Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Tinggal dua hari lagi nak raya. Mood kerja dah tak ada yang ada sekarang ni mood nak raya.Korang cuti raya lama tak? CikPuanIsteri ambik seminggu je cuti, cukup  lah tu kan. Tahun ni giliran yara rumah mertua dekat Sentul. Tahun lepas dah beraya dekat kampung. Dah ada suami ni kene la raya bergilir-gilir la kan? Tak kisah raya mana pon sama j, yang penting raya.hehehe

Syukur tahun ni raya pertama kami bertiga walaupon My Little B masih dalam perut lagi. Tak dapat la kutip duit raya. Nanti Bonda tolong kutip untuk baby yerk. Tak adalah lagi CikPuanIsteri dengar soalan cepu cemas yang berbunyi "bila nak dapat anak ni?". Kalau tak jenuh nak jawab soalan yang diluar bidang kuasa kita ni. Raya kali ni serba sederhana, tak banyak pon yang di shoping. Lagi pun kami sibuk sikit dengan bisnes kuih Tart Nanas. Ye tahun ni tahun pertama kami buat bisnes kuih Tart Nanas. Alhamdulillah sambutan menggalakkan jugak. Rezeki anak kami mukin.kekekeke

Habis dah sebulan berpuasa. Rasa macam sekejap je kan. Puasa kali ini CikPuanIsteri tak masak.Setiap kali nak buka Inchik Hubby akan beli kat bazar j. Bukan malas tapi tak ada mood.hahaha. Alasan semata-mata okkeyy..!! nasib la Inchik Hubby tak kisah. Cayang Inchik Hubby ketat-ketat..!! Pengalaman puasa sepanjang pregnant pon setakat ni ok. Walau pon tak cukup sebulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan tapi tak la banyak macam wanita biasa. My Little B pon dah semakin aktif kat dalam ni. Asyik nak main j. Bila ayah datang nak main dengan B die senyap pulak. Kesian Inchik Hubby coz tak dapat rasa lagi B bergerak. Setiap kali ayah letak tangan kat perut bonda B mesti berhenti main.hehehe. Pandai B sakat ayah yerk. Berat masih belum naik lagi. Aduh risau betol. Sepatutnya waktu macam ni dah naik berat. Raya nanti nak makan banyak-banyak haraplah berat boleh naik.

Hari ni mood nak buat kerja pon dah tak ada. Mood raya dah sampai.kihkihkih. Esok kerja halfday coz nak balik kampung awal kalau tak nanti jalan sesak. Balik Sentul hari Sabtu. Best nak balik kampung..!! Mak masak buka apalah agaknya. Tak sabo nak makan ketupat dengan sambal @ kuah kacang. Waaahhh sedapnya..!!




Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI CIKPUANISTERI & INCHIK HUBBY



~SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA BLOGGERS & READERS ~

Monday, July 9, 2012

:: Bila Inchik Hubby Mengidam ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ujung minnggu yang agak meletihkan. Hujung minggu lepas CikPuanIsteri & mak ada buat projek kuih raya bukan sebab nak raya tapi sebab ada orang yang mengidam. Biasa bagi wanita mengandung pasti akan rasa mengidam. Tapi kali ni bukan CikPuanIateri yang mengidam, I.C.H.I.K H.U.B.B.Y pula yang mengidam.hahaha. Masa mula-mula pregnant dulu ada juga doa supaya CikPuanIsteri tak ada ngidam benda yang pelik-pelik adn susah nak cari. Alhamdulillah setakat ni tak ada ngidam benda bukan-bukan. 

Bila Inchik Hubby da mule merengek nak mkan Tart Nanas tak sampai hati pula kalau tak buat. Pujuk suruh beli yang ada jual tak nak pulak. Ade jugak minta tunggu sampai raya nanti, tapi dia tak nak jugak. Inchik Hubby nak juga kuih tart hasil tangan CikPuanIsteri, Tak sudah-sudah merengek nak kuih tu. Mula la rasa tak sampai hati. So CikPuanIsteri dengan bantuan mak pon buatlah kuih tart. Kat sini CikPuanIster nak share resepi kuih tart versi CikPuanIsteri.


Tart Nanas Mudah

2 Sudu makan susu tepung    
Bahan - bahan :

   
I buku buttercup 

2 Sudu makan Minyak Sapi









Garam Secukupnya
Tepung gandum





         






Kuning Telur


Cara-Cara :

  1. Campurkan semua bahan kecuali kuning telur.
  2. Gaul sebati menggunakan hujung jari sahaja.
  3. Tepung agak-agak j kalau tasa lebik boleh tambah lagi.
  4. Siap untuk di bentuk.
  5. Dah siap gulung aspu kuning telur dekat atas untuk hiasan.
  6. Bakar pon CikPuanIster agak-agak j. Kalau da kuning da masak la tu.

Hasilnya

Resepi nie CikPuanIsteri da modifited ikut citarasa sendiri. Ada orang tambah tepung jagung sikit coz nanti biskut akan rasa crunchy. Terpulang pada citarasa masing-masing. Bersunguh-sungguh Inchik Hubby makan. Betol-betol ngidam la ni.hehehe. Buat kuih ni agak letih coz cara buat sangat leceh. Sakit juga pinggang CikPuanIsteri nak menyiapkan kuih ni. Nasib baik mak ada nak tolong. Biasanya orang yang pregnant ngidam dan orang yang tak pregnant carikan. Kali ni terbalik sudah.


-mood tak berapa ada nak hapdate blog @_@

Wednesday, October 5, 2011

:: Blueberry Cheese Tart ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Pertama sekali CikPuanIsteri nak minta maap la kalo cik puan isteri lambat nak update...heheheh...nie pon ambik kesempatan coz InchikHubby outstation so de la masa CikPuanIsteri nak mengadap laptop lama sikit...hehehe

Ok entri kali nie CikPuanIsteri nak kongsi resepi Blueberry Cheese Tart yang CikPuanIsteri da buat...kononya nak buat banyak coz nak bawak g opis..tapi hajat tak kesampaian pulak...badan mula rasa letih lepas membaking 3 buku Cheese Cake...huhuhu

Nie CikPuanIsteri punye gambo


Resepi nie CikPuanIsteri ambik dari Blog Masam Manis.CikPuanIsteri suke sangat g jalan2 kat blog die coz suke tengok gambo yang cantik2...Resepi2 die pon senang j nk buat...Kalau uoll de masa g la jalan2 kat blog die...


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Kalao uoll nak tengok step by step ley la jenguk blog tue yerk...CikPuanIsteri x berapa rajin lak nak snap gambar banyak2...lepas nie ley la wat sendiri, x yah nak g beli membazir j..buat sendiri lagi puas ati ley buat banyak2..makan sampai lebam...haahaha...InchikHubby sangat giloss dengan Cheese Tart nie...Buat malam tengahari da abes...kalo camnie tauke balak pon bunkrup...hehehehe..tapi untuk InchikHubby terchenta 10 kali seminggu pon sanggup buat...

p/s :  
  • Ok la CikPuanIsteri da tunaikan janji kepada sesape yang nak resepi nie kan...
  • Ignore j la gambo kat atas 2....burok sikit la....tangan kayu la katekan...
  • Lebih baik buat sendiri daripada beli coz bile kite buat kite tahu bahan2nya dan yang penting dijamin kebersihannya...

Selamat Mencuba =)