::My Breastfeeding journy #4 Nursing Strike / EP Mom::

Assalamualaikum...

Ok hari tu CikPuanisteri ada cerita pasal Ammar tengah nursing strike kan? Kejam celik kejam celik dah nak masuk sebulan Ammar camtu. Tak pe la selagi ammar nak minum susu bonda pon bonda dah cukup syukur. So nampaknya bonda kena la usaha lebih sikit dari biasa. Kena pam setiap 3 jam tanpa gagal.Termasuk la tengah malam. Ok biasanya CikPuanIsteri akan pam mula dari pukul 12.00am - 3.00am - 6.00am - 9.00am - 12.00pm - 3.00pm - 6.00pm pastu sambung balik 12.00am. Setiap hari cam tu la CikPuanIsteri buat. Mula - mula memang terasa susah coz sebelum ni senang j kan direct feeding. Nie terpaksa korbankan waktu tidur tuk bangun pam. Minggu pertama memang mencabar sampai CikPuanIsteri kena migrain. Baru nak sesuaikan diri la ktekan.Sekarang memang kena jaga kesihatan tuk pastikan susu tak drop. Sebulan lebih lagi nak cukup 6 bulan. Kalau boleh iar lah sampai 2 tahun. Semoga Allah permudahkan urusan menyusuku..amin...

Apa tu nursing strike???


Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2.Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit?Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Penolakan penyusuan langusng oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan.Ianya dipanggil NURSING STRIKE(sy beri singkatan NS) . Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur2 dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda2 penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12 ke atas(umur di mana, bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu2.Agak sukar menemtukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu - ibu yang mengalah ketika nursing strike dan akan menyapih/menceraikan anak dari susu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas. Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan . Bayi yang mengalami NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding(df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa.

NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dll. Nursing strikes are frustrating and upsetting for everyone involved – mother, baby, dad, and siblings are all affected.Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu.

Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS.Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kpd bayi.Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dlm kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat(plugged ducts dan mastitis.
Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol.EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu suapa bayi mudah kembali df.

Punca - punca nursing stikes(NS):
  • Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
  • Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbub gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
  • Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush)sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkita telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football.Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush,  dptkan rwtn dari klinik.Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebioh mudah berbanding puting ibu.Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.
  • Reaction to stress. Punca reaksi terhadap stress antaranya:
  1.  Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
  2. berpindah tempat baru
  3. terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
  4. stress ibu( masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau) 
  5. ibu telah lama berjauhan dari bayi(atas urusan kerja dll)
  • Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
  • Slow milk let down reflect( menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
  • A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah.Penmakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Banyak info lagi yang korang boleh belajar dari fb KIM (Kumpulan Ibu-ibu Menyusu). Ni closed group yerk. Kalau korang nak join kena tunggu admin approved dulu. Banyak sangat informasi kat dalam ni. Bermula la cerita CikPuanIsteri menjadi EP Mom (exclusive Pump). Mula-mula memang raas down sangat. Rupa-rupanya ramai juga yang senasib dengan CikPuanIsteri kat alam group KIM. So tak adalah rasa lonely. Tak da lagi stress. Tak mo la stress kan nanti susu tak nak keluar pulak. So anggap j la ni salah satu dugaan yang ALLAH nak bagi. Sabar la yang utama. Tpi CikPuanIsteri masih berusaha gak tuk DF ammar. Mudah-mudahan 1 hari nanti ammar nak Df balik kan. Doakan kami yerk.



Si jantung hati..hehehe

Ammar ikut bonda g kerja. Sangatlah behave mukin dia tahu yang bonda busy kot.hehehe

Ok la sampai sini j dulu. Ni pon hapdet sambil pam susu untuk little caliph. Sejak jadi ep lom ni kena la disiplin bab pam. Kalau x macamana nak maintain susu. Ke hulu ke hilr angkut pam susu ni. Tengah pikir nak upgrade pam sebenarnya. Spectra 3 ni  agak berat & besar kalau nak diangkut. Tu belom masuk cooler bag lagi. Boleh dikatakan setiap hari cikpuanisteri akan bawa 3kg dari rumah ke opis. Lagi pon kena ada port baru boleh guna. Cikpuanisteri pikir masa raya nanti. Orang sibuk nak berjalan kita sibuk nak mengepam. Kalau ada pam yang boleh guna battery so boleh pam dalam kereta. Tak kisah la susah sikit demi anak. Hanya yang terbaik untuk ammar. Semoga berjaya susukan ammar sampai 2 tahun. Amin...

P/s :
-Al-fatihah untuk adik aqil hamzah. Seorang lagi ahli syurga meninggalkan kita. Tersentuh perasaan keibuan cikpuanisteri masa baca kisah adik aqil. Ya Allah begotu tabah hati seorang ibu menghadapi dugaan ini.

Comments

  1. Ala hari tu tak dapat jumpa Ammar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammar nangis xnk ikut mcD...hehehe

      Xpe nanti bulan 6 blk x masa ank wak man kawen??kalo blk leh r jumpa..hehehe

      Delete
  2. Wow, terima kasih atas info yang sangat detail. Semoga dapat membantu ibu-ibu kat luar sana. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::