Bahagia Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rizqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Aiman Rifqy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:: Lenggang Perut ::

Tuesday, October 30, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Hari ni baru ada masa nak hapdet blog. Nie semua sebab komputer CikPuanIsteri yang kat opis nie tak boleh nak access internet. Ntah kat mana yang rosak or silap tak tahu la. Tunggu technician datang lambat la plak. Nak hapdet kat umah malas lak.hehehe.. Hari khamis hari tu CikPuanIsteri ada checkup kat KKIA Kempas. Macam biasa la datang pukul 7.45 balik pukul 11.30. Berjanggut tunggu kat dalam klinik tu. Yang buat CikPuanisteri bertambah bengang bila ada suami-suami yang teman isteri buat checkup duduk sekali dalam klinik. Dah la klinik tu kecik j, kalau suami-suami yang sihat walafiat tu dah duduk dalam klinik tu kitaorg yang bawak perut ni nak duduk mana???? Tak payah la nak berkepit sangat dengan isteri tu cik abang oiii...!! Tak ada sapa pon nak ngurat. Kesian la sikit kat kami yang terboyot-boyot nie nak duduk pon tak ada tempat. Dah la masa tu CikPuanIsteri tak makan lagi, yela kan kena minum air gula mana boleh makan & minum dari 10pm sampai 10am nak duduk lak tak ada tempat. Sangat bengang...!!!!!

 
Kesan ambik darah coz kena minum air gula.

Hari tu CikPuanIsteri dah janji nak hapdet pasal Lenggang Perut. Ada yang tak tahu ke pa tu Lenggang Perut?? Ok Lenggang Perut tu satu ritual tradisi yang selalunya dilakukan oleh bakal ibu yang mengandung sulung. Anak nombor 2 tak yah dah. Biasanya majlis ni akan dibuat masa kandungan masuk 7 bulan. Orang dulu percaya bila kandungan dah masuk 7 bulan so baby dah de roh a.k.a nyawa, so kena la raikan & dijaga dengan elok bagi mengelak sebarang musibah. Tapi CikPuanIsteri buat masa dah masuk 8 bulan. Tak ada masa la nak buat masa 7 bulan tu.hehehe ^_____^

Sempat lagi buat cake sponge 4 biji tuk kenduri.

Mula-mula sekali CikPuanIsteri akan dimandikan dengan air bunga oleh mak bidan. Semuanya ada 7 jenis bunga yang berbeza & mesti ada 1 bunga yang wangi. Sambil die mandikan tu dia baca selawat & doa supaya dipermudahkan segalanya. Tak ada pulak dengar die baca jampi serapah yang bukan-bukan. Lepas die dah mandikan tu kena salin baju dalam bilik air jugak, keluar bilik air tak boleh buka aurat walupon sikit. So dengan rambut yang basah tu CikPuanIsteri kena pakai tudung & baju yang lengkap sebagai seorang muslimah. Mak bidan kata mudah-mudahan anak yang bakal lahir nanti jadi orang yang soleh & solehah. Amin..!! Bunga yang berterabur kat dalam bilik air tu hanya Inchik Hubby a.k.a suami yang boleh bersihkan. Bunga-bunga tu kena pungut & buang or tabur kat bawah pokok or kat tanah lapang. Tak boleh masuk plastik okey.
Lebih kurang camni la rojak tu. Gambar dari En.Google.

Lepastu tu CikPuanIsteri diurut pulak. Juz urut biasa-biasa j. Mak bidan tu ada betulkan kedudukan baby dalam perut. Masa die urut tu die ada kate yang CIkPuanIsteri lama lagi nak bersalin coz baby masih lagi kat atas. Pastu die tak ada la komen pape. Kiranya semua ok la kot. So abis dah upacara lenggang perut CikPuanIsteri. Sebenarnya kalau ikut adat orang dulu-dulu memang banyak lagi. Tapi semua tu tak penting pon. Kalau orang dulu-dulu dorang ada yang pakai kelapa, telur, keledek, ubi, ketupat. lepat & macam-macam lagi. Tapi CikPuanIsteri tak ada la buat semua tu. Mak bidan tu pon cakap tak perlu sebenarnya upacara lenggang perut ni. Cukup la sekadar buat kenduri minta doa supaya selamat. Tu yang kitaorg pon buat simple j. Apa yang wajib masa lenggang perut ni adalah rojak buah. Dalam rojak tu ada buah epal, pear, nanas, timun, sengkuang, jambu air, limau bali, lada cili & ada jugak yang bagi belacan. Ramai yang suka mankan coz rojak nie juz boleh dapat kalau ada upacara lenggang perut j. Nie semua adat orang jawa la kot.

