Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 17, 2012

:: First day as a fulltime housewife ::

♡♥ Assalamualaikum.... ♡♥

Hari pertama jadi suri rumah sepenuh masa sangat la boring. Tak tahu nak buat apa. pagi bangun tido basuh baju pastu kemas rumah sikit dah siap. masak lak buat dlm pukul 11am coz juz masak tuk diri sendiri j kan. hari nie masak sambal sardin & telur goreng j. cukup la tu tuk makan sorang. nak masak banyak pon bukan ada orang nak makan. mula terfikir nak buat brownies tuk minum petang, tapi bila selak barang kat dapur susu cair da expired la pulak. so cancel la nak buat brownies. dah lama tak membaking so bila jadi fulltime house wife nie ada la masa. 

esok petang ada checkup last sebelum admit hospital. so boleh keluar cari bahan nak buat pavlova. dah lama teringin nak buat sebenarnya tapi malas menguasai diri. esok beli bahan ari rabu boleh buat. boleh bawak balik kampung. tak sure lagi balik kampung ari rabu or ari khamis. semua terpulang pada driver..ekeke. ari khamis nie cuti bagi rakyat negeri johor sempena kemangkatan almarhum sultan ismail. harap-harap la jadi pavlova tu nanti. kalau jadi nanti CikPuanIsteri share ngan korang k...

Hari nie lilttle b masih lagi selesa duduk kat dalam nie. tak ada lagi tanda yang die nak keluar. betul-betuk seronok la die kat dalam sampaikan tak reti diam. asyik main tendang-rendang j. maybe sebab da tak cukup tempat die nak main. hari nie jugak CikPuanIsteri kene cirit birit. ntah kat mana silapnye gaknye. nak kata makan benda bukan-bukan tak jugak. setakat nie da 3 kali kuar masuk toilet. tapi tak pergi klinik pon coz larat lagi.kalau malam & esok still lagi tak ok baru g klinik.

keadaan muka yang makin teruk akibat dari alergi.setiap ibu mengandung mesti akan hadapi alergi cuma jenis alergi j yang membezakan. macam CikPuanIstei kena jerawat pasir. penuh 1 muka & leher. makin nak dekat bersalin makin menjadi-jadi jerawat nie. sampaikan dah tak ada ruang lagi kat muka nie. harap la bila da deliver nanti hilang semua nie. malu woOo..!!


ok la setakat nie j dullu...esok-esok hapdet lgi...bubye...

Friday, December 14, 2012

:: Bila Nak Keluar Nie?? ::

 ☆★Salam...☆★

Hari ni dah masuk minggu ke 40 CikPuanIsteri pregnant. Maknanya dah 10 bulan???? Tu jangkaan j la. Semalam ada checkup, so macam biasala rutin setiap kali checkup. Ntah camne semalam hampir nak kantoi ngan nurse coz tak pegi buat urine test.hahaha.. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Sebabnya Ibu yang datang cek perut banyak tapi bekas urine sikit j. So mesti ada yang tak buat urine test.hehehehe. Ala lagi pon minggu lepas kan dah buat, so kira ok la kan minggu nie tak buat. Leceh la nak buat urine test nie.

Ok first nak mntak ampun kalo de salah ejaan coz kali nie hapdet guna henpon lg. Maybe lepas nie banyak hapdet guna henpon j. Hari nie hari last kerja, minggu depan da start cuti 3 bulan. Memandangkan due pon da sampai tapi tak bersalin lagi adalah lebih baik merehatkan diri kat umah. Dah tak larat nak bawak perut lg.ekekeke. Tahun depan 18.03.13 baru masuk kerja lagi. Lama giloss cuti. →sbnarnye nak taip prenggan yg nie kat atas tu tapi da trtaip kat sini lak..so konon korang baca la yang nie dulu ekk←

