Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, July 26, 2017

♡ Pengalaman Bersalin Aiman Rifqy ♡

Assalamualaikum...


Hye uollsss...lama x mengapdet blog nie. Tup tup dah beranak lagi sorang kan.hehehe. Dah 3 tahun baru la sibuk nak update oiiiii...hahaha.. Nampak tak kesibukan emak anak dua ni???

Bersalin kali nie sangat berbeza masa bersalinkan Ammar. Ye la anak kedua opkos la dah ada pengalaman kan. Bukan macam anak pertama yang duk serah diri j. Banyak yang aku belajar dari Gentle Birthing Group. So dapat la praktikkan masa bersalin kali ni. Sebenarnye aku teringin gak nak bersalin kat Johor Bahru ni. Asyik dengar member kata best bersalin kan bandar aku pon harap-harap kali ni dapat la. Dah siap-siap bagitahu babysitter Ammar kalau ada emergency aku minta dia tolong tengokkan Ammar. Ok la nie aku update sempena birthday aiman yg ke 4..hahaha


Sepanjang mengandungkan iaman aku tak ada morning sicknes, sama macam aku preggy Ammar tapi eczema aku memang teruk. Sangat teruk. Dari situ aku dapat GBS positive. Korang google la kalau nak tahu GBS tu apa. Aiman jadi sumber kekuatan. Aku indipendence sepanjang mengandungkan aiman. Pergi checkup dengan perut memboyot naik motor hujan-hujan. Habis pantang hari ke 45 terus ambik lesen kereta. Banyak perubahan yang berlaku lepas Aiaman lahir. Die banyak ajar aku untuk jadi wanita besi. Baru 30 hari da drive sendiri bawa anak pergi checkup. Aku sangat bersyukur dengan perubahan yang berlaku. 😏

Ok la nie aku copy j dari facebook..malas pulak nak menaip semula..hahaha😂

25.7.2014
《39 weeks 1day 》
-bangun sahur mcm biasa kat rumah mak...pubic bone sakit yg amat..nk jalan pon da xlarat..bile la nk kluar nie...

pkol 10am g kencing tgk da ade tanda...yahooo..!!! siapkn barang2 tuk bwak g hspital...blom bgtau mak,abh & hubby..layan #ammarrizqy...tetibe sedih coz nk tinggal ammar mlm nie..lps nie da berubah..ammar da jd abg...bonda da kne bahagikn masa tuk ammar... :'(

11.30 bgtau hubby da de tanda..mse tu die kat jb lg..suruh die blk tp x yah rushing coz belum sakit...bgtau mak & abah..dorg da sibuk nak hantar g hspital...aku xnk sebab lom sakit lg..

3.00pm hubby sampai muar...bg die mandi & relax skjap..lg pon lom sakit sgt..smua still under control..mak suro makan tp x tau nak makan ape..yela bulan pose mne ade bnda nak makan..nasib la segala prsiapan raya da buat awl2..

4pm gerak g hospital...sakit da mula regular...ok aku mmg xtau camne nK kire masa contraction tu..smpai j hospital aku still blh jalan dr parking ke labour room...register masuk request nak doc pmpuan...doc buat VE da dilated 3cm..mntak balik konon nk teman hubby buka tp doc x bg :( so kne la admited..

7pm sakit makin kuat but still under control...aku mmg x nak VE selalu..hehehe...tahan sakit smpai brpeluh..breath in & out...hubby stay gak kat hospital..mmg setiap kali brsalin hubby akn tunggu dr awal smpai la selamat keluar...kjap2 die naik..suke sgt nak main kejor2 ngan mak guard..

9pm doc scan tuk pastikan berat baby coz last scan estimate 4kg...aku still blh jalan wlaupon da mcm beruang kutub.. lps scan mnum milo panas secawan sambil makan biskut..aku x suke layan contraction atas katil...rasa makin sakit...so duduk kat kerusi & makan lg syok...breath in & out

11.30pm da makan rasa nak mbuang lak...sakit perut memulas..g gak toilet tp x berani teran...tkut kang kpala baby lak kluar...flush tandas rosak..gigih la aku angkat air 1 baldi..sighh..!! kluar tu aku buat lg milo 1 cawan..kahkahkah..aku mmg kuat makan..mase nk brsalin ammar dulu lg stngah jam nak masuk labour room aku bedal nasi lauk asam pedas...hahaha...still lg breath in & out..