Kaki dah macam kaki gajah.

Boleh tahan la jugak penat nak buat kenduri ni. Start dari hari khamis sampai la ahad non stop kemas rumah. Tido malam pon lewat gak. Akibat dari banyak sangat jalan kaki CikPuanIsterti pon mula bengkak. Tengok lah dah macm ank meletop dah. CikPuanisteri sendiri pon terkejut jugak. Masa bangun pagi tak perasan sangat, tapi bila dah lama buat kerja kat opis baru perasan kaki dah mula bengkak. Tangan pon sanagt lenguh coz masa checkup hari tu kena inject kancing gigi dos yang kedua. Kalau korang nak tahu dos yang kedua nie sangat sakit kalau nak bandingkan dengan yang pertama. Siapa kata mengandung senang?? @_____@


p/s :-
- Terima kasih pada mereka yang sudi datang kenduri & datang rewang.
-  Terima kasih jugak kat Mila Ahmad sudi datang kenduri umah kite =)
- 47 hari lagi..ntah cepat or lambat..huhuhu

:: Persiapan Sambut Orang Baru ::

Monday, October 22, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Lama tak hapdet entry..hehehe... Lepas breakfast mata ngantok lak. Tambahan pulak hari nie sistem kat opis tak leh pakai so CikPuanIsteri boleh la hapdet enty baru tuk hilangkan ngantuk. Kejam celik kejam celik dah masuk 8 bulan dah si kecik bonda nie. Lebih kurang sebulan lebih j lagi nak menjengah dunia. Kalau ikut bulan memang lagi sebulan tapi kalau ikut minggu lagi 7 minggu. CikPuanIsteri pon tak paham kenapa nurse kira 40 minggu sedangkan sepatutnya kita mengandung juz 9 bulan 10 hari. Tak kisah la tu kan yang penting semua selamat.

Bila dah makin dekat ni persiapan kene la buat. Boleh dikatankan hampir 90% dan settle. Tinggal lagi 10% j yang lom settle. Itu pun juz nak beli stroller & car seat tuk baby j. Ada ke aunty2 or uncle2 yang nak sponsor???hahaha... Kiranya checklist yang dah dibuat hari tu hampir settle la.


Dah masuk dalam kotak siap-siap nak bawa balik kampung. Mak Tok nak tengok apa yang bonda dah beli. Apalah maktok ni tak percaya dengan bonda. Macam la bonda tak tahu nak beli barang-barang baby. Tapi memnag tak tahu pon..hehehehe... 


Banyak giloss stokin Litlle B yang bonda & ayahh dah beli. Ni semua gara-gara rambang mata. Nmapak semua nak beli. Nasib la Inchik Hubby ada nak kawal CikPuanIsteri yang rambang mata ni. Kalau tak lagi banyak rasanya.hehehe...Tak dapat beli depan mata Inchik Hubby g beli online lak. Tahu-tahu j dah sampai kat rumah. Inchik Hubby geleng kepala j la.hehehe....


Kebetulan hari tu ade ekspo Mom & Baby Expo 2012 dekat Danga Citymall. So kita orang pon ambik peluang tuk beli barang-barang kat situ. Lampin CikPuanIsteri tak beli banyak. Juz beli 1 dozen j. Cukup la tukan. Bukanya pakai banyak sangat pon. Baby balnket lak beli 2 j. Tapi macam nak tambah lagi la.hehehe


Mitten & baby hat CikPuanIsteri beli sekali ngan baju. Mesti la kena sepasang ngan baju & booties kan. Tak kanlah  baju warna merah mittens warna hijau, booties warna biru & baby hat warna kuning lak. Nanti dah jadi cam badut pulak.


