Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, July 31, 2012

:: Olimpik 2012 Ada Unsur Freemason?? ::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Sekarang tengah sibuk hangat pasal Sukan Olimpik London. Masa pembukaan CikPuanIsteri tak tengok pon. Tak kuasa nak nengok pagi-pagi buta uolll...lagi la bulan puasa ni, lebih baik bangun sahur j. Apa yang tengah kecoh sekarang ni ramai yang kata Sukan Olimpik kali ni ada unsur Freemason/Illuminati.

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olimpik 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpul penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London adalah pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan seluruh dunia selama ini. manakal tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang dimana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati salah satu cabang Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsiatersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang disebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ  /  ZOIZ = ZIOZ  /  ZIOZ = ZION

Zion seperti mana yang kya tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem yang dididamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah dan Mosyaikh ke dunia bagi menguasai dunia.

Cuba perhatikan lampu limpah yang berbentuk segi tiga, serupa macam piramid dengan mata diatas.


Hari tu Mufti telah putuskan yang semua atlet boleh menangguhkan ouasa semata-mata kerna Olimpik ni. Agak pelik jugak; Kalau sukan yang memerlukan tenaga macam olahraga tu boleh diterima tapi kalau sukan yang ringan macam menembak & memanah perlu k?  Pendapat korang???? Wallahualam..

Thursday, July 26, 2012

:: Checkup : 19 Weeks ::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Macam yang CikPuanIsteri dah bagitahu dalam en3 yang lepas hari ni CikPuanIsteri kene g checkup. Kali ni CikPuanIsteri kene g sorang j coz Inchik Hubby ada meeting & tak dapat nak teman. Macam biasa pagi-pagi dah siap. Sampai klinik dalam pukul 8:00am terus ambil nombor. Korang agak-agak CikPuanIsteri dapat nombor giliran berapa??? Giliran yang ke 56 okeyyyy...!!! Datang punye la awal pon dapat nombor 56. Frust...!!!

Lepas ambil nombor terus g bilik atas coz kene ambil darah sebelum minum air gula. Memang CikPuanIsteri tak pausa hari ni. Lepas da minum tu tertunggu-tunggu juga nama dipanggil. Tapi tak de pon. Sampai la dah kene ambil darah kali kedua pukul 10:00am pon nama masih belum di panggil. Lama gila tunggu sempat jugak CikPaunIsteri g membuang.hehehe. Lebih kurang dalam pukul 11:00am baru nama CikPaunIsteri di panggil. Check tekanan adrah ok 110/70, Hb pon ok 12.6, berat tak berapa ok coz tak naik 77.5. Yang lain-lain semua ok. Alhamdulillah. Nak check perut kene tunggu lagi. Pukul 12.15pm baru die panggil tuk check perut pulak. 12.30pm baru boleh balik. Dah la waktu panas dengan ramai orang lagi.

Korang bayangkan la berapa lama CikPuanIsteri kene tunggu. Dekat 5 jam. Punye la jenuh menunggu. Inchik Hubby dah bising apasal dorg ni buat kerja lembab sangat & die decide tuk checkup kat klinik swasta j. Bayar sikit pon tak apa dari kene tunggu sampai 5 jam. Tapi kami masih belum pilih klinik mana yang kami nak pergi. Inchik Hubby cadangkan Klinik Min dekat Batu Pahat. Klinik ni kotrang memang da basa datang. Dari CikPuanIsteri bujang sampai la sekarang suka g klinik nie kalau sakit. Tapi tak sure lagi klinik ni ada buat checkup untuk ibu mengandung or tak. Lagi 1 klinik dekat Taman U, Klinik Siti Fatimah. Klinik ni pulak tempat opismate CikPaunIsteri checkup. Tengah berfikir-fikir nak pilih yang mana.

Bukan nak belagak or nak menunjuk tapi juz nak memudahkan kerja. Rasa membazir masa 5 jam menunggu. Kalau kerja dah boleh siapkan apa-apa yang patut. Nasib la CikPuanIsteri pergi sendiri kali ni. Kalau Inchik Hubby teman lagi kesian. Next checkup 30.08 minta sebelah petang. Harap-harap tak la lama. Kalau result MGTT ok nak stop terus dekat klinik desa & sambung kay klinik swasta. Tapi kalau MGTT tak ok terpaksa gak sambung terus dekat klinik desa. 4 bulan lagi nak tunggu My Little B keluar. Sekejap j masa berlalu.huhuhuhu

Letih tunggu lama sangat.Nasib baik tak pose balik boleh makan.hehehe


p/s :

