Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label anak sulong. Show all posts
Showing posts with label anak sulong. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Ammar Rizqy《update 3 month》

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning uolls..!! Pagi Khamis yang ceria..ekekeke. Sekajap j masa berlalu dah masuk 3 bulan dah may lil caliph nie. Rasa macam baru lepas bersalin lak..ekekeke

Layan Ammar kat klinik.

Berat : 6.2kg
Tinggi : 42cm

Pandai tak ayah bedung Ammar??? -__-'

Wakeup early in the morning =)

Makin lama makin debot anak Bonda ni. Setakat ni Ammar tak pernah demam lagi. Kena cucuk pon tak demam. Masa nurse cucuk die ada bekalkan ubat demam & suro bagi kat Ammar bila balik nanti supaya Ammar tak demam. Tapi CikPuanIsteri tak bagi pon kat Ammar. Baby bawah 2 tahun tak boleh makan ubat hokey..!! Tak paham kanapa nurse tu suro bagi..aisy~~~ CikPuanIsteri percaya yang susu ibu dah cukup untuk buat antibodi Ammar kuat. Dalam masa 3 bulan j dah 2 kali ganda berat masa lahir. Berkat susu ibu agaknye. Alhamdulillah setakat ni Ammar masih lagi menyusu dengan susu ibu. Mudah-mudahan dapat susukan Ammar sampai umur Ammar 2 tahun setengah. Jauh lagi perjalanan tu. Ya Allah permudahkan segala usaha kami di dunai & di akhirat.. Amin..

P/s:-
-sesape yang nak kurus dengan cepat, jimat, sihat & dapat pahal caranya mudah j.--->> Susukan anak anda secara exclusive <<--- InsyaALLAH berat badan anda akan kurus dengan sihat. (untuk wanita sahaja. Lelaki dilarang mencuba)MyEm0.Com 

Monday, March 18, 2013

:: firstday ammar kat rumah baby sitter ::

☆★ Assalmualaikum... ☆★


Hye sugar..!! Korang mesti da tahu cikpuanisteri nak cerita apa kan. Sejak ada anak ni sibuk la nak cerita pasal anak j manjang. Sila jangan bosan yerk. Hari ni cikpuanisteri da start masuk kerja. So minggu lepas cari baby sitter & try antar ammar kat umah BS. Saja j hantar ammar awal kat rumah BS coz nak nengok die serasi tak. Kang da naik kerja baru nak hantar kalau tak serasi kan ke haru.mana nak cari baby sitter dalam masa 24 jam???

Mula hantar hari Khamis. Masa nak hantar tu rasa berat hati j. Yela tak pernah pisah ngan ammar kot. Inchik Hubby relax j. Pagi hantar dalam pukul 8.30am. Balik dari hantar ammar siap g sarapan. masa tu tak rasa sedih lagi. Bila dah sampai rumah dah rasa sebak. Bila Inchik Hubby g kerja terus tak leh tahan lagi. Apa lagi melalak sakan la kat rumah sorang. Yang paling sedih bila pam susu. Kalau ammar ada tak yah pam susu coz ammar dah pam kan. Menangis sambil pam susu.HuwaaaaMyEm0.Com

Lama-lama rasa macam nak gila duk rumah sorang-sorang. Siap pesan dengan Inchik Hubby jangan balik lambat petang nie. Tengahri die da balik dah. Terus ajak ambik ammar tapi inchik Hubby tak nak. Dia buat tak tahu j. Adoiiii~~~ Rasa nak meroyan lagi..!!! Alasan Inchik Hubby sekejap lagi pukul 5 so ambik pukul 5 j.