Hasil dari memborong dekat ekspo hari tu. Ok CikPuanisteri tak ada la nak tetapkan Brand pape tuk little B. Semua brand baby pon boleh. Cuma mandian & bedak j CikPuanIsteri suka pakai Johnsons Baby. Memang dah jadi pebret dari dulu lagi. So kalau nak bagi hamper mandian better bagi Johnsons Baby okey..hahaha.. Demand la pulak... ^_____^


Barang yang dalam bag plastik tu barang-barang yang kene bawak g hospital. Tinngal nak transfer dalam bag j. Mak dah tolong pilihkan. Ni la akibat anak yang terlebih manja dengan mak. Semua nak mak buat. Baju sendiri pon mak yang pilih.hehehe.. Kain batik dah siap dah. CikPuanIsteri beli 10 helai terus. Semau barang-barang dah siap basuh da. Kena ingat yerk semua barang yang kita baru beli WAJIB basuh dulu. Yela kita tak tahu baju tu bersih or tak. Ntah ada hama or toksik ke kan. Nanti tak pasal-psal kulit kita rashes lak.


Ok korang dah tenagok yang best-best j kan, sekarang nak cerita yag tak best pulak. Sticker kat Buku Merah CikPuanIsteri dah bertukar warna. Kalau dulu warna putih sekarang dah warna hijau. Korang sendiri namapak apa yang nurse tu tulis kat buku tu. Risiko pertama berat badan CikPuanisteri lebih 80 kg & risiko kedua pulak HB turun. Minggu ni kena minum air gula lagi, alasan nurse tu kata bila perut dah besar placenta (uri) dah keluarkan hormon & kita senang kena kencing manis. Dah dekat-dekat nak meletop ni macam-macam la pulak kesnya. Nurse pon dah remind tuk packing barang yang nak bawak g hospital & simpan kat dalam kereta sepanjang masa. In case kalau nak terberanak masa tengah jalan-jalan or tengah kerja senang lah kan. Nurse pon dah terangkan tanda-tanda nak deliver. Wah perasaan makin takut lak.hahaha.. Mak pon pesan kat Inchik Hubby jangan tinggal CikPuanIsteri sorang selalu sangat. Henpon kena sentiasa ada kat tangan. Jangan jalan jauh-jauh sangat. Macam-macamlah pesan mak & abah pada Inchik Hubby.

Perasaan tak sabar pon ade jugak.hehehe.. Lagi-lagi bila Liltlle B suka sangat buat perut CikPuanIsteri senget benget. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Terbonjol-bonjol j perut ni. Inchik Hubby pon suka sakat, bila baby dah diam dia panggil nanti mula la Little B respon. Suka la Inchik Hubby dapat tengok perut CikPuanIsteri bergerak-gerak. Rasa geram j bila tengok dia main ngan ayah die. Bila lah nak keluar nie..hehehe..Perut pon dah makin memboyot, kaki lak dah mula bengkak. Nak angkat kaki sendiri pon dah tak larat. Lagi-lagi la kalau duduk bersila Ya Ampunnn seksa nak bangun oiiii...!!! Sakit belakang jangan cakap lah. Baring salah, duduk salah, mengiring salah. Sampai dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Masa nie selalu doa supaya baby keluar cepat. Ngam-ngam sebulan dari sekarang keluar. Boleh gitu???hahahaha.. Mak selalu ingatkan CikPuanIsteri orang mengandung memang la macam tu. Dulu mak pon sama jugak. Wah masa ni insaf sekejap.huhuhu.. Kaki pon dah makin kerap kejang. Pernah sekali tu kaki kejang Inchik Hubby buat tak tahu j..
Me : Aduh sakit, sakitnya....aduh....
Inchik Hubby : Emmmm?? (dalam keadaan mamai )
Me : Sakit la...Aduh....
Inchik Hubby : Kenapa??(suara orang baru bangun tido)
Me : Kejang kaki...aduhhh..
Inchik Hubby : Emmmm...MyEm0.Com( sambung tido )
Me : Ggggrrrrr..!!!!!MyEm0.Com (berasap sambil tahan sakit)

