بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
En3 sebelum nie CikPuanIsteri ada cerita pasal MGTT. Korang tahu tak pa MGTT. Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung or tengah mengandung mesti tahu apa tu MGTT. Mesti korang suka MGTT kan???hahaha
Ok jom kite tenagok apa MGTT. MGTT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test atau ujian saringan toleransi gula. Biasanya diorg akan panggil ujian nie minum air gula. Ujian nie akan dibuat untuk memastikan kandungan gula dalam darah tak berlebihan ketika mengandung. So dari sini kite boleh tahu sama ada ibu tersebut ada kencing manis or tak.
Sape yang kena ambil ujian ni?? Mestilah ibu mengandung..hehehe..dengan faktor-faktor berikut :-
- berumur 25 tahun keatas. (sekarang sape yg preggy 25 tahun keatas WAJIB buat )
- Mempunyai masalah diabetes/kencing manis sebelum mengandung/hamil.
- Sejarah keluarga. (mak or abah or adk beradik..mak CikPuanIsteri ada diabetes sebab tu la kene buat ujian nie =( )
- Mempunyai berat badan yang berlebihan / BMI tidak seimbang. ( yang ni pon salah satu faktor kenapa CikPuanIsteri kene buat ujian nie )
- Pertambahan berat badan yang mendadak. ( kalau normal kandungan 5 bulan pertama naik 0.5kg/month kandungan 6 bulan dan seterusnya 0.5kg/weeks )
Risiko kalau ibu ada kencing manis adalah :-
- Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
- Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
- Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
- Cecair likuor dalam kantung meningkat.
- Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
- Bayi sukar bernafas.
- Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).
Takut x?? Mesti rasa takut. Sebenarnya ini kali kedua CikPuanIsteri kena minum air gula. Yang pertama hari tu masa Checkup 11 weeks (trimester pertama). Masa awal-awal buat buku merah tu nurse 2 da cakap next checkup kena minum air gula. Dalam hati dah kate alahai cepatnya. Alasan dorg sebab mak CikPuanIsteri ada kencing manis. So nak dijadikan cerita pada waktunya CikPuanIsteri & Inchik Hubby g la klinik desa.Mula-mula sampai dalam pukul 7.45am ambil nombor giliran dulu. Nombor 24 okeyyy..!!! Ingat da datang awal. Rupanya ada yang lagi awal. Dengan muka blur pegi la tanya kat JM (jururawat masyarakat) dekat mana nak minum air gula. Die kate kene naik atas pulak.
Masuk j bilik 2 da nampak Sister (ala nurse yang pakai baju biru tu) senyum kambing. Hati da makin cuak da ni. Duduk j Sister tu kate kena ambil darah sebelum minum air gula. Ok la die cucuk kat tangan ambil darah 1 tabung uji. Lepas dia da cucuk dia bagi 1 mug air gula kene habiskan. Fuhhh~ mase nak habiskan air gula tu kembang kuncup lubang hidung. Rasa air gula tak lah teruk mana tapi kalau ada perisa lagi sedap kot. Ni just air suam campung dengan glucose yang plain. Cuba korang buat pastu minum.hahhaha.. Rasa nak minta 1 jug lagi air gula tu.hehehehe
Lepas dah habis mnum air gula Sister tu suruh kite relax 2 jam & sambung puasa lagi. Oh ye lupa nak cakap yang malam sebelum minum air gula 2 dah kene puasa start dari pukul 10.00pm.Tekak dah terasa perit sebab minum ir gula yang amat pekat dengan orang yang penuh sesak dekat klinik desa tu. Ditambah pulak dengan tak ada aircond. Ya ampunnnn.......CikPuanIsteri da mula rasa nak pitam. Dah la tak makan pagi lagi. Baju dah mula basah dengan peluh. Cepat-cepat bagitahu Inchik Hubby suruh dia pergi beli air. Inchik Hubby pon dengan lajunya pergi beli air mineral sejuk lagi. Dengan rakus CikPunaItseri pon tonggak air sampai dekat habis. Baru la lega sikit.
2 jam lepastu die akan panggil kite untuk dicucuk sekali lagi. Kena ambil darah lagi 1 tabung uji. Sakit cucuk yang pertama pon tak hilang lagi ni dah tambah lagi. Tapi untuk baby bonda ni tadah j la tangan. Lepas Sister dah cucuk baru lah boleh makan & minum macam biasa. Result dorag akan bgtahu next checkup. Tanpa membuang masa terus ajak Inchik Hubby g makan nasi.heheh. Nampak sangat kebulur.
Ok sekarang masa untuk checkup seterusnya, 15 weeks (second trimester). Kali ni datang just jumpa JM tuk check kesihatan kita. Berat CikPuanIsteri turun 1.5kg. Banyak jugak tu. Yang lain-lain semua ok j. Lepas dah siap check JM tak ada cakap pon pasal result MGTT hari tu. CikPuanIsteri pon tanya apa keputusan ujian MGTT hari tu. JM tu pon ambil dan resultnya adalah.................7.7..!!!!! Borderline j..7.8 dah disahkan ada kencing manis. Terus JM tu kata kena repeat. Dalam hati da kutuk diri sendiri, yang gi gatal-gatal mulut tanya result sapa suruh. Terpaksa lah akur je. Minggu depan kene minum lagi air gula yang sedap gilosss tu.huwaaaa.....Rupa-rupanya star dari 10.00pm sampai la lepas cucuk kali kedua tak boleh makan or minum apa-apa sahaja. Yang CikPuanIsteri punya la pandai g minum air mineral dekat 1 botol. Sebab itu akan mempengaruhi result darah kite. Sendiri cari bala sendiri tanggung la kan. So pengajaranya dengar cakap nurse, jangan ikut kepala sendiri.hahahaha..
p/s :-
- Doakan CikPuanIsteri ok yerk.
Sy x minum air lepas minum air gula.. tp sy minum air kosong pg. Ptt sy pun 7.7.. kena sekali lagi..
ReplyDelete