:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::

☆★ Assalamualaikum.. ☆★

Korang baca tajuk j mesti korang dah tahu yang CikPuanIsteri kat mana sekarang kan?? alkisahnya CikPuanIsteri dah masuk wad kat Hospital Sultanah Fatimah Muar. Kisahnya camnie...

19.12.2012
05:00am

trjaga dari tido coz inchik hubby bangun buang air. tetiba rasa cam ada benda mengalir. ingatkan keputihan biasa coz sejak akhir-akhir nie memang banyak jugak keputihan keluar. so ingat nak ignore j. tetibe lak ada rasa nak kencing. bila g j toilet tengok kat panties ada darah. fresh blood..!!! ada la dalam 2@3 tompok. hati da mula cuak. bila buang air tengok kat toilet bowl ada lg darah berketul. masa nie memang dah kompom la nak bersalin. terus kejut inchik hubby tunjuk kat die darah atas katil.

sebenarnya dari malam lagi dah rasa sakit perut. tapi tak ada la sakit sangat. mula-mula ingatkan lapar coz semalam memang tak makan nasi pon. so ignore j la. mana la tahu sakit nak bersalin kan.lagi pon sakit masih boleh tahan lagi. teringat orang pesan kalau ada tanda nak bersalin & sakit tak kuat tak yah g hospital dulu. tunggu da betul-betul sakit baru g hospital. so kami decide nak tido dulu sementara tunggu subuh. tapi CikPuanIsteri da tak ley tido coz sakit tu makin kerap. bila tengok jam sakit dah 10 minit sekali
 dalam hati tergerak nak kemas apa yang patut. cikpuanisteri pon g la basuh baju, kemas dapur & mandi. kali nie mandi puas-puas, habis semua tempat kena sental. bila mandi j baru tak rasa sakit. siap mandi kejut inchik hubby. tanya dia nak checkin kat hospital mana. dia kata tak kisah. so cikpuanisteri ajak la balik muar. dalam hati rasa sempat lagi nie kalau balik muar. terus kemas baju yang nak di pakai sepanjang 3 bulan duk muar nanti. inchik hubby sempat lagi kemas rumah buang habuk, mop lantai & bersihkan carpet. aduhai sabar aja la.

dalam pukul 7 ktorg pon gerak balik muar. cuak gak takut terbesalin dalam kereta. tapi ktorang tawakal j la. dalam perjalanan sempat lagi CikPuanIsteri tidur coz nak simpan tenaga la kononnya. sampai j hospital muar dalam pukul 10.30am terus g kat bilik saringan. masa ni darah & lendir still lagi keluar. bila doktor cek bukaan jalan @ rahim baru j 2 cm, terus admit wad dulu. nasib barang-barang memamg sda standby. sakit still macam biasa. inchik hubby hantar g kat katil & teman sekejap. bila habis waktu melawat inchik hubby g checkin kat hotel yang terdekat. dia kata malas nak ulang alik dari rumah mak.

9:00pm

doktor datang untuk handover tugas. so doktor yang bertugas malam tu suggest tuk cek jalan. dalam hati takut gak tapi nak tahu da berapa bamyak yang bukak. so lepas die siap meronda doktor pon panggil. bila dia cek da 4cm. terus doktor suro masuk labour room. siap-siap call inchik hubby bagitahu da boleh masuk labour room. tak tahu pukul berapa inchik hubby sampai hospital coz masa tu cikpuanissteri dah masuk. bila masuk kat dalam bilik tu perasaan bercampur baur takut pon ada gak.dorang terus pasang mesin ctg tuk pantau jantung baby. Doktor ada offer ubat tahan sakit tapi cikpuanisteri tolak coz masa tu tak rasa sakit sangat. lepas tu terus dorang pecahkan air ketuban. rasa cam ada belon pecah kat dalam perut & tetiba de kuar air. mula-mula ingat terkencing rupa-rupanya air ketuban yang keluar. bila doktor tengok air ketuban da tukar warna hijau maknanya baby dah berak kat dalam. So dorng terus decide tuk induce coz takut baby makan tahi lak. oleh kerana boring & tak rasa sakit sangat sempat jugak tido. bila sedar j tengok inchik hubby dah ada kat sebelah. Rupanya nurse da panggil coz tengok contraction makin kerap tapi cikpuanisteri masih lagi ok. Still lagi boleh gelak-gelak dengan inchik hubby.

Bila bukaan servik 6cm cikpuanisteri da makin terasa sakit. Da makin tak tentu arah. Rasa sakit makin kerap & tak selesa. macam nak patah pinggang. Mintak inchik hubby tolong dudukan walaupon mesin ctg dah terpasang kat perut. Makin lama makin sakit, suro inchik hubby pegi panggil nurse coz nak ubat tahan sakit. Tadi doktor offer tak nak.ekeke..Kesian inchik hubby terpaksa layan j bini die yang da ting tong nie. Nasib la inchik hubby layankan je. Kat sini baru nampak pentingnya suami disisi isteri saat isteri nak melahirkan. Plizzz ye para suami jangan biarkan isteri anda sorang berjuang untuk melahirkan. Dia sangat memerlukan anda. Nurse bagi ubat tahan sakit yang suntik kat punggung tu. Cikpuanisteri minta etanox nurse tak bagi coz dia kata nanti bila masa nak teran kita separuh sedar & akan jadi masalah. Yela kalau separuh sedar nanti doktor suroh teran kite bantai tido lak. Tak ke haru dibuatnya. Kesan dari ubat tahan sakit tu cikouanisteri rasa mengantok sangat. Sedar bila ada contraction. Menggigil 1 badan tahan sakit. Masa nie inchik hubby da tak sanggup tengok cikpusnisteri tanggung kesakitan. Inchik hubby suruh operet j. Tapi cikpuanisteri tak nak coz masih lagi mampu tahan. Lagipon effect dari operet nanti lagi susah.