Kalau korang hangin x?? Orang punya la skit dia boleh sambung tido. Hangin j masa tu. Inchik Hubby ni kalau dah tido tak hengat dunia. Kalau nak beranak tengah malam nanti kena jerit sepenuh hati kat telinga Inchik Hubby baru dia bangun. Hari Sabtu ni nak buat Majlis Lenggang Perut. Korang pernah dengar x?? Nanti CikPuanIsteri hapdet yerk apa yang kita buat masa Lenggang Perut tu. K bye..!!

P/s :-
- bukan senang nak jadi seorang IBU. 
- hargai ibu anda selagi hayat dikandung badan.

:: Bukan Nak Kaya Tapi Nak Senang ::

Wednesday, October 17, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hye guys... Semanjak dua menjak nie CIkPuanIsteri memang ada busy sikit. Cewah mengalahkan YB la plak..hahaha.. Almaklumlah baru j nak berjinak-jinak dengan perniagaan online ni. Saja nak cari rezeki lebih. Bukan nak kaya sangat tapi cukup la sekadar menambah pendapatan.

Kalu koarng rajin jemput la singgah kat Page Shopaholic Collections atau pon korang boleh la tgk kat Blog Shopaholic Collections. Tapi kat blog lambat sikit hapdet sebab kat pesbook lg senang. Tapi kalau korang baik hati tolong lah promote ngan kengkawan korang yerk.hehehe. CikPuanIsteri jual barang dari Sophie Paris nie. Korang pernah dengar x?? Nak tahu ape kejadahnya Sophie Paris nie?? korang klik j gambar tu..Kalau nak oerder lagi bagus.ekekeke...


Kenalkah anda pada Sophie Paris? Cewah, ayat skema betul. Sophie Paris ni jenama fashion yang berasal daripada Perancis, tapi dimulakan di Indonesia. Dah ada kat sana lebih 15 tahun, lepas tu ke Filipina,Vietnam dan Morocco. Kiranya Malaysia ni negara yang kelima. Baru aje buka bulan Januari lepas.

Cuma perlu bayar RM 15.00 sahaja untuk lifetime punya membership. Kalau jadi ahli, boleh dapat diskaun untuk setiap item.


Selain tu de gak barang-barang lain yang CikPuanisteri jual..Korang tengok j la kat page & blog yang CikPuanIsteri dah bagi tu. Si kecik dalam perut ni tak bagi bonda die duduk lama-lama. Nanti mula la sakit pinggang. Tak larat nak upload lagi ni. Macam nak tercabut pinggang dah nie. K bye..!!!

:: Inchik Hubby Jadi Doktor Gigi ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Mesti korang pelik j baca tajuk entry CikPuanIsteri kali ni.hahaha. Semalam tanpa dijangka Inchik Hubby telah brjaya menjadi seorang doktor gigi walaupun sekejap j. Kisahnya camnie, semalam petang balik j kerj terus la masak. Rutin harian la tu kan. Hari tu Inchik Hubby ada beli ikan apa ntah. Nak kata ikan siakap macam bukan. Ikan jenis ada sisik & kulit hitam. CikPuanIsteri ni bukan kenal pon jenis-jenis ikan yang ada sisik ni.hahaha. Ikan tu boleh dikatakan besar la jugak, tapi Inchi Hubby beli yang dah siap potong. So die beli 4 potong. Cengkononya nak masak 3 rasa ngan sayur campur.



