Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, November 13, 2011

:: Apa itu tonsilitis?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


hye sume..lama da cikpuanisteri x update blog nie...banyak bende yang berlaku sejak akhir2 nie...so keadaan jadi kelam kabut sikit la..hari nie cikpuanisteri x nak la citer pasal kek tapi nak citer pasal kesihatan...cikpuanisteri nak jadi doktor lak...keh3

keadaan kesihatan cikpuanisteri akhir2 nie sangat la teruk...jatuh merundum la jugak...hampir setiap bulan cikpuanisteri akan jatuh sakit...pelik jugak coz sebalum nie xde lak cikpuanisteri sakit2 camnie...jangan kate cikpuanisteri ngade2 lak lpas kawen k maybe keadaan cuace yang semakin tak menentu atau kedaan badan cikpuanisteri yang tak menentu..hehehee

setelah disiasat baru la cikpuanisteri tau penyebab utamanya...nak tau pe??

UNGKAPAN ‘saya ada tonsil’ seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.

Sebenarnya, tonsil adalah agregasi tisu limfoid yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak seseorang.
Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi, iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai ‘palatine tonsil’.
Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut memainkan peranan dan fungsi yang sama.

Ia dikenali sebagai ‘lingual tonsil’ iaitu yang terletak di pangkal lidah, ‘tubal tonsil’ yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil ‘Lingkaran Weldeyer Dalam’.

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.

Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain.Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau.Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.

Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.


 Masalah berkaitan tonsil


               Dalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.


1. Jangkitan


             Selaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada jangkitan kuman baik virus atau bakteria. Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory tract infection). Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.
Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.
Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria, infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya berlaku dalam frekuensi yang agak rendah.

             Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.


2.  Hipertrofi Tonsil

              Hipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya bersimetri. Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak.Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal untuk pernafasan semakin kecil.

              Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia.Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang mempunyai lubang-lubang yang jelas.


3. Ketumbuhan


               Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza. Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan berlakunya ketumbuhan. Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).



Tanda-tanda Penyakit Tonsil

  •  Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.



Rawatan penyakit Tonsil


Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen antikuman atau antibiotik (untuk bakteria). Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh. Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan.
Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin sampai ke mediastinum atas. Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan.

Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur dijalankan melalui rongga mulut. Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan dan hipertrofi. Walau apapun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dan semestinya rawatan di peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada peringkat yang lewat. Menyemai budaya ingin tahu dan menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan perbincangan mahu pun konsultasi dengan mereka yang pakar pastinya merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan. Amalkan gaya hidup yang sihat, nescaya anda akan dapat menikmati hidup sihat yang ceria bergaya.



Nie la serba sedikit yang CikPuanIsteri ley bgtau pasal penyakit yg melnda diri nie..hehehe...Mase sakit memang la bersemangat nak wat pmbedahan 2..tapi bila da sihat terus cancel..!! =)
Dalam ati mmg nak buat tapi tak de kakutan la...huwaaaa....dengar j pon da takut...

- p/s :

  •           Doakan CikPuanIsteri sihat2 sentiasa... ~_~

Wednesday, October 5, 2011

:: Blueberry Cheese Tart ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Pertama sekali CikPuanIsteri nak minta maap la kalo cik puan isteri lambat nak update...heheheh...nie pon ambik kesempatan coz InchikHubby outstation so de la masa CikPuanIsteri nak mengadap laptop lama sikit...hehehe

Ok entri kali nie CikPuanIsteri nak kongsi resepi Blueberry Cheese Tart yang CikPuanIsteri da buat...kononya nak buat banyak coz nak bawak g opis..tapi hajat tak kesampaian pulak...badan mula rasa letih lepas membaking 3 buku Cheese Cake...huhuhu

Nie CikPuanIsteri punye gambo


Resepi nie CikPuanIsteri ambik dari Blog Masam Manis.CikPuanIsteri suke sangat g jalan2 kat blog die coz suke tengok gambo yang cantik2...Resepi2 die pon senang j nk buat...Kalau uoll de masa g la jalan2 kat blog die...


