Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, January 29, 2013

:: my breasfeeding journy #1 keliru puting ::

☆★Assalamualaikum... ☆★


Kali nie cikpuanisteri nak cerita pasal breastfeeding. Memang cikpuanisteri da niat sejak dari awal kawen kalau ada rezeki anak cikpuanisteri nak breastfeed die selagi mampu. Kalau ikut syariat sampai umur 2 tahun. So sekarang lah masanya cikpuanisteri tunaikan. Alhamdulillah lahir j little b terus pandai sucking. Hulur j nipple terus die hisap dengan jayanya. Tapi awal-awal mana la ada susu lagi. Cikpuanisteri tak putus asa, still juga bagi little b direct feed. Walaupon nipple masa tu da melecet & berdarah. Sangat menguji ketahanan mental & fizikal.

Dala kita kurang sihat, anak pulak asyik menangis lapar. Rasa sangat sedih masa tu. Memnag rasa down gilosss. Kalau korang nak tahu cikpuanisteri kene tahan kat hospital 5 hari. Nie semua sebab masalah platlet cikpuanisteri yang merundum dengan mendadak. Setiap hari lebih dari 3 kali doktor akan cucuk tuk ambil darah. Yang sedihnya baby ammar pon terpaksa duk kat hospital jugak. Akhirnya hari ke 5 dapat jugak balik. Happy sangat yahoooo...!!!

Bila kat rumah baru la rasa diri nie terbela sikit. Tapi baby ammar lak asyik meragam j. Tak sudah-sudah merengek. Nampak sangat manjanye baby ammar nie. Inchik hubby pon rajin nak melayan baby ammar. Setiap kali meragam inchik hubby akan dukung baby ammar. Baby ammar pon senang hati bila inchik hubby dukung. Yang menjadi masalahnye sekarang bila inchik hubby da balik JB kerja baby ammar merengek & tak ada sapa nak dukung. Masing-masing sibuk dengan rugas seharian. Cikpuanisteri pulan belum cukup kuat nak berjalan kesana-sini. Eo mak suggest bagu puting kosong @ kopek pada baby ammar. Mula-mula memang berat hati nak bagu tqpi bila fikir baby ammar asyik merengek cikpuanisteri pon redha j la.

Baby ammar with his puting kosong

Aljamdulillah lepas tu baby ammar tido dengan lenanya. Bila petang tiba masa baby ammar nak menyusu baby ammar menangis dengan kuat. Macam kena pukul pulak. Bila cikpuanisteri direct feeding baby ammar reject nipple cikpusnisteri tapi bila bago puting kosong tu die ok. Mukin kerana puting kosong tu panjang kalau nak bandingkn dengam nopple cikpuanisteri. So baby ammar lebih puas hisap puting kosong tu. Perasaan cikpuanisteri masa tu sangat sedih. Seriusly sangat sebak. Cikpuamostero tanpa segan silu nangis tetesak-esak depan mak & abah bila baby ammar reject nipple cikpuanisteri. Siapa yang pernah alami mesti faham perasaan cikpuanisteri. Pada ysng belum alami nanti korang jangan la bagi puting kosong pada baby. Lepas baby ammar da ouas nangus akhirnya dia nak juga hisap nipple cikpuanisteri. Cikpuanisteri sangat bersyukut baby ammar masih lagi nak direct feeding. Sejak dari hari tu terus cikpuanisteri buang puting kosong tu. Benci tengok puting tu. HUH...!!!! 

Alhamdulillah sekarang baby ammar da tak merengek lagi. Maybe dia da boleh biasakan diri hidup kat dunia. Yela sebelum nie duk dalam perut j kan. So ambil masa jugak la nak sesuaikan diri. Sorie la da lama sangat tak hapdet entry terbaru. Kat kampung nie line internet macam siput.ekekeke..(padahal sibuk ngan baby ammar) lagi pon hapdet guna henpon so banyak la typing eror yang tak perasan. Harap korang ampunkn j la cikpuanisteri yerk. Nanti balik jb baru cikpuanisteri haodet laju2 k.. bye..!!