→Sambung balik dari perenggan pertama←
Nak dijadikan cerita sebenarnya CikPuanIsteri dah overdue sbnarnye. so nurse juz bagi masa seminggu j lagi. kalo lepas seminggu tak bersalin jugak kene la serah diri kat hospital. alahai redha j la dengan apa yang berlaku. da tak boleh nak pikir apa lagi sekarang nie. yang paling penting baby selamat & sihat. tu k yang terfikir dalam kepala otk. dah tak nak pikir benda lain lagi da. nurse bagi tempoh sampai ari jumaat kalao tak bersalin sila serah diri kat hospital pilihan hati. tak kisah la hospital mana yang CikPuanIsteri nak. sekarang nie doa baby kuar sebelum jumaat minggu depan
. kot2 la baby nak kuar 20.12.2012.hehehe..tak dapat 12.12.2012 pon tak apa lah kan. apa lah yang ada pada tarikh. yang penting semuanya selamat.

Hospital kami da decide nak pilih yang mana. tapi bukan la hospital private, sepital gomen jerk. memandangkan ktorg nie kj gomen so dapat la guna GL. ala kalo kat sepital private po sakit jugak.huhuhu..so ktorg decide kalo bersalin kat JB ktorg pilih Hospital Sultan Ismail. in case la kalo ktorg lom balik muar lagi. ktorg pilij hospital nie sebab tak ramai oramg sangat. ada yang kate hospital nie xde doktor pakar kalau nak di bandingkan dengan Hospital Sultanah Aminah. ktorang ada pergi survey kat HSA kebetulan masa tu kawan inchik Hubby baru dapat second baby & masuk wad kelas pertama. tu pon kire boleh tahan crowded. nie kan pulak wad second class. ntah camne gaknye. maklumlah kte nie kuli j mane layak duk first class.ekekeke...kalo kat HSI xde la ramai msna. so ada la privacy sikit. nie kite da la sakit dengan orang ramai lagi tak ke bertambah serabut. CikPunIsteri tak suka sangat tempat yang ramai orang. boleh tension dibuatnya. Kalo sempat balik muar lak mestila g Hospital Pakar Sultanah Fatimah. da tu j sepital yang ada kat muar tu. lagi pon Inchik Hubby da amek kursus rakan suami tuk teman CikPuanIsteri maduk labour room nanti.

 boleh dikatan semuanya da ready. tinggal tunggy little b j nie. die j yang lom ready nak keluar tengik dunia. sedap sangat agaknye duk kat dalam perut bonda nie. bondanya pulak banyak lemak. so sedap j la die landing. doakan baby keluar sebelum hari jumaat minggu depan yerk..amin.. macam-macam dah cuba. air selusuh dah minum, air akar fatimah pon sah jugak, banyakkan jalan sampai bengkak kaki nie ha, tak tahu nak buat apa lagi. Inchik Hubby kate kalau da tibe masanya nanti pandai la baby keluar...


akar fatimah yang da direndam


♡♥♡♥doakan segala urusan kami didunia & diakhirat dipermudahkan..aminn ♡♥♡♥

□CikPuanIsteri nak mnta maaf kalau selama ni ada buat salah sama ada sengaja or tak. halalkan makan minum CikPuanIstero selama nie.doakan kami selamat..aminn□

Wednesday, December 12, 2012

:: Sakit wei T____T ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Halllooo..!! Hari nie tak berapa ada mood sangat. Tak banyak pon nak tulis. Juz nak share tadi CikPuanIsteri ada g Hospital Sultan Ismail coz sakit perut & sakit pinggang da 3 hari. Ingat dah boleh bersalin tapi rupa-rupanya belom lagi. Sampai j hospital terus g bilik saringan tuk ibu mengandung. Pastu daftar nama & tunggu die panggil tuk cek. Bila nama dah panggil die pon cek macam biasa & part yang paling takut masa die nak cek bukaan pintu rahim. Doktor yang buat tu comel j. Syukur dapat doktor pompuan. So tak adalah malu sangat walaupon hakikatnya malu jugak. Bila die da ready nak seluk die suro CikPuanIsteri tarik nafas. Bersungguh-sungguh la tarik nafas. dalam hati baca doa Nabi Yunos masa kat dalam peurt ikan yu. Itu pon tonggang tebalik baca akibat dari nebes nak kena seluk. Muka buat selamba j & tenangkn fikiran.

