Thursday, September 20, 2012

:: Checkup 27 weeks ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

HalloOoOo Dears..(^ , ~ )Kali ni CikPuanIsteri nak cerita pasal checkup untuk minggu ke 27. Kali ni CikPuanIsteri buat dekat Klinik Min, Batu Pahat. Sesape yang duduk Batu Pahat  mesti tahu pasal klinik ni. Klinik Min memang dah jadi klinik favourite CikPuanIsteri sejak dari zaman bujang lagi sampailah sekarang sebab doktor yang check tu sangat la best terutamanya doktor Noor Azah. Doktor ni sangat friendly & tenang j setiap kali jawap soalan-soalan dari CikPuanIsteri. Setaip kali check memang CikPuanIsteri akan buat dengan Dktr. Noor sahaja. Mestila lebih selesa kalau kita check dengan doktor yang sama jenis ngan kita kan. Kalau dengan doktor lelaki susah la sikit coz kita nak jaga aurat kita kan. Lagi pun nanti mesti malu-malu kalau ada soalan yang berbaur sensetif..ekekekeke


Checkup kali ni doktor kata perkembangan Litlle B semua ok j. Alhamdulillah~~~ Lega hati bila dengar doktor cakap macam tu. Air ketuban (amniotic water) banyak tapi setakat ni tak adalah bahay tuk CikPuanIsteri or Litlle B. Kedudukan Litlle B pon masih tak tetap lagi. Masa doktor tengah scan sekejap kepala dia dekat atas, sekejap die dah melintang, macam-macam aksi dia buat.hahaha


Doktor Noor ni sangat teliti. Dia akan ukur setiap bahagian Litlle B macm kaki, tangan, & kepala. Lepas tu dia tunjuk hidung, mata, mulut, jari & semua organ. Kalau ada yang kita tak paham juz tanya j insyaALLAH doktor akan jawap. kita bayar die memang la die akan jawap..hehehehe


Yang sebelah kanan boleh nampak kepala ngan tulang belakang Litlle B. Yang sebelah kiri lak nampak kaki dia. Masa ni dia tengah berselunjur. Elok j dia duk kat dalam. Keadaan plasenta masih lagi kat bahagian bawah tapi tak menutup jalan tuk Litlle B keluar. Doktor kata masih ada masa lagi tuk plasenta naik keatas. Mudah-mudahan plasenta tu naik. Amin~~


Details ni memang dia akan bagi setiap kali kita check. Tapi tak tahu la doktor tu bagi kat semua orang or tak. Tapi CikPuanIsteri memang akan dapat details macam ni. Inchik Hubby la yang paling teruja setiap kali 
nak scan. Dia excited nak tengok Litlle B kat dalam. Setiap kali nak scan mesti dia akan kepoh-kepoh diri kat sebelah katil.hahaha

Dalam banyak kelebihan yang dah diceritakan pasal klinik ni ada juga kelemahanya. Klinik ni akan buka & tutup tak tentu masa. Macam masa raya hari tu klinik ni boleh pulak tutup seminggu. Alahai lamanya la. Kadang-kadang public holiday pon tutup, tp kadang-kadang buka pulak. Tu yang pening sikit. Better call dulu klinik ni tanya buka or x & tanya sekali doktor sapa yang bertugas. So sesape yang nak check kat sini boleh jugak. Ni alamat klinik tu :


27, Jalan Maju, Taman Maju, Batu Pahat, 83000, Batu Pahat, Johor
  • Tel & Fax07-432 2044
  • HP012-703 2044



p/s:-
- Tinggal 87 hari lagiMyEm0.Comdoakan segalanya selamat okeyy~

Related Posts:

  • :: Checkup 27 weeks :: بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته HalloOoOo Dears..(^ , ~ )Kali ni CikPuanIsteri nak cerita pasal checkup untuk minggu ke 27. Kali ni CikPuanIsteri buat dekat Klinik Min, Batu Pahat. Sesape y… Read More
  • :: Apa itu tonsilitis?? ::بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم hye sume..lama da cikpuanisteri x update blog nie...banyak bende yang berlaku sejak akhir2 nie...so keadaan jadi kelam kabut sikit la..hari nie cikpuanisteri x nak la citer pasal kek tapi… Read More
  • :: G.A.S.T.R.I.K ::Assalam... Sejak akhir2 nie kesihatan CikPuanIsteri sangan tak menentu...kejap demam kejap ok...boleh dikatakan dalam sebulan mesti ade sakit punyalah...cin Hubby yang terpakse jage CikPuanIsteri nie... Semalam waktu n… Read More
  • :: Sepintas Lalu ::Assalamualaikum.... Sekian lama tak hapdet blog ni. Bukan tak sudi tapi tak berkesempatan j. Mood lak asyik la kelaut. Actually saya & Lil Caliph tak berapa sihat sejak Raya hari tu. Raya pertama dah mula rasa sakit teka… Read More
  • :: Ammar Rizqy 《update 2 month》 ::☆★ Assalamualaikum.... ☆★ Hye sugar..!! Ari nie update pasal baby ammar masa checkup 2 month. Ayah tolong dukung coz tempat duduk penuh. So kene berdiri. Bonda & baby ammar. Kesian baby ammar da ngantuk tunggu l… Read More

4 comments:

  1. mila biasa dgr klinik ni tapi pergi belum pernah. ada doktor laki ke klinik ni?? tq bagi no fon tu ye.

    ReplyDelete
  2. ada dktor hithir..biaasnya die punye turn tgahri..try la pergi..masa nani TTC dulu pon selalu checkup kat sini..dktr die sangat ok tp ramai org la..kene tunggu lama sikit..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam.. Boleh saya tahu berapa harga scan kat Klinik Min ni? Sbb saya pun tgh survey klinik di Bt Pahat.. Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam...Masa sy tahun 2012 just rm30-35...kire stndard la tu kan...hehehe

      Delete