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Kalao uoll nak tengok step by step ley la jenguk blog tue yerk...CikPuanIsteri x berapa rajin lak nak snap gambar banyak2...lepas nie ley la wat sendiri, x yah nak g beli membazir j..buat sendiri lagi puas ati ley buat banyak2..makan sampai lebam...haahaha...InchikHubby sangat giloss dengan Cheese Tart nie...Buat malam tengahari da abes...kalo camnie tauke balak pon bunkrup...hehehehe..tapi untuk InchikHubby terchenta 10 kali seminggu pon sanggup buat...

p/s :  
  • Ok la CikPuanIsteri da tunaikan janji kepada sesape yang nak resepi nie kan...
  • Ignore j la gambo kat atas 2....burok sikit la....tangan kayu la katekan...
  • Lebih baik buat sendiri daripada beli coz bile kite buat kite tahu bahan2nya dan yang penting dijamin kebersihannya...

Selamat Mencuba =)

Thursday, September 8, 2011

:: Celamat Ali Laya ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Rasanya lom terlambat lagu CikPuanIsteri nak ucap Selamat Hari Raya kn..heheheh....CikPuanIsteri malas nk tulis banyak2 so kite layan gambar j la yerk.......


Marhaban (baraan kate org Johor)



Kat Umah Mertua




Gambar CikPuanIsteri xde coz CikPuanIsteri yg capture

Gumuxxssss!!!!!


Setakat nie j la entri kali nie yerk...tahap xde idea gilossss...mood raya masih mnyelubungi diri nie..keh3...

Tuesday, August 23, 2011

:: G.A.S.T.R.I.K ::

Assalam...

Sejak akhir2 nie kesihatan CikPuanIsteri sangan tak menentu...kejap demam kejap ok...boleh dikatakan dalam sebulan mesti ade sakit punyalah...cin Hubby yang terpakse jage CikPuanIsteri nie...

Semalam waktu nk pegi kj tibe2 CikPuanIsteri rase sakit perut...ingat sakit perut biasa2 j la kan...so CikPuanIsteri ignore j la...sampai j opis sakit 2 datang lg...aduhhh kali nie mcm lain mcm j...cepat2 CikPuanIsteri g toilet..nasib baik sempat..huhuhu...
5 kali gak termuntah

Da siap CikPuanIsteri pon blk la bilik coz nk truskan kerje...tetibe tekak rase loya n xsmpat pape lg CikPuanIsteri da trmuntah,,nasib baik de plastik kat dalam situ..kalo x CikPuanIsteri mesti da termuntah kat atas karpet...perut semakin sakit..rasa nk berguleng2 j...CikPuanIsteripun terus telepon Hubby suro die datang & antar CikPuanIsteri g klinik..masa tunggu die datang CikPuanIsteri muntah lg..bdn da mule xlarat da coz byk muntah n buang air besar...

Tak lama lepas 2 Hubby pon sampai & ktorg trus g klinik yg trdekat ngan opis...Doktor cakap CikPuanIsterikene GASTRIK & KERACUNAN MAKANAN lak...odiiii!!!! lama da CikPuanIsteri xkene gastrik nie...


GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. 
Penyebab Gastrik 


  • Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
  • Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
  • Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik: 


  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


Gastritis Terbahagi Kepada Dua: 


  1. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  2. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tip Sepanjang Bulan Puasa 


  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


Baru CikPuanIsteri teringat yang ari Ahad 2 CikPuanIsteri de majlis berbuke puasa kat hotel...makan punye la byk x hengat...pastu bile da sakit camnie baru la beringat...huwaaaaa....dala nak raya nie..harap2 la sihat sebelum raya.....huwaaaaa =(






p/s: -doakan CikPuanIsteri cepat sihat yerk...
      

Friday, August 12, 2011

:: P.E.R.I.N.G.A.T.A.N ::

Assalam...


Tadi pg mase nak g keje kn dlm keter CikPuanIsteri dengar radio sambil bace novel...biase la dengar radio yang plg CikPuanIsteri & Hubby mnat ape lg kalo ukan Sinar.fm...heheheh..lg2 part Sinar Pagi yg de Kahiril Rashid, SY & KE..mmg syok glosss la...baru la happy j pg2...tngah syok dengo tbe2 de 1 pemanggil nie die cter pasal kisah hidup die n husben die...kisah die camnie :

Die da kawen lbh 30 tahun tapi hubby die masih lg de pompuan lain...die da tau dr sebelum kawen, so die ingat hubby die akan berubah bile da kawen nanti...tapi segalanya silap..hubby die still ade hubungan ngan pompuan lain..anak da de 2 org..skrg die da mtk cerai & hubby die xnk...bila die tanya kenapa masih de hubungan ngan pompuan lain? hubby die kate saje j die nk suke2..xde niat lain pon..die x redha si hubby kawen lain die kate selagi die blh jlnkn tanggungjawab die sebagai isteri die xkn sesekali benarkan....skrg die masih bertahan kernan memikirkan ank2 die..

