Monday, August 29, 2016

:: Kehidupan ::



Assalam...

Setelah sekian lama aku tak update blog hari ini tergerak nak menulis. Sepanjang dua tahun ni banyak perkara yang aku dah lalui. Segalanya membuatkan aku semakin dewasa. Apa pon yang kita hadapi kena la tangani dengan cara yang terbaik. Aku syukur perkara yang berlaku itu membuatkan aku sedar setelah sekian lama terlena. Kini aku bangkit demi masa depan kami. Demi anak-anak yang masih perlu di bimbing.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang aku mahu hanya secebis kekuatan dari Yang Maha Esa untuk aku terus melangkah kehadapan. Masih banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Terkadang aku juga lelah dengan dugaan ini. Terkadang aku juga tersungkur. Selagi mana aku mampu bernafas aku akan teruskan kahidupan demi anak-anak ini, Hanya mereka kekuatan yang aku ada.

Image result for move on

Kepada kamu,kamu dan kamu, aku serahkan segalanya pada Yang Maha Berkuasa. Terima kasih kerana kamu , kamu, dan kamu telah membuat jiwa aku sekuat ini. Kifarah itu ada. Sesungguhnya ALLAH tak pernah tidur dan Malaikat tak pernah berhenti mencatit. Aku juga ade khilaf. Semoga kamu, kamu dan kamu akan sedar juga satu hari nanti. Aku hanya mampu memaafkan tetapi tidak cukup kuat untuk melupakan. Sakitnya hanya aku yang rasa.

Aku semakin lelah. Entah esok lusa aku akan tumbang menyembah bumi. Aku juga punya hati perasaan yang sama seperti kamu, kamu dan kamu. Impian ku hanya ingin hidup bebas dari dibelenggu bayangan silam. Aku berharap, sangat berharap agar DIE tujukkan jalan yang terbaik buat aku dan anak - anak. Aku memohon doa anda, anda dan anda yang budiman untuk terus mendoakan aku agar aku tetap kuat menempuhinya.

Adios~



1 comment:

  1. Blogwalking sini :)
    trima kasih singgah belog cik kumbang (^_^)

    ReplyDelete