Monday, July 1, 2013

:: my breastfeeding journy #6 first stage done..!! ::

Assalamaualaikum....


Hye readers..! Diam-diam da masuk 6 bulan dah my lil caliph. Ni maknanya dia menyusu pon da 6 bulan. Alhamdulillah saya dapat susukan ammar sepenuhnya masa 6 bulan pertama. Tapi bukan mudah seperti yang di sangka. Banyak cabaran yang kami lalui demi melaksanakan syariat Allah ni.

Mukin saya tak ada masalah dalam mengumpul stok ebm sebab susu cikpuanisteri boleh dikategorikan meriah jugak. So memang tak ada tekanan bab kumpul stok. Tapi hidup tak kan terlepas dari dugaan. Bila ammar masuk 4 bulan maknanya selepas sebulan saya kerja Allah uji saya. Ammar refused direct feeding. Mula-mula ingat sebab dia selesema coz masa tu memang dia tengah selesema. So bagi peluang tuk selesema baik. Tapi sayangnya ammar tetap jugak tak nak direcy feeding.

Masa mula-mula memang saya tak dapat terima hakikat yang ammar tak nak menyusu dengan saya sampaikan saya tak nak langsung tido dengan ammar. Kesian ayah terpaksa layan ammar. Saya menangis sepanjang malam. Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu. Saya tahu ammar kena nursing strike. Boleh tengok entry saya yang lepas.  Cara nak agihkan masa mengepam pon lari. Macam-macam cara saya buat tuk bagi ammar direct feeding semula tapi semuanya tak menjadi.

Ya saya hampir putus asa waktu tu. Saya dah sibuk search mengenai susu formula. Boleh dikatakan saya search semua jenis susu. Tapi nasib ammar selamat dari menjadi anak lembu. Saya ada cuba bagi ammar anmum & ammar refused. Mukin rasa yang tawar kot. Anmum kan tanpa gula tambahan susu bonda lak lemak berkrim. Jadi saya da risau. Kang kalo tak nak susu camne lah ammar nak membesar. Saya buka balik KIM (kumpulan ibu menyusukan) kat pesbuk. Rupanya ramai yang senasib dengan saya. Anak mereka juga nursing strike & mereka jadi ep mom (exclusive pump mommie).

Dari situ semangat mula kembali. Kenapa saya give up awal sangat sedangkan ada orang yang langsung tak pernah dapat susukan anaknya. Saya kira bersyukur dapat susukan ammar direct walaupon hanya 4 bulan. Malah ada yang jadi ep mom dah hampir dua tahun. Kagum saya dengan semangat mereka. Dari situ saya banyak belajar & Alhamdulillah ammar dapat menyusu susu bonda.



Stage pertama lepas. Sekarang masanya untuk berjuang ke stage seterusnya. Kami perlukan doa dari korang. Doakan kami berjaya untuk stage seterusnya. Terus terang saya katakan kadang-kadang saya tak kuat. Sekarang my lil caliph dah makin aktif. Penat jangan cakap la. Bercinta j nak bangun malam pam susu. Tu yang kadang skip bangun malam. Bila susu drop mula la risau coz takut susu tak cukup tuk ammar. Ya Allah kuatkanlah semangat kami...


Oleh sebab saya berjaya susukan ammar sampai 6 bulan so saya bagi reward untuk diri sendiri. Saya beli bag pam coz sebelum nie saya pakai j tote bag fablousmom tu. Bag tu pon dari putih da jadi kelabu asap.hehehe..So cun la sikit kan tak adala orang pelik tengok saya angkut bag fablousmom tu. Kebetulan fablousmom ada buat clearence sale tu yg cepat j grab.

Kelmarin saya ada bagitahu yang ammar da mula makan solid food. Sebelum nie ok j tapi minggu lepas macam lain macam sikit. Saya tengok ammar susah nak poo poo. Kalau poo poo pon sikit sangat. Saya syak yang ammar sembelit. Rupanya betul. Sian anak bonda susah nak poo poo. Sampai la hari khamis malam ammar poo poo keras. Berpeluh-peluh meneran pastu menangis. Ya Allah hati ibu mana yang tak tersentuh. Perasaan saya masa tu sedih sangat. Rasa sangat bersalah coz tak jaga ammar dengan baik. Maafkan bonda sayang. Hari jumaat tu saya ambil cuti semata-mata nak jaga ammar. Saya buatkan puree betik tapi ammar tak nak pulak. Saya cuba bg ammar gigit sendiri betik & dia nak. Oh bijak anak bonda nie berdikari. Semua nak buat sendiri. Saya lecekkan pisang pon dia tak nak. Tapi bila dia gigit sendiri laju j dia makan. So saya biar j dia gigit sendiri tapi saya ada kat sebelah la. Takut lak dia gigit terbesar karang tercekik. Saya pon ada juga bagi ammar VCO campur ngan susu. Saya usaha j apa yang mampu. Alhamdulillah lepas tu ammar poo poo macam biasa.


Bonda akan cuba bagi ammar yang terbaik selagi bonda mampu. Maafkan bonda kalau apa yang bonda buat tak cukup sempurna untuk kamu sayang. Da tiga hari duk kelek ammar hari ni cepat rasa rindu kat ammar. Bila la nak pukul 5 ni. Tak sabar nak layan kerenah sayang bonda ni walaupon penat yang amat.


P/s:
-doakan saya terus kuat untuk berjuang dalam penyusuan susu ibu ye..

6 comments:

  1. saya memnag sebak ja baca, saya faham tu..

    jadi Ammar mmg xnk DF langsung la sekarang??

    Baru2 ni sepupu saya pn anak dia xnk DF, lagila saya heran sbb die x keje pun, kalo awak sbb bercampur susu botolkan...
    Mungkin pengalaman pertama kita jadi Ibukan, jgn putus asa tau, teruskan bagi susu Ibuu selagi termampu...

    baru saya tau pasal NS...mcm2 dugaan kan, tapi setiap usaha itupstinya berhasil, yg penting kita cuba bg yg terbaik utk anak kita kan..=)

    kesiannya Ammar kena sembelit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih...saya rindu sangat nak direct feeding ammar...

      In shaa Allah selagi mampu saya akan susukan ammar.saya akan berjuang sehingga ketitisan terakhir.doakan saya yer...

      Delete
  2. Replies
    1. Hye aunty...

      Ada beli ole-ole x utk ammar dr krabi?? ;p

      Delete
  3. Aura bila baby susu direct lainkan? rasa baby dekat sangat ngan kita...

    moga satu hari nanti dia nak DF semula insyaallah..

    ReplyDelete
  4. susu ibu susu terbaik.. guna peluang sebaiknya.,.

    ReplyDelete