Puting jahat..!!! =\

Friday, January 18, 2013

:: Wahai Suami ::

☆★ Assalamualaikum... ☆★

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...
* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
* Seorang istri tidak akan menangis dngan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akanmenurunkan rasa EGOnya.
* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuhpengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.
* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kaulihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN.
MALAIKAT bertanya kepada TUHAN" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ?
 "Lalu TUHAN menjawab"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

* Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.
* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya..
* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...
Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Copy paste dari pesbuk..rasanya korang da prnah baca kot..

Thursday, January 17, 2013

:: Cameron Highlands ::

☆★ Assalamualaikum... ☆★


Hye uolls..!!! Hari ni nak cerita pasal percutian ktorg lagi. Harap korang tak muntah hijau lak dengar cerita kami ni. Kali ni ktorang berangan nak g Cameron Hihglands la konon. Nak g petik stoberi & makan buah yang segar sambil hirup udara yang sejuk gitteuw. Oleh sebab nak merasa kelebihan yang kami ada sebagai penjawat awam ktaorg pon setuju nak book Rumah Peranginan Persekutuan. Book dari awal tahun coz rumah tu selalu j penuh. Masa tu tak tahu lagi yang CikPuanIsteri ni pregnant. Sama la macm kes nak g Sabah hari tu. Rumah tu memang sangat la murah. So dah boleh jimat kan??


 Bila dah lulus terus la buat bayaran coz takut nanti terlepas pulak. Nak dapat lagi dah la susah. Cadangnya ktaorg nak g ngan kazen CikPuanIsteri. Nk bercuti ramai-ramai la kononya.



.

Bila semua settle dah start berangan dah nie.ekeke.. CikPuanIsteri memang kuat berangan. Tetibe j dapat good news yang CikPuanIsteri pregnant. Masa tu tak ingat lagi pasal nak g Cameron Highlands nie coz lama lagi la katekan. Bila dah nak due nie baru teringan masa tengah selak-selak diari terperasan lak pasal nak g Cameron Highlands. Alahai lagi sekali percutian ktaorg terbatal. Nasib la yang ni murah j. Tarikh yang CikPuanIsteri book tu sepatutnya CikPuanIsteri masih dalam pantang lagi. Tak kan lah dengan berbengkung, berpilis & berparam nak g bercuti plak kan?? Nak kena hambat ngan mak??hahahaha..

Macam biasa la Inchik Hubby pujuk nanti kalau Little B da besar sikit kita g sana. Redha j la kan..huhuhu. sekarang dah genap sebulan cikpuanisteri berpantang. Sekejap j rasa. Tinggal lagi 14 hari nak habis pantang..yahoooo...!!!! Seronok glos abis pantang. Dah macam orang baru lepas dari penjara.ekekeke. Mudah-mudahan ada rezeki ktorg nak g sana lepas nie. Amin...

Tuesday, January 1, 2013

:: Pengalaman Bersalin Ammar Rizqy ::

☆★ Assalamualaikum.. ☆★

Korang baca tajuk j mesti korang dah tahu yang CikPuanIsteri kat mana sekarang kan?? alkisahnya CikPuanIsteri dah masuk wad kat Hospital Sultanah Fatimah Muar. Kisahnya camnie...

19.12.2012
05:00am

trjaga dari tido coz inchik hubby bangun buang air. tetiba rasa cam ada benda mengalir. ingatkan keputihan biasa coz sejak akhir-akhir nie memang banyak jugak keputihan keluar. so ingat nak ignore j. tetibe lak ada rasa nak kencing. bila g j toilet tengok kat panties ada darah. fresh blood..!!! ada la dalam 2@3 tompok. hati da mula cuak. bila buang air tengok kat toilet bowl ada lg darah berketul. masa nie memang dah kompom la nak bersalin. terus kejut inchik hubby tunjuk kat die darah atas katil.