Tak sudah-sudah tengok jam da pukol berapa. Masuk pukol 4 hati dah bunga-bunga.hehehe.MyEm0.Com4.30pm dah siap sedia dah nak ambik ammar. Inchik Hubby kat awal lagi kang ammar lom siap lak. Dia ajak g kedai dulu. Alahai sabar j la. Memang sengaja j Inchik Hubby nie. Lain perasaan seorang ibu ngan perasaan seorang ayah ni. Sampai j umah pemgasuh tengok ammar tengah menyusu. Bila ambik ammar terus melekat macam lama sangat tak jumpa bonda dia ni. Masuk kereta terus menyusu. Kesian anak bonda nie. Hari jumaat terus tak hantar coz lepas Sembahyang Jumaat nak terus balik kampung. Yeay dapat kelek ammar..!!!

Tadi malam ammar meraam j. Macam tahu lak esok bonda die nak masuk kerja. Tak nak lepas asyik nak melekat ngan bonda j. Sedih lak rasa. Kalau lah boleh jadi suri rumah. Tadi pagi hantar ammar ok j dia. Tapi tak tahu lah sekarang camne. Petang ni nak bawak ammar g klinik cucuk 3 bulan. Tak sabar nak tahu timbang ammar berapa sekarang nie. Dah makin debot dah anak bonda nie.

budak debot baring atas meja main ngan pak cu

Harimau Selatan..Luaskan Kuasamu..!!

Debot bonda. Buah hati pengarang jantung.

Monday, December 10, 2012

:: Shoping Lagi..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hye readers..!! Hari ni dah masuk 39 weeks 3 days CikPuanIsteri preggy. So ada lagi 4 hari lbh kurangye.  Ntah bile la nak kuar nie. Semua orang dah sibuk tanya "lom bersalin lagi k??". Tak kurang jugak yang suroh ambik cuti awal. Bukan tak nak cuti tapi macam rugi lak kalau cuti awal sangat duk umah tak buat pape. Sepanjang preggy nie CikPuanIsteri MC juz 2 hari j. Bukan nak tunjuk baik tapi tu la hakikatnya. Tak berapa suka nak ambik cuti kalau tak ada apa yang penting. Selagi boleh kerja memang CikPuanIsteri akan kerja. Dah bincang dengan Inchik Hubby kalau sampai hujung minggu nie tak bersalin jugak minggu depan baru start cuti 3 bulan tu. 

Oleh kerana Little B lambat keluar so hari Sabtu hari tu CikPuanIsteri & Inchik Hubby sempat lagi g jalan shoping apa yang patut. Dah lama dah intai benda nie akhirnya dapat jugak. Memang dari awal kawen lagi dah berniat kalau dikurniakan rezeki anak CikPuanIsteri nak breastfeed baby selagi mampu. Dan Alhamdulillah Alllah makbulkan doa kami. Sekarang tiba masanya CikPuanIsteri laksanakan niat tu. Macam yang korang tahu susu ibu adalah susu terbaik kan. Sapa yang tak nak bagi yang terbaik tuk anak die. 

Sebelum nie CikPuanIsteri ada buat entry pasal breast pump nie. Tapi sayangnya offer yang kat One Baby World tu dah tak ada. So berpaling arah ke Fablous Mom pulak. Lagi pon Fablous Mom ada outlet kat Johor. Boleh la g terus kat kedai & tanya camne nak pakai. Yela firstime kot nak pakai benda nie. Mana tahu kan.

Antara hasil tangkapan yang sempat dirembat.hehehe.
Tomme Tippe tu beli kat tempat lain tau bukan beli kat Fablous Mom.

Banyak gak kitaorang dapat diskaun. Kan sekarang ngah musim Year End Sale. So dapat la diakuan 20%. Harga breast pump tu RM 388.00 pastu tambah lak ngan extra breast shield set RM 70.00 so total RM 458.00. Tapi kitaorg juz bayar RM 338.00 j. Dapat la less lebih kurang 26%. Botol Jinggle Junggle tu pulak harga asal RM 24.90 and ada less 20% so tinggal RM 19.90. Terus j grab 2 kotak. Korang boleh check kat laman web die sebelum g kedai kalau nak tahu apa yang tengah sale. So sampai sana tinggal sambar j la kan.