  • kalau korg nak cepat g j la checkup klinik swasta.
  • Kementerian Kesihatan kena buka 1 lagi klinik desa kat kawasan Kempas ni.
  • Mengandung suka tapi nak checkup yang malas.hahaha

Friday, July 20, 2012

:: Sehari Sebelum Puasa ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Alahamdulillah tadi malam sempat juga buat 2 biji Caremak Cake tuk bawa g office hari ni. Sehari sebalum pausa memang kitaorg ada buat potluck. Boleh dikatakan setiap tahun buat. Macam biasa masing-masing ambil bahagian. Wajib kene bawa something dari rumah. CikPuanIsteri pon ambil bahagian juga tapi ambil menu yang CikPuanIsteri power j la.

Nak masak tak berapa nak power sangat, so CikPuanIsteri ambil langkah berjaga-jaga dengan bawa Caremal Cake j. Barang memang dah ada dekat rumah so senang j la kan. Memang CikPuanIsteri suka simpan barang-barang tuk buat cake ni kat rumah. Kebetulan memang CikPuanIsteri dah niat nak bawa something sebelum puasa tuk CikPuanIsteri & Inchik Hubby bawa g office.Saja nak jamah kawan-kawan sebelum puasa. Nak tengok gambar tunggu yerk. Tengok dulu gambar yang lama dekat sini.

Ok la CikPuanIsteri nak g rewang dulu dekat pantry. Kang de masa CikPuanIsteri hapdate ok..

Tuesday, July 17, 2012

:: Repeat MGTT...Oh NO..!!!!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