26.07.2014
39weeks 2days

- 12am akk katil dpn sbuk la suro aku buat VE coz die tgk aku nk menonggeng atas katil...adehhhh akk nie mmg peramah..dr die masuk smpai la skrg ade j die nak cerita...aku blh lg tahan contraction yg makin menggila nie...

oleh kerana telinga aku bingit aku g la jumpa nurse ckp nk VE...dek kerana aku mntak doc pmpuan aku kne tunggu dekat stngah jam gak coz mlm tu ramai doc lelaki yg btugas susah nk cari doc ppmpuan...doc smpai terus buat VE lps tu tetibe die tinggal aku trkontang kanting atas katil tnpa bgtau pape...aku pelik j...baru nk turun dr katil sister & SN dtg tolak stretcher (katil hspital yg xde tilam tp ade roda tu) x bagi aku trun..dorg suro baring atas tu plak...blurrr aku mse tu..

rupa2nya da dilated 7/8cm...sister tu kalut suro aku call hubby skrg...die g lari amek hfon aku & baju baby kat katil...aku call hubby bgtau da nk brsalin suro die naik LR..dorg sorong aku blari naik pening kpala duk baring atas tu..

1.50am smpai kat LR...doc da ready nk pecahkn ketuban...aku pling x suke kena baring time contraction..rasa nak patah pinggang...mse nie contraction da makin kerap & lama...mntak kain ngan nurse sbab nk gigit mse contraction dtg..ekekeke...nurse masukn antibiotik pon da xrasa sakit coz sakit lg contraction (aku GBS carier...jgn tanya aku GBS tu ape...g google)

2.15am dorg siao buat ctg....nak panggil hubby masuk...

2.20am aku da rasa nak push..cepat2 tkan butang emergncy..nurse dtg VE full dilated..kelam kabut dorg mse tu..tgu hubby masuk lmbt lak...hahaha..contraction kdua dtg hubby pon smpai aku push kluar kpala separuh...3 kali gak push...

2.45am selamat la #aimanrifqy melihat dunia buat kali pertama...terus buat skin to skin....selang stgah jam uri(placenta) keluar...1st degree tear no episiotomi no painkiller...

26.07.2017
::sekejap masa brlalu....skrg da 3 tahun...smoga mbesar dengan sihat,cerdas akalnye,lmbut lidahnye,terang hatinye,trus brjuang di jalan Allah...smoga mnjadi anak yg soleh tuk ayah & bonda...amin ya rabbal alamin :*


4 years already 😘

Fresh from the womb

inside my womb


Monday, August 29, 2016

:: Kehidupan ::



Assalam...

Setelah sekian lama aku tak update blog hari ini tergerak nak menulis. Sepanjang dua tahun ni banyak perkara yang aku dah lalui. Segalanya membuatkan aku semakin dewasa. Apa pon yang kita hadapi kena la tangani dengan cara yang terbaik. Aku syukur perkara yang berlaku itu membuatkan aku sedar setelah sekian lama terlena. Kini aku bangkit demi masa depan kami. Demi anak-anak yang masih perlu di bimbing.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang aku mahu hanya secebis kekuatan dari Yang Maha Esa untuk aku terus melangkah kehadapan. Masih banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Terkadang aku juga lelah dengan dugaan ini. Terkadang aku juga tersungkur. Selagi mana aku mampu bernafas aku akan teruskan kahidupan demi anak-anak ini, Hanya mereka kekuatan yang aku ada.

