Thursday, March 15, 2012

:: Caramel Cake ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Sekian lama tak menulis entri..hehehe…bukan menghilang kemana pon tapi tak de idea nak tulis pa..al-maklumlah CikPuanIsteri bukan blogger tegar…menulis bila ada idea jerk….
Semalam InchikHubby ade request cake tuk bawa g kenduri Doa Selamat kat rumah kawan die… bila tanya InchikHubby nak bawa cake apa die kate terpulang…dalam otak da terkeluar beberape jenis cake…so selak punye selak koleksi resepi tetibe ternampak lak resepi Caremal Cake….Inchikhubby kate buat dulu kat umah bagi die rase bari boleh bawa g rumah orang...Nasib baik bahan2 semua ada...so mari kite mulakan~~~

Bahan-bahan gula hangus :-
  • 2 Sudu besar gula kasar
  • Loyang 8 inci/ 20cm
Cara-cara :-
  • Taburkan gula dalam loyang.
  • Panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.(kalau api terbesar gula akan hangus & kek akan jadi pahit)
  • Biarkan sehingga gula cair & bertukar warna coklat.
  • Matikan api & ketepikan. Gula akan mu la mengeras & biarkan saja. Boleh mulakan adunan seterusnya.


Bahan-bahan puding :-
  • 200 ml susu segar / susu cair (CikPuanIsteri guan susu HL)
  • 3 biji kuning telur.
  • 70 gm gula kastor / gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara :-
  • Masukan semua bahan2 & kacau perlahan jangan sampai berbuih.
  • Bila semua sebati, tapiskan kedalam loyang gula hangus tadi.
  • Mase tuang nanti korang akan dengar bunyi macam kaca pecah.
  • ketepikan & mulakan adunan untuk kek pula


Bahan-bahan kek :-

Meringue
  • 6 biji putih telur (guna putih telur yang lebih tadi + putih telur baru)
  • 70 gm gula kastor / hula halus
  • 1 sudu teh cream of tartar
Cara-cara:-
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula kastor / gula halus & cream of tarttar
  • Pukul lagi dengan high speed sehingga kental & kaku (kalo telangkupkan x akan tumpah)
  • Ketepikan


Adunan 2 :-
  • 3 biji kuning telur (lebih dari putih telur yg da guna tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml mimyak masak
  • 70 gm gula kastor / gula halus
  • 140 gm tepung gandum (CikPuanIsteri guan tepung superfine kes malas nak ayak )
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara :-
  • Ayak tepung & baking powder. ketepikan.
  • Putar kuning telur + air + minyak sampai kembang & putih (CikPuanIsteri buat xputih pon walau da lama putar)
  • Masukkan gula kastor / gula halus & pukul lagi samapai kembang. Matikan mixer
  • Masukan tepung gandum sikit2 & kaup balikkan sampai tepung habis
  • Masukkan separuh adunan meringue & kaup balik lagi sehingga sebati
  • Masukkan lebihan meringue tadi & kaup balik lagi sehingga sebati
  • Bahagi adunan kepada 3 & warnakan ikut suka. (kalau malas terus tuang pon tak apa)
  • Panaskan oven 160 degree
  • bakar secara double boil selama 50 minit @ sehingga kek & puding masak
  • Selepas kek masak biarkan dalam oven selama 10 minit @ sehingga kek lekang dari loyang
  • Terbalikkan kek atas pinggan & kek akan turun sendiri.
  • Nak sedap simpan dalam peti sejuk


Jom layan gamabar pulak

Sebelum masuk dalam oven

Dug Dag Dug Dag

Oven saya =)

Selepas 10 minit dalam oven

Da terbalikkan 

Taraaaaa...!!!!!!!!

Nyum3 =p
Itulah hasilnya....bat sendiri lebih berbalio daripada beli.sebab terjamin kebersihan & kita tahu barang2 yang digunakan..So tak delah was2 sangat..

Inspirasi dari otai2 dapur:-
  1. Kak ita (orang johor gak nie )
  2. Kak E-na (resepi dari jauh negara matahari terbit)
TQ soo much kepada akak sekalian yang banyak tak kedekut kongsi ilmu...

p/s :-
- Tolong jangan bandingkan kek CikPuanIsteri dengan kek dari otai2 di atas coz mestila kek CikPuanIsteri akan kalah..hahaha


SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Salam kak, cantiknya kek caremel ni.. nk tnya.. mcm mn nk bt corak 3 kaler tu.. menarik. Tpi anum xthu caranya.. sungguh mengujakan kalau dpt buat kek akak yg so colorful.. hehe.. nnt akak emel pd anum ye.. nurhanum.aini28@gmail.com. trm ksh kak.

    ReplyDelete