En3 sebelum nie CikPuanIsteri ada cerita pasal MGTT. Korang tahu tak pa MGTT. Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung or tengah mengandung mesti tahu apa tu MGTT. Mesti korang suka MGTT kan???hahaha
Ok jom kite tenagok apa MGTT. MGTT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test atau ujian saringan toleransi gula. Biasanya diorg akan panggil ujian nie minum air gula. Ujian nie akan dibuat untuk memastikan kandungan gula dalam darah tak berlebihan ketika mengandung. So dari sini kite boleh tahu sama ada ibu tersebut ada kencing manis or tak.
Sape yang kena ambil ujian ni?? Mestilah ibu mengandung..hehehe..dengan faktor-faktor berikut :-
  1. berumur 25 tahun keatas. (sekarang sape yg preggy 25 tahun keatas WAJIB buat )
  2. Mempunyai masalah diabetes/kencing manis sebelum mengandung/hamil.
  3. Sejarah keluarga. (mak or abah or adk beradik..mak CikPuanIsteri ada diabetes sebab tu la kene buat ujian nie =(  )
  4. Mempunyai berat badan yang berlebihan / BMI tidak seimbang. ( yang ni pon salah satu faktor kenapa CikPuanIsteri kene buat ujian nie )
  5. Pertambahan berat badan yang mendadak. ( kalau normal kandungan 5 bulan pertama naik 0.5kg/month kandungan 6 bulan dan seterusnya 0.5kg/weeks )
Risiko kalau ibu ada kencing manis adalah :-
  1. Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
  2. Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
  3. Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
  4. Cecair likuor dalam kantung meningkat.
  5. Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
  6. Bayi sukar bernafas.
  7. Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).
Takut x?? Mesti rasa takut. Sebenarnya ini kali kedua CikPuanIsteri kena minum air gula. Yang pertama hari tu masa Checkup 11 weeks (trimester pertama). Masa awal-awal buat buku merah tu nurse 2 da cakap next checkup kena minum air gula. Dalam hati dah kate alahai cepatnya. Alasan dorg sebab mak CikPuanIsteri ada kencing manis. So nak dijadikan cerita pada waktunya CikPuanIsteri & Inchik Hubby g la klinik desa.Mula-mula sampai dalam pukul 7.45am ambil nombor giliran dulu. Nombor 24 okeyyy..!!! Ingat da datang awal. Rupanya ada yang lagi awal. Dengan muka blur pegi la tanya kat JM (jururawat masyarakat) dekat mana nak minum air gula. Die kate kene naik atas pulak.
Masuk j bilik 2 da nampak Sister (ala nurse yang pakai baju biru tu) senyum kambing. Hati da makin cuak da ni. Duduk j Sister tu kate kena ambil darah sebelum minum air gula. Ok la die cucuk kat tangan ambil darah 1 tabung uji. Lepas dia da cucuk dia bagi 1 mug air gula kene habiskan. Fuhhh~ mase nak habiskan air gula tu kembang kuncup lubang hidung. Rasa air gula tak lah teruk mana tapi kalau ada perisa lagi sedap kot. Ni just air suam campung dengan glucose yang plain. Cuba korang buat pastu minum.hahhaha.. Rasa nak minta 1 jug lagi air gula tu.hehehehe
Lepas dah habis mnum air gula Sister tu suruh kite relax 2 jam & sambung puasa lagi. Oh ye lupa nak cakap yang malam sebelum minum air gula 2 dah kene puasa start dari pukul 10.00pm.Tekak dah terasa perit sebab minum ir gula yang amat pekat dengan orang yang penuh sesak dekat klinik desa tu. Ditambah pulak dengan tak ada aircond. Ya ampunnnn.......CikPuanIsteri da mula rasa nak pitam. Dah la tak makan pagi lagi. Baju dah mula basah dengan peluh. Cepat-cepat bagitahu Inchik Hubby suruh dia pergi beli air. Inchik Hubby pon dengan lajunya pergi beli air mineral sejuk lagi. Dengan rakus CikPunaItseri pon tonggak air sampai dekat habis. Baru la lega sikit. 
2 jam lepastu die akan panggil kite untuk dicucuk sekali lagi. Kena ambil darah lagi 1 tabung uji. Sakit cucuk yang pertama pon tak hilang lagi ni dah tambah lagi. Tapi untuk baby bonda ni tadah j la tangan. Lepas Sister dah cucuk baru lah boleh makan & minum macam biasa. Result dorag akan bgtahu next checkup. Tanpa membuang masa terus ajak Inchik Hubby g makan nasi.heheh. Nampak sangat kebulur.
Ok sekarang masa untuk checkup seterusnya, 15 weeks (second trimester). Kali ni datang just jumpa JM tuk check kesihatan kita. Berat CikPuanIsteri turun 1.5kg. Banyak jugak tu. Yang lain-lain semua ok j. Lepas dah siap check JM tak ada cakap pon pasal result MGTT hari tu. CikPuanIsteri pon tanya apa keputusan ujian MGTT hari tu. JM tu pon ambil dan resultnya adalah.................7.7..!!!!! Borderline j..7.8 dah disahkan ada kencing manis. Terus JM tu kata kena repeat. Dalam hati da kutuk diri sendiri, yang gi gatal-gatal mulut tanya result sapa suruh. Terpaksa lah akur je. Minggu depan kene minum lagi air gula yang sedap gilosss tu.huwaaaa.....
Rupa-rupanya star dari 10.00pm sampai la lepas cucuk kali kedua tak boleh makan or minum apa-apa sahaja. Yang CikPuanIsteri punya la pandai g minum air mineral dekat 1 botol. Sebab itu akan mempengaruhi result darah kite. Sendiri cari bala sendiri tanggung la kan. So pengajaranya dengar cakap nurse, jangan ikut kepala sendiri.hahahaha..

p/s :-

  • Doakan CikPuanIsteri ok yerk.



Monday, July 16, 2012

:: Puasa & Kehamilan ::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Kejam celik kjam celik dah nak puasa. Rasa macam baru j puasa tahun lepas. Ramdhan kali nie terasa angat sayu.Entah kenapa, tapi memang sangat terasa kesayuan tu. Tahun lepas Ramdhan pertama bergelar isteri dan tahun ni Ramadhan pertama bagi kami bertiga termasuk my little B. Syukur yang tak terhingga diatas kurnian-NYA.

Ramadhan kali ni sangat berbeza kerana CikPuanIsteri berpuasa berbadan dua. Setkat ini Alhamdulillah segalanya ok. CikPuanIsteri boleh ajar my little B untuk berpuasa sama ngan bondanya & my little B sangat memberi kerjasama. Sebelum CikPuanIsteri berpuasa CikPaunIsteri da siap-siap cari info untuk berdebat dengan Inchik Hubby.hahaha...Inchik Hubby bising bila CikPuanIsteri nak puasa. Inchik Hubby kate kesian kat little B coz nanti die lapar kat dalam. Entah mane fakta yang Inchik Hubby dapat pon tak tahu la.

Ok CikPuanIsteri Kongsi sikit pasal kehamilan & puasa ni :-

Hukum Wanita Hamil Berpuasa


Kebanyakan Ulama berpendapat tidak boleh berpuasa sekiramya si Ibu khuatir akan keselamatan & kesihatan bayi di dalam kandunganya. 


