بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hye redears..!! Kejam celik kejam celik dah nak masuk 2 tahun CikPuanIsteri bergelar isteri orang. Macam-macam dah dilalui bersama. Tapi orang kate 2 tahun ni baru lagi, banyak lagi dugaan yang perlu dihadapai. Mudah-mudahan CikPuanIsteri & Incik Hubby tabah & sabar hadapi segala dugaan yang mendatang. Sedangkan lidah lagi tergigit ni pulak dalam rumahtangga kan. Macam ustazah la plak..!!ekekeke...
Sebenarnya tahun ni kami dah merancang nak pergi Honeymonn untuk kali yang keberapa tak tahu la.hehehe..Hajat dihati memang nak pergi Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah ). Nak dijadikan cerita, masa bulan Februari hari tu tergerak pula nak survey tiket Air Asia. Kebetulan Air Asia ada buat promo, cepat-cepat CikPuanIsteri call Inchik Hubby bagitahu pasal promo ni. Kami rancang nak pergi honeymoon untuk celebrate our second anniversary & birthday CikPuanIsteri sekali. Inchik Hubby pon kate book terus. Nanti die transfer duit dalam akaun..yahooo...!!!hehehe... Takut tiket tu habis CikPuanIsteri pon book la.
Ha sekarang bila CikPuanIsteri tukar ke 2 person dah tak boleh book lagi dah. Sekarang korang paham tak apa yang CikPuanIsteri cuba sampaikan?? Buat-buat paham j la yerk..hehehe
Tiket dah settle, hotel & kereta sewa dah cari (tapi belum book coz ingat nak book lagi sebulan nk pergi) & itinerary pon dah buat. Sepatutnya bulan ni lah CikPuanIsteri settlekan lagi yang tertinggal tu. TAPI...~~~
!
!
!
!
!
!
!
!
SEMUANYA BATAL..!!!!
Inchik Hubby : kite tak yah la pergi Sabah. Kan tengah pregnant.So semua yang telah dirancang batal okeyy..!!! Frust betol..... Huwargghh..!!!! Masa book tu mana la tahu kan nak melekat pulak Little B ni. Hati pon dah bunga-bunga j nak pergi.
Me : Ala boleh la selagi belum 7 bulan...
Inchik Hubby : Cube kire masa tu dah berapa bulan.
Me : 26,27,28,29,30,31....baru j masuk 31 weeks.
Inchik Hubby : 31 weeks bersamaan berapa bulan?
Me : 7 bulan 3 minggu...
Inchik Hubby : cuba ulang balik berapa bulan??
Me : @%#$&^%*^
Inchik Hubbay buat semua tu pon ada alasan tersendiri. Daripada duit membazir g jalan-jalan lebih baik buat persiapan tuk sambut Little B kan. Lagi pun CikPuanIsteri tak yakin yang doktor nak sign surat pelepasan naik flight nanti. So redha j la kan, Allah dah bagi kami rezeki yang sangat besar, so apalah sangat setakat burn duit tiket yanng dah bayar tu (ayat nak belagak..wakakaka). Tahun depan boleh pergi jugak. Litlle B tinggal ngan nenek Bonda & Ayah nak pergi honeymoon..hehehe
p/s:-
- kita hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan.
- ALLAH knwos the best.
- lagi 100 hari Little B nak keluar..nebes woOoO..!!
tkpe,boleh pospone pun tarikh tiket tu sis..manatau ada rezeki..hehe
ReplyDeletesalam kenal..follow sini^^
InsyaALLAH tahun depan kalau ada rezeki...hehehe
ReplyDeletefollow u back =)