Lepas berjemaah Maghrib kitaorg pon makan la. Tengah syok makan tetiba CikPuanIsteri tergigit tulang ikan. Padahal tulang ikan tu punya la besar. Rasanya sebelum masuk mulut dah cek tak ada tulang tapi ntah camne boleh muncul lak tetibe. Tulang tu plak tercucuk kat gusi & celah gigi. Besar kot tulang tu..!!! Mula-mula ingat ok j la. Try la cabut guna tangan tapi tak boleh. Inchi Hubby ingat CikPuanIsteri main - main j masa mintak tolong dia cabut. Dia siap gelak-gelak. Tapi bila lama-lama dia tengok memang tak boleh cabut baru dia bagi idea cabut guna PLAYAR. Bila Inchik Hubby nak cabut tak habis-habis kita orang gelak. Lama gak gelak baru boleh berhenti.hahaha.. Masa dia cabut tu memang betul-betul terasa macam gigi yang tercabut. Korang bayangkan j la tulang ikan yang besar tu boleh terselit kat celah gigi korang. Inchik Hubbya kte lepas ni kalau nak cabut gigi dah tak payah jumap doktor ghigi lagi. Lepas dah cabut sambung lagi makan sambil gelak.


Sampai sekarang pon kalau ingat mesti tergelak lagi..hahaha.. Nasib tercucuk kat gusi & gigi, kalau kat tekak boleh sampai kes hospital dibuatnya.huhuhuhu


:: Tua Sudah ::

Monday, October 15, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Selamat sejahtera semua...!!! Huarghh tua sudah saya...hahaha.. Tak ada idea nak tulis apa. Otak betul-betul tengah blankMyEm0.Com. Maybe sebab umur dah bertambah so otak baru nak refresh balik, tu yang blurr j..ekekekeke. Blog pon refresh jugak kot. Ntah nape kat pageviews tu teibe kosong. Maca baru-baru buat blog pulak. Padahal sebelum nie dah banyak orang view blog ni. Ntah-ntah ada yang tersalah tekan kot.huhuhu


Celebrate besday ngan opismate

Secret recepi cake (macadamia)

Pagi sebelum g kj. Perut dah boyot oiiii~~~ malu

Entry pendek j hari ni. Ok lah bye..MyEm0.Com 

:: Tolong..!!! ::

Friday, October 12, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


HallloOoOo dears..!! CikPuanIsteri ada masalah sikit ni. Camne nak ilangkan Picasa Album kat dalam galery haenpon yerk??hahaha. Mesti ada yang gelakkan CikPunaIsteri sambil cakap "apalah tu pon tak tahu k??" Tapi memang tak tahu pon.. Ala korang tolong la~~MyEm0.Com 

Gambar yang upload kat blog sume dah masuk kat henpon..camne nak delete???

P/s :-
- nie lah akibat orang buta teknologi..huhuhu

:: Dapat hadiah..Yahoooo..!!! ::

Thursday, October 11, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat tengahari readers..!!! Semalam kan CikPuanIsteri dah janji nak hapdet pasal gift yang CikPuanIsteri dapat masa anniversary kami. So meh sini mak nak certa..hehehehe

Pada CikPuanIsteri benda tu special tak kira la mahal or murah yng penting ikhlas dari Inchik Hubby. Semalam kitaorg celebrate kat Piza Hut Plaza Angsana j.huhuhu.. Nak celebrate kat Sabah tak kesampaian kan. Lagipun lately Inchik Hubby sanagat busy. Ada j kerja yang dia kena buat. Mula-mula CikPuanIsteri nak celebrate kat Secret Recipe tapi masa kitaorg pergi tengok wayang dekat Danga Citymall ari tu Inchik Hubby dah ajak makan kat situ pulak. So tak kanlah kali ni nak makan kat situ lagikan. Tukar plan makan kat Pizza hut j la.
New York Cheese Cake & Banana Choclate Cake

Entah apa angin Inchik Hubby tetibe j dia ajak makan Secret Recipe. Biasanya CikPuanIsteri yang ajak. Dia kate teringin nak makan Cheese Cake. Biasala bini dia ni dah pencen buat cake sejak berbadan dua ni. Ntah kenapa malas pula nak buat cake. Kesian Inchik Hubby.

