بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Selamat pagi..!!!! Hari nie masih diberi kesempatan lagi nak update entry. Little B masih lagi selesa kat dalam nie. Hari nie dah masuk 39 Weeks CikPuanIsteri preggy. Rasa macam baru semalam j dapat tahu pregnant. Masih ada masa lagi seminggu j tuk sampai due date. Tak sabar sangat nak jumpa my Little B nie. Nak kiss & huge sepuas-puasnya. Tapi kadanag-kadanag rasa macam tak percaya dah nak jadi EMAK ORANG. Mak pon selalu cakap rasa macam baru j mak lahirkan awak nie dah nak jadi mak orang pulak. Tapi tu la lumrah kehidupan yang kita kena lalui. Semua orang akan merasai juga.
Perancangan nk cuti awal tu ada tapi tak tahu la jadi or tak. Kononya nak bed rest j la sampai bersalin. Simpan tenaga masa nak push nanti katenye. Mula-mula ingat nak cuti start 10.12.12 tapi takut bersalin lambat lak so boring duk umah sorang. Nak balik kampung tak sampai hati nak tinggal Inchik Hubby kat sini. Hati berbelah bahagi nie. Pikir punya pikir dah buat keputusan kalau minggu depan tak bersalin jugak nak ambik cuti start dari 17.12.12 sampai la 90 hari. Setakat nie larat lagi nk berjalan g kerja & shoping. Tapi tak lah sekuat dulu. Sekarang jalan sikit j rasa nak terkencing. So agak susah la jugak nk g jalan-jalan kat pasar malam. Yela kat situ mana la ada toilet, buatnya nak terkencing time tu camne??? So setiap kali nak berjalan mesti make sure tempat yang nak pergi tu ada toilet. Kaki pon senang bengkak bila banyak berjalan. Tu yang tak best.
lama xnampak ingatkan dah bersalin hehe..
ReplyDeletemila doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar amin.....
@Mila Ahmad hahaha..rmai ingat nani dah bersalin padahal nani sihat j lg nie..harap2 la ujung minggu nie kuar...
ReplyDelete