Ini bertepatan dengan firman ALLAH :


"dan jangan kamu membunuh diri kamu" (al-Nisa 4:29)
"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:195)


Terdapat dua hukum dalam hal ni. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan & keselamatan dirinya ketika berpuasa.


Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbangkan kesihatan dirinya, mreka wajib menggnatikan puasa sahaja tanap aperlu membayar fidiyah pada fakir miskin. Ini kerana pada ketika ini wanita hamil itu sakit & dalam bahaya.

Hukum yang kedua adalah wanita hamil yang sihat tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandunganya.

Dalam hal ini ulama memberikan pendapat wanita itu boleh meningglkan puasa tetapi wajib menggantikanya pada hari lain & membayar fidiyah pada fakir miskin.



Ala kalau nak senang pergi je kat pejabat Agama & tanya Ustadz or Ustazah dekat sana. Selain tu nak kene minta nasihat Doktor juga. Hai tu CikPuanIsteri pergi checkup mase 15 weeks berat badan CikPaunIsteri turun 1.5kg. Kene  tegur coz sepatutnya berat badan kena mantain or naik. Tapi CikPuanIsteri dah jelaskan pada Nurse tu yang CikPaunIsteri tengah sibuk ganti puasa. Nasib la die terima alasan tu. CikPuanIsteri ada juga tanya boleh tak CIkPaunIsteri puasa masa Ramadhan nanti. Diorag kate boleh je. Lagi pun CikPuanIsteri dah masuk second trimester. Yang penting suplement yang diorg bagi jangan lupa makan. kadang-kadang lupa jugak =p

Nie info yang CikPuanIsteri dapat dekat Baby Centre:-


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil? 

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. 

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain? 

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa. 

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertamadan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu. 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul. 

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa? 

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 


24.07.2012 CikPuanIsteri ada checkup lagi. Nak tengok mase ni sama ada berat naik or makin turun. Kalau makin turun terpaksa la skip puasa demi keselamatan kami bersama. Mode malas nak g checkup coz kene ulang balik MGTT. Result first MGTT betul-betul kat border line. Menangis tak berlagu la jawabnya. Bagi mereka yang tak tahu apa itu MGTT nanti CikPuanIsteri akan terang pada next en3 ok.

Setakat nie j la dulu. Banyak kerja nak siapkan sebelum cuti raya.


Semoga Ramadhan kali nie memberi lebih keberkatan =)

p/s :-

  • Inchik Hubby batuk da dekat sebulan tak baik.=(
  • Doakan Inchik Hubby saya cepat sembuh yerk...amin..



Sunday, July 15, 2012

:: Irma & Redza Berbulan Madu ::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hari nie CikPuanIsteri masih lagi nak cerita pasal Irma Hasmie & Redza Shah. Kali nie pasal dorg nie g berhoney bulan di Gold Coast, Australia. D'Haja sangat baik hati sebab sponsor dorg g honey bulan. Sapa yang tak nak kalau ada orang nak sponsor kan????






Sangat qute & romantik kan diorang nie. Kenapa la dulu mase CikPuanIsteri kawen tak ada orang nak sponsor g honey bulan camnie. Kalau tak kan seronok.hehehe.


p/s :-


  • malam nie jangan lupa tengok masterchef celebritie final yerk.





Saturday, July 14, 2012

:: Irma Hasmie & Redza Shah ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Mukin dah agak lambat jugak CIkPuanIsteri nak hapdet pasal mereka. Ntah kenapa tetibe dapat pulak idea nak buat entry pasal mereka ni. Tapi CikPuanIsteri tak kesah pon kalau korang nak kate dah basi. Yang penting memang CikPuanIsteri suka.hehehe

Sangat teruja bila tengok gambar-gambar mereka nie. Terasa macam CikPuanIsteri pulak yang kawen.mode berangan disitu =) Boleh dikatakan setiap hari CikPuanIsteri akan buka web yang ada gambar diorg. Tengok pastu cakap dengan baby dalam perut nanti keluar kalau gugurl ikut muka Untie Irma & kalau boboy ikut muka Uncle Redza. Mak bapak muka jawa anak muke Irma.hahaha..kau hadooo???kelasss gituew..!!!




Sweet =)

Uniqe..dulu CikPuanIsteri pernah buat tapi tulis dalam bahasa rumi la. Diorg punye lg class.
Comel kak irma.. =)

Romantik


Loving Couple

Touching sangat tgk vedeo nie


~_~

*_-

^_^

kak irma nmpak bam2

Chumell

Love~

Hari-hari tengok pon tak puas. Buat screen saver lg. Semoga ALLAH memberkati mereka berdua Amin.......