Inchik Hubby makan Lasagna & CikPuanIsteri makan Mee Kari.

Muka mak buyung kekenyangan..hahahaha

Masa celebrate kat Piza Hut xde snap gambar pon sebab makan biasa-biasa j kan..hehehe.. Korang agak-agak ape gift yang CikPuanisteri dapat???? Cepat teka..!! Sapa betul dia menang..!!!hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TARAAAA~~~!!!!!!!!


Seriously CikPuanIsteri tak pernah expect pon yang Inchik Hubby nak bagi benda ni. Terharu sangatMyEm0.Com. Sebenarnya CikPuanIsteri memang ada niat nak tukar henpon yang sekrang CikPuanIsteri pakai coz henpon tu dah lama sangat. Dah lebih 5 tahun CikPuanisteri guan henpon lama tu. Henpon tu pon memang dah nazak sangat. Sampakan kalonak pakai kena ketuk dulu kat dinding baru boleh dengar suara.hahaha. Bajet yang lepas pula PM ada umumkan pasal rebate RM 200.00 tuk beli henpon 3G. So ingat nak tunggu j sampai benda tu dilaksanakan. Tapi Inchik Hubby kate kesian tengok CiKPuanIsteri susah nak guna henpon. Die g beli dulu. Rasa cam membazir pon ade jugak. Tapi rezeki orang dah bagi kan....hahaha dalam hati suka yang amat..!!!!MyEm0.Com 


CikPuanIsteri punya yang Galaxy SIII & Inchik Hubby plak Galaxy Note. Lagipun kami dapat potongan banyak juga dari Celcom. Ini lah hasil pengguna tegar Celcom. Tak sia-sia lah bertahun-tahun pakai Celcom.hehehe. Hadiah ni termasuk sekali ngan hadiah besday CikPuanIsteri 13hb nanti. Kira ok  la kan. Syukur pada rezeki yang Tuhan dah bagi. Mudah-mudahan pnti rezeki kami terbuka dengan luasnya..amin..


P/s:-
-petang ni ada checkup kat Klinik Desa MyEm0.Com
-sayang Inchik Hubby ketat-ketat..!!
-doakan kebahagian kami di dunia & akhirat..aminn...

:: Dua Tahun Sudah..YEAY..!!! ::

Wednesday, October 10, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning uolls..!! Hari macm yang korang tengok dekat Daisypath Sticker kat atas nun anniversarry kami yang kedua. Terasa macam baru semalam bermadu kasih. Segalanya berlalu degan pantas. Betul lah orang kata masa tak akan menunggu kita. Huwaaaaa~~~

Entry kali ni CikPuanIster nak buat khas tuk Inchik Hubby. Tiada sebarang paksaan pon kalau korang tak nak baca. Takut pulak nanti ada yang rabun tetibe lak bila baca entry kali ni..hahaha.. Mood hari ni nak berjiwang-jiwang sikit. Almaklulah dalam hati ada taman..ekekeke

~syahdu saat bergelar S.U.A.M.I ~
Kepada Suamiku,
Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti isteri-isteri Rasulullah S.A.W dan para sahabat,
Belum punya kesabaran yang tinggi dalam mengahadapi suka duka dalam perkahwinan.
Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah.
Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku, kerana gentar juga diri ini andai tidak tercium bau syurga.
Wahai Suamiku,
Dihari ulangtahun perkahwinan kita yang kedua ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-segalanya selama ini. 
Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Masih terlalu jauh untuk kita mneruskan bahtera ini. Bermacam onak dan ranjau yang menanti, diaharapkan ALLAH memberikan secebis ketabahan, kecekalan, dan kesabaran dalam menghadapi apa juga rintangan yang mendatang.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.


Sepatutnya hari jugak kami akan fly ke Kota Kinabalu tuk celebrate anniversary kami nie. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Korang boleh baca kat sini. CikPuanIsteri dah buat entry pasal kes tak jadi pergi Sabah. Tak kisah la celebrate kat man pon yag penting doa dan keberkatan dari ALLAh untuk hubungan kami.ayat nak pujuk hati sendiri.

