Tuesday, August 6, 2013

:: My Breastfeeding Journy # 7 Ramadhan ::

Assalamualaikum....

Alhamdulillah da nak sebulan kita berpuasa. Tinggal sehari j lagi Ramadhan nak berlalu. Ramadhan kali ni lebih bermakna kerana Ramadhan pertama kami bertiga & Ramadhan pertama bergelar Bonda pada Ammar Rizqy.

Struggle betol saya sepanjang Ramadhan ni nak menyusukan my lil cliph tu. Sekarang dah makin banyak mnyusu. Sekelip mata j boleh habis 8oz. Lepas 1 jam nanti mintak susu lagi. Ya ampun.... Dah la kurang minum air masak so susu pon tak berapa nak meriah sangat. Kalau hari biasa saya boleh dapat 10oz setiap kali pam tapi sekarang cuma 8oz tu dah paling maksima. Pernah gak just dapat 3oz. Memang kena banyak bersabar. Kadang-kadang saya jadi kedekut dengan my lil caliph. Setiap kali nak susu saya akan bagi air masak dulu. Kalau dah betul-batul melalak baru la saya bagi susu. Jahat tak saya?hehehe. Terpaksa buat camtu coz nak simpan stock untuk antar kat rumah BS esok hari. Malam pulak saya pakai stock frozen. Kalau siang hari bagi frozen ebm memang dia akan refuse. Demand sungguh dak tecit ni.


Sekarang dah pandai berjaga malam pulak. Sampai pukul 3.30am baru la nak tido. Waktu orang sibuk nak berbuka dia akan tido. Bila kita tahan mengamuk sakan. Sabar j la bonda. Kang lepas kita siap buka dia pon bangun la sampai pagi. Fuh da macam zombie dah bonda g opis.


Ok ni baru ja capture tadi malam. Ntah apa angin si kecik nie boleh tido kat rocker lak. Biasa kalau saya masukkan dia akan meronta nak lepaskan diri. Kali ni dia senyap j. Bila saya hayunkan tengok-tengok dia da tido. Malam tadi tido pukul 1.30am. Fuh bonda ngan ayah pon sepantas kilat tido gak.hehehe.. Bayar utang tido malam semalam.



Oleh kerana tak nak tido kami bawa ammar g jalan-jalan kat pasar borong Pandan. Masa ni dah pukul 12.30am. Dia masih segar bugar lagi. Kalau nampak bonda pakai tudung ammar dah tak senang duduk. Seboleh-boleh nak ikut jugak. Kalau nampak ayah pon sama gak. Ayah nak pergi kerja dia yang menangis. Makin bijak dah anak bonda ni.


Kami sampai dekat pukul 1 juga. Orang tetap ramai macam biasa. Dapat la beli baju my lil caliph lagi.hehehe. Ops lari tajuk lak..ekekeke ^___^ Sepanjang Ramadhan nie saya memang elakkan ais. Semua orang tahu yang ais adalah pembunuh tegar susu ibu. Setiap kali berbuka saya akan minum air panas. Tak kisah la air apa yang penting panas. Selain tu kurma pon tak tinggal. Nasi adalah menu wajib coz nak cover balik penghasilan susu. Saya pon banyak minum & makan makanan yang berasaskan soya. Inchik Hubby tak sudah-sudah beli sya panas tuk saya. Saya tak ambik apa-apa supplement pon sepanjang Ramadhan ni. Juz amalkan makanan seimbang j. Banyak makan benda-benda yang menyumbang kepada milkbooster. Air memnag kena banyak minum. Tapi kalo da kenyang masa berbuka mana la larat nak minum air sangat kan.


Jadual mengepam pulak asyik lari j. Yela siang kita puasa so agak letih. Tu yang bercinta j nak bangun pam susu waktu malam. Ammar pulak makin lasak. Sekarang tengah nak manage semula jadual mengepam saya. Harap-harap la saya dapat disiplin balik masa mengepam. Tengok la tangan comel dia kacau bonda buat kueh. Geram j tengok tangan dia tu macam nak gigit-gigit. Tahun ni tak banyak buat kueh. Buat ala kadar j la. Saya sehabis boleh tak nak memenatkan badan coz saya tak nak stress. Bila stress kang susu pon drop. Inchik Hubby banyak tolong saya. Thank you dearMyEm0.Com. Part kemas rumah memang Inchik Hubby 100%. Sya tolong jaga ammar j.hehehe


Nie sebelum dan selepas. Gambar saya pakai tudung putih tu masa saya preggy & tudung biru hari ni masa sibuk buat ucapan raya. Buruknye la masa zaman DEMOK tu. Seriau saya tengok.MyEm0.Comhahaha.. Kelebihan brestfeeding. Alhamdulillah.. Tak yah la susah-susah nak diet or nak amek apa-apa supplement untuk kurus. juah beza sangat kan.

Baju semua dah kemas & packing. Petang ni nak balik kampung dah. Malas nak balik esok coz mesti jalan sesak. So hari ni ambik halfday & balik tengahri. Minta-minta la jalan tak sesak sangat.  Sebenarnya tak ada idea sangat nak update. Tu yang ayat merapu meraban. Asal boleh j. HahahahaMyEm0.Com 


SALAM AIDILFITRI
DARI 
KAMI SEKELUARGA





0 comments:

Post a Comment