Thursday, November 7, 2013

:: Ammar rizqy 《8-10 months》::

Assalamualaikum....


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahalillah, Allahuakbar..!! Lama sungguh saya tak menjenguk blog nie. Apatah lagi nak buat entry. Asyik log in pastu bw &  log out. Bukan merajuk. Urmm entah kenapa rasa malas tu timbul (nampak sangat banyak syaitan yang menghasut). Banyak nak share tapi malas nak menaip. Banyak updated yang dah tertinggal. Insha Allah saya cuba update sikit-sikit.

Ok firstly saya nak update pasal my lil caliph yang da masuk 10 bulan nie. Last update masa umur 7 bulan. Skip 3 bulan. Saya jamakkan terus j la kat 1 entry senang kan.heuheuheu...

8 months old
9kg
74cm


9 months old
8.8kg (berat turun sebab asyik batuk j)
Tak tahu tinggi berapa

10 Months
9.2kg

Perkembangan terkini my lil caliph dah pandai bye-bye kalau nak pergi berjalan. Nampak j pintu terus angkat tangan nak bye-bye. Bila tak nak sesuatu my lil calpih akan geleng kepala. nak share video tapi sangat lembap nak upload. So follow j instag & keek saya k. Mula teething pada usia 10 bulan. Nampak dah gigi dua batang belah bawah tu. Dah pandai menapak walaupon kekadang tak pandai sangat nak imbang badan. So bonda ngan ayah kena kerja keras la lepas ni. Dah tak mahu masuk walker lagi. Sibuk la nak berjalan keliling rumah. Ya Ampunnn macam nak tercabut kaki kejar budak debot ni. Tapi my lil caliph relax j berjalan tanpa henti.

Ni mak tok punya kerja. Siap ngan mak tok sekali tido. Bukan main lena lagi.

Tengok la muka die macam tak ada perasaan j.

Kat kampung kita orang panggil Gerabak. Kat tempat lain tak tahu la panggil apa.

Gaya tido terkini. Jari tetap tak lepas hokeyyy..!!
Muntut kasi tonggeng sikit..hehehe



Pantang nampak straw tau budak nie. Sibuk la die nak gigit.

Nila gigi baru saya.. =)

Hitam itu menawan.
Muka nak mesti masam j. Kalau time mood baik menyengih j manjang.

Ni jadi tempat pebret die. Kaki kalau tak hentak kat dvd player memang tak sah. Separuh nyawa dah dvd palyer tu.

Sekarang dah pandai protes kalau kita halang apa yang dia nak buat. Da bujang la kononye tu. Suka sangat masuk dapur tolong bonda masak. Yang paling bahaya die da pandai kuatkan api dapur gas. My lil caliph nie jenis tinggi orangnye. So bila die jinjit j sampai la kat dapur gas. Lepas nie memang kena perati kan betul-betul. Budak tengah nak membesar ni memang tak boleh leka. Inchik Hubby pon dah tak joging lagi setiap petang coz nak jaga my lil caliph masa saya sibuk masak. Bukan apa takut kalau terkena minyak or air panas. Masa kita masak kadang tak sedar die datang dari belakang.

Minggu depan nak kena bawa my lil caliph g checkup kat hospital. Ingat lagi x masa my  lil caliph demam panas awal puasa dulu. Kalo nak tahu boleh baca kat sini. Sejak dari tu doktor dapat detect yang sel darah merah y lil caliph kurang. So doktor suspect Anemia. Siapa yang tak tahu Anemia sila la gunakan pakcik google ye. Punca masih belum diketahui lagi. Setiap kali checkup mesti kna cucuk untuk ambik darah. Meraung-raung la my lil caliph. Tapi saya tabahkan hati jugak coz nak bagi die sihat kan. Minggu depan conform la kena cucuk lagi. Harap la bacaan hb akan ok. Minta jasa baik korang doakan Muhammad Ammar Rizqy sihat selalu ye.


p/s:-
- doakan my lil calpih supaya result darahnye akan ok & sihat selalu. TIA

2 comments:

  1. comey jer si kecil ni......blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

  2. Ingin bercuti?
    Perlu tempat bermalam?
    Senarai homestay di seluruh malaysia ada disini.

    ReplyDelete