sebenarnya dari malam lagi dah rasa sakit perut. tapi tak ada la sakit sangat. mula-mula ingatkan lapar coz semalam memang tak makan nasi pon. so ignore j la. mana la tahu sakit nak bersalin kan.lagi pon sakit masih boleh tahan lagi. teringat orang pesan kalau ada tanda nak bersalin & sakit tak kuat tak yah g hospital dulu. tunggu da betul-betul sakit baru g hospital. so kami decide nak tido dulu sementara tunggu subuh. tapi CikPuanIsteri da tak ley tido coz sakit tu makin kerap. bila tengok jam sakit dah 10 minit sekali
 dalam hati tergerak nak kemas apa yang patut. cikpuanisteri pon g la basuh baju, kemas dapur & mandi. kali nie mandi puas-puas, habis semua tempat kena sental. bila mandi j baru tak rasa sakit. siap mandi kejut inchik hubby. tanya dia nak checkin kat hospital mana. dia kata tak kisah. so cikpuanisteri ajak la balik muar. dalam hati rasa sempat lagi nie kalau balik muar. terus kemas baju yang nak di pakai sepanjang 3 bulan duk muar nanti. inchik hubby sempat lagi kemas rumah buang habuk, mop lantai & bersihkan carpet. aduhai sabar aja la.

dalam pukul 7 ktorg pon gerak balik muar. cuak gak takut terbesalin dalam kereta. tapi ktorang tawakal j la. dalam perjalanan sempat lagi CikPuanIsteri tidur coz nak simpan tenaga la kononnya. sampai j hospital muar dalam pukul 10.30am terus g kat bilik saringan. masa ni darah & lendir still lagi keluar. bila doktor cek bukaan jalan @ rahim baru j 2 cm, terus admit wad dulu. nasib barang-barang memamg sda standby. sakit still macam biasa. inchik hubby hantar g kat katil & teman sekejap. bila habis waktu melawat inchik hubby g checkin kat hotel yang terdekat. dia kata malas nak ulang alik dari rumah mak.

9:00pm

doktor datang untuk handover tugas. so doktor yang bertugas malam tu suggest tuk cek jalan. dalam hati takut gak tapi nak tahu da berapa bamyak yang bukak. so lepas die siap meronda doktor pon panggil. bila dia cek da 4cm. terus doktor suro masuk labour room. siap-siap call inchik hubby bagitahu da boleh masuk labour room. tak tahu pukul berapa inchik hubby sampai hospital coz masa tu cikpuanissteri dah masuk. bila masuk kat dalam bilik tu perasaan bercampur baur takut pon ada gak.dorang terus pasang mesin ctg tuk pantau jantung baby. Doktor ada offer ubat tahan sakit tapi cikpuanisteri tolak coz masa tu tak rasa sakit sangat. lepas tu terus dorang pecahkan air ketuban. rasa cam ada belon pecah kat dalam perut & tetiba de kuar air. mula-mula ingat terkencing rupa-rupanya air ketuban yang keluar. bila doktor tengok air ketuban da tukar warna hijau maknanya baby dah berak kat dalam. So dorng terus decide tuk induce coz takut baby makan tahi lak. oleh kerana boring & tak rasa sakit sangat sempat jugak tido. bila sedar j tengok inchik hubby dah ada kat sebelah. Rupanya nurse da panggil coz tengok contraction makin kerap tapi cikpuanisteri masih lagi ok. Still lagi boleh gelak-gelak dengan inchik hubby.

Bila bukaan servik 6cm cikpuanisteri da makin terasa sakit. Da makin tak tentu arah. Rasa sakit makin kerap & tak selesa. macam nak patah pinggang. Mintak inchik hubby tolong dudukan walaupon mesin ctg dah terpasang kat perut. Makin lama makin sakit, suro inchik hubby pegi panggil nurse coz nak ubat tahan sakit. Tadi doktor offer tak nak.ekeke..Kesian inchik hubby terpaksa layan j bini die yang da ting tong nie. Nasib la inchik hubby layankan je. Kat sini baru nampak pentingnya suami disisi isteri saat isteri nak melahirkan. Plizzz ye para suami jangan biarkan isteri anda sorang berjuang untuk melahirkan. Dia sangat memerlukan anda. Nurse bagi ubat tahan sakit yang suntik kat punggung tu. Cikpuanisteri minta etanox nurse tak bagi coz dia kata nanti bila masa nak teran kita separuh sedar & akan jadi masalah. Yela kalau separuh sedar nanti doktor suroh teran kite bantai tido lak. Tak ke haru dibuatnya. Kesan dari ubat tahan sakit tu cikouanisteri rasa mengantok sangat. Sedar bila ada contraction. Menggigil 1 badan tahan sakit. Masa nie inchik hubby da tak sanggup tengok cikpusnisteri tanggung kesakitan. Inchik hubby suruh operet j. Tapi cikpuanisteri tak nak coz masih lagi mampu tahan. Lagipon effect dari operet nanti lagi susah.