Image result for move on

Kepada kamu,kamu dan kamu, aku serahkan segalanya pada Yang Maha Berkuasa. Terima kasih kerana kamu , kamu, dan kamu telah membuat jiwa aku sekuat ini. Kifarah itu ada. Sesungguhnya ALLAH tak pernah tidur dan Malaikat tak pernah berhenti mencatit. Aku juga ade khilaf. Semoga kamu, kamu dan kamu akan sedar juga satu hari nanti. Aku hanya mampu memaafkan tetapi tidak cukup kuat untuk melupakan. Sakitnya hanya aku yang rasa.

Aku semakin lelah. Entah esok lusa aku akan tumbang menyembah bumi. Aku juga punya hati perasaan yang sama seperti kamu, kamu dan kamu. Impian ku hanya ingin hidup bebas dari dibelenggu bayangan silam. Aku berharap, sangat berharap agar DIE tujukkan jalan yang terbaik buat aku dan anak - anak. Aku memohon doa anda, anda dan anda yang budiman untuk terus mendoakan aku agar aku tetap kuat menempuhinya.

Adios~



Wednesday, February 25, 2015

:: First Entry 2015 ::

Assalamualaikum....

Ok just nak kata 


i'am mother of two HEROES



Nak cakap tu j...ada masa kang baru cerita panjang...adiosss 

Thursday, November 7, 2013

:: Ammar rizqy 《8-10 months》::

Assalamualaikum....


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahalillah, Allahuakbar..!! Lama sungguh saya tak menjenguk blog nie. Apatah lagi nak buat entry. Asyik log in pastu bw &  log out. Bukan merajuk. Urmm entah kenapa rasa malas tu timbul (nampak sangat banyak syaitan yang menghasut). Banyak nak share tapi malas nak menaip. Banyak updated yang dah tertinggal. Insha Allah saya cuba update sikit-sikit.

Ok firstly saya nak update pasal my lil caliph yang da masuk 10 bulan nie. Last update masa umur 7 bulan. Skip 3 bulan. Saya jamakkan terus j la kat 1 entry senang kan.heuheuheu...

8 months old
9kg
74cm


9 months old
8.8kg (berat turun sebab asyik batuk j)
Tak tahu tinggi berapa

10 Months
9.2kg

Perkembangan terkini my lil caliph dah pandai bye-bye kalau nak pergi berjalan. Nampak j pintu terus angkat tangan nak bye-bye. Bila tak nak sesuatu my lil calpih akan geleng kepala. nak share video tapi sangat lembap nak upload. So follow j instag & keek saya k. Mula teething pada usia 10 bulan. Nampak dah gigi dua batang belah bawah tu. Dah pandai menapak walaupon kekadang tak pandai sangat nak imbang badan. So bonda ngan ayah kena kerja keras la lepas ni. Dah tak mahu masuk walker lagi. Sibuk la nak berjalan keliling rumah. Ya Ampunnn macam nak tercabut kaki kejar budak debot ni. Tapi my lil caliph relax j berjalan tanpa henti.

Ni mak tok punya kerja. Siap ngan mak tok sekali tido. Bukan main lena lagi.

Tengok la muka die macam tak ada perasaan j.

Kat kampung kita orang panggil Gerabak. Kat tempat lain tak tahu la panggil apa.

Gaya tido terkini. Jari tetap tak lepas hokeyyy..!!
Muntut kasi tonggeng sikit..hehehe



Pantang nampak straw tau budak nie. Sibuk la die nak gigit.

Nila gigi baru saya.. =)

Hitam itu menawan.
Muka nak mesti masam j. Kalau time mood baik menyengih j manjang.

Ni jadi tempat pebret die. Kaki kalau tak hentak kat dvd player memang tak sah. Separuh nyawa dah dvd palyer tu.

Sekarang dah pandai protes kalau kita halang apa yang dia nak buat. Da bujang la kononye tu. Suka sangat masuk dapur tolong bonda masak. Yang paling bahaya die da pandai kuatkan api dapur gas. My lil caliph nie jenis tinggi orangnye. So bila die jinjit j sampai la kat dapur gas. Lepas nie memang kena perati kan betul-betul. Budak tengah nak membesar ni memang tak boleh leka. Inchik Hubby pon dah tak joging lagi setiap petang coz nak jaga my lil caliph masa saya sibuk masak. Bukan apa takut kalau terkena minyak or air panas. Masa kita masak kadang tak sedar die datang dari belakang.

