Friday, February 22, 2013

:: my breastfeeding journy # 2 cabaran ::

☆★Assalamaualaikum...☆★

Hye peeps..!! Hari nie nak cerita lagi pasal breastfeeding. Harap korang tak boring lah yerk. Rupanya masih ramai lagi orang kat luar tu yang tak faham pasal exclusive breastfeeding nie. Terutama yang duduk kat kampung. Bukan nak salahkan mereka mungkin pendedahan mengenai exclusive bf nie tak sampai pada mereka. So tugas kita la nak terangkan & tagakkan kebenaran. Banyak juga cabaran yang kena lalui. Bukan senang rupanya. Ingat dah cukup ilmu coz da banyak baca & search pasal bf nie.

1. Susu keluar sikit cukup-cukup tuk baby. Memandangkan ni la firstime bersalin so cikpuanisteri tak tahu sangat nak susukan baby. Bila baby nangis j terus bagi breast & baby ammar hisap. Cara baby hisap macam ada susu tapi bila cikpuanisteri picit nipple coz nak tengok ada susu tak ade pon susu yang keluar. Masa tu da terfikir yang kita tak ada susu. Kesian dekat baby lapar. Sedih sangat masa tu. Terdengar pulak baby ammar punya perut berkeroncong. Lagi la bertambah sedih.

2. Campur dengan susu formula (fm). Bila dengar perut baby ammar berkeroncong sangat lah kesian. So terpaksa buat keputusan yang sangat berat, bagi baby ammar susu formula.Tak sanggup tengok baby ammar kelaparan. Inchik hubby g beli fm jenama Dutch Lady. Sebelum nie ingat Dutch Lady just produce susu untuk bayi setahun keatas. Tak tahu pula ada susu untuk newborn. Inchik Hubby kata dah susu tu yang dia nampak dulu so dia rembat aja la. Lelaki bukan faham sangat part susu nie. Bagi juga kat baby ammar guna botol susu & ada juga yang bagi guna sudu. Nasib baik esoknya susu dah keluar so sekejap j bg baby ammar fm.

3. Bila susu dah keluar banyak, masalah puting melecet pula timbul. Memang sakit gilosss. Sampai berdarah. Yang paling sadis bila tgk mulut baby ammar penuh darah akibat puting cikpuanisteri yang luka. Terus stop bagi sebelah kiri coz tu la yang paling teruk melecet. Masa cikpusnisteri pregnant aerola sebelah kanan ada alahan gatal. So kulit pada aerola tu akan kering & terkopek. Nak bagi baby ammar macam tak sampai hati tapi terpaksa gak bagi coz yang sebelah kiri tu da melecet teruk. So kulit yang terkopek tu melekat pula pada mulut baby ammar. Ya Allah dugaan lagi. Tapi tetap juga bagi coz tak kan nak biar baby ammar lapar. Lama-lama alahan tu hilang. Alhamdulillah.

4. Balik rumah pula mak & abah sibuk suruh bagi makan. Dorang kata baby ammar asyik menangis coz lapar. Tapi cikpuanisteri tetap pertahankan yang susu ibu dah cukup tuk baby ammar sampai umur 6 bulan nanti. Mak asyik cakap "kesian mak tengok ammar asyik nangis lapar. Bagi la nestum sikit campur ngan susu tu". Cikpuanisteri tak salahkan mak coz orang dulu ngan orang sekarang lain. Lagipon duduk kampung mana la dorang tahu pasal bahaya solid food tuk baby bawah 6 bulan. Dorang masih lagi terbawa budaya lama. Tak pe la cuba terangkan & yakinkan mak yang susu ibu tu cukup. Lama-lama mak faham jugak.

