:: Sepintas Lalu ::

Assalamualaikum....

Sekian lama tak hapdet blog ni. Bukan tak sudi tapi tak berkesempatan j. Mood lak asyik la kelaut. Actually saya & Lil Caliph tak berapa sihat sejak Raya hari tu. Raya pertama dah mula rasa sakit tekak. Kan musim panas masa raya tu. Pastu g raya rumah orang semua pakat keluarkan ais. Nak tak nak terpaksa la minum jugak kan jaga hati tuan rumah katenye. Ntah kenapa sejak lepas bersalin nie kalah betul dengan ais. Minumnye ciput j tapi kesannye lama woOoO... Lepas tu makan pulak kuih raya yang berminyak-minyak mana la tak gatal tekak ni.

Nie dah dekat sebulan saya batuk. Lama kan???? Sebabnya saya tak ambik apa-apa ubat pon.huhuhu.. Breastfeeding mommies tak boleh suka-suka ambik ubat k. Ada banyak sebab sebenarnya. Salah satunya boleh sebabkan susu kurang. Tu yang sriau j dengor.. So saya cuba natural remedy sajoorrkk. Saya minum hot lemon & banyak makan buah-buah yang kaya Vit.C. Sampai sakit badan saya asyik batuk j memanjang. Minta-minta lah batuk nie baik hati nak tinggalkan saya dalam masa terdekat ni. Tak larat dah ni.

Lain pulak kisahnya dengan my Lil Caliph. Baru j baik dari demam. Bondanye selesema die pon sama gak. Bondanye batuk die pon menurun gak batuk. Alahai kesianye lah. Nie baru baik dari demam coz dia ada Tonsilitis. Menurun sapa lagi kalau bukan saya. Sejak demam sebelum nie Doktor dah remind yang dia ada masalah Tonsilitis. So akan kerap demam & temperature memang naik gila-gila punya. Setakat 37.5'C tu kira normal la kalau demam. Ni boleh cecah 39.9'C setiap kali demam. Kali ni dah tak nebes sangat coz dah tahu apa nak buat. So just pantau suhu & jelum kepala dia j. Banyak ilmu saya belajar dari group Laman Kesihatan Ibu, Bayi Dan Anak-Anak. Tapi group nie da nak close. Admin dah buka group baru Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia. Sangat-sangat membantu terutama macam saya as a first mommie nie.

Banyak nak hapdet sebenarnya tapi tula masalahnye, asyik buka blogger dashboard pastu tutup balik. Nie baru la ade mood sikit. Sebenarnya banyak nak share ngan korang ni. Karang kalo mood dah mari saya share yerk. Okey setakat nie j boleh perah otak nie. See U nextime darls..!!MyEm0.Com

P/s:
- Sakit tu penghapus dosa sekiranya kita Redha. :)

Comments

  1. Saya kadang2 terlupo saya BF baby
    Aritu sayapn teruk batuk n selsema..saya makan je ubat. Ada sekali2 ubat selsema buat sgt..kuat kot dos die..mmg tido x igtla..skali irfan pun same terkena kesan ubat tu..tidoq sakan jugak...

    Lama x tgk ammar. Updatela gambar die

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Tanda - Tanda Bersalin ::

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::