Minggu depan nak kena bawa my lil caliph g checkup kat hospital. Ingat lagi x masa my  lil caliph demam panas awal puasa dulu. Kalo nak tahu boleh baca kat sini. Sejak dari tu doktor dapat detect yang sel darah merah y lil caliph kurang. So doktor suspect Anemia. Siapa yang tak tahu Anemia sila la gunakan pakcik google ye. Punca masih belum diketahui lagi. Setiap kali checkup mesti kna cucuk untuk ambik darah. Meraung-raung la my lil caliph. Tapi saya tabahkan hati jugak coz nak bagi die sihat kan. Minggu depan conform la kena cucuk lagi. Harap la bacaan hb akan ok. Minta jasa baik korang doakan Muhammad Ammar Rizqy sihat selalu ye.


p/s:-
- doakan my lil calpih supaya result darahnye akan ok & sihat selalu. TIA

Saturday, September 7, 2013

:: Wordless Saturday →hapdet gambar baru Ammar Rizqy← ::

Assalamualaikum...

Ok hari punye entry just nak memenuhi permintaan Ummi Irfan yang comey nie..hehehe
Lama sangat tak hapdet gambar my lil calpih nie..

Muka budak demam. Geram tengok muka dia macam nie. Rasa nak gigit j..


Demam-demam pon still aktif lagi. Dapat rumah baru yeay..!!


Tengok la muka pelik dia masa ikut Marhaban (Baraan orang jawa kata) keluarga.

OK bye.... ;)

:: Sepintas Lalu ::

Assalamualaikum....

Sekian lama tak hapdet blog ni. Bukan tak sudi tapi tak berkesempatan j. Mood lak asyik la kelaut. Actually saya & Lil Caliph tak berapa sihat sejak Raya hari tu. Raya pertama dah mula rasa sakit tekak. Kan musim panas masa raya tu. Pastu g raya rumah orang semua pakat keluarkan ais. Nak tak nak terpaksa la minum jugak kan jaga hati tuan rumah katenye. Ntah kenapa sejak lepas bersalin nie kalah betul dengan ais. Minumnye ciput j tapi kesannye lama woOoO... Lepas tu makan pulak kuih raya yang berminyak-minyak mana la tak gatal tekak ni.

Nie dah dekat sebulan saya batuk. Lama kan???? Sebabnya saya tak ambik apa-apa ubat pon.huhuhu.. Breastfeeding mommies tak boleh suka-suka ambik ubat k. Ada banyak sebab sebenarnya. Salah satunya boleh sebabkan susu kurang. Tu yang sriau j dengor.. So saya cuba natural remedy sajoorrkk. Saya minum hot lemon & banyak makan buah-buah yang kaya Vit.C. Sampai sakit badan saya asyik batuk j memanjang. Minta-minta lah batuk nie baik hati nak tinggalkan saya dalam masa terdekat ni. Tak larat dah ni.

Lain pulak kisahnya dengan my Lil Caliph. Baru j baik dari demam. Bondanye selesema die pon sama gak. Bondanye batuk die pon menurun gak batuk. Alahai kesianye lah. Nie baru baik dari demam coz dia ada Tonsilitis. Menurun sapa lagi kalau bukan saya. Sejak demam sebelum nie Doktor dah remind yang dia ada masalah Tonsilitis. So akan kerap demam & temperature memang naik gila-gila punya. Setakat 37.5'C tu kira normal la kalau demam. Ni boleh cecah 39.9'C setiap kali demam. Kali ni dah tak nebes sangat coz dah tahu apa nak buat. So just pantau suhu & jelum kepala dia j. Banyak ilmu saya belajar dari group Laman Kesihatan Ibu, Bayi Dan Anak-Anak. Tapi group nie da nak close. Admin dah buka group baru Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia. Sangat-sangat membantu terutama macam saya as a first mommie nie.

