:: Checkup : 19 Weeks ::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Macam yang CikPuanIsteri dah bagitahu dalam en3 yang lepas hari ni CikPuanIsteri kene g checkup. Kali ni CikPuanIsteri kene g sorang j coz Inchik Hubby ada meeting & tak dapat nak teman. Macam biasa pagi-pagi dah siap. Sampai klinik dalam pukul 8:00am terus ambil nombor. Korang agak-agak CikPuanIsteri dapat nombor giliran berapa??? Giliran yang ke 56 okeyyyy...!!! Datang punye la awal pon dapat nombor 56. Frust...!!!

Lepas ambil nombor terus g bilik atas coz kene ambil darah sebelum minum air gula. Memang CikPuanIsteri tak pausa hari ni. Lepas da minum tu tertunggu-tunggu juga nama dipanggil. Tapi tak de pon. Sampai la dah kene ambil darah kali kedua pukul 10:00am pon nama masih belum di panggil. Lama gila tunggu sempat jugak CikPaunIsteri g membuang.hehehe. Lebih kurang dalam pukul 11:00am baru nama CikPaunIsteri di panggil. Check tekanan adrah ok 110/70, Hb pon ok 12.6, berat tak berapa ok coz tak naik 77.5. Yang lain-lain semua ok. Alhamdulillah. Nak check perut kene tunggu lagi. Pukul 12.15pm baru die panggil tuk check perut pulak. 12.30pm baru boleh balik. Dah la waktu panas dengan ramai orang lagi.

Korang bayangkan la berapa lama CikPuanIsteri kene tunggu. Dekat 5 jam. Punye la jenuh menunggu. Inchik Hubby dah bising apasal dorg ni buat kerja lembab sangat & die decide tuk checkup kat klinik swasta j. Bayar sikit pon tak apa dari kene tunggu sampai 5 jam. Tapi kami masih belum pilih klinik mana yang kami nak pergi. Inchik Hubby cadangkan Klinik Min dekat Batu Pahat. Klinik ni kotrang memang da basa datang. Dari CikPuanIsteri bujang sampai la sekarang suka g klinik nie kalau sakit. Tapi tak sure lagi klinik ni ada buat checkup untuk ibu mengandung or tak. Lagi 1 klinik dekat Taman U, Klinik Siti Fatimah. Klinik ni pulak tempat opismate CikPaunIsteri checkup. Tengah berfikir-fikir nak pilih yang mana.

Bukan nak belagak or nak menunjuk tapi juz nak memudahkan kerja. Rasa membazir masa 5 jam menunggu. Kalau kerja dah boleh siapkan apa-apa yang patut. Nasib la CikPuanIsteri pergi sendiri kali ni. Kalau Inchik Hubby teman lagi kesian. Next checkup 30.08 minta sebelah petang. Harap-harap tak la lama. Kalau result MGTT ok nak stop terus dekat klinik desa & sambung kay klinik swasta. Tapi kalau MGTT tak ok terpaksa gak sambung terus dekat klinik desa. 4 bulan lagi nak tunggu My Little B keluar. Sekejap j masa berlalu.huhuhuhu

Letih tunggu lama sangat.Nasib baik tak pose balik boleh makan.hehehe


p/s :

  • kalau korg nak cepat g j la checkup klinik swasta.
  • Kementerian Kesihatan kena buka 1 lagi klinik desa kat kawasan Kempas ni.
  • Mengandung suka tapi nak checkup yang malas.hahaha

Comments

  1. Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

    A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


    Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    Place order or grab our limited supply now.

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    Http://mamarxstorymory.wordpress.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::