Wednesday, June 6, 2012

:: Pengalaman Pertama Kali Disahkan Mengandung ::

 
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

~Miss "P" lambat turun~
Macam wanita lain juga, mesti pelik kenapa Miss "P" lambat turun. Tapi bagi CikPuanIsteri itu adalah perkara biasa sebab Miss "P" CikPuanIsteri memang ada masalah. "Dia" akan datang bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu, tempat & situasi. Jadi bila lewat CikPuanIsteri pon buat tak tahu saja la. Lagipun dah selalu sangat berangan mengandung tapi bila buat UPT masih lagi -Ve.

~Happy Holiday~
Kebetulan pula Inchik Hubby ajak pergi bercuti ke Genting Highland. CikPuanIsteri pon on aja la. Awal-awal booking hotel guan Agoda.com takut kalau walk in nanti penuh pulak. Harga dekat Agoda.com ni memang sangat berbaloi. So memang tak rugi kalau book awal. Seperti dalam jangkaan bila kami sampai di First World Hotel untuk checkin orang sangat la ramai. Kami menunggu hampir satu jam baru lah boleh dapat bilik yang dah di tempah & dibayar sepenuhnya.

Hari pertama sampai kami tak bermain diluar coz hujan turun dengan lebat. Nasib baik kami da sampai. Kalau tak jenuh juga kami nak naik Genting sambil meredah hujan lebat & kabus tebal. So kami decide nak jalan-jalan kat dalam je. Tan nak main apa-apa lagi & yang paling penting nak cari Foodcourt untuk melantak.





                                                            
sangat sejuk
kabus so tak boleh main kat luar ok!
                                                                                 



argh..!!



      
Pada keesokan harinya baru la kami boleh main kat luar.

Mownink..!!

yang cerah & berkaler 2 semestinya tangan CikPuanIsteri yang demok




Incik Hubby : tak mo pusing laju-laju..pening la =(

Sangat takut naik bende nie. Nasib baik my little B ok.



~L.O.V.E~


sama tak??

Masa kami dekat genting ada pekerja kat sana tegur:
Pekerja : akk ngan abg dtg honeymoon k?
Kami : ...... =D (senyum j la)

abaikan gambar yang senget ni. Malas pulak nak rotate =p

Ini semua sebab tangan CikPuanIsteri berhenna. Sebelum naik genting sempat lagi CikPuanIsteri pergi mengecat tangan. Balik dari genting kami sempat lagi singgah di Nilai 3, Negeri Sembilan shoping barang-barang rumah sikit.




~Sixth Sense~
Balik dari genting Miss "P" masih lagi tak nak turun. Hati mula terdetik "pregnant k aku ni?" . Masih lagi lakukan aktiviti harian seperti biasa. Sedikit perubahan mula terasa bila lepas Maghrib j CikPuanIsteri akan rasa pening & loya. Badan pun terasa panas sampai Inchik Hubby kate CikPuanIsteri demam. Dah mula tergerak nak beli Pregnancy Test tapi asyik tertangguh je. Selera makan seperti biasa, tak ada yang beza.

Sampai la satu hari kami nak balik Muar & mase tu dah ckp dekat Inchik Hubby Singgah dekat Farmasi tuk beli Pregnancy Test. Malam tu sempat lagi kami makan Dominos Pizza. CikPuanIsteri agak cuak juga nak makan coz dekat pizza tu ada nanas & airnya pulak air bergas.

Nak dijadikan cerita pagi-pagi bangun tidur da excited nak check. Masuk bilik air dengan perasaan yang berdebar. Tengah sibuk menunggu keputusan mak boleh pulak mak matikan lampu bilik air. Dah la terpaksa tengok dalam kesamaran. Mula-mula 1 line j so ok la tapi selang beberape minit nak lagi 1 line. Macam tak percaya lak. Cepat - ceoat lari naik bilik jumpa dengan Inchik Hubby coz nak tunjuk dekat dia. Bila dia tengok dia jadi blur sekejap.

Masa tengah breakfast pulak mak ada tanya CikPuanIsteri :
Mak : awak mengandung k?
Me : ntah la.....
Mak : mak mimipi awak mengandung, betol k?
Me : tak tahu la, tak kompom lagi la.
Mak : pegila buat conformation dekat klinik.
Me : kejap lagi la lepas breakfast.
So, lpeas breakfast je CikPuanIsteri & Inchik Hubby pun g la klinik untuk buat conformation. Doktor suruh buat UPT lagi. Walaupun dekat rumah tadi da buat tapi masih juga berdebar. Mana la tahu yang buat tadi salah. Dan Hasilnya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

P.O.S.I.T.I.V.E
ALHAMDULILLAH

Berkat kesabaran kami menunggu akhirnya ALLAH makbulkan doa kami. Rasa syukur yang tak terhingga. Nasib baik CikPuanIsteri tak banyak alahan melainkan tak boleh makan ikan, ayam & daging. So just makan nasi & sayur j. Tapi yang kesianya Inchik Hubby yang teruk alahan.hehehehe. Mak pun meninggalkan macam-macam nasihat dan pesanan. Mana yang ingat j la yang CikPuanIsteri amalkan.


p/s :-
-akan cuba menulis sebanyak mukin pengalaman sepanjang mengandung untuk tatapan anak bonda nanti.

7 comments:

  1. mcm best jerk jadi mummy, heeee..

    ReplyDelete
  2. seronok gilosss...hehehe
    mila ble lg?? =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,nak tanya berapa lama tunggu lepas kawen?kite pun sama wat upt tapi negative je dan still menunggu lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Setahun setengah gak tunggu...xpe dear jgn give up...in shaa Allah ada rezeki nanti.. ;)

    ReplyDelete
  5. Kenangan kali pertama UPT keluar 2 lines mmg sgt best. Sampai bila2 pun xkn dilupakan 😊

    ReplyDelete
  6. Salam..saya plak yg terharu baca...sbb sy pon 2thn gk menunngu alhmdulillah bln 3 dpt double line...syukur sgt...moga Allah pelihara kita semua aminnn..utk ttc jgn give up usaha dan doa k..

    ReplyDelete
  7. salam saya dah 2thn lebih kawen xpreggy lagi. hehehe tp lawak betul tgh tggu keputusan tu mak tutup lampu hahahaha adoii mmg bikin gelak. ape pun tahniah ye :)

    ReplyDelete