20.12.2012
5:00am

Tengah ting tong tetibe j rasa cam ada benda nak keluar, rasa nak meneran sangat. Terus tekan butang emergency panggil nurse & bagitahu ada rasa nak meneran. Nurse tak bagi teran coz masa tu bukaan sevik varu 7cm. Kene tunggu sampai 10cm. Ya Allah masa dengar camtu rasa nak nangis. Betapa punya la lama nak tunggu. Sempat lagi tertido tapi tak lama. Bila sedar j rasa sangat nak meneran. Memang da tak pikir apa lagi masa tu, teran gak walaupon tahu kalau teran awal akan bengkak & bertambah sakit. Bila rasa dah makin tak tahan terus tekan butang emergency. Doktor masuk & inchik hubby keluar coz doktor nak cek bukaan servik. Yang sedihnya masih lagi 7cm.

Makin lama makin tak boleh tahan. Terpaksa teran gak. Doktor pon bagitahu dah boleh teran. So cikpuanisteri pon teran sepenuh perasaan. Masa tu dah tak ingat apa lagi dah. Yang terfikir kat otak masa tu nk cepat keluarkan baby. Sempat gak terbayang dosa-dosa silam.ekekeke...

Tetiba nampak inchik hubby masuk. Rupa-rupanya kepala baby dah nak keluar. Oleh kerana cikpuanisteri tak tahu nak teran camne so kepala baby tersangkut. Nurse terus tarik tangan bagi rasa kepala baby. Lepas da rasa tu terus bersemangat nak teran. Inchik hubby ada kat sebelah bagi semangat. Tapi nafas tak panjang. Asyik putus nafas j. Masa tu da rasa frust coz tak boleh teran dengan betul. Tetibe doktor arahkan nurse ambik mesin vacum coz kepala baby da lama sangat sangkut. Bila dengar j nak vacum semangat datang balik. Tak nak la sampai kene vacum kan. Kesian kat baby nanti. So teran lagi selagi mampu. Inchik hubby tolong push bahu dari belakang. Tak sedar berapa kali push terkeluar kepala baby. Nurse semua jerit lagi suro push kuat lg coz nak keluarkan badan lak. Tarik nafas sehabis panjang & push sekuat hati.

06:07am

Tetiba dengar inchik hubby ucap Ahamdulillah........ dan dengar la tangisan Little B buat kali pertama. Masa tu tenaga memang da abis terus. Cuma nampak inchik hubby meleleh air mata sambil kiss cikpuanisteri. Lepas tu terus da tak sedar. Sedar j doktor tengah keluarkan uri @ placenta. Maka bermula la proses jahit menjahit. Tak yah la citer proses jahit menjahit nie, kang ada yang rak nak beranak lak.hehehehe.. Dah tak pikir pape lg masa tu. Rasa haus sangat. Minta air ngan nurse. Tunggu punya la lama. Lepas dorg da siap bersihkan semua baru la bagi air. Ya Allah nikmatnya dapat minum air milo. Lepas dorang da siapkan baby & da salinkan cikpuanisteri baru la kamu dihantar ke wad. Kat luar inchik hubby & mak dah tunggu.


Macam tu la kisahnya. Sorie la kalo korang ngantok baca entry kali nie. Rasanya nie entry yang terpanjang cikpuanisteri buat setakat nie.

Assalamualaikum...
Nama saya Muhammad Ammar Rizqy

Keadaan dewan bersalin.

Wad 13 HPSF

Katil cikpuanisteri 



:DAlhamdulillah syukur dengan kurniaan Tuhan. Semoga Baby Ammar menjadi anak yang soleh. Terima kasih pada mereka yang mendoakan kami selama nie. sape kate bersalin tu sakit memang tipu. Sebenarnya bersalin tu nikmat bila dapat tengok hasilnya.. =)