20.12.2012
5:00am

Tengah ting tong tetibe j rasa cam ada benda nak keluar, rasa nak meneran sangat. Terus tekan butang emergency panggil nurse & bagitahu ada rasa nak meneran. Nurse tak bagi teran coz masa tu bukaan sevik varu 7cm. Kene tunggu sampai 10cm. Ya Allah masa dengar camtu rasa nak nangis. Betapa punya la lama nak tunggu. Sempat lagi tertido tapi tak lama. Bila sedar j rasa sangat nak meneran. Memang da tak pikir apa lagi masa tu, teran gak walaupon tahu kalau teran awal akan bengkak & bertambah sakit. Bila rasa dah makin tak tahan terus tekan butang emergency. Doktor masuk & inchik hubby keluar coz doktor nak cek bukaan servik. Yang sedihnya masih lagi 7cm.

Makin lama makin tak boleh tahan. Terpaksa teran gak. Doktor pon bagitahu dah boleh teran. So cikpuanisteri pon teran sepenuh perasaan. Masa tu dah tak ingat apa lagi dah. Yang terfikir kat otak masa tu nk cepat keluarkan baby. Sempat gak terbayang dosa-dosa silam.ekekeke...

Tetiba nampak inchik hubby masuk. Rupa-rupanya kepala baby dah nak keluar. Oleh kerana cikpuanisteri tak tahu nak teran camne so kepala baby tersangkut. Nurse terus tarik tangan bagi rasa kepala baby. Lepas da rasa tu terus bersemangat nak teran. Inchik hubby ada kat sebelah bagi semangat. Tapi nafas tak panjang. Asyik putus nafas j. Masa tu da rasa frust coz tak boleh teran dengan betul. Tetibe doktor arahkan nurse ambik mesin vacum coz kepala baby da lama sangat sangkut. Bila dengar j nak vacum semangat datang balik. Tak nak la sampai kene vacum kan. Kesian kat baby nanti. So teran lagi selagi mampu. Inchik hubby tolong push bahu dari belakang. Tak sedar berapa kali push terkeluar kepala baby. Nurse semua jerit lagi suro push kuat lg coz nak keluarkan badan lak. Tarik nafas sehabis panjang & push sekuat hati.

06:07am

Tetiba dengar inchik hubby ucap Ahamdulillah........ dan dengar la tangisan Little B buat kali pertama. Masa tu tenaga memang da abis terus. Cuma nampak inchik hubby meleleh air mata sambil kiss cikpuanisteri. Lepas tu terus da tak sedar. Sedar j doktor tengah keluarkan uri @ placenta. Maka bermula la proses jahit menjahit. Tak yah la citer proses jahit menjahit nie, kang ada yang rak nak beranak lak.hehehehe.. Dah tak pikir pape lg masa tu. Rasa haus sangat. Minta air ngan nurse. Tunggu punya la lama. Lepas dorg da siap bersihkan semua baru la bagi air. Ya Allah nikmatnya dapat minum air milo. Lepas dorang da siapkan baby & da salinkan cikpuanisteri baru la kamu dihantar ke wad. Kat luar inchik hubby & mak dah tunggu.


Macam tu la kisahnya. Sorie la kalo korang ngantok baca entry kali nie. Rasanya nie entry yang terpanjang cikpuanisteri buat setakat nie.

Assalamualaikum...
Nama saya Muhammad Ammar Rizqy

Keadaan dewan bersalin.

Wad 13 HPSF

Katil cikpuanisteri 



:DAlhamdulillah syukur dengan kurniaan Tuhan. Semoga Baby Ammar menjadi anak yang soleh. Terima kasih pada mereka yang mendoakan kami selama nie. sape kate bersalin tu sakit memang tipu. Sebenarnya bersalin tu nikmat bila dapat tengok hasilnya.. =)

Comments

  1. Ya Allah, hampir menitis air mata mila sebak pulak baca...xsabar nak merasa macam tu walaupun rasa macam takut pulak ! nani congrate ya...:)

    ReplyDelete
  2. @Mila Ahmad insyaAllah lps nie mila plak..jgn tkut xsakit pon..mcm kne gigit semut j..ekekekeke

    ReplyDelete
  3. best2......hehehe.....hasilnye......comel.....

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak..Best Bca ceritanya ada part yang buat kita Ketwa sorg2..hihihihi Nieh yang tak sbr nk kwin nieh...=)

    ReplyDelete
  5. @Dairy's PurpLe90 ha cpt la kawen...blh la ammar dpt adk cpt..hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...... Actually.pengalaman bersalin ni x sama..sayaAlhamdulillah...dah 3 org...mudah bersalin...anak 1st, stgh jam sebelum bersalin baru ke hosp.... Bukaan serviks almost fully.... Harap2...anak yg seterusnya juga senang bersalin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::