Monday, July 9, 2012

:: Bila Inchik Hubby Mengidam ::



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ujung minnggu yang agak meletihkan. Hujung minggu lepas CikPuanIsteri & mak ada buat projek kuih raya bukan sebab nak raya tapi sebab ada orang yang mengidam. Biasa bagi wanita mengandung pasti akan rasa mengidam. Tapi kali ni bukan CikPuanIateri yang mengidam, I.C.H.I.K H.U.B.B.Y pula yang mengidam.hahaha. Masa mula-mula pregnant dulu ada juga doa supaya CikPuanIsteri tak ada ngidam benda yang pelik-pelik adn susah nak cari. Alhamdulillah setakat ni tak ada ngidam benda bukan-bukan. 

Bila Inchik Hubby da mule merengek nak mkan Tart Nanas tak sampai hati pula kalau tak buat. Pujuk suruh beli yang ada jual tak nak pulak. Ade jugak minta tunggu sampai raya nanti, tapi dia tak nak jugak. Inchik Hubby nak juga kuih tart hasil tangan CikPuanIsteri, Tak sudah-sudah merengek nak kuih tu. Mula la rasa tak sampai hati. So CikPuanIsteri dengan bantuan mak pon buatlah kuih tart. Kat sini CikPuanIster nak share resepi kuih tart versi CikPuanIsteri.


Tart Nanas Mudah

2 Sudu makan susu tepung    
Bahan - bahan :

   
I buku buttercup 

2 Sudu makan Minyak Sapi









Garam Secukupnya
Tepung gandum





         






Kuning Telur


Cara-Cara :

  1. Campurkan semua bahan kecuali kuning telur.
  2. Gaul sebati menggunakan hujung jari sahaja.
  3. Tepung agak-agak j kalau tasa lebik boleh tambah lagi.
  4. Siap untuk di bentuk.
  5. Dah siap gulung aspu kuning telur dekat atas untuk hiasan.
  6. Bakar pon CikPuanIster agak-agak j. Kalau da kuning da masak la tu.

Hasilnya

Resepi nie CikPuanIsteri da modifited ikut citarasa sendiri. Ada orang tambah tepung jagung sikit coz nanti biskut akan rasa crunchy. Terpulang pada citarasa masing-masing. Bersunguh-sungguh Inchik Hubby makan. Betol-betol ngidam la ni.hehehe. Buat kuih ni agak letih coz cara buat sangat leceh. Sakit juga pinggang CikPuanIsteri nak menyiapkan kuih ni. Nasib baik mak ada nak tolong. Biasanya orang yang pregnant ngidam dan orang yang tak pregnant carikan. Kali ni terbalik sudah.


-mood tak berapa ada nak hapdate blog @_@

Monday, July 2, 2012

:: Honey Bulan ::




بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Hari ni layan je la entry yang CikPaunIsteri copy dari blog lama yang dah sewel..hahaha..akibat dari xde idea nak tulis apa.


Rasanya ramai da yg tau CikPuanIsteri xde g mane kan?
Pada yang tak tahu nani g mane meh nani bgtau..
Sebenarnye CikPuanIsteri g LANGKAWI
Saje j g jenjalan + (honey = bulan)..hehehe
Firstime g langkawi best la gak..
Baru campai TBS..
Nak nek ERL g LCCT

AK 5523
Dari jendela kapal terbang


Cabel Car


Dataran Helang
=)


kEretA SeWa


@ Kota MahsUri
ReaDy 4 IslAnD HoPpinG
CaBeL CaR TimE


BerAs BasaH IslAnd


ShaRk BaY

JamBatan GanTuNg
GayaT WoOoO....

SanD aRt =)

PanTai CheNaNg

CabEl CaR
Muka KeTaKutAn..hehe


DaYaNg BuNtInG IslAnD


YeaH!!!ShOpPinG!!!

Cakkk..!!! ~_^

BesT NeK bOt

NyuM3..


Yg NiE XtaU PanTai Apa..huhuhu

SuNbUrN La =(


DayAng BunTinG LaKe
Vrooommmm!!!!












Nie je la yang de..
Sebenarnye banyak lagi gambar nak upload tp karang tak cukup lak..huhuhu





NotaKaki :-

  • Saje jerk nak copy entry dari blog lama..hahaha
  • Sila abaikan URL yg ade kat dalam gambar tu :-)
  • Harap jangan tertipu yerk.ini entry Tahun Lepas.