Tetiba ada rasa benda masuk kat tuttt.... Masa mula-mula tak lah sakit sangat tapi die godek tuk cek pintu rahim tu mula la rasa sakit. Huwaaaa.. Betol la orang kata kena seluk nie sakit. Tapi tak lah sakit macam nak bersalin. Doktor bagitahu pintu rahim masih belum terbuka. Alahai frustnyaMyEm0.Com... Ingat dah buka walaupon 1cm pon jadi la. Mukin CikPuanIsteri terlalu mengharap baby keluar dalam masa terdekat ni. Doktor bagi balik, kalau sakit lebih kuat & kerap datang semula ke hospital. Masa lepas kena seluk nie rasa fobia pula nak buang air kecik. Seyeslie memang takut nak g toilet. Lama gak rasa pedih tu nak hilang. Inchik Hubby cuba tenangkan dengan bagi kata semangat. Sebagai upah balik dari hospital g makan McD. hahahaha... Tu baru sakit kena seluk, lom lagi sakit bersalin..!!!huwaaaMyEm0.Com

Ya ALLAH permudahlanlah urusanku di dunia & di akhirat... Amin

P/s :-
-korang doakan CikPuanIsteri selamat bersalin yerk.amin...

Monday, December 10, 2012

:: Follow Sampai Lebam ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Okey nie kalipertama CikPuanIsteri nak join segmen yang blogger lain buat. Selama nie berblogger pon syok sendiri jerk.hahaha.. Lebih kurang cam kera sumbang la jugak. Jom join segmen nie. Boleh tambah kawan ^_____^

Kalo korang nak tahu lebih lanjut boleh klik j kat gambo atas nie.

Syarat senang j :

1. Buat entri pasal Segmen Jom Follow Sampai Lebam,jangan lupe tempekkan banner yang tak seberape tu kat entri korang ye hehe ,then paste kan link kat comment

2.Wajib follow blog Ira dan twitter Ira--> Ierah

3.Ikot korang lah nak tag sesiape atau tidak

4.Dan paling penting wajib follow semua blog dan twitter orang yang join segmen ni :)

Tarikh tamat : 16 December nie 


Okey copy j dr blog owner yang buat segmen nie coz malas nak taip sendiri.hahaha

Ok la selamat bersegman..Bye..!!

:: Shoping Lagi..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hye readers..!! Hari ni dah masuk 39 weeks 3 days CikPuanIsteri preggy. So ada lagi 4 hari lbh kurangye.  Ntah bile la nak kuar nie. Semua orang dah sibuk tanya "lom bersalin lagi k??". Tak kurang jugak yang suroh ambik cuti awal. Bukan tak nak cuti tapi macam rugi lak kalau cuti awal sangat duk umah tak buat pape. Sepanjang preggy nie CikPuanIsteri MC juz 2 hari j. Bukan nak tunjuk baik tapi tu la hakikatnya. Tak berapa suka nak ambik cuti kalau tak ada apa yang penting. Selagi boleh kerja memang CikPuanIsteri akan kerja. Dah bincang dengan Inchik Hubby kalau sampai hujung minggu nie tak bersalin jugak minggu depan baru start cuti 3 bulan tu. 

Oleh kerana Little B lambat keluar so hari Sabtu hari tu CikPuanIsteri & Inchik Hubby sempat lagi g jalan shoping apa yang patut. Dah lama dah intai benda nie akhirnya dapat jugak. Memang dari awal kawen lagi dah berniat kalau dikurniakan rezeki anak CikPuanIsteri nak breastfeed baby selagi mampu. Dan Alhamdulillah Alllah makbulkan doa kami. Sekarang tiba masanya CikPuanIsteri laksanakan niat tu. Macam yang korang tahu susu ibu adalah susu terbaik kan. Sapa yang tak nak bagi yang terbaik tuk anak die. 