5. Keliru puting. Yang nie cikpuanisteri dah buat entry khas. Korang boleh tengok kat entry sebelum ni.

6. Bila ada baby mesti la ada jiran & sedara mara datang nak tengok baby kan. Mesti ada yang tanya " ada bagi air suam x? Baby kena bagi air suam tuk cuci usus dia." . Cikpuanisteri cuma angguk j. Taknak la kecikan hati mereka tu kan. Dorang tak tahu k yang kandungan air dalam susu ibu dah cukup & bahaya air masak tuk baby bawah 6 bulan. Melainkan baby yang minum susu fm memang perlu air masak tuk elak sembelit. Baby yang minum susu ibu nie sangat lawas. Baby ammar akan poo-poo lebih kurang 5 kali sehari. Mula-mula risau ingat baby ammar cirit birit tapi bila tanya doktor kata itu normal bagi baby yang fully bf. So mommy kat luar sana jangan risau k kalo baby anda poo-poo slalu.

7. Orang tua dulu-dulu kalau pantang tak boleh minum air banyak coz takut luka lambat baik. But not for me. Ibu menyusu perlukan 3 liter air sehari untuk hasilkan susu. Mula-mula mak agak keberatan juga nak bagi air kat cikpuanisteri tapi cikpuanisteri tetap degil nak air banyak. So inchik hubby ambilkan air 1 botol besar letak kat sebelah. Mak just boleh diam j. Mana boleh tahan haus. Dala kite menyusukan baby. Tu tak termasuk air yang jadi air kencing & peluh. Bahaya kurang air nie takut dehidrated. Boleh kena kencing kotor & sembelit. Alhamdulillah jahitan cikpuanisteri kering dalam masa seminggu j.

8. Hari ke 18 berpantang cikpuanisteri demam. Sakit semua badan. Demam urat kot kalo tak salah. So g klinik doktor bagi ubat demam. Dalam 2 hari gak la tak larat nak bangun. Dalam masa tu jugak cikpuanisteri tak pam susu. Memang la sakit bila tak pam tapi nak buat macam mana memang tak larat. Bila demam da ok sambung la balik sesi mengepam.Yang sedihnya setiap kali pam dapat sikit j dah tak macam selalu. Biasanya setiap kali pam boleh dapat 10oz & kadang-kadang lebih tapi kali nie juz dapat 5 oz. Cik B pon jadi kecik & mudah kosong. Mula la rasa down. Rupa-rupanya ubat demam boleh lurangkan susu. Kalau lah tahu dari awal memang cikpuanisteri tak hingin makan ubat tu. Selain tu selama 2 hari tak pam tu otak kita menghantar isyarat ada kilang susu yang kita tak perlukan susu. So kilang susu akan berhenti menghasilkan susu. Kan biasa dengar demand & suply. Sebab tu la kita kena pam susu 3 jam sekali tuk hasil yang memuaskan. Tak apa cikpuanisteri mula balik dari awal. Pam setiap kali sampai masa. Alhamdulillah susu dah kembali meriah walaupon tak sebanyak dulu tapi tetap cukup tuk baby ammar & tuk buat stok.

Nie baru setakat 2 bulan j. Belum lagi 2 tahun. Mesti banyak lagi cabaran yang akan melanda. Moga diberi kesabaran dalam menghadapinya. Cukup la sampai sini dulu. Nak tulis entry nie pon berminggu-minggu. Sejak ada baby ammar nie sangat la bz. Masih belajar lagi nak biasakan diri jadi seorang ibu. Lagi-lagi dah balik jb. Semua kena buat sendiri. Kena la pandai bahagikan masa. Nie pon baby ammar tengah tido so sempat la jugak nak hapdet. K la assalam.. ♥___♥

Alhamdulillah rezeki baby ammar

2 comments:

  1. seronok bace..
    ye..sy merasakan hal yg same..
    air suam, air masak..huhu

    slalu gak bercanggah pendapat ngan org tua..
    dulu x brapa byk info mcm skrg..

    ReplyDelete
  2. @Aine Ainun kannn....kne byk sabar..terangkan slow2 coz tkut kcik ati lak..hehe

    ReplyDelete