Banyak nak hapdet sebenarnya tapi tula masalahnye, asyik buka blogger dashboard pastu tutup balik. Nie baru la ade mood sikit. Sebenarnya banyak nak share ngan korang ni. Karang kalo mood dah mari saya share yerk. Okey setakat nie j boleh perah otak nie. See U nextime darls..!!MyEm0.Com

P/s:
- Sakit tu penghapus dosa sekiranya kita Redha. :)

Tuesday, August 6, 2013

:: My Breastfeeding Journy # 7 Ramadhan ::

Assalamualaikum....

Alhamdulillah da nak sebulan kita berpuasa. Tinggal sehari j lagi Ramadhan nak berlalu. Ramadhan kali ni lebih bermakna kerana Ramadhan pertama kami bertiga & Ramadhan pertama bergelar Bonda pada Ammar Rizqy.

Struggle betol saya sepanjang Ramadhan ni nak menyusukan my lil cliph tu. Sekarang dah makin banyak mnyusu. Sekelip mata j boleh habis 8oz. Lepas 1 jam nanti mintak susu lagi. Ya ampun.... Dah la kurang minum air masak so susu pon tak berapa nak meriah sangat. Kalau hari biasa saya boleh dapat 10oz setiap kali pam tapi sekarang cuma 8oz tu dah paling maksima. Pernah gak just dapat 3oz. Memang kena banyak bersabar. Kadang-kadang saya jadi kedekut dengan my lil caliph. Setiap kali nak susu saya akan bagi air masak dulu. Kalau dah betul-batul melalak baru la saya bagi susu. Jahat tak saya?hehehe. Terpaksa buat camtu coz nak simpan stock untuk antar kat rumah BS esok hari. Malam pulak saya pakai stock frozen. Kalau siang hari bagi frozen ebm memang dia akan refuse. Demand sungguh dak tecit ni.


Sekarang dah pandai berjaga malam pulak. Sampai pukul 3.30am baru la nak tido. Waktu orang sibuk nak berbuka dia akan tido. Bila kita tahan mengamuk sakan. Sabar j la bonda. Kang lepas kita siap buka dia pon bangun la sampai pagi. Fuh da macam zombie dah bonda g opis.


Ok ni baru ja capture tadi malam. Ntah apa angin si kecik nie boleh tido kat rocker lak. Biasa kalau saya masukkan dia akan meronta nak lepaskan diri. Kali ni dia senyap j. Bila saya hayunkan tengok-tengok dia da tido. Malam tadi tido pukul 1.30am. Fuh bonda ngan ayah pon sepantas kilat tido gak.hehehe.. Bayar utang tido malam semalam.



Oleh kerana tak nak tido kami bawa ammar g jalan-jalan kat pasar borong Pandan. Masa ni dah pukul 12.30am. Dia masih segar bugar lagi. Kalau nampak bonda pakai tudung ammar dah tak senang duduk. Seboleh-boleh nak ikut jugak. Kalau nampak ayah pon sama gak. Ayah nak pergi kerja dia yang menangis. Makin bijak dah anak bonda ni.


Kami sampai dekat pukul 1 juga. Orang tetap ramai macam biasa. Dapat la beli baju my lil caliph lagi.hehehe. Ops lari tajuk lak..ekekeke ^___^ Sepanjang Ramadhan nie saya memang elakkan ais. Semua orang tahu yang ais adalah pembunuh tegar susu ibu. Setiap kali berbuka saya akan minum air panas. Tak kisah la air apa yang penting panas. Selain tu kurma pon tak tinggal. Nasi adalah menu wajib coz nak cover balik penghasilan susu. Saya pon banyak minum & makan makanan yang berasaskan soya. Inchik Hubby tak sudah-sudah beli sya panas tuk saya. Saya tak ambik apa-apa supplement pon sepanjang Ramadhan ni. Juz amalkan makanan seimbang j. Banyak makan benda-benda yang menyumbang kepada milkbooster. Air memnag kena banyak minum. Tapi kalo da kenyang masa berbuka mana la larat nak minum air sangat kan.


