Friday, October 5, 2012

:: Homebirth VS Waterbirth Vs Hypnobirthing ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye Dears..!!! Memandangkan CikPuanIsteri dah masuk trimester terakhir, so dah kena buat persiapan mental & fizikal tuk melahirkan nanti. Memandangkan ni anak pertama kami so banyak yang kami kena belajar. Apa yang kami buat is banyak-banyak membaca & tanya pengalaman orang. Setaip orang ada pengalaman sendiri. So macam-macam la kita dapat belajar mengikut situasi.

Tapi kan CikPuanIsterti sangat tertarik dengan kaedah  Hypnobirthing. Dari apa yang CikPuanIsteri baca cara yang diajar tu perlu kekuatan jugak. Inchik Hubby pon perlu jugak tahu pasal benda ni. Jenuh jugak nak ajar die nanti. Dah la nie anak first kami. Hypnobirthing adalah kelahiran tanpa sedar. Tapi bukan pengsan okeyy..!! Si ibu sepenuhnya sedar & boleh manikmati proses kelahiran si comel tapi kurang rasa sakit ~___~ Korang boleh sambung baca kat sini.

Seronok baca pengalaman Ummi Rijal Homebirth masa lahirkan baby yang kedua. Segalanya berserah sepenuhnya pada ALLAH. Kebergantungan hanya pada-NYA. Sayu j baca kisah beliau. Selan dari tu ada lagi korang baca kat sini. Selebihnya korang gunakan j MR.GOOGLE yerk.



So apa perancangan CikPuanIsteri pulak tuk melahirkan?? Kalau ikutkan hati memang CikPuanIsteri nak bersalin kat rumah j. Konon-kononya nak Waterbirth sendiri kar rumah. Rupa-rupanya ramai jugak ibu-ibu kat Malaysia nie yang Waterbirth sendiri kat rumah. Kalau korang rajin nak baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin kat oversea memang dorang kat sana sangat bertuah coz diorang akan lalui Natural Birth. Natural Birth ni kelahiran semulajadi tanpa ubat-ubatan & alatan perubatan yang lain. Kiranya korang boleh lahirkan baby sendiri kat rumah tanpa bantuan doktor. Kan biasa kita dengar kalau orang bersalin kat hospital kena gunting la, kena induce la (paksa bersalin) la, suntik epidural, forcep, episiotomy & macam-macam lagi. Korang boleh google j cerita pasal pengalaman bersalin ni. Sebenarnya semua tu tak perlu langsung melainkan kalau keadaan ibu dah terlalu lemah. Tapi kenapa hospital suka sangat buat benda-benda camtu ekk??? Pastu siap ada nurse yang membebel pasal si ibu tak pandai teranlah, salah buat lah , itu lah ini lah. Semua tu akan buat si ibu tension & menambah lagi sakit.

Tapi Inchik Hubby tak bagi homebrith coz tak nak ambil apa-apa risiko. Sebenarnya CikPuanIsteri dapat inspirasi nak Homebirth ni dari mak CikPuanIsteri sendiri. Mak lahirkan CikPuanIsteri & adik dekat rumah dengan bantuan bidan. Tak ada sebarang ubat-ubatan & sikit pon tak jahit. Sebenarnya semua orang pon boleh jadi superwomen macam mak. Kalau kita fikir balik kenapa orang dulu-dulu boleh j bersalin kat rumah?? Anak bukan sorang dua tapi ada yang sampai 13 orang. Selamat j kan???

Oleh kerana Inchik Hubby tak bagi so CikPuanIsteri tak tahu lagi nak bersalin camne.hahaha.. Tengok pada keadaan semasa kot. Tapi CikPuanIsteri selalu doa harap-harap la dapat Natural Birth ni. Apa-apa pon kena banyak belajar lagi. Awal bulan November ni kami ada kelas antenatal dekat Klinik Kesihatan Kempas. Lepastu ada lagi 1 kelas Rakan Suami dekat Hospital Pakat Sultanah Fatimah Muar pulak. Nak bersalin pon nak masuk kelas.hahaha. Nanti CikPuanIsteri akan hapdet pasal kelas-kelas tu k.

p/s :-
- 5 hari lagi anniversary kami yang keduaMyEm0.Com
- 72 hari lagi nak cuti 3 bulan..yahoo..!!!!MyEm0.Com
- Anak sterusnya akan cuba buat Inchik Hubby percaya homebirth ^___^

4 comments:

  1. salam cik puan isteri...
    baru anak pertama yer.
    apapun kaedah yg awak amik, harap semuanya ok dan baik, selamat ibu dan anak yer.
    macam saya tak berani nak amik risiko, jadi spital la tempatnya.... hehehe

    ReplyDelete
  2. wslam...
    yup baru anak fist tp dah berangan mcm2..ekekekeke
    amin...tq wak...
    doakan sy yerk...

    ReplyDelete
  3. kandungan kita same...30minggu..=)

    ReplyDelete