Emo pulak buat entry kali nie..huwaaaa MyEm0.Com Nasib baik roomate xde g kursus. Kalau tak mesti kantoi. Esok CikPuanIsteri hapdet apa gift yang CikPuanIsteri dapat.



P/s :-
-minggu depan dah masuk 8 bulan dah.Semakin tak sabar nak jumpa Litlle B.
-3 hari lagi besday CikPuanIsteri.hehehehe ^_____^

:: Homebirth VS Waterbirth Vs Hypnobirthing ::

Friday, October 5, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye Dears..!!! Memandangkan CikPuanIsteri dah masuk trimester terakhir, so dah kena buat persiapan mental & fizikal tuk melahirkan nanti. Memandangkan ni anak pertama kami so banyak yang kami kena belajar. Apa yang kami buat is banyak-banyak membaca & tanya pengalaman orang. Setaip orang ada pengalaman sendiri. So macam-macam la kita dapat belajar mengikut situasi.

Tapi kan CikPuanIsterti sangat tertarik dengan kaedah  Hypnobirthing. Dari apa yang CikPuanIsteri baca cara yang diajar tu perlu kekuatan jugak. Inchik Hubby pon perlu jugak tahu pasal benda ni. Jenuh jugak nak ajar die nanti. Dah la nie anak first kami. Hypnobirthing adalah kelahiran tanpa sedar. Tapi bukan pengsan okeyy..!! Si ibu sepenuhnya sedar & boleh manikmati proses kelahiran si comel tapi kurang rasa sakit ~___~ Korang boleh sambung baca kat sini.

Seronok baca pengalaman Ummi Rijal Homebirth masa lahirkan baby yang kedua. Segalanya berserah sepenuhnya pada ALLAH. Kebergantungan hanya pada-NYA. Sayu j baca kisah beliau. Selan dari tu ada lagi korang baca kat sini. Selebihnya korang gunakan j MR.GOOGLE yerk.



So apa perancangan CikPuanIsteri pulak tuk melahirkan?? Kalau ikutkan hati memang CikPuanIsteri nak bersalin kat rumah j. Konon-kononya nak Waterbirth sendiri kar rumah. Rupa-rupanya ramai jugak ibu-ibu kat Malaysia nie yang Waterbirth sendiri kat rumah. Kalau korang rajin nak baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin kat oversea memang dorang kat sana sangat bertuah coz diorang akan lalui Natural Birth. Natural Birth ni kelahiran semulajadi tanpa ubat-ubatan & alatan perubatan yang lain. Kiranya korang boleh lahirkan baby sendiri kat rumah tanpa bantuan doktor. Kan biasa kita dengar kalau orang bersalin kat hospital kena gunting la, kena induce la (paksa bersalin) la, suntik epidural, forcep, episiotomy & macam-macam lagi. Korang boleh google j cerita pasal pengalaman bersalin ni. Sebenarnya semua tu tak perlu langsung melainkan kalau keadaan ibu dah terlalu lemah. Tapi kenapa hospital suka sangat buat benda-benda camtu ekk??? Pastu siap ada nurse yang membebel pasal si ibu tak pandai teranlah, salah buat lah , itu lah ini lah. Semua tu akan buat si ibu tension & menambah lagi sakit.

Tapi Inchik Hubby tak bagi homebrith coz tak nak ambil apa-apa risiko. Sebenarnya CikPuanIsteri dapat inspirasi nak Homebirth ni dari mak CikPuanIsteri sendiri. Mak lahirkan CikPuanIsteri & adik dekat rumah dengan bantuan bidan. Tak ada sebarang ubat-ubatan & sikit pon tak jahit. Sebenarnya semua orang pon boleh jadi superwomen macam mak. Kalau kita fikir balik kenapa orang dulu-dulu boleh j bersalin kat rumah?? Anak bukan sorang dua tapi ada yang sampai 13 orang. Selamat j kan???

