:: Persiapan Sambut Orang Baru ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Lama tak hapdet entry..hehehe... Lepas breakfast mata ngantok lak. Tambahan pulak hari nie sistem kat opis tak leh pakai so CikPuanIsteri boleh la hapdet enty baru tuk hilangkan ngantuk. Kejam celik kejam celik dah masuk 8 bulan dah si kecik bonda nie. Lebih kurang sebulan lebih j lagi nak menjengah dunia. Kalau ikut bulan memang lagi sebulan tapi kalau ikut minggu lagi 7 minggu. CikPuanIsteri pon tak paham kenapa nurse kira 40 minggu sedangkan sepatutnya kita mengandung juz 9 bulan 10 hari. Tak kisah la tu kan yang penting semua selamat.

Bila dah makin dekat ni persiapan kene la buat. Boleh dikatankan hampir 90% dan settle. Tinggal lagi 10% j yang lom settle. Itu pun juz nak beli stroller & car seat tuk baby j. Ada ke aunty2 or uncle2 yang nak sponsor???hahaha... Kiranya checklist yang dah dibuat hari tu hampir settle la.


Dah masuk dalam kotak siap-siap nak bawa balik kampung. Mak Tok nak tengok apa yang bonda dah beli. Apalah maktok ni tak percaya dengan bonda. Macam la bonda tak tahu nak beli barang-barang baby. Tapi memnag tak tahu pon..hehehehe... 


Banyak giloss stokin Litlle B yang bonda & ayahh dah beli. Ni semua gara-gara rambang mata. Nmapak semua nak beli. Nasib la Inchik Hubby ada nak kawal CikPuanIsteri yang rambang mata ni. Kalau tak lagi banyak rasanya.hehehe...Tak dapat beli depan mata Inchik Hubby g beli online lak. Tahu-tahu j dah sampai kat rumah. Inchik Hubby geleng kepala j la.hehehe....


Kebetulan hari tu ade ekspo Mom & Baby Expo 2012 dekat Danga Citymall. So kita orang pon ambik peluang tuk beli barang-barang kat situ. Lampin CikPuanIsteri tak beli banyak. Juz beli 1 dozen j. Cukup la tukan. Bukanya pakai banyak sangat pon. Baby balnket lak beli 2 j. Tapi macam nak tambah lagi la.hehehe


Mitten & baby hat CikPuanIsteri beli sekali ngan baju. Mesti la kena sepasang ngan baju & booties kan. Tak kanlah  baju warna merah mittens warna hijau, booties warna biru & baby hat warna kuning lak. Nanti dah jadi cam badut pulak.


Hasil dari memborong dekat ekspo hari tu. Ok CikPuanisteri tak ada la nak tetapkan Brand pape tuk little B. Semua brand baby pon boleh. Cuma mandian & bedak j CikPuanIsteri suka pakai Johnsons Baby. Memang dah jadi pebret dari dulu lagi. So kalau nak bagi hamper mandian better bagi Johnsons Baby okey..hahaha.. Demand la pulak... ^_____^


Barang yang dalam bag plastik tu barang-barang yang kene bawak g hospital. Tinngal nak transfer dalam bag j. Mak dah tolong pilihkan. Ni la akibat anak yang terlebih manja dengan mak. Semua nak mak buat. Baju sendiri pon mak yang pilih.hehehe.. Kain batik dah siap dah. CikPuanIsteri beli 10 helai terus. Semau barang-barang dah siap basuh da. Kena ingat yerk semua barang yang kita baru beli WAJIB basuh dulu. Yela kita tak tahu baju tu bersih or tak. Ntah ada hama or toksik ke kan. Nanti tak pasal-psal kulit kita rashes lak.


Ok korang dah tenagok yang best-best j kan, sekarang nak cerita yag tak best pulak. Sticker kat Buku Merah CikPuanIsteri dah bertukar warna. Kalau dulu warna putih sekarang dah warna hijau. Korang sendiri namapak apa yang nurse tu tulis kat buku tu. Risiko pertama berat badan CikPuanisteri lebih 80 kg & risiko kedua pulak HB turun. Minggu ni kena minum air gula lagi, alasan nurse tu kata bila perut dah besar placenta (uri) dah keluarkan hormon & kita senang kena kencing manis. Dah dekat-dekat nak meletop ni macam-macam la pulak kesnya. Nurse pon dah remind tuk packing barang yang nak bawak g hospital & simpan kat dalam kereta sepanjang masa. In case kalau nak terberanak masa tengah jalan-jalan or tengah kerja senang lah kan. Nurse pon dah terangkan tanda-tanda nak deliver. Wah perasaan makin takut lak.hahaha.. Mak pon pesan kat Inchik Hubby jangan tinggal CikPuanIsteri sorang selalu sangat. Henpon kena sentiasa ada kat tangan. Jangan jalan jauh-jauh sangat. Macam-macamlah pesan mak & abah pada Inchik Hubby.

Perasaan tak sabar pon ade jugak.hehehe.. Lagi-lagi bila Liltlle B suka sangat buat perut CikPuanIsteri senget benget. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Terbonjol-bonjol j perut ni. Inchik Hubby pon suka sakat, bila baby dah diam dia panggil nanti mula la Little B respon. Suka la Inchik Hubby dapat tengok perut CikPuanIsteri bergerak-gerak. Rasa geram j bila tengok dia main ngan ayah die. Bila lah nak keluar nie..hehehe..Perut pon dah makin memboyot, kaki lak dah mula bengkak. Nak angkat kaki sendiri pon dah tak larat. Lagi-lagi la kalau duduk bersila Ya Ampunnn seksa nak bangun oiiii...!!! Sakit belakang jangan cakap lah. Baring salah, duduk salah, mengiring salah. Sampai dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Masa nie selalu doa supaya baby keluar cepat. Ngam-ngam sebulan dari sekarang keluar. Boleh gitu???hahahaha.. Mak selalu ingatkan CikPuanIsteri orang mengandung memang la macam tu. Dulu mak pon sama jugak. Wah masa ni insaf sekejap.huhuhu.. Kaki pon dah makin kerap kejang. Pernah sekali tu kaki kejang Inchik Hubby buat tak tahu j..
Me : Aduh sakit, sakitnya....aduh....
Inchik Hubby : Emmmm?? (dalam keadaan mamai )
Me : Sakit la...Aduh....
Inchik Hubby : Kenapa??(suara orang baru bangun tido)
Me : Kejang kaki...aduhhh..
Inchik Hubby : Emmmm...MyEm0.Com( sambung tido )
Me : Ggggrrrrr..!!!!!MyEm0.Com (berasap sambil tahan sakit)

Kalau korang hangin x?? Orang punya la skit dia boleh sambung tido. Hangin j masa tu. Inchik Hubby ni kalau dah tido tak hengat dunia. Kalau nak beranak tengah malam nanti kena jerit sepenuh hati kat telinga Inchik Hubby baru dia bangun. Hari Sabtu ni nak buat Majlis Lenggang Perut. Korang pernah dengar x?? Nanti CikPuanIsteri hapdet yerk apa yang kita buat masa Lenggang Perut tu. K bye..!!

P/s :-
- bukan senang nak jadi seorang IBU. 
- hargai ibu anda selagi hayat dikandung badan.

Comments

  1. layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

    maaf tumpang iklan

    (alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::