Jadual mengepam pulak asyik lari j. Yela siang kita puasa so agak letih. Tu yang bercinta j nak bangun pam susu waktu malam. Ammar pulak makin lasak. Sekarang tengah nak manage semula jadual mengepam saya. Harap-harap la saya dapat disiplin balik masa mengepam. Tengok la tangan comel dia kacau bonda buat kueh. Geram j tengok tangan dia tu macam nak gigit-gigit. Tahun ni tak banyak buat kueh. Buat ala kadar j la. Saya sehabis boleh tak nak memenatkan badan coz saya tak nak stress. Bila stress kang susu pon drop. Inchik Hubby banyak tolong saya. Thank you dearMyEm0.Com. Part kemas rumah memang Inchik Hubby 100%. Sya tolong jaga ammar j.hehehe


Nie sebelum dan selepas. Gambar saya pakai tudung putih tu masa saya preggy & tudung biru hari ni masa sibuk buat ucapan raya. Buruknye la masa zaman DEMOK tu. Seriau saya tengok.MyEm0.Comhahaha.. Kelebihan brestfeeding. Alhamdulillah.. Tak yah la susah-susah nak diet or nak amek apa-apa supplement untuk kurus. juah beza sangat kan.

Baju semua dah kemas & packing. Petang ni nak balik kampung dah. Malas nak balik esok coz mesti jalan sesak. So hari ni ambik halfday & balik tengahri. Minta-minta la jalan tak sesak sangat.  Sebenarnya tak ada idea sangat nak update. Tu yang ayat merapu meraban. Asal boleh j. HahahahaMyEm0.Com 


SALAM AIDILFITRI
DARI 
KAMI SEKELUARGA





Monday, July 22, 2013

:: Ammar rizqy 《7 months》::

Assalamualaikum.....

Hye sugars..!!! Hari ni my lil caliph dah masuk 7 bulan 2 hari & dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Alhamdulillah masih dapat supply susu tuk my lil caliph walaupon puasa. Dulu memang sangat risau kalau tak dapat supply susu.

8.2kg

Big Boy dah anak bonda nie. Masa nie ada majlis iftar bersama opismate kat Suriacity Hotel JB. Makin cerik bukan main lagi. Bila kita sibuk buka dia pon sibuk gak. Nak minum dalam gelas yang kita minum tu. Terpaksa la sediakan gelas khas untuk sikecik ni tapi isi air masak saja. Tak boleh minum manis-manis yer kamu belum cukup umur lagi.


Setiap hari ada j nak buat oarng geram ngan dia ni. Bising rumah dek suara dia saja. Alahai rindunya la kat my lil caliph ni. Sekarang da pandai dah kalau nampak bonda pakai tudung j dia sibuk la nak ikut. Lambat ambik j mula la keluar lagu merdu dia tu. Kalau nampak kereta pon sama gak, sibuk nak masuk. Bijak betul anak bonda ni. Bila pergi berjalan tahan j mata tu tak tido. 


Nie la gaya budaknak susu tapi bonda lambat bagi.hahaha.. Mesti tangan dulu jadi pengganti. Sorie yer gambar tak berapap nak terang coz amik gambar dalam gelap. Entah kenapa saya tak suka sangat ambik gambar guna flash. Rasa macam sakit mata j.


Peberet cartoon my lil caliph Upin & Ipin. Kalau ada kartun ni memang tak berganjak la. Senang sikit nak buat kerja. Saya tapis juga apa yang boleh dia tengok. Tak semua karton saya bagi dia tengok. Yela kalau ada karton yang tak elok better tak yah la kan. Dalam umur dia sekarang ni mudah serap apa yang dia nampak depan mata. So kena pandai pilih.


Ok sekarang dah pandai tido lambat. Ni dah pukul 12.00am pon masih tak nak tido. Bonda dah nak jadi zombie dah. Esok nak bangun sahur & pergi kerja lagi. Asyik la nak main. Dah tak tahan saya masukkan jugak dalam buai coz nak bagi cepat sikit tido.hehehe.. Sorie sayang bonda tak larat dah. Kalau korang nak tengok gelagat my lil calpih nie boleh follow KeeK saya yerk. Sehingga berjumpa lagi di next entry. Adios.