Oleh kerana Inchik Hubby tak bagi so CikPuanIsteri tak tahu lagi nak bersalin camne.hahaha.. Tengok pada keadaan semasa kot. Tapi CikPuanIsteri selalu doa harap-harap la dapat Natural Birth ni. Apa-apa pon kena banyak belajar lagi. Awal bulan November ni kami ada kelas antenatal dekat Klinik Kesihatan Kempas. Lepastu ada lagi 1 kelas Rakan Suami dekat Hospital Pakat Sultanah Fatimah Muar pulak. Nak bersalin pon nak masuk kelas.hahaha. Nanti CikPuanIsteri akan hapdet pasal kelas-kelas tu k.

p/s :-
- 5 hari lagi anniversary kami yang keduaMyEm0.Com
- 72 hari lagi nak cuti 3 bulan..yahoo..!!!!MyEm0.Com
- Anak sterusnya akan cuba buat Inchik Hubby percaya homebirth ^___^

:: Bye-Bye Second Trimester ::

Monday, October 1, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Alahamdulillah syukur sekarang dah masuk trimester ketiga kehamilan. Rasa baru j buat entry pasal trimester pertama hari tu. Pengalaman sepanjang trimester kedua nie sangat lah senang kalau nak dibandingkan dengan trimester pertama. Cuma masa awal-awal j rasa susah sikit.


  1. Minggu ke 13 hingga minggu ke 20 CikPuanIsteri rasa mudah pitam bila diri lama-lama sangat. Pernah seklai masa kitaorang g jalan-jalan dekat Jusco Bukit Indah tetiba j CikPuanIsteri rasa nak pitam, nasib baik lah masa tu kebetulan lalau dekat bahagian kasut so terus j duduk dekat kerusi tempat orang cuba-cuba kasut tu. Badan rasa sejuk & mula keluarkan peluh. Nafas pulak makin susah. So kene relax sekejap. Kesian Inchik Hubby sebab terpaksa tunggu. 
  2. Selera makan pon dah kembali seperti sediakala. Semua benda dah boleh masuk. Nasib baik lah masa nie tengah Bulan Ramadhan. So tak adalah nak melantak sangat. Alahamdulillah CikPuanIsteri dapat puasa walaupon tak penuh tapi tak dela banyak tinggal macam perempuan normal. Sepanjang puasa sekali j masak selebihnya beli kat bazar. Mood nak masak tak ada.hahaha malas benornye..
  3. Yang paling seronok bila CikPuanIsteri dah mula rasa pergerakan baby dalam perut. Rasa macam ada angin j dalam parut. Mula-mula kompius jugak sama ada perut masuk angin or memang baby punya movement. Bila tanya kat kenagkawan yang pernah pregnant so memang betul la baby punya movement. Awal-awal tu rasa sekali sehari tapi lama-lama semakin kerap. Bila dah masuk pertengahan trimester kedua baby dah pandai mengeras pulak. Masa die mengeras memang lah seksa sangat. Rasa macam nak tercabut pusat.
  4. Sakit pinggang makin menjadi-jadi. Kalau dulu sakit manja-manja sekarang sakit sangat sampai boleh terasa kat ari-ari. Macam nak tercabut tulang belakang ni. Doktor kata itu normal coz baby dah makin besar & makin berat.
  5. Demam seminggu lepas raya. Ni akibat makan tak pantang masa g beraya. Raya sakan katenye..
  6. Suhu badan semakin naik tapi tak demam. Memang preggy women akan alami benda ni. Asyik nak berkipas j 24 jam. Kesian Inchik Hubby coz die tak suka sangat sejuk-sejuk ni.

Itu j lah yang CikPuanIsteri lalui sepanjang trimester kedua ni. Perut pon comel lagi macam biasa. Siap ada makcik tu kate doktor salah kira tarikh due date.hahaha. Macam die pulak doktor. Tak kisah la perut comel pon yang penting Little B sihat kat dalam tu. Ni adh masuk trimester ketiga. Lagi lah rasa excited nak jumpa Litlle B. Tapi takut pon ada jugak. Mudah-mudahan segalanya selamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets

CikPuanNuffnang