Sebelum nie CikPuanIsteri ada buat entry pasal breast pump nie. Tapi sayangnya offer yang kat One Baby World tu dah tak ada. So berpaling arah ke Fablous Mom pulak. Lagi pon Fablous Mom ada outlet kat Johor. Boleh la g terus kat kedai & tanya camne nak pakai. Yela firstime kot nak pakai benda nie. Mana tahu kan.

Antara hasil tangkapan yang sempat dirembat.hehehe.
Tomme Tippe tu beli kat tempat lain tau bukan beli kat Fablous Mom.

Banyak gak kitaorang dapat diskaun. Kan sekarang ngah musim Year End Sale. So dapat la diakuan 20%. Harga breast pump tu RM 388.00 pastu tambah lak ngan extra breast shield set RM 70.00 so total RM 458.00. Tapi kitaorg juz bayar RM 338.00 j. Dapat la less lebih kurang 26%. Botol Jinggle Junggle tu pulak harga asal RM 24.90 and ada less 20% so tinggal RM 19.90. Terus j grab 2 kotak. Korang boleh check kat laman web die sebelum g kedai kalau nak tahu apa yang tengah sale. So sampai sana tinggal sambar j la kan.

Jamu lak CikPuanIsteri cuba guna Nona Roguy punya produk. Tengok dari feedback mommies yang pernah pakai ok jamu tu. So CikPuanIsteri pon try la guna kan. Jamu nie pon CikPuanIsteri dapat harga murah dari pasaran. So sesape yang nak jamu Nona Roguy murah boleh la jenguk kat blog Kak Engku nie. Harga memang sangat la berbaloi.

Dengan harapan dapat la kurus lepas makan jamu nie nanti.hahaha

Kenapa CikPuanIsteri tak beli jamu dengan Mak Bidan kampung?? Sebab jamu kampung biasanya dalam bentuk serbuk yang kena bancuh dengan air. CikPuanIsteri pulak jenis yang tak suka bau & rasa jamu. So kalau beli yang nie kan dah siap dlam kapsul tinggal telan j. Tu pon tak tahu lagi boleh telan or tak. Memang dari dulu CikPuanIsteri tak suka la. Sayur peria pon tak makan sebab dia ada bau & rasa yang tak berapa nak best. Kopi pon tak minum sebab bau die kuat & rasa yang agak pahit.hahaha.. Mengada j lebih aku nieh..!!!


Ok param dengan pilis lak CikPuanIsteri pakai yang kat atas nie. Benda-benda nie senag j nak dapat kat mana-mana kedai yang jual jamu or kedai yang jual set berssalin. Mesti dorang ada punya. Yang nie memang famous la. Harga pon murah j tak adalah mahal mana. Tapi bau die MasyaALLAH kuat gilosss. Macam nak pengsan. Tak dapat bayangkan nanti macam mana nak pakai bila dalam pantang. Mesti separuh mati menahan bau. Inchik Hubby kate CikPuanIsteri nie manja sangat, ada je yang tak kena.hahaha

Menantu : Anak mak nie manja sangat. Sikit-sikit mak. Semua nak ikut cakap die j...
Mertua : Dah sorang nie j la anak perempuan yang mak ada..Memang la manja...
Menantu : .........MyEm0.Com 
Anak : hahahaha...!!!!MyEm0.Com 

Konon nak mngadu tapi???hahaha.. Nie la yang buat CikPuanIsteri bertambah-tambah sayang kat mak. Mak & abah dah paham sangat perangai anak die nie. So diorang memang dah tak pelik la kalau anak die nie demand macam-macam. Nasib badan la Inchik Hubby dapat bini anak mak nie. Kena la tahan je..hehehe

Melalut sudeyyy..!!! Maka lengkap lah checklist tuk baby & bonda. Ok la nanti kalau CikPuanIsteri dah guna barang-barang tu CikPuanIsteri akan share ngan korang lagi k. Doakan CikPuanIsteri bersalin secepat mukin tau. Takut overdue lak nanti. Jeles bila tengok rakan seperjuangan yang sama-sama pregnant dah bersalin. Kita nie duk menunggu lagi. Doakan kami yerk.. ^_____^


Friday, December 7, 2012

:: Yasmin J Hunwick ::



Assalam....

