Tuesday, June 26, 2012

:: Bye-Bye Trimester Pertama ::



Fuhh~!!!Lega sudah CikPuanIsteri bila dah lepas Trimester Pertama. Kejam celik kejam celik da nak masuk 4 bulan pregnant. Besar dah anak bonda..hehehe..kalau da keluar da boleh menyiarap kot..hehehe. Punye la rase takut mase Trimester Pertama coz pada masa tu baby dalam kandungan kita belum kuat lagi. So kene la banyak berhati-hati coz segala kemungkinan boleh berlaku.

Tak banyak sangat yang berbeza sepanjang Trimester Pertama nie coz CikPuanIsteri tak de alahan sangat. ALHAMDULILLAH . So kat sini CikPuanIsteri nak kongsi sikit apa yang CikPuanIsteri lalui sepanjang Trimester Pertama nie.




  1. Kelewatan datang period
  2. . Ok yang nie CikPuanIsteri da cerita dekat sini. Boleh baca yerk
  3. Rasa tak bermaya & rasa nak pitam.
  4.  Kebiasaaan orang yang pregnant akan rasa loya & sakit kepala pada sebelah pagi, tapi tidak bagi CikPuanIsteri. CikPuanIsteri rasa loya pada sebelah malam terutama lepas waktu Maghrib. Pada sebelah pagi lak bila bangun j tido rasa nak pitam. Tak boleh nak diri lama sangat. So nak mandi pon susah. Tapi kene la pandai-pandai cari idea macam mana nak mandi kan. Tak kan nak g kerja tak mandi.hehehe..Rasa cepat mengah, baru j buat kerja sikit da terasa penat & mengah.
  5. Sembelit.
  6.  Rasanya yang nie pon normal bagi orang yang pregnant. Dah dekat nak akhir Trimester Pertama boleh pulak sembelit nie menyerang. Sangat seksa okeyy..!! Nak kata kurang minum air masak tak jugak. Oleh kerana pregnant & doktor nasihatkan tak makan ubat sembarangan, CikPuanIsteri pon ambik inisiatif dengan minum Yakult & Vitagen banyak-banyak pada waktu pagi sebelum sarapan. Alhamdulillah selesai gak masalah nie.
  7. Perut rasa kejang @ krem.
  8.  Kadanag-kadang rase tak selesa dekat bahagian ari-ari. Rasa macam sengal-sengal sikit. Perasaan waktu nie takut sangat coz CikPuanIsteri tak tahu sama ada perkara nie normal or tak. Bila tanya officemate yang da pernah mengandung dia orang kate tak de pulak rasa macam ni. Sesekali ada jugak terfikir tanda-tanda keguguran k? Apa yang boleh CikPuanIsteri & Inchik Hubby buat doa semoga semuanya selamat & kurangkan buat kerja.
  9. Mulut rasa payau @ pahit & kurang selera makan.
  10.  Sebelum tahu pregnant CikPuanIsteri suka angat minum jus buah bila sarapan. Ada jugak officemate tegur tanya sama ada CikPuanIsteri pregnant or x? Tapi masa tu belum buat UPT lagi so kate lah tak..heuheuheu..Bila pagi mulut akan rasa lain macam sikit. Nak rasa benda masam-masam tapi bukan asam or jeruk. CikPuanIsteri tak suka sangat makan asam or jeruk. Yang paling teruk CikPuanIsteri tak boleh tengaok ikan,ayam & daging. Boleh muntah kalo tengok. Mesti korang pelik apa yang CikPuanIsteri makan kalo semua tu tak boleh makan? CikPuanIsteri cuma makan nasi & sayur j. Sangat berkhasiat bukan??hahaha..
  11. Kerap buang air kecil.
  12. Ha yang nie wajib dilalui bagi ibu-ibu mengandung. Anda akan membuang air kecil dengan kerap walaupom anda rasa baru j lepas buang air kecil. Time puasa pon CikPuanIsteri boleh berulang-alik ke bilik air apatah lagi kalau tak puasa. Kadang-kadanag bila tengah syok tido malam-malam tiba-tiba j rasa nak terkucil, terpaksa la bangun jugak.
  13. Perubahan pada payudara.
  14. Time tu breast CikPuanIster sangat la sakit macam kita nak datang bulan tapi kali nie lebih lama. Bayangkan lah selama 3 bulan menahan sakit. Tuhan j la yang tahu. Selain tu areola akan bertukar sedikit kehitaman. Yang paling ketara adalah sizenye pon bertambah..!! (Inchik Hubby pon akui..hahaha)
  15. Rasa panas & tak boleh tidur malam.
  16.  Bila malam j mesti rasa panas. CikPuanIsteri mesti kuatkan kipas, tapi Inchik Hubby pulak kesejukan. Kesian Inchik Hubby. Start j pukul 3:00am mule la rasa gelisah tak boleh tidur. Yang nie sampai sekarang pon masih CikPuanIsteri alami.
  17. Sakit pinggang.
  18.  Sakit yang bukan sikit tapi banyak. Cepat sangat lenguh kat bahagian pinggang. Tidur pon terganggu. Asyik terjaga j.Bila duduk lama pon tak selesa. Sakit pinggang pon CikPuanIsteri alami sampai sekarang.

Nie j  la yang CikPuanIsteri alami selama 3 bulan terawal nie. Harap-harap la lepas nie xde dah. Baru lah boleh lena tidur..hehehe,,okeyy nak balik dulu coz petang nie ade checkup kat klinik desa..adiosss..!!

1 comment:

  1. cx tgh payau2 lidah skrg. da bbrp hari baru perasan. air liu asyik nak merembes je. pastu bdn cpt pnt . nk kate preggy, minggu ni baru dikira waktu pengovulan. pening2.

    ReplyDelete