Tuesday, October 30, 2012

:: Lenggang Perut ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Morning...!!!! Hari ni baru ada masa nak hapdet blog. Nie semua sebab komputer CikPuanIsteri yang kat opis nie tak boleh nak access internet. Ntah kat mana yang rosak or silap tak tahu la. Tunggu technician datang lambat la plak. Nak hapdet kat umah malas lak.hehehe.. Hari khamis hari tu CikPuanIsteri ada checkup kat KKIA Kempas. Macam biasa la datang pukul 7.45 balik pukul 11.30. Berjanggut tunggu kat dalam klinik tu. Yang buat CikPuanisteri bertambah bengang bila ada suami-suami yang teman isteri buat checkup duduk sekali dalam klinik. Dah la klinik tu kecik j, kalau suami-suami yang sihat walafiat tu dah duduk dalam klinik tu kitaorg yang bawak perut ni nak duduk mana???? Tak payah la nak berkepit sangat dengan isteri tu cik abang oiii...!! Tak ada sapa pon nak ngurat. Kesian la sikit kat kami yang terboyot-boyot nie nak duduk pon tak ada tempat. Dah la masa tu CikPuanIsteri tak makan lagi, yela kan kena minum air gula mana boleh makan & minum dari 10pm sampai 10am nak duduk lak tak ada tempat. Sangat bengang...!!!!!

 
Kesan ambik darah coz kena minum air gula.

Hari tu CikPuanIsteri dah janji nak hapdet pasal Lenggang Perut. Ada yang tak tahu ke pa tu Lenggang Perut?? Ok Lenggang Perut tu satu ritual tradisi yang selalunya dilakukan oleh bakal ibu yang mengandung sulung. Anak nombor 2 tak yah dah. Biasanya majlis ni akan dibuat masa kandungan masuk 7 bulan. Orang dulu percaya bila kandungan dah masuk 7 bulan so baby dah de roh a.k.a nyawa, so kena la raikan & dijaga dengan elok bagi mengelak sebarang musibah. Tapi CikPuanIsteri buat masa dah masuk 8 bulan. Tak ada masa la nak buat masa 7 bulan tu.hehehe ^_____^

Sempat lagi buat cake sponge 4 biji tuk kenduri.

Mula-mula sekali CikPuanIsteri akan dimandikan dengan air bunga oleh mak bidan. Semuanya ada 7 jenis bunga yang berbeza & mesti ada 1 bunga yang wangi. Sambil die mandikan tu dia baca selawat & doa supaya dipermudahkan segalanya. Tak ada pulak dengar die baca jampi serapah yang bukan-bukan. Lepas die dah mandikan tu kena salin baju dalam bilik air jugak, keluar bilik air tak boleh buka aurat walupon sikit. So dengan rambut yang basah tu CikPuanIsteri kena pakai tudung & baju yang lengkap sebagai seorang muslimah. Mak bidan kata mudah-mudahan anak yang bakal lahir nanti jadi orang yang soleh & solehah. Amin..!! Bunga yang berterabur kat dalam bilik air tu hanya Inchik Hubby a.k.a suami yang boleh bersihkan. Bunga-bunga tu kena pungut & buang or tabur kat bawah pokok or kat tanah lapang. Tak boleh masuk plastik okey.
Lebih kurang camni la rojak tu. Gambar dari En.Google.

Lepastu tu CikPuanIsteri diurut pulak. Juz urut biasa-biasa j. Mak bidan tu ada betulkan kedudukan baby dalam perut. Masa die urut tu die ada kate yang CIkPuanIsteri lama lagi nak bersalin coz baby masih lagi kat atas. Pastu die tak ada la komen pape. Kiranya semua ok la kot. So abis dah upacara lenggang perut CikPuanIsteri. Sebenarnya kalau ikut adat orang dulu-dulu memang banyak lagi. Tapi semua tu tak penting pon. Kalau orang dulu-dulu dorang ada yang pakai kelapa, telur, keledek, ubi, ketupat. lepat & macam-macam lagi. Tapi CikPuanIsteri tak ada la buat semua tu. Mak bidan tu pon cakap tak perlu sebenarnya upacara lenggang perut ni. Cukup la sekadar buat kenduri minta doa supaya selamat. Tu yang kitaorg pon buat simple j. Apa yang wajib masa lenggang perut ni adalah rojak buah. Dalam rojak tu ada buah epal, pear, nanas, timun, sengkuang, jambu air, limau bali, lada cili & ada jugak yang bagi belacan. Ramai yang suka mankan coz rojak nie juz boleh dapat kalau ada upacara lenggang perut j. Nie semua adat orang jawa la kot.

Kaki dah macam kaki gajah.

Boleh tahan la jugak penat nak buat kenduri ni. Start dari hari khamis sampai la ahad non stop kemas rumah. Tido malam pon lewat gak. Akibat dari banyak sangat jalan kaki CikPuanIsterti pon mula bengkak. Tengok lah dah macm ank meletop dah. CikPuanisteri sendiri pon terkejut jugak. Masa bangun pagi tak perasan sangat, tapi bila dah lama buat kerja kat opis baru perasan kaki dah mula bengkak. Tangan pon sanagt lenguh coz masa checkup hari tu kena inject kancing gigi dos yang kedua. Kalau korang nak tahu dos yang kedua nie sangat sakit kalau nak bandingkan dengan yang pertama. Siapa kata mengandung senang?? @_____@


p/s :-
- Terima kasih pada mereka yang sudi datang kenduri & datang rewang.
-  Terima kasih jugak kat Mila Ahmad sudi datang kenduri umah kite =)
- 47 hari lagi..ntah cepat or lambat..huhuhu

4 comments:

  1. sama-sama Nani, hehe..
    nanti baby dah keluar InsyaAllah kitaorang datang jenguk baby pulak.

    ReplyDelete
  2. Due kita dekat2 agaknya kan....saya 17/12:::

    aritu sy cma buat kenduri je doa selamat,tp xde buat lenggang perut tu...baru tau cmtu rupanya...

    ReplyDelete
  3. @Aine Ainun lbh kurang due tu...sy lak 16/12..tgk la kot2 baby nak kuar 12/12/12..hehehe

    ReplyDelete