Jamu lak CikPuanIsteri cuba guna Nona Roguy punya produk. Tengok dari feedback mommies yang pernah pakai ok jamu tu. So CikPuanIsteri pon try la guna kan. Jamu nie pon CikPuanIsteri dapat harga murah dari pasaran. So sesape yang nak jamu Nona Roguy murah boleh la jenguk kat blog Kak Engku nie. Harga memang sangat la berbaloi.

Dengan harapan dapat la kurus lepas makan jamu nie nanti.hahaha

Kenapa CikPuanIsteri tak beli jamu dengan Mak Bidan kampung?? Sebab jamu kampung biasanya dalam bentuk serbuk yang kena bancuh dengan air. CikPuanIsteri pulak jenis yang tak suka bau & rasa jamu. So kalau beli yang nie kan dah siap dlam kapsul tinggal telan j. Tu pon tak tahu lagi boleh telan or tak. Memang dari dulu CikPuanIsteri tak suka la. Sayur peria pon tak makan sebab dia ada bau & rasa yang tak berapa nak best. Kopi pon tak minum sebab bau die kuat & rasa yang agak pahit.hahaha.. Mengada j lebih aku nieh..!!!


Ok param dengan pilis lak CikPuanIsteri pakai yang kat atas nie. Benda-benda nie senag j nak dapat kat mana-mana kedai yang jual jamu or kedai yang jual set berssalin. Mesti dorang ada punya. Yang nie memang famous la. Harga pon murah j tak adalah mahal mana. Tapi bau die MasyaALLAH kuat gilosss. Macam nak pengsan. Tak dapat bayangkan nanti macam mana nak pakai bila dalam pantang. Mesti separuh mati menahan bau. Inchik Hubby kate CikPuanIsteri nie manja sangat, ada je yang tak kena.hahaha

Menantu : Anak mak nie manja sangat. Sikit-sikit mak. Semua nak ikut cakap die j...
Mertua : Dah sorang nie j la anak perempuan yang mak ada..Memang la manja...
Menantu : .........MyEm0.Com 
Anak : hahahaha...!!!!MyEm0.Com 

Konon nak mngadu tapi???hahaha.. Nie la yang buat CikPuanIsteri bertambah-tambah sayang kat mak. Mak & abah dah paham sangat perangai anak die nie. So diorang memang dah tak pelik la kalau anak die nie demand macam-macam. Nasib badan la Inchik Hubby dapat bini anak mak nie. Kena la tahan je..hehehe

Melalut sudeyyy..!!! Maka lengkap lah checklist tuk baby & bonda. Ok la nanti kalau CikPuanIsteri dah guna barang-barang tu CikPuanIsteri akan share ngan korang lagi k. Doakan CikPuanIsteri bersalin secepat mukin tau. Takut overdue lak nanti. Jeles bila tengok rakan seperjuangan yang sama-sama pregnant dah bersalin. Kita nie duk menunggu lagi. Doakan kami yerk.. ^_____^


Thursday, June 28, 2012

:: Apelah Nasib Anak Sulong ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tengah dok sibuk-sibuk berfacebook tadi ada plak terbaca artikael pasal anak sulong. Apa yang die tulis adalah ama apa yan CikPuanIsteri lalui. So CikPuanIsteri konsi dekat sini yerk.

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung!!-copied from SAH & X SAH

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

"Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?

Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.

Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.

Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.

Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.

Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!

Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.

Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetapi tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..

Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?

Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?

Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?

Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.

Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,

Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!


Huwaaaa....tetibe emo lak bile baca....Tuk anak bonda yang sulong nie sabar yerk sayang. Bonda akan cuba bagi sama rata tuk semua anak-anak bonda amboi cam ramai sangat j bunyi anak-anak tu..!!


p/s -

Baju putih 2 abah ok..ukan adik..hahaha =)
  • CikPaunIsteri adalah kakak sulong kepada 3 orang adik dan semuanya adalah LELAKI..!!