby kemas la balik kan MyEm0.Com .

habis semua die da keluarkan & basuh

abaikan dapur CikPuanIsteri yang kecik nie

tunggu kering nak masuk balik dalam kabinet

Itu baru part dapur. Belom lagi part bilik. Rumah ni ada 3 bilik so korang imagine j la Inchik Hubby kemas macam mana.hahaha

barang2 dalam bilik 3 @ bilik solat

Kosong dah bilik solat..abaikan body yg sexy 2.hehehe
guest room

guest room

Raungtamu lom kemas

besepah lagi lon siap kemas

Apa korang nak tengok master bedroom????? Oh itu rahsia.hahaha. Mana boleh tunjuk dekat orang kan? Itu privasi kami.hehehe. Raya nanti jemput la datang rumah yerk. Tapi kalau nak datang kene la bagitahu awal takut kita orang tak de kat rumah pulak. Ok nak nyakat Inchik Hubby kemas rumah. Baby Waving Bye Bye

Comments

  1. cantek umh ko nan..umh sndri ea?

    ReplyDelete
  2. tq2..umah govt wey aku sewa j ngan govt..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::