Hye dears..!! Mesti korang rasa pelik tetibe ari nie CikPuanIsteri update sampai 2 entry. Kali nie tak nak cerita pasal my pregnancy. Sebenarnya tadi masa ngah blogwalking tetibe j terbaca pasal arwah Yasmin nie. Seyeslie CikPuanIsteri tak pernah tahu pon pasal kes die nie.

Yasmin J Hunwick atau nama sebenar Yasmin Johan Eusoffe seorang blogger yang masih muda.Kalau die panjang umur sekarang die baru j abis SPM. Tapi Tuhan lebih sayang die. Yasmin terlibat dalam 1 kemalangan ngeri kat Langkawi. Masa tu die naik motor ngan 2 orang lagi kawan die & semuanya meninggal. Arwah meninggal pada 3 Jun 2012. Lambat bebenor la baru CikPuanIsteri tau. Nampak sangat ketinggalan zaman..hahaha

Ok la xnk tulis panjang lagi coz susah update entry guna henpon nie. Macam nak tercabut tangan asyik typing eror memanjang. Nak tahu lagi pasal arwah boleh g kat blog die. Sekarang nie mak arwah da take over blog tu. So kalo korang rajin baca la. Nat tahu camne die ley xcident korang google j la yerk.ekekeke..


p/s:-
-abaikan la typing eror tu yerk. Susah nak update bile guna henpon nie. Kecik bebenor kalo nk bandingkan ngan laptop @ pc.
-nie link blog arwah : http://misschronicz.blogspot.com/
-jangan lupa sedekah al-fatihah tuk arwah.

:: Seminggu Je Lagi ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi..!!!! Hari nie masih diberi kesempatan lagi nak update entry. Little B masih lagi selesa kat dalam nie. Hari nie dah masuk 39 Weeks CikPuanIsteri preggy. Rasa macam baru semalam j dapat tahu pregnant. Masih ada masa lagi seminggu j tuk sampai due date. Tak sabar sangat nak jumpa my Little B nie. Nak kiss & huge sepuas-puasnya. Tapi kadanag-kadanag rasa macam tak percaya dah nak jadi EMAK ORANG. Mak pon selalu cakap rasa macam baru j mak lahirkan awak nie dah nak jadi mak orang pulak. Tapi tu la lumrah kehidupan yang kita kena lalui. Semua orang akan merasai juga. 


Perancangan nk cuti awal tu ada tapi tak tahu la jadi or tak. Kononya nak bed rest j la sampai bersalin. Simpan tenaga masa nak push nanti katenye. Mula-mula ingat nak cuti start 10.12.12 tapi takut bersalin lambat lak so boring duk umah sorang. Nak balik kampung tak sampai hati nak tinggal Inchik Hubby kat sini. Hati berbelah bahagi nie. Pikir punya pikir dah buat keputusan kalau minggu depan tak bersalin jugak nak ambik cuti start dari 17.12.12 sampai la 90 hari. Setakat nie larat lagi nk berjalan g kerja & shoping. Tapi tak lah sekuat dulu. Sekarang jalan sikit j rasa nak terkencing. So agak susah la jugak nk g jalan-jalan kat pasar malam. Yela kat situ mana la ada toilet, buatnya nak terkencing time tu camne??? So setiap kali nak berjalan mesti make sure tempat yang nak pergi tu ada toilet. Kaki pon senang bengkak bila banyak berjalan. Tu yang tak best.


