Wednesday, June 12, 2013

:: My Breastfeeding Journey #5 Pam Ketika Outstation ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hye peeps..!!! huarghhhhh~~ menguap panjang setelah sekian lama tak hapdet blog.mhuahaha. Syok ari nie dapat hapdet blog guna komputer kat UTHM nie. Apa cikpuanisteri buat kat sini?? Bukan sambung study lagi yerk tapi ada kursus 3 hari kat sini. 

Firstime berjauhan dengan may lili caliph mula-mula rasa lain sangat. Coz da biasa dengar rengekan manja si kecik tu bila tak dengar sehari j rasa macam nak meroyan. Masuk hari kedua semuanya macam biasa. Dah tak rasa sangat. Lagi pun  masa tengahari Inchik Hubby ada datang bawa lil caliph coz nak ambik susu. Terubat la jugak rindu dengan lil caliph.

Walaupon jauh ngan lil caliph kewajipan sebagai seorang ibu tetap juga kena laksanakan. Jadual mengepam ada sikit lari la coz ikut kesesuan tempat & masa. Nak cari port pon lambat sikit coz tak biasa lagi dengan tempat ni.Cikpuanisteri gun spectra 3 tuyang mrnjajau cari soket elektrik. Ingat nak hapgred ke Rumble Tuff tapi tengok review ada yang ok ada yang tak. Masih berbelah bahagi lagi. Ada sesapa yang guna Rumble Tuff boleh kongsi ngan saya review selepas mommies guna.hehehe


Hari pertama cikpuanisteri pam kat masjid besar UTHM. Kalau korang lalu depan UTHM mesti perasan masjid warna biru. Mukin agakjanggal coz semua student & Cikpuanisteri sorang j nursing mama kat situ. Ke hulu ke hilir duk bawak bag pam. Tak kisah la apa orang nak kata yang penting kewajipan tetap dilaksanakan.


Hari kedua ulak kita orang kena move out dari makmal komputer perpustakaan UTHM coz Sultan Johor nak datang rasmikam library nie. Library nie adalah library terbesar kat asia tenggara. So kita orang move kat kolej kediaman student belakang McD parit raja tu. Tak ada la jauh mana pon. Kat situ dala computer lab juga. Masa ni cuak juga coz kar tempat ni tak tahu kat mana surau. Kalau tak ada surau naya la mak nak oiii~~ Kat mana nak mngepam nanti. Nasib baik ada surau kat situ. UTHM ada buat rumah kedai sebagai surau. Fuhh lega~~

Hotel pula tak ada sediakan peti coz hotel bajet. Pening lagi kepala nak cari peti sejuk. Tetibe teringat lak kat loby hotel ada jual aiskrim. Terus malam tu turun bawah tanya boleh tak tumpang susu kat peti & receptionist tu kata ok. Syukur Alhamdulillah.. Allah permudahkan lagi urusan kami. Setiap kali pam susu tu cikpuanisteri tak hantar terus tapi tunggu next session. Susu tu tahan 3 jam dalam suhu bilik. Lagipon bilik tu ada aircond kan.

Hari nie last day..yahooo..!!! Dapat pulak anugerah peserta kedua terbaik sepanjang kurusus nie.huahuahua. Dapat gift. Yeay..!!! walaupon hanya pendrive 8GB pon gift jugak kan :p Kesian lil caliph kena tinggal ngan mak tok & ayah 3 hari nie. Tak sabar nak gomol budak kenit nie. Tunggu bonda balik yer sayang Ok la setakat nie dulu. Kang ada lagi benda nak story kita sambung yerk. ;)

3 comments:

  1. Tahniah Mama Ammar,
    gigih dan berjuang utk bg susu terbaik utk baby=) takpa, berganda pahalanya, dan semestinya terbaik utk anak kita=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear....

      In shaa Allah selagi mampu sy akn laksanakn tanggungjawab senagai seorang ibu.. ;p

      Delete
  2. Mmg group tu da delete.tp die da buat page..same je. .kat blog sy ade link..awak search je kat fb

    ReplyDelete