Cantue l akisah die...cian gak dengar die camtue...yela ati pompuan mane yg x terguris bile inchik hubby buat camtue kan???kalo uoll kne camtue pe perasaaan uoll???yang si hubby pon agak2 la kan...mane la boleh nk suke2 camtu...wak 2 da kwen & da de tangunggjawab...mane blh macam dulu..jom sama2 kite doakan akk nie dpt selesaikan masalah die...AMIN....

Nie 1 lg kisah yang CikPuanIsteri baru j bace...jom layanzzzz ( eh terase cam melodi lak..kih3 ) :


Takziah diucapkan kepada Joey yang kini telah berpisah secara sah dengan isterinya. Mahligai yang dibina disahkan hancur di mahkamah semalam. Abang Nara tak nak cerita lebih lanjut, cuma Abang Nara tertarik dengan kata-kata bekas isteri Joey.joey sah berceraiSaya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa

Pesanan yang sempoi tetapi sememangnya pedih dan memedihkan untuk mereka yang terlibat. Rasanya semua pun tahu punca sebenarnya kes penceraian Joey dan isterinya. Mungkin sebab itulah bekas isteri Joey mengeluarkan kata-kata pedas sebegitu.
Apa pun semoga Joey, bekas isteri dan bakal isteri baru Joey akan berbahagia dengan kehidupan mereka selepas ini.
Sumber : Beautiful Nara

Sekarang sape yang nk dipersalahkn dlm hal nie??LELAKI????PEREMPUAN????

Sebenarnye dua2 mainkn peranan jugak...cam enjin keter..kalo xde diesel enjin keter xley hidup..so sam ala kan???yang lelaki kene la tau STATUS diri anda 2 & yang pompuan pon kene la PAHAM status lelaki 2...Ingat kalau hari nie anda merobohkan masjid org 1 ari nanti x mustahil org akn merobohkn masjid anda....itu yang dinamakan HUKUM KARMA...


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU 
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA 
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak. 
3. HUBUNGAN SECARA SULIT 
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! 
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG 
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? 
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! 
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU 
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan. 
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN 
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! 
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI 
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!) 
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" 
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA 
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...


Sumber : Tentang Cinta


Wah CikPuanIsteri rasa nie la entri trpanjang yg CikPuanIsteri pernah buat..huhuhuhu..Alhamdulillah setakat nie Hubby xde buat..harap2nye selamanya la die x buat..hehehehe
Ha da jelas lagi nyatakan???So renung2kan dan selamat beramal... =)


p/s : -doakan semoga CikPuanIsteri & Hubby bahagia sampai ke syurga yerk...amin....
       -cayang korang sume..!! ~_<





Monday, August 8, 2011

:: Blog Baru ::

Assalam....

Sekian lama menyepikan diri coz blog lama dah macam apantah jdnye...akibat dari tanga yang gatal nk tukar sane sini trus blog 2 jadi sewel..kuang3....so terpakse la CikPuanIsteri buat blog yang baru...kih3...ok la sebagai pembuka bicara CikPuanIsteri nk cerite pasal cuti ujung minggu yang lepas nie..CikPuanIsteri de buat biskut raya almaklum lah nk raya la katekan..hehehehe..dapat la gak siap 2 jenis biskut raya...tapi cam x cukup j tgk..maybe mlm nie nk buat lg kot...nanti CikPuanIsteri tampal gambar biskut 2 ae..gam abes lak nk tampal sekarang..tunggu CikPuanIsteri beli gam dulu yerk..ok la CikPuanIsteri nk sambung buat kerje nanti bos marah lak..bubye....


p/s : jom sama-sama tingkatkn amalan dalam bulan puasa nie yerk..