Hari tu g klinik doktor cakap baby masih lagi lom engage. Lebih kurang dalam minggu depan kot baru bersalin. Alahai bila dengar lama lagi la nak bersalin nampak gayanya. Jeles j bila tengok kawan-kawan yang seangkatan dah selamat bersalin. Takut la pulak kalau over due nanti kena bersalin paksa (induce). Orang kata induce nie lagi sakit dari bersalin biasa. Yela baby kena paksa keluar kan. Pastu kena masuk ubat lak. Kalau boleh CikPuanIsteri nak natural birth. Baby lahir tanpa paksaan. Tapi kita hanya mampu merancang selebihnya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Apa yang mampu CikPuanIsteri & Inchik Hubby buat sekarang adalah doa supaya dipermudahkan segalanya. Korang pon tolong la doakan kami jugak ye.. Terima kasih..MyEm0.Com




Saturday, December 1, 2012

:: Update 38 Weeks ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hallooo...~~~~ Agak lama tak update. Mesti korang ingat CikPuanIsteri dah bersalin kan? Belum lagi la..huhuhu.. Minggu nie dah masuk 38 weeks tapi masih lagi tak ada tanda-tanda Little B nak keluar. Apa yang seronok sangat duk dalam perut ni gaknye.

Hari Jumaat hari tu gabra sekejap bila tetiba rasa cam sakit perut + keluar lendir masa buang air kecik. Ingat dah nak bersalin. Sibuk tanya senior-senior yang dah ada pengalaman. Ada yang kata dah masanya, ada juga yang kata lom lagi. Sakit tu tak berpanjangan. Juz rasa sakit dalam 10 minit pastu hilang. Cepat-cepat call mak tanya pendapat die. Mak kate kalau nak pergi hospital boleh jugak. Tapi CikPuanIsteri decide tunggu dulu sampai malam kalau sakit lagi maknanya dah nak bersalin lah tu. Tapi sampai ke malam tak ada dah sakit perut tu. Maybe tu cuma Braxton Hicks j. Punya la gabra tak hengat.hahahaha.. Almaklumlah tak pernah ada  pengalaman lagi kan. Inchik Hubby lagi la gabra. Setiap satu jam tanya ada sakit or tak.huhuhu

38 weeks

Banyak juga perubahan yang CikPuanIsteri alami bila dah masuk 38 weeks nie. Pertamanya berat makin naik. Tu perkara biasa la kan. Asyik nak makan j mulut ni. Pagi wajib breakfast pastu lunch, balik kerja pulak terus masak & makan, malam nanti sambil tengok Adam & Hawa request burger dengan Inchik Hubby.hehehe..Inchik Hubby pon dah paham setiap malam die akan buat burger tuk bini die nie..ekekeke.. Yang keduanya makin kerap kencing. Rasanya Little B dah menurun so menekan pundi kencing. Tu yang buat CikPuanIsteri asyik kuar masuk toilet j. Paling kurang 2 jam sekali. Sehari tak tahu la berapa kali. Selain tu CikPuanIsteri punya sistem kumbahan pon makin lancar. Setiap kali makan mesti nak melabur terus. Kalo makan pagi tengahri dah melabur. CikPuanIsteri bukan jenis yang senang nak melabur. Normal 2 @ 3 hari sekali melabur. Sekarang kalau makan 3 kali so melabur 3 kali jugak. Bila fikir-fikir bagus jugak camtu. Tak adalah risau kalau sembelit bila dalam pantang nanti. Seksa WoOoO kalau sembelit masa dalam pantang. Dah la korang tengah sakit kat tempat tutttt pastu sembelit pulak...fuuhhh..!!! Double sakit. Korang bayangkan la sendiri.

Ok dah la update entry nie. Tak larat nak duduk lama. Perut lak sekejap-sekejap mengeras. Rasa sangat tak selesa. Esok nk g chechup kat klinik. Sebenarnya banyak benda nak upadate tapi tak larat nak duduk lama sangat. Nextime update lagi yerk. Doakan baby kuar minggu nie & dipermudahlan segalanya...amin...

P/s:-
- Inchik Hubby ngah sibuk tengok bola Malaysia Vs Indonesia macam nak tercabut anak tekak die terjerit-jeirt.
-abaikan gambar yg blur tu..hehehe