Monday, March 4, 2013

:: Pavlova Coklat dengan Cream Cheese ::

☆★ Assalamualaikum.. ☆★

Halloooo..!! Da lama sangat rasanya tak update blog pasal resepi. So kali ni cikpuanisteri nao bagi resepi pavlova. Mesti ramai yang minat dengan pavlova ni kan? Tak susah pon nak buat. Oleh kerana semalam hari ahad so inchik hubby tak kerja & boleh tolong jagakam baby ammar. Tu yang ada masa nak membaking. Dapat la lepaskan gian sekian lama tak sentuh oven & mixer. Sebenarnya da lama nak buat pavlova ni. Tapi asyik tertangguh j.

Sehari sebelum warded tu cikpuanisteri & inchik hubby pergi jusco so beli la barang-barang tuk buat pavlova. Kononya esoknya nak buat la. Sekali tak jadi pula coz da kene warded sebab nak bersalin.hehehe ^___^



Bahan-bahan untu meringue


  • 3biji telur
  • 100 gm gula ising / kastor / halus
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu cuka
Bahan-bahan untuk cream cheese

  • 100 gm cream cheese
  • 50 gm whiping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit perahan lamon (kalu xde pon xpa)
cara-caranya

  1. Asingkan putih telur & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan high speed sehingga berbuih.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Jangan berhenti pukul.
  4. Pukul lagi sehingga bertanduk.Kalau korang terbalikkan bekas tu putih telur tak tumpah kira jadi la tu.
  5. Ayakkan tepung & serbuk koko kedalam meringue tadi. Kaup balik guna spatula hingga sebati.
  6. Ambil baking paper & buat bulatan ikut suka korang nk besar mana. Tuang meringue atas baking paper tadi ikut bulatan yang korang da lukis tu.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 150ºc selama1jam hingga 1jam 15 minit. Ikut oven masing-masing.Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Untuk cream pula campurkan vream cheese & whiping cream pukul hingga kembang.
  9. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
  10. Masukkan perahan lamon.
  11. Paipkan atas pavlova tadi & hias guna buah yang korang suka.
  12. Sedia untuk dimakan. Jangan lupa baca Bismillah.

Ok siap dah pavlova. Sekelip mata habis. Inchik hubby pon suka. Tapi tak boleh makan selalu coz benda nie manis. Bahaya untuk kesihatan. Sesekali boleh la.


Dak nomey yang baik. Tak meragam pun tengok tv ngan ayah msa bonda membaking.

Jalan-jalan g mydin :)

Nak jugak selit gambar baby ammar walaupon tak ada kena mengna ngan pavlova nie..ekekeke.. Next entry nak rivew pasal breastpump & set bersalin lak. Tunggu na~~


0 comments:

Post a Comment