Monday, December 10, 2012

:: Shoping Lagi..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hye readers..!! Hari ni dah masuk 39 weeks 3 days CikPuanIsteri preggy. So ada lagi 4 hari lbh kurangye.  Ntah bile la nak kuar nie. Semua orang dah sibuk tanya "lom bersalin lagi k??". Tak kurang jugak yang suroh ambik cuti awal. Bukan tak nak cuti tapi macam rugi lak kalau cuti awal sangat duk umah tak buat pape. Sepanjang preggy nie CikPuanIsteri MC juz 2 hari j. Bukan nak tunjuk baik tapi tu la hakikatnya. Tak berapa suka nak ambik cuti kalau tak ada apa yang penting. Selagi boleh kerja memang CikPuanIsteri akan kerja. Dah bincang dengan Inchik Hubby kalau sampai hujung minggu nie tak bersalin jugak minggu depan baru start cuti 3 bulan tu. 

Oleh kerana Little B lambat keluar so hari Sabtu hari tu CikPuanIsteri & Inchik Hubby sempat lagi g jalan shoping apa yang patut. Dah lama dah intai benda nie akhirnya dapat jugak. Memang dari awal kawen lagi dah berniat kalau dikurniakan rezeki anak CikPuanIsteri nak breastfeed baby selagi mampu. Dan Alhamdulillah Alllah makbulkan doa kami. Sekarang tiba masanya CikPuanIsteri laksanakan niat tu. Macam yang korang tahu susu ibu adalah susu terbaik kan. Sapa yang tak nak bagi yang terbaik tuk anak die. 

Sebelum nie CikPuanIsteri ada buat entry pasal breast pump nie. Tapi sayangnya offer yang kat One Baby World tu dah tak ada. So berpaling arah ke Fablous Mom pulak. Lagi pon Fablous Mom ada outlet kat Johor. Boleh la g terus kat kedai & tanya camne nak pakai. Yela firstime kot nak pakai benda nie. Mana tahu kan.

Antara hasil tangkapan yang sempat dirembat.hehehe.
Tomme Tippe tu beli kat tempat lain tau bukan beli kat Fablous Mom.

Banyak gak kitaorang dapat diskaun. Kan sekarang ngah musim Year End Sale. So dapat la diakuan 20%. Harga breast pump tu RM 388.00 pastu tambah lak ngan extra breast shield set RM 70.00 so total RM 458.00. Tapi kitaorg juz bayar RM 338.00 j. Dapat la less lebih kurang 26%. Botol Jinggle Junggle tu pulak harga asal RM 24.90 and ada less 20% so tinggal RM 19.90. Terus j grab 2 kotak. Korang boleh check kat laman web die sebelum g kedai kalau nak tahu apa yang tengah sale. So sampai sana tinggal sambar j la kan.

Jamu lak CikPuanIsteri cuba guna Nona Roguy punya produk. Tengok dari feedback mommies yang pernah pakai ok jamu tu. So CikPuanIsteri pon try la guna kan. Jamu nie pon CikPuanIsteri dapat harga murah dari pasaran. So sesape yang nak jamu Nona Roguy murah boleh la jenguk kat blog Kak Engku nie. Harga memang sangat la berbaloi.

Dengan harapan dapat la kurus lepas makan jamu nie nanti.hahaha

Kenapa CikPuanIsteri tak beli jamu dengan Mak Bidan kampung?? Sebab jamu kampung biasanya dalam bentuk serbuk yang kena bancuh dengan air. CikPuanIsteri pulak jenis yang tak suka bau & rasa jamu. So kalau beli yang nie kan dah siap dlam kapsul tinggal telan j. Tu pon tak tahu lagi boleh telan or tak. Memang dari dulu CikPuanIsteri tak suka la. Sayur peria pon tak makan sebab dia ada bau & rasa yang tak berapa nak best. Kopi pon tak minum sebab bau die kuat & rasa yang agak pahit.hahaha.. Mengada j lebih aku nieh..!!!


Ok param dengan pilis lak CikPuanIsteri pakai yang kat atas nie. Benda-benda nie senag j nak dapat kat mana-mana kedai yang jual jamu or kedai yang jual set berssalin. Mesti dorang ada punya. Yang nie memang famous la. Harga pon murah j tak adalah mahal mana. Tapi bau die MasyaALLAH kuat gilosss. Macam nak pengsan. Tak dapat bayangkan nanti macam mana nak pakai bila dalam pantang. Mesti separuh mati menahan bau. Inchik Hubby kate CikPuanIsteri nie manja sangat, ada je yang tak kena.hahaha

Menantu : Anak mak nie manja sangat. Sikit-sikit mak. Semua nak ikut cakap die j...
Mertua : Dah sorang nie j la anak perempuan yang mak ada..Memang la manja...
Menantu : .........MyEm0.Com 
Anak : hahahaha...!!!!MyEm0.Com 

Konon nak mngadu tapi???hahaha.. Nie la yang buat CikPuanIsteri bertambah-tambah sayang kat mak. Mak & abah dah paham sangat perangai anak die nie. So diorang memang dah tak pelik la kalau anak die nie demand macam-macam. Nasib badan la Inchik Hubby dapat bini anak mak nie. Kena la tahan je..hehehe

Melalut sudeyyy..!!! Maka lengkap lah checklist tuk baby & bonda. Ok la nanti kalau CikPuanIsteri dah guna barang-barang tu CikPuanIsteri akan share ngan korang lagi k. Doakan CikPuanIsteri bersalin secepat mukin tau. Takut overdue lak nanti. Jeles bila tengok rakan seperjuangan yang sama-sama pregnant dah bersalin. Kita nie duk menunggu lagi. Doakan kami yerk.. ^_____^


0 comments:

Post a Comment