Monday, July 16, 2012

:: Puasa & Kehamilan ::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Kejam celik kjam celik dah nak puasa. Rasa macam baru j puasa tahun lepas. Ramdhan kali nie terasa angat sayu.Entah kenapa, tapi memang sangat terasa kesayuan tu. Tahun lepas Ramdhan pertama bergelar isteri dan tahun ni Ramadhan pertama bagi kami bertiga termasuk my little B. Syukur yang tak terhingga diatas kurnian-NYA.

Ramadhan kali ni sangat berbeza kerana CikPuanIsteri berpuasa berbadan dua. Setkat ini Alhamdulillah segalanya ok. CikPuanIsteri boleh ajar my little B untuk berpuasa sama ngan bondanya & my little B sangat memberi kerjasama. Sebelum CikPuanIsteri berpuasa CikPaunIsteri da siap-siap cari info untuk berdebat dengan Inchik Hubby.hahaha...Inchik Hubby bising bila CikPuanIsteri nak puasa. Inchik Hubby kate kesian kat little B coz nanti die lapar kat dalam. Entah mane fakta yang Inchik Hubby dapat pon tak tahu la.

Ok CikPuanIsteri Kongsi sikit pasal kehamilan & puasa ni :-

Hukum Wanita Hamil Berpuasa


Kebanyakan Ulama berpendapat tidak boleh berpuasa sekiramya si Ibu khuatir akan keselamatan & kesihatan bayi di dalam kandunganya. 


Ini bertepatan dengan firman ALLAH :


"dan jangan kamu membunuh diri kamu" (al-Nisa 4:29)
"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:195)


Terdapat dua hukum dalam hal ni. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan & keselamatan dirinya ketika berpuasa.


Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbangkan kesihatan dirinya, mreka wajib menggnatikan puasa sahaja tanap aperlu membayar fidiyah pada fakir miskin. Ini kerana pada ketika ini wanita hamil itu sakit & dalam bahaya.

Hukum yang kedua adalah wanita hamil yang sihat tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandunganya.

Dalam hal ini ulama memberikan pendapat wanita itu boleh meningglkan puasa tetapi wajib menggantikanya pada hari lain & membayar fidiyah pada fakir miskin.



Ala kalau nak senang pergi je kat pejabat Agama & tanya Ustadz or Ustazah dekat sana. Selain tu nak kene minta nasihat Doktor juga. Hai tu CikPuanIsteri pergi checkup mase 15 weeks berat badan CikPaunIsteri turun 1.5kg. Kene  tegur coz sepatutnya berat badan kena mantain or naik. Tapi CikPuanIsteri dah jelaskan pada Nurse tu yang CikPaunIsteri tengah sibuk ganti puasa. Nasib la die terima alasan tu. CikPuanIsteri ada juga tanya boleh tak CIkPaunIsteri puasa masa Ramadhan nanti. Diorag kate boleh je. Lagi pun CikPuanIsteri dah masuk second trimester. Yang penting suplement yang diorg bagi jangan lupa makan. kadang-kadang lupa jugak =p

Nie info yang CikPuanIsteri dapat dekat Baby Centre:-


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil? 

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. 

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain? 

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa. 

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertamadan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu. 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul. 

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa? 

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 


24.07.2012 CikPuanIsteri ada checkup lagi. Nak tengok mase ni sama ada berat naik or makin turun. Kalau makin turun terpaksa la skip puasa demi keselamatan kami bersama. Mode malas nak g checkup coz kene ulang balik MGTT. Result first MGTT betul-betul kat border line. Menangis tak berlagu la jawabnya. Bagi mereka yang tak tahu apa itu MGTT nanti CikPuanIsteri akan terang pada next en3 ok.

Setakat nie j la dulu. Banyak kerja nak siapkan sebelum cuti raya.


Semoga Ramadhan kali nie memberi lebih keberkatan =)

p/s :-

  • Inchik Hubby batuk da dekat sebulan tak baik.=(
  • Doakan Inchik Hubby saya cepat sembuh yerk...amin..



0 comments:

Post a Comment